You are on page 1of 25

ISLAM

DI

CHINA

A. Latar Belakang Negeri China


China atau Tionghua atau Republik Rakyat China (Cina Tradisional:
; Cina Ringkas: ; pinyin: Zhnggu; Wade-Giles: Chung-kuo) merujuk
kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama
kira-kira 3,500 tahun dahulu di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini
dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun. China ialah sebuah negara
yang paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1300 juta
orang (Bancian terkini oleh China National Bureau Of Statistic dan
dilaporkan oleh United Press International di http://www.upi.com.my ialah
1.341 Juta), iaitu kira-kira satu perlima daripada manusia di bumi. China
diperintah oleh Parti Komunis China di bawah sistem satu parti. [1]
China mempunyai 22 wilayah (provinsi), lima kawasan berautonomi,
empat perbandaran tadbiran secara langsung (Beijing, Tianjin, Shanghai,
dan Chongqing), dan dua kawasan pentadbiran khas yang berautonomi
tinggi (Hong Kong dan Macau). Ibu negara China ialah Beijing.

[2]

Luas

China ialah 9.6 juta kilometer persegi atau 3.7 juta batu persegi. Negara
kedua terbesar dari segi keluasan daratan dan ketiga terluas di dunia dari
segi keluasan keseluruhan. Lanskapnya terdiri dari

hutan steppe dan

gurun di bahagian utara yang kering bersebelahan dengan Mongolia dan


Siberia di Rusia, hingga ke hutan-hutan subtropika di bahagian selatan
yang lembap bersebelahan dengan negara-negara Vietnam, Laos, dan
Myanmar.
Bentuk muka bumi di sebelah barat tinggi dan berceranggah, dengan
banjaran-banjaran Himalaya dan Tian Shan yang membentuk sempadan
semula jadi China dengan India dan Asia Tengah, berbeza sekali dengan
pinggiran laut timur tanah besar China yang bertanah dan digarisi pantai
sepanjang 14,500 kilometer (9,010 batu) di tepi Laut China Selatan arah
tenggara dan Laut China Timur di timur yang juga terletaknya Taiwan,
Korea, dan Jepun.
_______________________

Walton Greg. bab: Executive Summary, China's golden shield: Corporations and the
development of surveillance technology in the People's Republic of China. 2000. hlm. 4
[1]

People's Daily Online. "Constitution of the People's Republic of China. The capital of the
People's
Republic
of
China
is
Beijing.
http://english.people.com.cn/constitution/constitution.html. 1982. hlm. Article 138. Dicapai
pada 23.5.2011
[2]

Tamadun Cina purba antara tamadun-tamadun terawal di dunia yang


berkembang

di

lembangan

subur

Sungai

Kunming

yang

mengalir

merentasi Dataran China Utara. Selama lebih 4,000 tahun, sistem politik
China berasaskan sistem raja turun-temurun (juga dikenali sebagai
dinasti).

[3]

Dinasti pertamanya ialah Xia (kira-kira 2000 SM), tetapi pada

zaman Dinasti Qin barulah lahirnya negara China yang bersatu pada 221
SM. Dinasti terakhir, iaitu Dinasti Qing, berakhir pada tahun 1911 dengan
penubuhan Republik China (ROC) oleh pejuang nasionalis Kuomintang
(KMT).

[4]

Separuh pertama abad ke-20 menyaksikan China dalam kancah pecah


belah dan perang saudara yang membahagikan negara kepada dua paksi
politik, iaitu Kuomintang dan komunis. Pada 1949, pertempuran besarbesaran berakhir dengan kemenangan dalam perang saudara oleh pihak
komunis mengasaskan Republik Rakyat China di tanah besar China.

[5]

China pada umumnya adalah sebuah negara ateis (tidak beragama) tetapi
kepercayaaan agama masih diamalkan di bawah pengawasan ketat oleh
kerajaan. Mengikut sejarah, Taoisme dan agama Buddha sejak sekian lama
merupakan agama-agama utama masyarakat Cina, dan masih diamalkan
oleh masyarakat Cina di luar kawalan secara langsung daripada Republik
Rakyat.
Mengikut kajian penulis terdapat 5 agama utama yang diamalkan di China
iaitu:
1.

Taoisme - jumlah sebenar tidak diketahui

2.

Buddha - jumlah sebenar tidak diketahui [lebih kurang 8%]

3.

Kristian - 2 ke 4% (diperoleh daripada kajian Barat, hasil kajian


China rasmi menunjukkan kurang daripada 1%)

4.

Islam - 1% ke 2% ( dianuti oleh 10 etnik minoriti)

Falun Gong - jumlah sebenar tidak diketahui (tidak mengakui dirinya

5.

sebagai "agama", meskipun menurut pandangan akademik merupakan


amalan kerohanian. Jumlah pengikut Falun Gong yang yang sebenar
tidak dapat dipastikan.[6]
__________________
[3]
Walton Greg. bab: Executive Summary, China's golden shield:
Corporations and the development of surveillance technology in the
People's Republic of China. 2000. hlm. 5
[4]
Ibid.
[5]
Ibid., hlm. 6
[6]

http://ms.wikipedia.org/wiki/China. Agama dan Kepercayaan. Dicapai pada 3.4.2011.


Hlm. 1

B. Teori Kedatangan Islam Ke China


i. Perkembangan Islam Semasa Dinasti Sui dan Dinasti Tang (581
907M)
China

merupakan

antara

negara

paling

awal

menerima

Islam.

Perkembangan Islam di China dikatakan berlaku sejak Rasulullah SAW lagi.


Ini adalah berdasarkan catatan Dinasti Sui (581 618 M) dan Dinasti Tang
(618 905M) Sebelum misi dakwah Islamiah ke China oleh Saad bin Abi
Waqas

(r.a),

dikatakan

Saad

bin

Lubayd

yang

pernah

menyertai

rombongan ke Habsyah pada tahun 619 M telah berdakwah ke China pada


tahun 630 / 631M. Beliau dan para sahabat (antaranya Yusuf) telah
berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton. Mereka juga
dikatakan telah mendirikan Masjid Kwang Tah Se dan Masjid Chee Lin Se.
Terdapat juga sejarah yang mengatakan bahawa Islam telah dibawa ke
China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama
sampai di China ialah Abu Hamzah Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin
Abi Talib, sepupu baginda Rasulullah SAW). Beliau bersama 3000 orang
muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di San Gan Foo.
Selain itu, orang-orang Arab dan Parsi telahpun sampai ke China untuk
berdagang. Kapal dagang China juga telah sampai di Teluk parsi pada
tahun 5M. Maknanya hubungan dagang di antara China dan Arab-Parsi
telah lama berjalan.
Terdapat pendapat yang menyebutkan bahawa orang Arab yang digelar
Dashi

[7]

(sebutan Cina, Tazi). Mereka telah mula menyebarkan Islam

kepada orang-orang awam di Changan (kini Xian) dan Guangzo. Mereka

telah membuat penempatan di situ di antara tahun 618-907M

[8]

Mereka

datang ke China melalui Jalan Sutera menuju ke Changan dan Guangzo.


