You are on page 1of 12

BAB 1

PENGENALAN PENGURUSAN KEWANGAN

OBJEKTIF BAB
Setelah anda mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Mendefinisikan pentadbiran kewangan dalam konteks tradisi dan
moden.
2. Membezakan pentadbiran kewangan dengan pengurusan
kewangan.
3. Menjelaskan tiga dimensi dalam konsep pentadbiran kewangan.
4. Menerangkan model edaran pengurusan kewangan.
5. Menyusun galur sejarah perkembangan pentadbiran kewangan di
Malaysia.
1.1

PENGENALAN

Pentadbiran kewangan adalah merupakan satu cabang pengurusan yang


penting dalam pentadbiran negara. Pentadbiran kewangan yang berkesan
akan memberi implikasi yang menyeluruh kepada rancangan
pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara. Oleh itu fungsi
negara dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat akan dapat
dilaksanakan dengan lebih adil dan cekap. Pentadbiran kewangan
menghubungkan aktiviti-aktiviti dan sumber negara, dan ini memerlukan
pengurusan negara yang berkesan serta dipengaruhi oleh proses dan
struktur ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara.
Struktur pentadbiran kewangan negara sebelum pembentukan kerajaan
Malaysia telah berubah kerana fungsi dan matlamat negara telah semakin
bertambah. Kalau dahulu semasa pemerintahan Inggeris, fungsi yang
dijalankan oleh negara ketika itu terhad kepada sektor ekonomi dan
kewangan yang sangat berorientasikan perdagangan. Perbelanjaan untuk
membangunkan negara tidak menjadi agenda yang penting dan
perbelanjaan mengurus pula hanya dibuat bagi operasi pemerintah ketika
itu. Kini, dengan bertambahnya permintaan rakyat maka fungsi-fungsi
negara menjadi semakin kompleks. Tuntutan kepada sistem pentadbiran
kewangan yang sofistikated, lengkap, cekap dan tersusun adalah
diperlukan. Rata-rata di mana-mana negara hari ini, tumpuan telah

diberikan untuk memperkemaskan dan mempermodenkan rangka kerja


pentadbiran kewangan sebagai asas untuk mengawal perjalanan sumber
negara dan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran akan datang.
1.2

DEFINISI PENTADBIRAN KEWANGAN

Pentadbiran kewangan boleh didefinisikan dalam dua konteks masa iaitu


definisi tradisi yang dikeluarkan oleh Harold Alderfer dan definisi moden
oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Alderfer, antara tokoh
sarjana terawal di bidang ekonomi mendefinisikan pentadbiran kewangan
sebagai satu pusingan yang bermula dengan pengenaan cukai sehingga ke
perbelanjaan yang terakhir. Definisi klasik ini walaupun lama tetapi masih
lagi tepat dan benar dalam pentadbiran kewangan pada hari ini. Definisi
ini menggambarkan bahawa sebahagian daripada aktiviti belanjawan
awam negara yang melibatkan fasa di mana kerajaan mengenakan cukaicukai tertentu untuk diambil sebagai hasil pendapatan negara dalam
setiap tahun rancangan belanjawan dibuat. Fasa yang seterusnya adalah
melibatkan pengagihan sumber-sumber pendapatan tersebut kepada
sektor-sektor negara dalam bentuk program-program kerajaan.
Berdasarkan pengertian di atas itu tadi, pentadbiran kewangan tersebut
menggambarkan suatu sistem yang asas atau elementary.
Konteks yang kedua pula merujuk kepada definisi yang lebih moden dan
berbeza daripada paradigma lama. Definisi ini dibuat oleh PBB pada
1965. PBB mentakrifkan pentadbiran kewangan sebagai satu sistem yang
mengandungi elemen-elemen pembuatan keputusan seperti menentukan matlamat,
program, dan alokasi sumber, teknik-teknik pengurusan, penilaian dan laporan.
Definisi ini lebih bertumpu kepada aspek pengurusan perbelanjaan dan
menggambarkan cara perjalanan pentadbiran negara harus dibuat. Fungsi
pentadbiran kewangan menjadi semakin kompleks dan berkembang serta
menggambarkan kepelbagaian aktiviti jentera kerajaan pada hari ini.
Bagi pentadbir negara, pentadbiran kewangan dilihat sebagai suatu alat
yang menghubungkan proses perbelanjaan wang awam yang dilakukan
oleh agensi awam dengan hak-hak yang mesti disediakan kepada rakyat
melalui program-program kerajaan. Hak rakyat adalah mendapat manfaat
daripada cukai yang mereka bayar. Sumber pembiayaan ke atas programprogram kerajaan datangnya dari hasil cukai dan bayaran-bayaran lain
yang dibuat oleh rakyat. Sumber hasil ini telah dibenarkan oleh badan
perundangan dengan mengikut peraturan-peraturan undang-undang yang
dibuat oleh pihak eksekutif.
Ringkasnya pentadbiran kewangan boleh dilihat sebagai satu cabang
pengurusan yang berhubung dengan aktiviti dan kawalan kewangan

