You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah Laporan Pendidikan Negara diperhalusi dan dikaji, pihak Kementerian Pendidikan
telah mengenalpasti sembilan bidang keutamaan. Perkara kedua didalam sembilan bidang
keutamaan itu ialah meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah. Oleh itu, untuk anjakan kelima
Program Pembangunan Pendidikan, pihak kementerian telah menggariskan bahawa akan
menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Kementerian akan
memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan kompentensi serta
memperkukuhkan perancangan penggantian pengetua dan guru besar menjelang 2013. Selain
itu, kementerian juga akan menempatkan pengetua dan guru besar cemerlang di kawasan luar
bandar untuk mempertingkatkan prestasi sekolah. Fokus isu yang akan timbul di sini ialah
bagaimana bentuk kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan kompentasi ini
akan menjamin kualiti pentadbiran berprestasi tinggi di sekolah? Adakah pengetua dan guru
besar ini benar-benar kompeten dengan tugas dan kemahiran pentadbiran sekolah yang
sedang mengalami perubahan seiring dengan tuntutan dan keperluan masa kini?
Konsep Kompetensi
Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau personaliti
traits yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Menurut Kamus
Dwibahasa Dewan, kompetensi adalah istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang
bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu
tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999)
Menurut Daud Ibrahim(2003) bahawa, kompetensi bermakna competence, proficiency,
skillful and skill. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran
dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu
pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang
pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi
yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya.
Sebagai contoh, pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan melaksanakan sesuatu
tugas yang akan membolehkan pegawai melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan
cemerlang. Agus Darma (2003), mentakrifkan kompetensi sebagai kemampuan atau
kecekapan yang diperlihatkan seseorang ketika melakukan sesuatu.
Beberapa kajian telah dibuat untuk mengukur tahap kompentasi pengetua dan guru besar
sebagai agen penting pentadbiran sekolah. Dilaporkan, masih ramai pengetua dan guru besar
masih di paras sederhana dan rendah jika dilihat dari segi kompetasi mereka dalam bidang
ICT. Seperti yang semua sedia maklum, sistem pendidikan kita kini banyak menggunakan
pendekatan ICT dalam semua aspek, daripada pentadbiran sehinggalah penyampaian
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Adalah menjadi sesuatu yang mendukacitakan
sekiranya pihak pentadbir sekolah masih belum dapat menerima sepenuhnya perubahan ini
dan mempunyai sikap kebergantungan kepada guru penolong untuk menyelesaikan tugas
mereka apabila melibatkan penggunaan ICT. Seharusnya, kriteria pemilihan pengetua dan
guru besar wajar diperhalusi lagi dan meletakkan calon yang benar-benar kompetan dalam
semua aspek untuk dipilih sebagai pihak pentadbir.

You might also like