Mereka

menjalankan

Hubungan

perniagaan

urusan
di

perniagaan

antara

dengan

orang-orang

orang-orang

Arab

dan

Hui

Hui.
telah

merapatkan hubungan mereka. Orang-orang Hui tertarik dengan cara


orang-orang Dashi berniaga.
_________________
[7]

Israeli, Raphael. Islam in China. 2002. Hlm. 291


Ibid
Mereka mengamalkan konsep keadilan, kejujuran dan sikap amanah yang
[8]

tinggi. Orang-orang Arab Islam menjaga ketepatan timbangan dan


sukatan, tidak menipu dengan menjual barang-barang rosak. Orang-orang
Hui tertarik dengan akhlak Islam dan dari situ mereka menerima Islam
sebagai agama anutan mereka.
Pendapat

yang

lebih

kuat

dan

telah

diperhalusi

oleh

sejarawan

mengatakan bahawa Islam datang ke China melalui Saad Ibn Abi Waqas,
seorang Panglima Perang Laut Islam. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang
(618-905M) Islam telah dibawa ke China pada Tahun 651/652M (Kurun ke
7M) apabila satu utusan Islam yang dikirim oleh Khalifah Uthman Affan
(r.a) iaitu Saad Ibn Waqqas (r.a) bersama rombongan.
Catatan ini juga terdapat dalam buku A Brief Study of the Introduction of
Islam to China karya Chen Yuen, Islam pertama kali datang ke China
sekitar tahun 30 H atau 651 M.

[9]

Lui Tschih, penulis Islam China pada abad

ke 18 dalam karyanya Chee Chea Shee huzoo (Perihal Kehidupan Nabi),


juga mengatakan bahawa Islam dibawa ke China oleh rombongan yang
dipimpin Saad bin Abi Waqqas (r.a).

[10]

Saad bin Abi Waqqas (r.a) berlayar melalui Samudera Hindi ke Laut China
menuju pelabuhan laut di Guangzhou. Kemudian ia berlayar ke Chang'an
atau kini dikenal degan nama Xi'an melalui ruote yang kemudian dikenal
sebagai Jalan Sutera. Bersama para sahabat, Saad bin Abi Waqqas (r.a)
datang dengan membawa hadiah dan diterima dengan baik oleh Maharaja
Dinasti Tang, Kao-Tsung (650-683). Namun Islam sebagai agama tidak
langsung diterima oleh maharaja. Setelah melalui proses penyelidikan,
maharaja kemudian memberikan izin bagi pengembangan Islam yang
dirasanya sesuai dengan ajaran Konfusius.

Namun maharaja merasa bahawa kewajiban sembahyang lima kali sehari


dan puasa sebulan penuh terlalu berat baginya hingga akhirnya ia tidak
jadi memeluk Islam. Namun begitu ia mengizinkan Saad bin Abi Waqqas
(r.a) dan para sahabat untuk mengajarkan Islam kepada masyarakat di
Guangzhou. Oleh orang Cina, Islam disebut sebagai Yi si lan Jiao atau
agama yang murni. Sementara Makkah disebut sebagai tempat kelahiran
Buddha Ma-hia-wu (atau Muhammad Rasulullah SAW).

_______________
[9]
Danial Zainal Abidin. Minda Islam Super. 2000. Hlm. 9
[10]
Ibid
Saad bin Abi Waqqas (r.a) kemudian menetap di Guangzhou dan ia
mendirikan Masjid Huaisheng

[11]

yang menjadi salah satu tonggak sejarah

Islam paling berharga di China. Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada
di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Ianya teletak di
jalan Guang Ta Lu. Masjid ini terus bertahan sebagai tugu sejarah China
dan sehingga kini masih kukuh dan indah dahulu setelah diperbaiki
beberapa kali.

Masjid Huaisheng
Masjid

Huaisheng

ini

kemudian

dijadikan

Masjid

Raya

Guangzhou

Remember the Sage, atau masjid untuk mengenang Nabi Muhammad


SAW. Masjid ini juga dikenal sebagai Masjid Guang Ta, kerana

masjid

dengan menara elok ini yang letaknya di Jalan Guangta. Ta bererti menara,
kerana menurut sejarahnya menara masjid ini adalah yang tertinggi pada
awal pembinaannya berbanding bangunan lain.

[12]

Sebahagian percaya bahawa Saad bin Abi Waqqas (r.a) telah menetap dan
wafat

Guangzhou, China pada usia 80 tahun. Sebuah pusara diyakini

sebagai makamnya dan menjadi satu lagi tempat kunjungan pelawat dari
seluruh pelusuk dunia. Sesungguhnya kedatang Islam di China telah
menyumbangkan

kepada

perkembangan

ketamadunan

pelbagai

seperti

pembangunan

insaniah,

aspek

China

politik,

dalam

ekonomi,

pendidikan, hubungan luar, binaan, sains perubatan dan sebagainya.


___________________
[11]

[12]

Jonathan Neaman Lipman. A history of Islams in Northwest China.1997. Hlm. 7


Ibid

ii. Perkembangan Islam Semasa Dinasti Song (960-1279M)


Pada zaman Dinasti Song, agama Islam dianggap lebih mulia oleh rakyat
China, agama Islam telah mulai berkembang dengan pesat di China dan
kawasan kediaman penduduk beragama Islam lebih luas. Ramai orang
asing yang beragama Islam tinggal di bandar Guangzhou di bahagian
Guangdong dan bandar Quanzhou di Bahagian Fujian secara berkumpulan.
Beberapa masjid telah dibina. Di antara masjid yang masih kekal hingga
sekarang ialah masjid Qing Jing Si di bandar Quanzhou. Pada masa
pemerintahan Dinasti Song, umat Islam mula mempunyai impak yang
lebih besar terhadap ekonomi dan pengaruh ke atas negara China. Semasa
Dinasti Song (960-1279M), umat Islam di China menguasai perdagangan
asing dan industri import dan eksport ke selatan dan barat.

[13]

Sesungguhnya, jawatan Ketua Pengarah Penghantaran untuk pelabuhan


China Quanzhou adalah konsisten dipegang oleh Islam dalam tempoh ini.
[14]

Buku The Chinese Materia medica 52 (diterbitkan semula pada tahun


1968-1975) telah disemak semula di bawah Dinasti Song pada tahun 1056
dan 1107 termasuk bahan, terutamanya 200 ubat, diambil dari Ibn Sina
(Pakar Perubatan Islam).