negara. Ia melibatkan proses pembuatan keputusan oleh pihak kerajaan


dan pengurusan berhubung dengan perolehan hasil negara.
Adakah definisi moden pentadbiran kewangan adalah
lebih tepat pada negara kita? Apakah alasan anda?
1.3

DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan adalah satu proses di mana sesebuah organisasi


perlu mengikut langkah-langkah tertentu untuk memperolehi dan
mengagihkan sumber berdasarkan keutamaan dan menggunakan kaedah
dan kawalan tertentu untuk mencapai objektif organisasi dengan cekap
dan berkesan.
Secara lebih khusus pengurusan kewangan meliputi tiga aktiviti utama
iaitu
i)
Menetapkan skop dan kandungan polisi-polisi fiskal.
ii)
Mewujudkan garis-garis panduan dan piawaian yang
umum.
iii)
Menyediakan struktur dan kawalan organisasi.
Apakah yang membezakan pentadbiran kewangan dengan pengurusan
kewangan awam? Boleh dikatakan pengurusan kewangan lebih bertumpu
kepada perspektif mikro sesebuah organisasi sementara pentadbiran
kewangan awam pula menumpukan kepada perspektif makro sesebuah
negara. Namun, kedua-duanya melibatkan alokasi dan penggunaan
sumber serta proses pembuatan keputusan.
Fikirkan persamaan dan perbezaan di antara pentadbiran
kewangan dan pengurusan kewangan!
1.4

TIGA DIMENSI DALAM KONSEP PENTADBIRAN


KEWANGAN

Definisi pentadbiran kewangan dapat dilihat daripada tiga dimensi atau


perspektif iaitu
i)
proses
ii)
pengurusan
iii)
pembangunan
Dimensi proses menjelaskan yang pentadbiran kewangan ditafsirkan
sebagai pecahan aktiviti-aktiviti yang berkesinambungan dan mempunyai
matlamat yang sealiran, dan akan berulang-ulang mengikut tempoh
3

