You are on page 1of 12

PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN

MURID TAHUN EMPAT YANG LEMAH BAGI TOPIK PROSES PERNAFASAN MANUSIA
Oleh
Elve Euzila Yan Dulian

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 4B yang lemah
dalam topik Proses Pernafasan Manusia dengan menggunakan kaedah Pengajaran
Berbantukan Komputer. Peserta kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 4B di salah
sebuah sekolah dalam daerah Tuaran yang tidak dapat mencapai dua daripada tiga objektif
pembelajaran dalam topik Proses Pernafasan Manusia. Instrumen kajian ini ialah ujian Pra
dan ujian Pasca, temu bual dan soal selidik. Dapatan kajian dianalisis secara kualitatif
menggunakan pengekodan dan secara kuantitatif menggunakan frekuensi dan min skor.
Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan (12.8 %) dalam penguasaan peserta kajian
bagi topik Proses Pernafasan Manusia. Diharapkan kaedah Pengajaran Berbantukan
Komputer meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui pengajaran berbantukan
komputer.
PENDAHULUAN
Kaedah pengajaran dan pembelajaran sains perlu diperbaiki dari semasa ke semasa
bagi membolehkan murid menguasai sesuatu konsep sains (seperti konsep Proses
Pernafasan Manusia) yang disampaikan oleh guru agar dapat memahami persekitaran
mereka dengan sistematik. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu mengamalkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan era digital masa kini. Salah satu kaedah
yang boleh dipraktikan ialah kaedah pengajaran berbantukan komputer bagi menyesuaikan
penyampaian mata pelajaran sains kepada murid-murid dengan gaya hidup era digital.
Secara tidak langsung, pengaplikasian pengajaran berbantukan komputer di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran sains dapat membantu guru melibatkan diri dalam
pembangunan profesional dan kepimpinan melalui penambahbaikan amalan profesional
secara berterusan dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh yang demikian,
murid-murid semestinya mendapat manfaat yang lebih dalam pendidikan mereka apabila
guru sentiasa menambahbaik amalan profesion keguruan.

FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada membantu meningkatkan tahap penguasaan murid Tahun 4B
yang lemah dalam topik Proses Pernafasan Manusia melalui penggunaan kaedah
pengajaran berbantukan komputer serta menambahbaik amalan guru dalam topik yang
sama. Kajian ini dijalankan keatas peserta kajian yang menunjukkan tahap penguasaan
yang lemah dalam topik ini semasa menjawab lembaran kerja topik Proses Pernafasan
Manusia.
Menurut Leng Mei Wei (1998) kelebihan penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah membantu murid memahami konsep-konsep yang
disampaikan dengan baik dan cepat kerana adanya paparan menarik grafik, animasi, warna,
muzik, dan simulasi. Ini disokong oleh kenyataan Qi Chen (1995) yang mengatakan bahawa
pengajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran kerana dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti
kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Justeru, berfokus kepada isu ini, saya terdorong untuk mengaplikasikan kaedah
pengajaran berbantukan komputer dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Faktor
pemilihan ini adalah kerana pengajaran berbantukan komputer memberi motivasi dalam
pembelajaran murid serta membantu mengurus masa guru dengan baik (mengurangkan
pembaziran masa guru untuk menyalin nota di papan tulis) bagi memperbaiki mutu sesi
pengajaran dan pembelajaran (Leng Mei Wei, 1998).
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian
1. Membantu meningkatkan penguasaan murid tahun empat yang lemah bagi topik proses
pernafasan manusia melalui kaedah pengajaran berbantukan komputer.
2. Menambah baik amalan pengajaran di dalam kelas tahun empat yang lemah melalui
pengaplikasian kaedah pengajaran berbantukan komputer.
Soalan kajian
1. Adakah kaedah pengajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan penguasaan
murid tahun empat yang lemah dalam topik Proses Pernafasan Manusia?
2. Adakah saya dapat menambah baik amalan pengajaran di dalam kelas tahun empat
yang lemah melalui pengaplikasian pengajaran berbantukan komputer?