[15]

Sementara itu di sebelah barat, cerita-cerita penglipur lara dalam Bahasa


Arab telah dialihbahasakan. Ini termasuk kisah Seribu Satu Malam dan
yang paling terkenal adalah cerita Aladdin. Cerita-cerita dongeng dalam
Bahasa Arab yang lain digunakan China pada waktu itu termasuk Qamar
al-Zaman dan Budur "," Kisah Puteri Sayf al-Muluk ", dan" The Hunchback's
Tale".

[16]

Pada

tahun

1070M,

Maharaja

Song,

Shen-Tsung

(Shenzong)

telah

menjemput 5,300 orang Arab dari Bukhara untuk menetap di China.


Maharaja menggunakan orang-orang ini dalam kempennya menentang
Empayar Liao di timur laut. Pada tahun 1080M, 10,000 orang Arab dan
wanita yang berhijrah ke China dan menetap di semua wilayah utara dan
timur laut.

[17]

____________
[13]

___.BBC Religion and Ethics ISLAM Origins. http://www.dubaibuzz.com. Dicapai pada 5


Jun 2011
http://www.bbc.co.uk/religion/religion/islam/history/china_1.shtml. Dicapai pada 5 Jun
2011
[14]
____Islam In China. http://islamic-world.net/islamic-state/islam-in-china/. Dicapai pada 6
Jun 2011
[15]
Sulaiman Ma. Islam in China. http://www.dubaibuzz.com/halaqahmedia.php. Dicapai
pada Jun
2011
[16]
Ulrich Marzolph, Richard van Leeuwen, Hassan Wassouf. The Arabian Nights
Encyclopedia. ABCCLIO. 2004. Hlm. 521
[17]
Israeli, Raphael. Islam in China. 2002.Hlm. 284
iii. Perkembangan Islam Semasa Dinasti Yuan (1240 1368M)
Sewaktu bangsa Mongol memerintah Negara China, kerajaannya dikenal
dengan Nama Dinasti Yuan. Kerajaan itu telah mengamalkan dasar
pemerintahan yang memihak kepada umat Islam.
Selain diberikan kebebasan untuk berdagang, beberapa pemimpin Islam
juga dilantik sebagai pejawat kerajaan. Pada 1244M, Kubilai Khan telah
melantik Abdul Rahman Sebagai ketua kewangan Dinastinya, Syeh Ajall
dan Umar Shamsuddin, kedua-duanya berasal Bukhara, dilantik sebagai
ketua kewangan dan Gabenor Yunnan pada tahun 1259M. Syeh Ajjal telah
diberi gelar sebagai Sai Tien Che
Perlantikan itu menunjukan bahwa umat Islam memegang kedudukan
sosial dan politik yang tinggi dan mendapat sambutan yang istimewa dari
kerajaan. Hal ini juga ada hubungannya dengan pihak Mongol terhadap
negara-negara Islam di Timur tengah. Setelah berhasil menaklukan
Baghdad 1253M, pihak pemerintahan Mongol telah mengundang tentara
Islam dan keturunan Arab/Parsi Untuk membangunkan Dinastinya di
China . Tentara itu telah menetap di China dan melakukan perkahwinan
dengan masyarakat setempat. Salah satu tentara Islam yang terkenal
ialah Chi Zanshi al-Din telah di angkat sebagai panglima perang di Yunnan.

iv. Perkembangan Islam Semasa Dinasti Ming (1368-1644M)


Apabila Dinasti Yuan berakhir, ramai orang-orang Mongol dan juga Islam
yang datang bersama mereka kekal di China. Kebanyakan dari keturunan
mereka mengambil nama Cina dan menjadi sebahagian dari dunia
pelbagai budaya China.[18] Pada masa ini orang-orang Islam mula
mengambil budaya Cina. Ramai daripada mereka menjadi fasih berbahasa
Cina dan menggunakan nama Cina. Ibu kota Nanjing, menjadi pusat
pembelajaran Islam. Hasilnya, orang-orang Islam menjadi "luaran tidak
dapat dibezakan" berbanding orang-orang Cina. [19]
______________
[18]

Ulrich Marzolph, Richard van Leeuwen, Hassan Wassouf. The Arabian Nights
Encyclopedia. ABCCLIO. 2004. Hlm. 521
[19]
Israeli, Raphael. Islam in China. 2002.Hlm. 292

Ketika pemerintahan Dinasti Ming jumlah penduduk Islam merosot dengan


pantas di bandar pelabuhan utama. Ini disebabkan penutupan kesemua
perdagangan ke dunia luar melalui jalan laut kecuali perdagangan yang
dikawal dengan ketat oleh kerajaan.
Orang-orang Islam di China menjadi semakin terasing dari dunia Islam
yang lain dan perlahan-lahan diserap, mengambil bahasa dan pakaian
Cina. Orang-orang Islam mula menggunakan nama keluarga Cina. Ramai
orang Islam berkahwin dengan wanita Cina Han dan menggunakan nama
isteri. Orang-orang Islam yang lain, yang tidak menjumpai nama keluarga
Cina yang serupa dengan nama mereka, mengambil huruf Cina yang
menyerupai nama mereka - Ha untuk Hasan, Hu untuk Hussain dan Sa'I
untuk Said dan sebagainya. Nama keluarga Cina yang biasa di kalangan
keluarga orang-orang Islam adalah Mo, Mai, dan Mu - nama yang diguna
pakai oleh orang-orang Islam yang memiliki nama keluarga Muhammad,
Mustafa dan Masoud.
Budaya pakaian dan makanan orang-orang Islam turut mengalami
perubahan dengan budaya Cina. Mod pakaian Islam dan peraturan
permakanan masih dikekalkan dalam bidang kerangka budaya Cina.