tertentu. Sekiranya definisi tradisi pentadbiran kewangan menurut


Alderfer diambil sebagai contoh, ia menyatakan tentang proses yang
bermula dengan aktiviti pengenaan cukai sehingga aktiviti
membelanjakan ringgit terakhir hasil daripada pungutan cukai itu.
Dimensi ini agak lurus kerana ia tidak menghubungkan pentadbiran
kewangan dengan aspek-aspek yang lain seperti kawalan ekonomi dan
perancangan strategik.
Dimensi atau perspektif pengurusan pula menekankan pentadbiran
kewangan kepada kecekapan penggunaan sumber awam dan
keberkesanan dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan daripada
penggunaan sumber itu. Dimensi ini begitu kuat dipengaruhi oleh
pendekatan pengurusan moden dan ia begitu berpengaruh sehingga
terdapat negara-negara yang mengamalkan sistem belanjawan berasaskan
prestasi dan perancangan. Dimensi ini telah membantu
memperlengkapkan bidang pentadbiran kewangan.
Dimensi pembangunan dalam istilah pentadbiran kewangan
menerangkan kepada kita bahawa pentadbiran kewangan adalah
merupakan bidang pentadbiran yang dipengaruhi dan mempengaruhi
dasar-dasar kerajaan, struktur dan proses pembangunan negara. Matlamat
pentadbiran kewangan mempunyai hubungan dengan matlamat
pembangunan negara. Oleh itu, bagi membantu mencapai matlamat
pembangunan, pentadbiran kewangan mesti membangunkan teknikteknik yang diperlukan bagi menggerakkan sumber-sumber kewangan ke
arah pencapaian matlamat program pembangunan.
SOALAN DALAM TEKS 1.1

1. Huraikan setiap satu dimensi yang terdapat dalam


konsep pentadbiran kewangan.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
1.5

EDARAN PENGURUSAN KEWANGAN

Berdasarkan definisi-definisi yang telah dibincangkan di atas tadi,


bolehlah kita menganggap bahawa pentadbiran kewangan adalah sebagai
sebuah pentadbiran yang melibatkan banyak aspek kewangan kerajaan
seperti belanjawan, perakaunan awam, penyediaan barangan awam serta
perancangan kewangan. Oleh itu, bagi mempastikan aktiviti-aktiviti
4

pentadbiran kewangan negara tersebut dilaksanakan dengan baik maka ia


memerlukan proses pengurusan kewangan yang boleh menghubungkan
operasi-operasi pentadbiran antara satu sama lain dan seterusnya akan
membantu dalam pembuatan keputusan sesebuah negara. PBB juga telah
mengemukakan model edaran pengurusan kewangan kepada negaranegara yang sedang membangun untuk dijadikan panduan pentadbiran
kewangan.
Enam aktiviti dalam edaran pengurusan kewangan yang membantu
kerajaan untuk membuat keputusan dalam enam aktiviti utama operasi
kewangan negara adalah:
Rajah 1.1
Edaran Pengurusan Kewangan

1. Pemprograman

6. Penganalisaan
& Ulangkaji

2. Pembelanjawan

Pengurusan
Pembuatan
Keputusan
5. Pelaporan

3. Pembiayaan

4. Perakaunan

Sumber:

1.

Diadaptasi daripada United Nations: A manual for programme and performance


budgeting. (1965).

Pemprograman

Aktiviti edaran dimulai dengan pemprograman yang berfungsi untuk


merancang dan menyusun program serta aktiviti yang diperlukan dengan
cara yang paling berkesan demi mencapai matlamat perbelanjaan negara.
Sebelum membuat perancangan, penelitian terhadap keperluan negara
mestilah mengambil kira faktor ekonomi, kestabilan politik, sosial dan isu
antarabangsa. Di samping itu, aktiviti pemprograman juga melibatkan
ramalan dan jangkaan terhadap beban kerja, kos dan personel yang
diperlukan untuk menjalankan program tersebut.
5

2.

Pembelanjawan

Aktiviti pembelanjawan menerangkan peringkat apabila sumber


kewangan atau anggaran hasil negara akan ditentukan punca dan
jumlahnya bagi memenuhi jumlah anggaran perbelanjaan yang akan
dibuat bagi setiap tahun fiskal. Ini dibuat melalui anggaran belanjawan
yang dikemukakan oleh semua agensi awam kepada Perbendaharaan
Malaysia dan kemudiannya diluluskan oleh badan perundangan.
3.