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah terdiri daripada lima orang murid tahun 4BB yang
mempunyai tahap pencapaian lemah dalam mata pelajaran sains. Hanya lima orang sahaja
murid dipilih sebagai peserta kajian ini kerana mereka tidak dapat mencapai dua daripada
tiga hasil pembelajaran dalam topik Proses Pernafasan Manusia yang disenaraikan.
Peserta kajian ini terdiri daripada dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan.
Pemilihan ini disokong dengan data yang diperoleh daripada analisis melalui kajian bahan
lembaran kerja murid dan soal selidik.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA
Jadual 1: Penggunaan, tujuan, dan reka bentuk intrumen kajian
Instrumen
Ujian Pra dan
Pasca

Tujuan
Mengesan tahap penguasaan
peserta kajian dalam topik
Proses Pernafasan Manusia.

Reka bentuk instrumen


Soalan dibina bagi melihat kesan
kaedah pengajaran berbantukan
komputer terhadap tahap
penguasaan peserta kajian dalam
topik Proses Pernafasan Manusia.

Temu bual

Mengesan tahap
penguasaan peserta kajian
dalam topik Proses
Pernafasan Manusia.
Mengesan
penambahbaikkan amalan
pengajaran guru semasa
menggunakan kaedah
pengajaran berbantukan
komputer.

Mengesan tahap
penguasaan peserta kajian
dalam topik Proses
Pernafasan Manusia.
Mengesan
penambahbaikkan amalan
pengajaran guru semasa
menggunakan kaedah
pengajaran berbantukan
komputer.

Soal selidik

Dua kategori
Kategori pertama: Penguasaan
peserta kajian terhadap topik
Proses Pernafasan Manusia
o Soalan 2 hingga 6
Kategori kedua :
Penambahbaikan amalan
pengajaran guru
o Soalan 7 hingga 11

Dua kategori
Kategori pertama: Penguasaan
terhadap topik Proses Pernafasan
Manusia
o Soalan 1 hingga 5
Kategori kedua : Motivasi
o Soalan 6 hingga 10

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Kajian ini dilaksanakan dengan berpandukan model kajian tindakan yang telah diadapatasi
dari Model Kemmis & Mc Taggart (Pasukan Penyelidik, 2013). Model ini menyenaraikan

empat langkah untuk melaksanakan penyelidikan. Rajah 1 menunjukkan langkah-langkah


pelaksanaan penyelidikan yang diadapatasi dari Model Kemmis & Mc Taggart iaitu mereflek
(reflect), merancang (plan), bertindak (act), memerhati (observe).

Rajah 1 : Model Kemmis & Mc Taggart


Cara pelaksanaan tindakan
Langkah 1
Mereflek

Membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran bagi mengenal pasti


masalah yang timbul.
Membuat pengumpulan data bagi memahami masalah yang dikenal pasti

Langkah 2
Merancang

menyediakan kerangka kajian


menetapkan objektif kajian membentuk soalan kajian
membuat rujukan literatur
menentukan instrumen kajian serta merancang tindakan.

Langkah 3
Melaksana

melaksanakan perancangan yang dibuat dalam langkah 3.


menghasilkan bahan pengajaran berbantukan komputer
melaksanakan sesi intervensi
mengumpul data kajian

Langkah 4
Memerhati

membuat analisis data kajian


membuat interpretasi dapatan kajian
meneruskan kajian ke kitaran kedua jika perlu.

Rajah 2: Prosedur tindakan berdasarkan kitaran kajian

DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASI


Adakah kaedah pengajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan penguasaan
murid tahun empat yang lemah dalam topik Proses Pernafasan Manusia?
Kitaran 1
Persoalan pertama kajian ini dijawab dengan menggunakan instrumen ujian Pra dan
Pasca, temubual dan soal selidik.
Jadual 2: Keputusan ujian Pra dan Pasca Murid
Peserta
kajian
(P)
P1
P2
P3
P4
P5