Masakan Islam Cina banyak dipengaruhi oleh hidangan Beijing, dengan


hampir keseluruhan cara memasak adalah serupa, dan berbeza hanya dari
segi bahan yang digunakan disebabkan syarat agama. Hasilnya, hidangan
Islam utara sering kali dimasukkan sebagai sebahagian hidangan Beijing.
Semasa Dinasti Ming, tradisi penulisan Islam Cina mula berkembang,
termasuk amalan menulis bahasa Cina menggunakan skrip Arab (xiaojing)
dan bentuk Cina tersendiri bagi tulisan khat hiasan. [20] Skrip ini digunakan
secara meluas di masjid di timur China, dan pada sesetengah peringkat di
Gansu, Ningxia, dan Shaanxi. Seorang penulis seni khat Cina tersohor
adalah Haji Noor Deen Mi Guangjiang.
Seni bina masjid mula mengikut seni bina Cina. Contoh terbaik adalah
Masjid Agung Xi'an, sejak Dinasti Ming. Masjid China barat lebih
berkemungkinan memiliki kubah dan menara sementara masjid China
timur lebih kelihatan seperti pagoda.[21]
_____________________

______.Islamic Calligraphy in China. http://


http://www.chinaheritagenewsletter.org/features.php? Dicapai pada 10 Jun 2011
[20]

Cowen, Jill S.. "Muslims in China: The Mosque", Saudi Aramco World, July/August 1985,
hlm. 30.
[21]

Maharaja Dinasti Ming yang pertama iaitu Maharaja Hongwu juga dikenali
sebagai Zhu Yuanzhang (adalah pengasas dan maharaja pertama (1368
98) Nama era beliau, Hongwu, bermakna "kuasa besar tentera" Beliau
adalah bekas pemberontak Islam dan berkahwin dengan wanita keturunan
Islam Ma. Maharaja Hongwu mengarahkan pembinaan beberapa masjid di
selatan China, dan menulis Seratus perkataan Epilog 100 huruf pujian bagi
Islam, Allah dan rasul Muhammad. Dia mempunyai 10 jeneral Islam dalam
tenteranya. Maharaja membina masjid di Nanjing, Yunnan, Guangdong dan
Fujian.[22] Zhu membina semula masjid Jin Jue di Nanjing dan sejumlah
besar Islam Hui berpindah ke Nanjing semasa pemerintahannya. [23] Dia
memerintah ukiran yang memuji Nabi Muhammad diletakkan di masjid.
Maharaja Yongle memerintah penubuhan dan pembaikian masjid semasa
pemerintahannya. Dua masjid dibina olehnya, satu di Nanjing dan yang
lain di Xi'an dan ia masih berdiri sehingga hari ini. Pembaikan digalakkan
dan masjid tidak dibenarkan ditukar untuk kegunaan lain. [24][25]

Era Ming melihat Nanjing menjadi pusat pendidikan Islam penting. Dari sini
Wang Daiyu menulis Zhengjiao zhenquan (Ulasan berkenaan Kepercayaan
Ortodok "Orthodox Faith"), sementara penggantinya, Liu Zhi, menterjemah
Tianfang xingli (Falsafah Islam) Tianfang dianli (Amalan Islam) dan
Tianfang zhisheng shilu (Nabi Terakhir Islam). Sarjana lain, Hu Dengzhou
memulakan sekolah Islam yang pesat di Nanjing, yang mengajar hadith, Al
Quran, dan perundangan Islam.
Sekolah ini berkembang menjadi sistem empat belas bidang, dengan kelas
dalam bahasa Arab dan Parsi. Apabila masyarakat Islam Hui menjadi
semakin bercampur. Sarjana Cina bekerja kuat untuk menterjemah teks ke
dalam bahasa Cina untuk memberikan lebih banyak teks kepada orangorang Islam bagi menyakinkan golongan pemerintah elit Han bahawa
Islam tidak kurang berbanding Konfucianism.

_________________
[22]
Tan Ta Sen, Dasheng Chen. Cheng Ho and Islam in Southeast Asia. 2000. Hlm. 291.
[23]
Shoujiang Mi, Jia You.. Islam in China. 2004. Hlm. 20
[24]
Bruce Gordon Doar, Susan Dewar.China archaeology and art digest, Volume 3, Issue 4.
Art Text
(HK) Ltd. 2000.Hlm.28.
[25]
Dru C. Gladney Muslim Chinese: ethnic nationalism in the People's Republi. 1996. Hlm.
5

Terdapat ramai orang-orang Islam yang menjadi ahli kepercayaan kerajaan


Ming. Contohnya Li Nu (pedagang dan sarjana) dan Jeneral Lan Yu tetapi
kemudiannya dibunuh oleh Maharaja kerana dilihat sebagai berpotensi
mengancam waris penggantinya.[26] Jeneral Islam Dinasti Ming yang lain
termasuk Mu Ying, Feng Sheng, Ding Dexing dan Hu Dahai.
Dinasti Ming turut memberi kebangkitan kepada Cina Islam termashyur,
Laksamana Cheng Ho atau lebih dikenali sebagai Zheng He. Beliau adalah
seorang pakar penjelajah, pelaut, duta, dan laksamana armada. Dia
dilahirkan pada 1371, di wilayah Yunnan. Dia berkhidmat sebagai
penasihat kanan kepada Maharaja Yongle China (memerintah 14031424),
maharaja ketiga bagi Dinasti Ming. Antara 1405 dan 1433, kerajaan Ming
membiayai siri lapan ekspedisi laut, dipimpin oleh Zheng He ke Lautan
India, dan sejauh sehingga ke Afrika Timur. Sejarahwan Gavin Menzies

10

mendakwa bahawa Zheng He mengembara ke Afrika Barat, Amerika Utara


dan Amerika Selatan, Greenland, Antartika dan Australia dan kebanyakan
dunia lain.
Sesungguhnya perkembangan Islam sangat pesat di China pada masa
Pemerintahan Dinasti Ming. Orang-orang Islam mendapat kedudukan yang
tinggi dalam pelbagai jawatan dalam kerajaan. Keadaan ini menyebabkan
rasa marah dan dengki di kalangan penentang Islam terutamanya
v. Perkembangan Islam Semasa Dinasti Qing (1644-1912M)
Kerajaan Qing memusuhi Umat Islam terutamanya mereka yang bukan
berketurunan Cina. Penindasan kepada umat Islam telah mulai berlaku.
Banyak

masjid

ditutup

dan

dimusnahkan.

Umat

Islam

juga

didiskriminasikan daripada jawatan dalam kerajaan. Umat Islam dilarang


beribadat, menyembelih daging korban, merayakan aidilfitri dan aidiladha,
menunaikan haji dan tidak boleh menjalankan kegiatan keislaman.
Kekejaman kerajaan Qing kepada umat Islam menyebabkan mereka
bangkit menentang dan memberontak. Di antara pemberontakan mereka
dikenali sebagai Pemberontakan Panthay atau dalam bahasa Cina sebagai
Du Wenxiu Qiyi berlaku pada tahun 1856 hingga 1873.
_______________
[26]

Dun J. Li The Ageless Chinese (Charles Scribner's Sons: 1971). Hlm. 276

Pemberontakan Panthay merupakan satu gerakan pemisahan orang Hui


dan orang Islam Cina yang menentang Dinasti Qing di barat daya Wilayah
Yunnan sebagai sebahagian daripada satu gelombang kekacauan pelbagai
etnik.
Antara tahun 1648 dan 1878, lebih daripada 12 juta orang Islam Hui dan
Uyghur terkorban dalam 10 pemberontakan terhadap dinasti Qing. [27] Salah
seorang pemimpin pemberontakan itu ialah Ma Dexin tetapi akhirnya
tunduk kepada kerajaan Qing pada tahun 1861. [28]
Para pegawai tinggi Qing secara rahsia mendorong kumpulan perusuh
untuk menyerang orang Panthay yang kaya, yang mencetuskan kekacauan

