You are on page 1of 4

33.

Strategi/teknik pengumpulan dan penganalisasan data


kualitatif
b. kemahiran berhubung dengan manusia dalam
penyelidikan sosial
Proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah tahap paling penting
untuk menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan kualitatif.
Hal ini disebabkan dalam penyelidikan kualitatif, pengkaji merupakan
instrumen kajian utama dan mereka harus mempunyai pengetahuan dan
kemahiran untuk berhubung dengan manusia di sekelilingnya (Marohaini
2001).
Pendekatan kualitatif bersifat diskriptif, tidak mengutamakan data-data
berbentuk numerikal serta lebih kepada penghuraian makna terhadap perkara
yang dikaji.
Pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif boleh dijalankan menerusi
kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Catatan nota lapangan
yang dibuat semasa pemerhatian boleh membantu proses penganalisisan
data manakala temubual yang dilakukan pula dapat mengesan data yang
tidak dapat diperhatikan semasa sesi pemerhatian. Seterusnya penggunaan
bukti

dokumen

pula

membolehkan

pengkaji

membanding

dan

memperkukuhkan data yang diperolehi daripada pemerhatian dan temubual.

Kajian Rintis
Sebelum pungutan data sebenar dilakukan, kajian rintis perlu dijalankan
sebagai persediaan untuk memperbaiki kelemahan yang dialami oleh
pengkaji sebelum memasuki kajian sebenar. Hal ini diakui oleh Glesne dan
Peshkin (1992) yang mengatakan bahawa menerusi kajian rintis pengkaji
dapat belajar mengenai proses kajian, jadual temubual dan teknik
pemerhatian. Dapatan kajian rintis ini membolehkan pengkaji menyemak
semula rancangan kajian.

Mencatat nota lapangan dalam pengajaran dan pembelajaran


Nota lapangan merupakan nota yang dibuat oleh pengkaji dalam bentuk asal
semasa pengumpulan data dilakukan. Antara catatan nota lapangan dalam
pengajaran dan pembelajaran di kelas seperti amalan, tingkah laku, perasaan
dan aktiviti yang berlaku semasa berlangsungnya pengajaran. Tujuan
pengkaji mencatatkan perasaan dan luahan hati peserta kajian semasa
melaksanakan pengajaran bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh
mengenai amalan pengajaran guru (Spradley 1980). Catatan dibuat dalam
dua bentuk iaitu secara verbatim dan deskriptif tetapi walau bagaimanapun
catatan secara deskriptif lebih diutamakan kerana butir percakapan secara
verbatim peserta kajian boleh diperolehi daripada pita rakaman. Kesemua
aktiviti yang berlaku dalam keseluruhan pengajaran guru sejak awal sehingga
tamat pengajaran boleh dicatat seberapa banyak yang termampu oleh
pengkaji.
Contoh strategi pengumpulan/penganalisasan data kualitatif
yang berkaitan dengan kemahiran berhubung dengan
manusia dalam penyelidikan sosial :
1. Kajian lapangan: berbentuk semulajadi
- tingkahlaku dikaji secara semulajadi
- kepercayaan berkait dengan persekitaran semulajadi:
> tingkahlaku mudah difahami tanpa kekangan luaran
atau
2.

kawalan
Pengumpulan Data
- Pemerhatian
- Temuduga
- Analisis Dokumen

3.

Data berbentuk penceritaan

4.

Mengkaji bagaimana dan mengapa tingkahlaku

berlaku
Contoh

Kajian lapangan berbentuk pemerhatian yang mengkaji


sesuatu budaya atau tingkahlaku dalam sesebuah
masyarakat.
Budaya: kepercayaan yang dikongsi dalam sesuatu
masyarakat
Pengkaji menetap selama 6 bulan hingga setahun bersama
peserta kajian.
Penyataan Masalah
o Mendalami permasalahan rangka kerja untuk
memulakan kajian kualitatif
o Soalan spesifik: soalan yang muncul daripada hubungan
antara permasalahan dan data yang diperoleh

Didapati dalam analisis data

Mengenalpasti dan memasuki lapangan kajian


o Mengakses semua bahagian dalam lapangan
- Subjek penyelidikan
- Dokumen
- Lokasi penyelidikan
o Membina hubungan baik dengan subjek penyelidikan
o Kajian lapangan mengambil masa yang lama
Pemilihan subjek kajian
o

Menggunakan strategi persampelan bertujuan


- memilih subjek kajian yang mempunyai banyak
maklumat berkaitan kajian yang ingin dijalankan.

o Strategi Persampelan Bertujuan


- Maximum Variation: memilih individu atau kes
yang paling ketara.
> tingkahlaku paling positif atau negatif
- Snowball: individu terpilih mencadangkan
penglibatan individu lain
Strategi persampelan bertujuan :
o Pemilihan sampel mengikut kes: memilih individu atau
kes bergantung kepada ciri - ciri unik mereka

- Ketara
- Biasa
- Unik
- Reputasi
o Pemberi Maklumat Utama: memilih individu yang
berpengetahuan tentang topik yang dikaji
o Menyeluruh: Memilih semua individu atau kes yang
berkaitan

You might also like