Pra
44
56
40
36
60

Min

Pasca

47.2

56
64
72
44
64

Markah (%)
Min

60

Peningkatan
markah
12
8
32
8
4

Perbezaan
Min

+ 12.8

Berdasarkan jadual 2, markah setiap peserta kajian telah meningkat selepas


intervensi dijalankan. Peserta kajian ketiga menunjukkan peningkatan paling tinggi iaitu
sebanyak 32%. Peserta kajian ketiga ini mendapat markah sebanyak 40% semasa ujian Pra
dan 72% semasa ujian Pasca. Peserta kajian kelima menunjukkan peningkatan markah
paling sedikit iaitu 4% sahaja apabila mendapat markah ujian Pra sebanyak 60 % dan ujian
Pasca sebanyak 64%. Seterusnya peserta kajian pertama telah dapat meningkatkan
pencapaiannya dengan peningkatan 12 % apabila mendapat 44% semasa ujian Pra dan
56% semasa ujian Pasca. Peserta kajian kedua dan keempat pula masing-masing telah
dapat meningkatkan markah sebanyak 8%. Peserta kajian kedua telah mendapat markah
sebanyak 56% semasa ujian Pra dan 64% semasa ujian Pasca manakala, peserta kajian
keempat mendapat markah sebanyak 36% semasa ujian Pra dan 44% semasa ujian Pasca.
Min markah ujian keseluruhan peserta kajian telah meningkat sebanyak +12.8.
Berdasarkan dapatan kajian melalui data temubual di jadual 3, didapati bahawa
semua peserta kajian dapat memberikan jawapan yang betul bagi kategori satu hingga tiga.
Ini menunjukkan peserta kajian dapat menguasai konsep organ yang terlibat dalam proses
pernafasan manusia, dan laluan udara semasa menarik dan menghembus nafas.
Walaubagaimanapun, tiada peserta kajian yang dapat memberi perincian yang tepat bagi
kategori empat dan lima. Ini menunjukkan murid belum menguasai konsep pergerakan dada
semasa menarik dan menghembus nafas. Mereka mengatakan bahawa semasa menarik
nafas dada bergerak ke dalam dan turun ke bawah, manakala semasa menghembus nafas
dada bergerak ke luar dan naik ke atas. Hal ini adalah disebabkan mereka dipengaruhi oleh
bentuk diafragma di dalam rajah bagi soalan tersebut.

Jadual 3 : Data temu bual


Kategori
1. Organ yang terlibat
dalam proses
pernafasan
manusia.

Tema Kod
O

Peserta kajian
P1
P2
P3
P4
P5

Bukti jawapan peserta kajian


J1
J1
J1
J1
J1

2. Laluan udara
semasa menarik
nafas

P1
P2
P3
P4
P5

J2
J2
J2
J2
J2

3. Laluan udara
semasa
menghembus
nafas.

4. Pergerakan dada
semasa menarik
nafas.

P1
P2
P3
P4
P5
P1
P2
P3
P4
P5

J4
J3
J3
J3
J3
-

5. Pergerakan dada
semasa
menghembus
nafas.

P1
P2
P3
P4
P5

6. Kerangka alternatif

P1
P2
P3
P4
P5

J6,J7
J4, J5
J5, J6
J5, J8
J5, J6

Dapatan data melalui soal selidik dapat dilihat dalam jadual 4. Didapati bahawa item
1, 2 dan 3 masing-masing mempunyai nilai min 2.6, 2.4, dan 2.2. Dapatan ini menunjukkan
semua peserta kajian setuju bahawa mereka boleh melabel organ yang terlibat dalam
proses pernafasan, melukis laluan udara semasa menarik nafas, dan menghembus nafas.
Manakala kedua-dua item empat dan lima mendapat nilai min 1.5. Ini menunjukkan
kebanyakan peserta kajian mengakui kurang dapat mengenal pasti pergerakan dada
semasa menarik nafas dan menghembus nafas.
Jadual 4 : Analisis soal selidik
Bil.
1
2
3
4

Item
Saya boleh melabel organ yang terlibat dalam proses pernafasan.
Saya boleh melukis laluan udara semasa menarik nafas.
Saya boleh melukis laluan udara semasa menghembus nafas.
Saya boleh mengenal pasti pergerakan dada semasa menarik nafas.