11

anti-orang Islam, dan memulakan satu konflik agama yang membawa


kepada pemusnahan masjid-masjid.[29]
Satu siri penentangan berjaya menawan bandar Dali yang menjadi
pangkalan bagi operasi orang Islam Panthay, dan mereka mengisytiharkan
diri mereka sebagai entiti politik yang terpisah daripada China. Orang
Islam Panthay juga mengepung bandar Kunming beberapa kali: dalam
tahun-tahun 1857, 1861, 1863 dan 1868. Ma Rulong, seorang pemimpin
pemberontak Hui dari selatan Yunnan, telah mengepung bandar tersebut
pada tahun 1862, tetapi berpaling tadah kepada tentera kerajaan pusat
setelah ditawarkan dengan satu jawatan tentera.
Akhirnya

pemberontakan

itu

ditumpaskan

apabila

tentera

Qing

membunuh dan memenggal kepala 'sultan' itu. Jasad beliau disemadikan


di Xiadui. Walaupun sudah hampir dilupakan, Pemberontakan Panthay
berdarah itu telah menyebabkan kematian sebanyak satu juta orang Islam
di Yunnan.[30]
Ramai pelarian Hui yang terselamat melarikan diri ke negara-negara jiran
seperti Burma, Thailand dan Laos, lalu membentuk asas populasi minoriti
Cina Hui di negara-negara tersebut.
______________
[27]

Alexander Berzin. Historical Sketch of the Hui Muslims of China.


http://www.berzinarchives.com/web/en/archives/study/islam/historical_interaction. 1995.
Dicapai
pada 2 Jun 2011
[28]

Gernet, Jacques. A History of Chinese Civilization. 2. New York:


Cambridge University
Press, 1996.
[29]
Anderson. Islam and the abolition of slavery. 1876 (Online Book). Hlm. 233
[30]

Bradley Maynew. Lonely Planet China. 2005. Hlm. 142

vi. Perkembangan Islam Semasa Republik China (1911 -1946M )

Selepas kejatuhan Dinasti Qing, Dr. Sun Yat Sen iaitu seorang yang
beragama Kristian dan fahaman demokrasi telah menubuhkan
Republic Of China (RC), serta-merta mengisytiharkan bahawa negara
ini milik bersama Han (Cina), Man (Manchu), Meng (Mongol), Hui
(Muslim),

Tsang(Tibet),

dan

orang-orang

Miao.

Sepanjang

pemerintahan, RC telah cuba membawa rakyat China ke arah

12

perkongsian kuasa dan peluang yang sama dalam pelbagai bidang.


[31]

Pemerintah Republik China telah membuka kembali kebebasan


beragama kepada rakyat Cina. Ini telah memberikan peluang
kepada umat Islam untuk kembali bersinar di China setelah 268
tahun dalam tekanan Dinasti Qing. Umat Islam dapat beribadat
dengan aman dan boleh mengerjakan ibadat haji di Makkah.
Sekolah-sekolah agama mulai ditubuhkan di samping beberapa
pertubuhan seperti Chinese Muslim Federation dan The Chinese
Muslim Promotion Club.
Semasa pemerintahan Parti Kuomintang, orang Islam kembali
diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan
seperti panglima perang Islam, Gabenor Tentera di wilayah Qinghai,
Gansu dan Ningxia. Contohnya Bai Chongxi iaitu seorang Ketua
Islam dan Menteri Pertahanan China pada masa itu.

vi.

Perkembangan Islam Semasa Republik Rakyat China

(1949 - Kini)
Kejatuhan Pemerintah Republic Of China dan Parti Koumintang
pimpinan Dr Sun Yet Sen ke tangan Parti Komunis Republik Rakyat
China (RRC) pimpinan Mao Zedung, sekali lagi membawa umat Islam
di China dalam keadaan tekanan.
_______________
[31]

Aliya Ma Lynn. Muslim In China. 2005. Hlm. 9

Kebebasan beragama telah disekat kembali dan pihak pemerintah


mewajibkan seluruh rakyatnya mempelajari fahaman komunis Karl
Marx. Banyak Masjid ditutup dan dijadikan kandang khinzir dan
imam-imam

serta

guru-guru

agama

dipaksa

bekerja

sebagai

penyelia kandang khinzir. Banyak monumen Islam telah dihapuskan

13

termasuk buku-buku agama yang ditulis oleh para ulama tersohor.


[32]

Pada tahun 1976M, Mao Zedung mati. Revolusi Kebudayaan tamat


dan kebebasan beragama kembali wujud di China tetapi dalam
kawalan dan pemantauan yang ketat oleh pihak kerajaan.
Semenjak tahun 1953 Persatuan Islam China ditubuhkan di Beijing.
Persatuan ini merupakan pertubuhan kebangsaan yang berfungsi
untuk memastikan pelaksanaan dasar bebas beragama kerajaan
dipatuhi, memupuk semangat patriotik di kalangan umat Islam,
menyebarkan ajaran dan amalan agama Islam, melindungi hak dan
kepentingan

umat

Islam

yang

sah,

mengukuhkan

perpaduan

bangsa, dan mengekalkan kestabilan sosial, penyatuan negara dan


kedamaian dunia. Namun, dalam tempoh Revolusi Kebudayaan yang
dimulakan pada tahun 1966, semua aktiviti keagamaan terpaksa
dihentikan, masjid-masjid di merata tempat juga menghadapi
ancaman yang teruk. Setelah Revolusi Kebudayaan berakhir pada
tahun 1976, kerajaan China bukan sahaja menyusun semula dasar
yang berkaitan dengan isu-isu etnik minoriti dan keagamaan, malah
menjalankan semula dasar bebas beragama untuk menggalakkan
perkembangan pelbagai agama.
Jumlah umat Islam meningkat dengan pesat di China bermula pada
hujung tahun 1960-an. Menurut banci penduduk yang dijalankan di
seluruh negara pada tahun 2006, jumlah umat Islam di Tanah Besar
China lebih daripada 20 juta orang.

