You are on page 1of 2

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan akan

kewujudannya. Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan akan menjadi
bertambah penting pada masa akan datang. Media dapat dibahagikan kepada dua iaitu media
baru dan media lama. Media lama seperti surat khabar, radio buku dan majalah. Internet
merupakan salah satu media baru. Boleh dikatakan pada hari ini kebanyakan masyarakat
menggunakan internet dalam kehidupan seharian mereka. Lebih-lebih lagi bagi golongan
remaja dan pelajar yang mahukan pembaharuan dan sentiasa hendak mendapatkan maklumat
dengan cepat dan mudah.

Masyarakat hari ini sering kali menggunakan perkhidmatan seperti pembayaran bil,
mengisi borang permohonan pekerjaan, menjalankan urusniaga dan sebagainya secara online
contohnya seperti urusan perbankan boleh dilakukan secara online seperti perkhidmatan
Maybank2u.com,perkhidmatan kerajaan seperti MyE-Goverment (MyEG) dan sebagainya.
Perkhidmatan ini sememangnya memudahkan dan menjimatkan masa pengguna kerana
pengguna hanya memerlukan sebuah komputer dan talian internet dan hanya perlu menekan
butang pada komputertersebut. Mereka tidak perlu lagi ke kaunter-kaunter pembayaran bil dan
beratur panjang untuk menyelesaikan urusan bil mereka.

Selain itu, Internet juga boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang
menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan (E-Dagang). Bidang perniagaan
meningkatkan penggunaan internet dalam dua cara iaitu yang pertama ialah dengan memasar,
menjual barangan, perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah
dengan mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil “intranet”. Perniagaan
secara online ini juga telah terbukti memberikan keuntungan yang cukup lumayan kepada
pemiliknya

Penggunaan internet ini juga boleh mendatangkan banyak keburukan terutamanya


kepada individu yang terlalu taksub dengan penggunaan internet ini dan pihak yang tidak
bertanggungjawab pula akan mengambil peluang yang ada untuk menyalahgunakan teknologi
ini. Akibat kegilaan ini, remaja mudah lupa diri. Internet boleh mengubah pemikiran manusia
yang waras menjadi kurang waras terutamanya mereka yang terpengaruh dan terlalu taksub
dengan kecanggihannya.

Perkara negatif yang dapat dilihat akibat penggunaan internet ini ialah masalah sosial
kepada golongan remaja. Remaja merupakan pemuda dan pemudi yang diharapkan pada hari
ini untuk menerajui negara yang tercinta ini kelak. Remaja digambarkan sebagai golongan yang

1
amat rapuh ketahanan fizikal dan mentalnya itu, begitu mudah di tarik dengan paparan yang
ada di dalam internet. ‘Kegilaan’ ini berlaku kerana kebanyakan ibu bapa seakan lupa
mengenai satu peraturan penting berkenaan ‘hubungan akrab’ komputer dan remaja. Ibu bapa
seharusnya lebih prihatin tentang perubahan yang berlaku terhadap anak –anak
mereka.Sebagai ibu bapa mereka sepatutnya mempunyai kuasa untuk mengawal apa jua aktiviti
anak- anak mereka “bersama” dengan komputer dengan meletakkan komputer tersebut di suatu
ruang yang boleh dilihat oleh semua orang contohnya di ruang tamu.

Selain itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa ‘keakraban’ ini dilihat sebagai suatu
ketagihan kepada remaja sehinggakan mereka merasakan bahawa komputer dan internet
merupakan sebahagian daripada keperluan asasi yang perlu ada di dalam hidup mereka. Kita
dapat melihat situasi dimana seorang remaja yang dahulunya memiliki kehidupan sosial yang
baik ´ditarik´ menjadi seorang remaja yang paranoid dan obses terhadap internet sehinggakan
mereka tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual persekolahan mereka semata-mata untuk
memenuhi ´temu janji di alam maya´ mereka dengan komputer di rumah.

Selain itu penggunaan blog juga semakin popular sekarang ini. Sesiapa sahaja boleh
menyamar ketika menjadi pengendali blog walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah
sebenar. Penggunaan blog pada masa ini juga sering kali disalahgunakan. Antaranya ialah
melalui blog penulis boleh menyampaikan maklumat palsu, fakta yang salah, bahan- bahan
berunsur fitnah. Selain itu juga blog digunakan untuk memburukkan imej seseorang seperti
tokoh politik, orang kenamaan, selebriti dan sebagainya.

Percambahan saluran internet ini mendedahkan masyarakat kepada pelbagai bentuk


maklumat. Maklumat yang diperolehi ada antaranya yang berbentuk positif dan ada juga yang
meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat. Oleh itu,pengguna media baru ini perlu
mempunyai satu keupayaan untuk menilai maklumat yang diperolehi melalui Internet ini sama
ada ianya baik mahupun buruk. Pengguna Internet perlu bersikap kritis supaya dapat
memastikan diri mereka tidak menerima sebarang maklumat yang diberikan di dalam internet
secara bulat-bulat.

Oleh
Nurr A’in Binti Abu Bakar
Nur Baizurai Binti Mah Hassan

You might also like