Min
2.6
2.4
2.2
1.7

Saya boleh mengenal pasti pergerakan dada semasa menghembus


1.7
nafas.
Secara keseluruhannya, peserta kajian berjaya meningkatkan penguasaan mereka

di dalam konsep mengenal pasti organ pernafasan manusia, dan mengenalpasti laluan
udara semasa menarik dan menghembus nafas. Peserta kajian masih kurang menguasai
konsep membezakan pergerakan dada semasa menarik dan menghembus nafas kerana
keliru dengan bentuk diafragma yang terdapat di dalam gambar rajah menarik dan
menghembus nafas di dalam soalan.
Kitaran 2
Kitaran kedua diteruskan selepas sesi refleksi bagi melaksanakan penambahbaikan
terhadap intervensi agar objektif kajian dapat dicapai. Penambahbaikan yang dibuat kepada
intervensi ialah menambahkan lebih banyak gambar animasi proses pernafasan manusia di
dalam slaid persembahan Power Point agar murid tidak lagi keliru dengan perbezaan
pergerakan dada dan bentuk diafragma semasa menarik dan menghembus nafas seperti di
dalam jadual. Bagi kitaran yang kedua, instrumen ujian Pra dan ujian Pasca, serta soal
selidik telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang pertama ini.
Jadual 5: Perbandingan Keputusan ujian Pasca 1 dan Pasca 2
Peserta
kajian
(P)
P1
P2
P3
P4
P5

Pasca 1
56
64
72
44
64

Min

60

Markah (%)
Pasca 2
Min
64
84
76
52
68

68.8

Peningkatan
markah
8
20
4
8
4

Perbezaan
Min

+8.8

Jadual 5 ialah perbandingan keputusan markah ujian Pasca 1 (Ujian Pasca dalam
kitaran 1) dan Ujian Pasca 2 (Ujian Pasca dalam kitaran 2). Peserta kajian kedua
menunjukkan peningkatan paling tinggi iaitu daripada 64% semasa ujian Pasca 1 kepada
84% semasa ujian Pasca 2 dengan peningkatan sebanyak 20%. Markah peserta kajian
pertama dan keempat telah meningkat sebanyak 8%. Peserta kajian ketiga dan keempat
pula sama-sama telah meningkat sebanyak 4%. Hal ini menjadikan min keseluruhan ujian
tersebut telah meningkat sebanyak 8.8%, iaitu daripada 60% pada ujian Pasca 1 kepada
68.8% pada ujian Pasca 2. Min markah keseluruhan peserta kajian telah meningkat
sebanyak 8.8%.
Data kedua yang digunakan untuk menyokong dapatan data pada kitaran kedua ini
ialah data soal selidik seperti di dalam jadual 6 yang berikut. Berdasarkan jadual 6, item
pertama mendapat nilai min 2.6 yang bermaksud peserta kajian boleh melabel organ yang

terlibat dalam proses pernafasan. Item kedua dan ketiga mendapat nilai min 2.4. Nilai ini
membawa makna peserta kajian telah dapat melukis laluan udara semasa menarik dan
menghembus nafas. Melalui dapatan ini juga, murid telah dapat mengenalpasti pergerakan
dada semasa menarik dan menghembus nafas kerana item empat dan lima mendapat nilai
min 2.2.
Jadual 6: Analisis soal selidik
Bil.
1
2
3
4
5

Item
Saya boleh melabel organ yang terlibat dalam proses pernafasan.
Saya boleh melukis laluan udara semasa menarik nafas.
Saya boleh melukis laluan udara semasa menghembus nafas.
Saya boleh mengenal pasti pergerakan dada semasa menarik
nafas.
Saya boleh mengenal pasti pergerakan dada semasa
menghembus nafas.

Min
2.6
2.4
2.4
2.2
2.2

Kesimpulannya, dapatan data bagi kitaran kedua ini telah menunjukkan


bahawa penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer di kelas tahun 4B telah
dapat meningkatkan penguasaan konsep murid yang lemah bagi topik Proses Pernafasan
Manusia kerana peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan ketigatiga konsep yang disampaikan oleh guru.
Adakah saya dapat menambah baik amalan pengajaran di dalam kelas tahun empat
yang lemah melalui pengaplikasian pengajaran berbantukan komputer?
Kitaran 1
Persoalan kedua kajian ini dijawab dengan menggunakan instrumen temubual dan
soal selidik.
Bukti jawapan peserta kajian dipaparkan dalam jadual 7.2.2. seperti berikut.
Jadual 7: Analisis data temubual
Kategori