_______________
[32]

Aliya Ma Lynn. Muslim In China. 2005. Hlm. 9

Sekarang ini, di mana sahaja ada kawasan kediaman masyarakat


Islam, di situ terdapatlah 30 ribu masjid yang berbeza-beza saiznya.
Menurut statistik rasmi, di China sekarang ini terdapat lebih
14

daripada 17 ribu buah kuil dan biara agama Buddha, lebih daripada
1500 buah kuil pengikut fahaman Tao, lebih daripada 4600 buah
gereja Katholik dan lebih daripada 12 ribu gereja Kristian.
Selain

membina

masjid

yang

baru,

kerajaan

China

juga

memperuntukkan dana untuk membina semula atau membesarkan


masjid yang sedia ada di pelbagai tempat untuk menampung lebih
ramai penganut yang melaksanakan ibadat bersama-sama. Dengan
ekonomi yang berkembang pesat di China, taraf hidup rakyat
semakin meningkat. Begitu juga dengan taraf hidup umat Islam. Kini
ada penganut Islam yang sudah mampu berbelanja untuk membina
masjid. Contohnya, Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat Kumpulan
Farmaseutikal Xiuzheng, Xiu Laigui dan isterinya, iaitu pasangan
penganut agama Islam yang telah melabur lebih 4 juta Yuan RMB
untuk membina Masjid Tonghua di Bahagian Jilin. Masjid yang
luasnya lebih daripada 1400 meter persegi itu siap dibina pada
tahun 2006.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah umat Islam China yang
mampu menunaikan fardu haji ke Mekah juga terus meningkat.
Jumlah tersebut mencecah 10 ribu orang buat kali pertamanya pada
tahun 2007. Menurut pegawai dari Jabatan Agama Provinsi Gansu,
umat Islam di sana yang menunaikan fardu haji ke Mekah dengan
menyertai jemaah haji dari China pada tahun 1985 hanya berjumlah
lebih 10 orang sahaja. Manakala pada tahun ini, jumlah mereka
telah mencecah hampir 2500 orang, mencipta rekod baru dalam
sejarah wilayah itu. Persatuan Islam China telah menubuhkan
jabatan khas untuk menguruskan hal ehwal jemaah haji demi
memberikan bantuan kepada umat Islam China yang menunaikan
fardu haji ke Mekah. Persatuan itu bukan sahaja menyediakan
penterjemah dan doktor untuk mengiringi jemaah haji, malah
menghantar petugasnya ke Mekah lebih dulu untuk mengatur
penginapan dan kemudahan pengangkutan untuk memastikan umat
Islam China dapat menunaikan fardu haji dengan lancar di sana.

15

Selain itu, budaya Islam juga berkembang dengan baik di China


pada masa ini. Muzium Etnik Hui Chinamuzium pertama yang
mempamerkan budaya Islam di China telah dibuka di Wilayah
Autonomi Hui Ningxia pada bulan September lalu. Sejarah etnik Hui,
agama,

budaya,

adat

resam,

tokoh

dalam

sejarah

dan

perkembangan etnik Hui serta maklumat tentang sejarah dan


budaya agama Islam di dunia dipamerkan di muzium itu menerusi
gambar, tulisan, artifak, arca, audio dan video.
C. Etnik Islam di China
Penduduk Islam China terdiri daripada 10 etnik minoriti yang
menyumbang kepada jumlah umat Islam di China seramai lebih
kurang 20 juta orang. Etnik tersebut adalah seperti berikut:
i.

Etnik Dongxiang
Etnik Dongxiang berjumlah lebih 370 ribu orang, dan kebanyakan
mereka menetap di Kaunti Autonomi Etnik Dongxiang Provinsi
Gansu, Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia dan Wilayah Autonomi
Etnik Uygur Xinjiang. Bahasa etnik Dongxiang hampir sama dengan
bahasa Mongol tetapi tidak mempunyai tulisan sendiri. Penduduk
etnik itu boleh bertutur bahasa Mandarin.
ii.

Etnik Hui

Etnik Hui adalah salah satu etnik minoriti yang teramai di China.
Berdasarkan banci pada tahun 1990, penduduk etnik itu berjumlah
lebih 8.6 juta orang, menduduk tempat ke-4 teramai antara etniketnik minoriti di China. Kawasan penempatan penduduk etnik Hui
sangat luas, hampir semua kawasan di China terdapat penduduk
etnik itu. Penduduk etnik Hui tinggal secara berkelompok di Wilayah
Autonomi Etnik Hui Ningxia, Provinsi Gansu, Qinghai, Wilayah
Autonomi Etnik Vygur Xinjiang, Provinsi Henan, Hebei, Shangdong
dan

Yunnan.

Penduduk

etnik

Hui

biasanya

berkelompok di kawasan yang terdapat masjid.

16

tinggal

secara

iii.

Etnik Kirgiz

Etnik Kirgiz berjumlah lebih 140 ribu orang, kebanyakannya tinggal


secara berkelompok di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Etnik
Uygur Xinjiang China. Kawasan penempatan etnik itu di sebelah
barat kawasan pergunungan, terdapat sungai besar dan padang
rumput yang subur di kawasan tersebut. Penduduk etnik itu
mengusahakan

penternakan

sejak

turun-temurun,

terdapat

sebahagian penduduk etnik itu juga bekerja dalam bidang pertanian.


iv.

Etnik Salar

Etnik Salar berjumlah lebih 80 ribu orang, kebanyakannya tinggal


secara berkelompok di tebing Sungai Kuning di bahagian timur
Provinsi Qinghai. Iklim di kawasan penempatan etnik itu sangat baik
dan sesuai untuk menanam padi, jagung, buah-buahan dan sayursayuran. Etnik Salar mempunyai bahasa sendiri, tetapi tidak
mempunyai tulisan. Oleh sebab penduduk etnik banyak bergaul
dengan etnik Han, Hui dan Tibet di kawasan penempatan mereka,
maka ramai penduduk etnik itu fasih bertutur bahasa Mandarin.
Etnik Salar beragama Islam, adat resam etnik itu hampir sama
dengan Etnik Hui China.
v.

Etnik Tatar

Etnik Tatar China berjumlah lebih 40 ribu orang, etnik itu tinggal
secara berkelompok di Bandar Yining, Tacheng dan Urumqi di
Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China. Etnik Tatar juga
dikenali sebagai etnik "Dadan". Pada pertengahan abad ke-15, etnik
itu menetap di kawasan aliran Sungai Volga dan Kama. Pada awal
abad ke-20, etnik Tatar berhijrah ke Wilayah Xinjiang dan menjadi
salah satu etnik minoriti China. Etnik Tatar mempunyai bahasa
sendiri, tulisannya berasaskan tulisan bahasa Arab. Oleh sebab etnik
itu menetap bersama-sama etnik Vygur dan etnik Kazak sejak turun

17

temurun, maka bahasa dan tulisan kedua-dua etnik itu juga sering
digunakan dalam kehidupan penduduk etnik Tatar.
vi.

