You are on page 1of 1

KONSEP, PRINSIP DAN FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

Perundangan Islam berdasarkan kepada prinsip meletakkan hukuman. Untuk


pengetahuan anda, perundangan Islam ialah satu sistem perundangan yang meliputi
undang-undang yang ditetapkan oleh Allah dan undang-undang yang ditetapkan oleh
manusia (mujtahid). Kaedah dan sumber yang digunakan adalah melalui mekanisme
ijtihad. Undang-undang Islam merupakan sebahagian daripada syariah Islam yang
luas. Syariah sebagai satu aspek yang berbeza daripada akidah dan akhlak syariah
lebih menumpukan kepada aspek amaliyyah. Aspek amaliyyah pula meliputi bidang
ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Perundangan Islam yang dimaksudkan
dalam konteks bab ini tertumpu pada bidang jenayah sahaja.

Perundangan jenayah Islam meliputi kesemua kesalahan-kesalahan jenayah dalam


Islam, hukuman terhadap kesalahan jenayah tersebut serta kaedah perbicaraan dan
pembuktian bagi setiap kesalahan jenayah yang ditetapkan. Dalam hal ini, kesalahan
jenayah Islam berbeza daripada kesalahan jenayah konvensional.
Terdapat beberapa kesalahan jenayah dalam Islam yang tidak dianggap sebagai
jenayah dalam sistem undang-undang ciptaan manusia. Contohnya, berzina
dianggap sebagai jenayah berat dalam Islam, namun ia tidak dianggap sebagai
kesalahan dalam undang-undang ciptaan manusia jika dilakukan secara sukarela
oleh kedua-dua belah pihak. Begitu juga kesalahan minum arak dan murtad yang
tidak dianggap sebagai kesalahan dalam undang-undang ciptaan manusia.

You might also like