1. Perasaan

Tema
Kod
M

2. Kualiti
tayangan
slaid dan
video lagu
proses
pernafasan.

3. Pemerolehan

Peserta kajian

Bukti jawapan peserta kajian

P1
P2
P3
P4
P5
P1
P2
P3
P4
P5

J8, J10, J11, J13, J14


J6, J10, J11, J13
J7, J10, J11, J14, J15
J9, J11, J12
J7, J8, J11, J12, J14
J9
J7
J8
J10
J9, J10

P1

J12

ilmu tentang
topik proses
pernafasan
4. Pendapat lain

P2
P3
P4
P5
P1
P2
P3
P4
P5

J 9, J12
J12, J13
J13
J13
J14, J15
-

Berdasarkan jadual 7, didapati bahawa semua peserta kajian memberikan respon


yang positif terhadap pengajaran berbantukan komputer. Peserta kajian mengatakan
bahawa mereka minat, dan bersemangat untuk belajar mata pelajaran sains apabila guru
menggunakan pengajaran berbantukan komputer. Semua peserta kajian juga mengatakan
bahawa imej yang dipaparkan semasa persembahan slaid dan video boleh dilihat dengan
jelas, serta bunyi video lagu juga boleh didengar dengan jelas. Video lagu dapat dimainkan
dengan lancar tanpa tersekat. Hal ini menunjukkan kualiti persembahan slaid dan video lagu
proses pernafasan manusia adalah pada tahap yang baik. Selain itu, semua peserta kajian
setuju mengatakan bahawa mereka dapat lebih memahami topik proses pernafasan melalui
pengajaran guru menggunakan komputer.
Dapatan bagi persoalan kajian yang kedua ini juga disokong oleh data analisis soal
selidik seperti di dalam jadual 8. Berdasarkan jadual 8 didapati bahawa item soal selidik
yang ke tujuh dan lapan mendapat nilai min yang sama iaitu 3.0. Ini bermaksud semua
peserta kajian sangat bersetuju bahawa mereka suka belajar sains apabila guru mengajar
menggunakan paparan gambar pelbagai warna dan memaparkan animasi bergerak. Nilai
min bagi item enam, sembilan, dan sepuluh adalah sama iaitu 2.8. Ini menunjukkan hampir
semua peserta kajian sangat setuju bahawa mereka suka belajar topik proses pernafasan
manusia dan mengajar menggunakan video serta berharap guru menggunakan pengajaran
berbantukan komputer untuk mengajar tajuk sains yang lain.
Jadual 8 : Analisis soal selidik
BIL.
6
7
8
9
10

Item
Saya berasa seronok semasa belajar tajuk proses pernafasan.
Saya suka belajar sains apabila cikgu mengajar menggunakan
paparan gambar pelbagai warna.
Saya suka belajar sains apabila cikgu memaparkan animasi
bergerak.
Saya suka belajar sains apabila cikgu mengajar menggunakan
video.
Saya suka jika cikgu menggunakan pengajaran berbantukan
komputer untuk tajuk yang lain.

Min
2.8
3.0
3.0
2.8
2.8

Secara keseluruhannya, peserta kajian menunjukkan perasaan yang positif apabila


guru mengaplikasikan pengajaran berbantukan komputer. Ini bermakna penggunaan
pengajaran berbantukan komputer telah berjaya menambah baik amalan pengajaran di
dalam kelas tahun empat yang terlibat.

RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN KAJIAN


Rumusan
Berdasarkan dapatan kajian, dapatlah dirumuskan bahawa penguasaan konsep dalam topik
Proses Pernafasan Manusia di kalangan peserta kajian iaitu murid tahun 4B yang lemah
telah ditingkatkan melalui penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer. Ketigatiga standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh peserta kajian iaitu: i. Menyatakan
manusia bernafas menggunakan hidung, trakea, dan peparu menerusi pelbagai media; ii.
Melakar laluan udara semasa menarik dan menghembus nafas dan; iii. Memerihalkan
pergerakan dada dengan meletakkan tangan di dada semasa menarik dan menghembus
nafas, telah berjaya dikuasai. Seterusnya, penggunaan kaedah pengajaran berbantukan
komputer telah berjaya meningkatkan amalan pengajaran guru. Ini berdasarkan dapatan
kajian yang menunjukkan peserta kajian menunjukkan respon yang positif terhadap aspek
motivasi mereka untuk belajar, kualiti bahan pengajaran berbantukan komputer, dan
kebolehdapatan mereka untuk memahami konsep Proses Pernafasan Manusia apabila
kaedah pengajaran berbantukan komputer digunakan.
Refleksi
Membantu meningkatkan penguasaan murid tahun empat yang lemah bagi topik proses
pernafasan manusia melalui pengaplikasian pengajaran berbantukan komputer.
Melalui data-data yang dikumpul dalam kitaran satu iaitu Ujian Pra dan Pasca, temu bual
dan soal selidik didapati bahawa peserta kajian hanya dapat menguasai dua daripada tiga
standard pembelajaran yang ditetapkan dalam topik Proses Pernafasan. Standard
pembelajaran yang dicapai oleh peserta kajian dengan begitu baik ialah: mengenalpasti
organ yang terlibat dalam Proses Pernafasan Manusia, dan melakar laluan udara semasa
menarik dan menghembus nafas. Standard pembelajaran ketiga iaitu memperihalkan
pergerakan dada semasa menarik dan menghembus nafas kurang dikuasai oleh peserta
kajian.