Etnik Uygur

Etnik Uygur berjumlah lebih 7.2 juta orang, penduduk etnik itu
tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Etnik Uygur
Xinjiang China, kebanyakan mereka menetap di sebelah selatan
Gunung Tianshan di wilayah itu. Entik Uygur wujud pada abad ke-3
sebelum Masihi. Nenek moyang etnik Uygur terutamanya bekerja
sebagai penggembala. Setelah tahun 840, sebahagian penduduk
etnik Uygur berhijrah ke kawasan Xinjiang China dan kawasan Asia
Tengah, mereka belajar pertanian daripada penduduk asal di
kawasan tersebut. Buah-buahan yang diusahakan oleh etnik itu
seperti tembikai hami, anggur, delima dan epal sangat terkenal di
China sejak turun-temurun.
vii.

Etnik Uzbek

Etnik Uzbek berjumlah lebih 10 ribu orang, etnik itu tinggal secara
berkelompok di bahagian selatan dan utara Wilayah Autonomi Etnik
Uygur Xinjiang China, mereka tinggal dengan aman bersama-sama
penduduk etnik lain seperti Etnik Uygur dan Kazak di kawasan itu.
Sejarah Etnik Uzbek bermula pada abad ke-14. pada abad ke-15,
ramai saudagar dari Uzbek berniaga ke Tanah Besar China melalui
Laluan Sutera, sebahagian saudagar tersebut menetap di kawasan
Xinjiang, lama-kelamaan, etnik Uzbek telah membuka penempatan
di kawasan tersebut.
viii.

Etnik Bonan

Penduduk etnik Bonan berjumlah lebih 12 ribu orang, etnik itu


menetap secara berklompok di Provinsi Gansu dan Qinghai. Tanah di
kawasan penempatan etnik Bonan sangat subur dan terkenal
mengeluarkan gandum, jagung, pic dan walnut yang sedap. Etnik

18

Bonan pernah disebut etnik "Huihui" atau "Baoanhui". Setelah China


baru ditubuhkan pada tahun 1949, kerajaan China menetapkan
nama etnik itu sebagai etnik "Bonan" berdasarkan hasrat etnik itu
sendiri.
Etnik Bonan mempunyai bahasa sendiri tetapi tidak mempunyai
tulisan,

kebanyakan

penduduk

etnik

Bonan

fasih

berbahasa

Mandarin. Etnik Bonan beragama Islam, upacara perkahwinan dan


kematian etnik itu diadakan berdasarkan peraturan agama Islam,
adat resam dan keadaan sosial etnik itu hampir sama dengan etnik
beragama Islam yang lain di kawasan itu, pesta penting bagi etnik
itu ialah Hari Raya dan Hari Raya Korban.
ix.

Etnik Kazak

Penduduk Etnik Kazak berjumlah lebih 1.1 juta orang, mereka


tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang,
sebahagian lagi tinggal di provinsi Gansu dan Qinghai. Kawasan
kediaman etnik Kazak merupakan padang rumput yang subur dan
sesuai untuk dijadikan kawasan penternakan. Kebanyakan penduduk
etnik Kazak kerja sebagai penggembala sejak turun-temurun,
sebahagian kecil penduduk etnik mengusahan pertanian dan
menanam tumbuh-tumbuhan. Pada masa dahulu, jarang terdapat
penduduk etnik Kazak berniaga, tetapi sekarang, ramai penduduk
etnik itu berniaga. Etnik Kazak beragama Islam dan mempunyai
bahasa dan tulisan sendiri. Tulisan mereka sekarang berasas tulisan
Jawi.
x.

Etnik Tajik

Penduduk etnik Tajik berjumlah lebih 30 ribu orang, etnik itu tinggal
secara berkelompok di bahagian barat daya Wilayah Autonomi
Uygur Xinjiang China, iaitu bahagian timur dataran tinggi Pamir.
Kawasan penempatan etnik Tajik berhampiran puncak gunung kedua
tertinggi di dunia, iaitu Godwin Austen, puncak gunungnya diliputi

19

salji, di kaki gunung itu ialah padang rumput dan ladang. Penduduk
etnik Tajik tinggal di kawasan itu sejak turun temurun.

D. Sumbangan Islam Ke Atas Tamadun China


Sumbangan umat Islam di China memang tidak dapat dinafikan.
Bahkan

pencapaian

umat

Islam

dalam

banyak

bidang

telah

mempercepatkan kemajuan dan ketamadunan China. Di antara


sumbangan Islam di China adalah seperti berikut:
i.Pembinaan makmal kaji bintang semasa pemerintahan Dinasti Yuan.
Tokoh utama dalam ilmu astronomi ialah Tcha Ma Lou Tin
( Jamaludin)
ii.

Jamaludin telah mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca


serta kalendar (Takwim Man Nien Li). Ia dijadikan sebagai
takwim rasmi kerajaan mulai Tahun 1265 hingga 1281 M

iii.

Dalam bidang Matematik, pada zaman Dinasti tang dan Song,


masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab
(Xiyi Lishu), Kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li), Algebra dan
Trigonometri.

iv.

Dalam bidang pelayaran, Laksamana Islam Cheng Ho

telah

membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan


usaha pelayaran. Turut dimajukan ialah kepakaran astronomi,
kompas dan kaedah ukuran air
v.

Kaedah perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan


dengan ilmu perubatan China

20

vi.

Ilmu perubatan Ibnu Sina telah dibawa masuk pada zaman


Dinasti Tang dan Dinasti Song serta dipelajari oleh tabib-tabib
Cina

vii.

Menggabungkan elemen senibina Islam dan tempatan. Contoh


Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan masjid huaje Lane di
Sian (Xian)

viii.

Ilmu peperangan oleh panglima tentera Islam dan Kung Fu


adalah warisan dari pendekar-pendekar Islam dan diwarisi
sehingga sekarang.

ix.

Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada


pengkhasilan karya-karya falsafah dan sastera yang bermutu
tinggi. Satunya satunya ialah Shih Ching atau Classic of songs
yang mengandungi 305 lagu.

x.

Pemerintahan Dinasti Song (960-1279M) menggunakan pakai


sistem pembayaran cukai yang digunakan oleh Khalifah Umar
al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil cukai
dagangan dan pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam
banyak diambil daripada kaedah yang dilaksanakan oleh
pemerintahan Islam

xi.

Sanjungan kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis


oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya besar
termasuk dalam bidang-bidang undang-undang, bahasa dan
sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada
warisan peradaban China yang tiada tolok bandingnya.

