You are on page 1of 2

Kaedah peta minda yang diperkenalkan kepada murid murid tahun 5 Usaha membawa

kesan yang positif

dari segi kefahaman mereka terhadap cara menjawab bahagian B

Kertas 2 Bahasa Inggeris dengan lebih efektif. Ini dapat dibuktikan melalui data yang
dikumpul dari ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan terhadap murid murid 5 Usaha.
Ujian pra diberikan kepada murid murid tahun 5 Usaha untuk mengesan sejauh mana
kefahaman mereka dalam bahagian B. Ianya juga digunakan untuk mengesan tentang
masalah sebenar yang mereka hadapi dalam menjawab soalan berkaitan dengan bahagian
B kertas 2 Bahasa Inggeris. Selepas menggunakan kaedah peta minda, penilaian terhadap
murid murid dijalankan melalui ujian pos. Ujian ini diberikan beberapa hari selepas P&P
dijalankan. Ini bertujuan untuk menentukan sama ada mereka masih memahami apa yang
telah mereka pelajari mengenai cara menjawab bahagian B dengan lebih efektif. Struktur
soalan ujian pra dan ujian pos tidak banyak berbeza. Jadual dibawah menunjukkan dapatan
dalam ujian pra yang dijalankan:
MARKAH
1
5
6
7
8

BILANGAN MURID
1 Orang
2 Orang
1 Orang
8 Orang
7 Orang

MARKAH
9
10
11
12
13

BILANGAN MURID
6 Orang
2 Orang
1 Orang
2 Orang
1 Orang

Ujian pos yang dijalanlan terhadap murid murid memberikan keputusan yang agak
memberangsangkan. Semua murid yang hadir sewaktu P&P djijalankan dapat menjawab
kesemua soalan dengan lebih baik. Bahagian B kertas 2 Bahasa Inggeris memperuntukkan
markah penuh sebanyak 15 markah. Terdapat peningkatan yang tinggi iaitu jumlah markah
yang murid murid dapat ialah antara 11 hingga 14 markah. Butiranya adalah seperti berikut:
MARKAH
BILANGAN MURID
11
2 Orang
12
4 Orang
13
25 Orang
14
1 Orang
Purata markah dalam ujian pra ialah sebanyak 4.96 tetapi meningkat secara mendadak
kepada 12.78 dalam ujian pos. Ini jelas menunjukkan peningkatan yang positif dan lebih

baik dalam penggunaan peta minda untuk menjawab bahagian B kertas 2 Bahasa Inggeris.

Secara keseluruhan, semua murid bersetuju bahawa mereka lebih faham tentang apa yang
telah diajar selepas diperkenalkan dengan kaedah peta minda. Pada pandangan mereka,
peta minda nampak ringkas dan tidak keliru. Menurut murid murid, kaedah peta minda yang
diperkenalkan membantu mereka dalam mengingati isi-isi penting berdasarkan kaedah
persembahan yang lebih menarik dalam peta minda. Hal ini telah membuktikan bahawa
peta minda dapat membantu mereka mengingat isi-isi penting dengan lebih lama jika
dibandingkan dengan membaca nota dalam buku rujukan atau buku kerja sahaja.

You might also like