Walaubagaimanapun, peserta kajian telah menunjukkan peningkatan pengusaan


topik Proses Pernafasan Manusia selepas penambahbaikan dilakukan pada kitaran kedua.
Semasa kitaran kedua penambahbaikan dilakukan pada bahan intervensi dengan
menambah bilangan slaid persembahan Power Point. Penambahan bilangan slaid ini
dilakukan bagi memasukkan gambar animasi proses pernafasan manusia di dalam slaid
persembahan Power Point agar murid tidak lagi keliru dengan perbezaan pergerakan dada
dan bentuk diafragma semasa menarik dan menghembus nafas. Ini menunjukkan bahawa
kaedah

pengajaran

berbantukan

komputer

dengan

penggunaan

media

perisian

persembahan slaid Power Point dan video lagu dapat meningkatkan penguasaan muid
yang lemah dalam tajuk Proses Pernafasan Manusia.
Menambah baik amalan pengajaran di dalam kelas tahun empat melalui pengaplikasian
pengajaran berbantukan komputer.
Melalui data temu bual dan soal selidik, peserta kajian memberikan respon yang positif
terhadap amalan pengajaran berbantukan komputer. Majoriti peserta kajian mengatakan
bahawa pengajaran berbantukan komputer tersebut membuatkan mereka rasa seronok,
lebih berminat dan teruja untuk mempelajari mata pelajaran sains. Respon peserta kajian
juga menunjukkan bahan pengajaran berbantukan komputer mempunyai kualiti yang baik di
mana imej gambar dapat dilihat dengan terang, bunyi boleh didengar dengan jelas, serta
persembahan Power Point dan video lagu berjalan dengan lancar tanpa tersekat.
Cadangan Kajian Lanjutan
Cadangan untuk kajian lanjutan ialah saya perlu menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi
kepada peserta kajian di dalam kajian. Hal ini boleh dilakukan dengan menghasilkan set
soalan ujian Pra dan Pasca yang lebih mencabar aras pencapaian murid. Soalan sedia ada
boleh ditambah bilangan item dan ditingkatkan aras kesukarannya. Cadangan seterusnya
ialah, saya perlu menyediakan jadual spesifikasi ujian (JSU) untuk meningkatkan
keberkesanan ujian tersebut. Tambahan pula, penggunaan jadual spesifikasi ujian
memudahkan pembinaan soalan ujian dan penentuan aras kesukaran item soalan.
Selain itu adalah dicadangkan agar kaeadah pengajaran berbantukan komputer
diaplikasikan untuk mengajar tajuk Sains lain. Ini bagi menentukan sama ada kaedah ini
sesuai untuk digunakan dalam pengajaran tajuk-tajuk lain. Ini juga dapat membantu guru
menambah baik amalan pengajaran secara berterusan. Cadangan lain adalah mengadakan
aktiviti lanjutan daripada kaedah pengajaran berbantukan komputer, misalnya mengadakan
sesi perbincangan, simulasi, main peranan atau aktiviti hands-on bagi mengukuhkan lagi
kefahaman murid.

RUJUKAN
Leng Mei Wei. (1998). Pengajaran dan pembelajaran kimia organik dalam mata pelajaran
kimia melalui perisian laman web (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Qi Chen. (1995). Effects of learners character and instructional guidance on computer
assisted learning, integrating information technology into education. Chapman & Hall.
Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan tindakan panduan penulisan laporan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

You might also like