E. Cabaran Umat Islam China Hari Ini


Nasib sebahagian daripada umat Islam di China tidak diketahui oleh
ramai orang. Salah satu etnik minoriti yang terdiri daripada orang
Uygur di Barat China dalam Wilayah Xinjiang mula tertindas sejak
tahun 1990-an. Adalah terlalu perit untuk menyatakan penderitaan
21

orang-orang

Islam

Uygur

yang

diseksa

dan

dibunuh

namun

kebenaran tidak dapat dikaburi di mata dunia.


Perlu diketahui, Xinjiang adalah salah satu dari wilayah autonomi
Islam di negara China yang sering berlaku pergolakan akibat
penindasan politik dan agama. Selain Xinjiang, Tibet juga mendakwa
ditindas oleh pihak pemerintah. Wilayah Xinjiang sebenarnya tidak
memperoleh pembangunan yang sekata dari pihak pemerintah.
Ekonomi mereka dipegang oleh kaum China Han yang turut sama
menindas apabila memilih mereka yang boleh berbahasa Mandarin
sahaja untuk memegang jawatan-jawatan dalam sektor tersebut.
Rentetan

dari

permasalahan

ini,

wujudlah

kumpulan

pejuang

pemisah yang berusaha membela nasib dan masa depan kaum


Uyghur iaitu Parti Turkestan Timur.
Sejak tahun 1955 hingga kini dan terbaru pada bulan Julai 2009,
beratus-ratus orang Islam terbunuh secara tragis dan beribu-ribu
lagi yang cedera dalam pertempuran dan tembakan rambang oleh
pihak polis.

[33]

________________
[33]

Berita Harian Online, 7 Julai 2009

F. Penutup
Perkembangan Islam di China menelusuri zaman yang begitu
panjang iaitu kira-kira 1360 tahun lamanya iaitu dari tahun 651M
hingga sekarang. Tempoh yang begitu lama sudah tentu Islam di
China mempunyai catatan sejarah yang sangat banyak. Mungkin
kisah perjalanan Islam di negara Komunis itu terlalu sukar untuk
dikesan apatah lagi untuk mencari monumen-monumen sebagai
bukti kerana banyak daripadanya telah dihapuskan oleh Kerajaan
Qing yang memerintah China lebih daripada 260 tahun.

22

Sejak kebelakangan ini, nasib umat islam di beberapa wilayah


autonomi semakin gelap dan penindasan umat Islam semakin
berleluasa. Penghapusan etnik berlaku dalam diam kerana tidak
dapat dihebahkan kepada dunia luar. Antara harapan dan realiti
nasib umat Islam di China tidak banyak dipersoalkan kerana
propaganda barat yang pandai berselindung di atas kata-kata
memerangi keganasan dan pengganas sebagaimana yang berlaku di
Iraq, Afganistan, Moroco, Libya dan beberapa negara Islam yang
lain. Amat membimbangkan kerana Islam di China yang dianuti
hanya oleh etnik minoriti akan terus dilumpuhkan tanpa pembelaan
yang sewajarnya. Satu hari nanti, angka jumlah umat Islam di
negara itu bukannya bertambah tetapi berkurangan. Jasa umat
Islam satu ketika dahulu yang telah bersama-sama menyumbang
kepada peradaban China akan dilupakan dalam lipatan sejarah.
Diharapkan dengan adanya persatuan-persatuan Islam di China
seperti Persatuan Muslim China akan dapat memainkan peranan
yang besar bagi mempastikan nasib umat Islam di negara itu dapat
dibela sepenuhnya. Penulis yakin, umat Islam China mampu
bersaing dengan bangsa lain di China jika diberikan peluang sama
rata dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, catatan sejarah Islam di
China harus di pandang positif oleh dunia luar dan mengambil
iktibar bahawa perkembangan Islam di China mengajar umat Islam
seluruh dunia supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mengamalkan
sikap bertoleransi bagi mewujudkan sebuah negara yang aman
makmur dan tenteram.
Rujukan:
Alexander Berzin. Historical Sketch of the Hui Muslims of China.
http://www.berzinarchives.com/web/en/archives/study/islam/historic
al_interaction. 1995. Dicapai pada 2 Jun 2011
Anderson, John, Mandalay to Momien: A Narrative of the Two
Expeditions to Western China of 1868 and 1875 (London: Macmillan,
1876).

23

Ann Wan Seng. Rahsia Islam Di China: Gemilang Di Sebalik Tembok


Besar. Kuala Lumpur. PTS Islamika. 2008
Bradley Maynew. Lonely Planet China. London. Lonely Planet
Publications; 9th edition. 2005
Brook, Timothy. The Confusions of Pleasure: Commerce and Culture
in Ming China. Berkeley: University of California Press. 1998.
Bruce Gordon Doar, Susan Dewar.China archaeology and art digest,
Volume 3, Issue 4. Art Text (HK) Ltd. 2000.
China Handbook Editorial Committee. China Handbook Series:
History (trans., Dun J. Li). Beijing. 1982
Danial Zainal Abidin. Minda Muslim Super. Kuala Lumpur. PTS
Millemia Sdn. Bhd. 2000.
Dru C. Gladney Muslim Chinese: ethnic nationalism in the People's
Republi. 1996.
Gernet, Jacques. A History of Chinese Civilization. 2. New York:
Cambridge University Press, 1996.
Israeli, Raphael. Islam in China. United States of America: Lexington
Books. 2002.
Jonathan Neaman Lipman. A history of Muslims in Northwest China.
Hong Kong. University Press. 1997
People's Daily Online, "Constitution of the People's Republic of
China. The capital of the People's Republic of China is Beijing: Article
138.
,
Beijing:,
http://english.people.com.cn/constitution/constitution.html, 1982.
Richard Bulliet, Pamela Crossley, Daniel Headrick, Steven Hirsch,
Lyman Johnson, and David Northrup. The Earth and Its Peoples. 3.
Boston: Houghton Mifflin Company, 2005
Shao Chang Lee, China's Cultural Development (wall chart), East
Lansing, 1984.
Tan Ta Sen. Cheng Ho: Penyebar Islam Di China dan Nusantara (Alih
bahasa Indonesia) Jakarta. Penerbit Buku Kompas.2010
Sulaiman Ma. Islam in China.
http://www.dubaibuzz.com/halaqahmedia.php. Dicapai pada Jun
2011
24

Ulrich Marzolph, Richard van Leeuwen, Hassan Wassouf. The Arabian


Nights Encyclopedia. ABC-CLIO. 2004.
___.BBC Religion and Ethics ISLAM Origins.
http://www.bbc.co.uk/religion/religion/islam/history/china_1.shtml.
Dicapai pada 5 Jun 2011
____Islam In China. http://islamic-world.net/islamic-state/islam-inchina/. Dicapai pada 6 Jun 2011
____. Agama dan Kepercayaan. http://ms.wikipedia.org/wiki/China.
Dicapai pada 3.4.2011

25

You might also like