Pembiayaan

Pada peringkat ini, belanjawan negara yang telah diluluskan akan


memulakan proses pengeluaran wang dari Kumpulanwang yang
Disatukan. Peruntukan yang diberikan kepada agensi untuk menjalankan
program dan aktiviti mereka telah boleh dikeluarkan secara sah. Namun
begitu, peruntukan bagi perbelanjaan mengurus diberikan setiap dua kali
setahun. Agensi juga mesti membuat laporan kemajuan kepada
kementerian secara berkala bagi memungkinkan tindakan pemantauan
dapat dijalankan untuk membetulkan apa-apa jua masalah yang timbul
semasa perbelanjaan dibuat.
4.

Perakaunan

Apabila wang tersebut telah dibelanjakan, maka setiap agensi dikehendaki


untuk merekodkan keluar masuk wang dengan menggunakan asas-asas
perakuan tunai dan terakru. Tatacara perakaunan di sektor awam secara
prinsipnya adalah serupa iaitu perbelanjaan tidak boleh melebihi
terimaan. Yang berbeza adalah dari aspek catatan rekod dimana sektor
awam mengamalkan buku vot sebagai buku akaun utama sedangkan
sektor swasta menggunakan catatan barangan dalam akaun-akaun
transaksi yang terlibat.
5.

Pelaporan

Aktiviti pelaporan adalah merujuk kepada pelaporan yang akan dibuat


oleh Ketua Audit Negara berdasarkan penyiasatan beliau ke atas akaunakaun awam yang telah diserahkan oleh Akauntan Negara. Laporan
beliau akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam di
Parlimen yang akan bertindak untuk menjalankan fungsi post auditor.
Hasil laporan akan digunakan untuk memperbaiki perjalanan pentadbiran
kewangan dan pengurusan kewangan di peringkat organisasi. Dalam
sistem belanjawan hari ini, agensi diminta untuk menghantar satu laporan
pengecualian kepada pihak Perbendaharaan sekiranya mereka tidak
memenuhi prestasi output perbelanjaan yang telah dipersetujui.

6.

Penganalisaan dan Ulangkaji

Aktiviti di peringkat ini boleh diibaratkan sebagai post-mortem ke atas


prestasi program-program agensi kerajaan sepanjang tahun belanjawan
tersebut berlangsung. Setiap kejayaan dan kegagalan akan menyediakan
input yang penting kepada semua agensi bagi merancang programprogram yang bakal dilaksanakan di tahun-tahun akan datang. Teguranteguran audit turut diterima untuk dikaji agar kesilapan yang sama tidak
diulangi serta tahap akauntabiliti awam akan dapat dipertingkatkan.
Akhir sekali edaran pengurusan kewangan ini bersifat satu edaran yang
akan berulang selepas tamat aktiviti keenam. Setiap aktiviti tersebut
berhubung kait dengan pembuatan keputusan yang akan dilakukan oleh
pihak kerajaan dari semasa ke semasa di dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
Edaran ini akan menjadi bahan rujukan asas tentang cara perjalanan
pentadbiran kewangan negara berlangsung.
SOALAN DALAM TEKS 1.2

1.

Sila kenal pasti pihak-pihak berkuasa yang telah


disebut dan dibincangkan di dalam Edaran
Pengurusan Kewangan sebentar tadi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


1.6

SEJARAH
PERKEMBANGAN
KEWANGAN

PENTADBIRAN

Latar belakang pentadbiran kewangan di Malaysia boleh dibahagikan


kepada tiga tahap utama, iaitu sebelum kedatangan Inggeris, semasa
pemerintahan Inggeris dan selepas merdeka. Ketiga-tiga tahap
pentadbiran kewangan itu saling mempunyai perkaitan dan
kesinambungan antara satu sama lain. Tahap sebelum kedatangan
Inggeris lebih menjurus kepada sistem kewangan sewaktu pemerintahan
kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Manakala tahap semasa Inggeris
memerintah pula lebih menumpukan kepada cara pemerintah Inggeris
meletakkan dan memulakan satu sistem pentadbiran kewangan yang
bersistematik. Tahap selepas merdeka pula merujuk kepada
perkembangan dan perubahan yang lebih ketara dalam sistem kewangan
negara.
7

1.6.1

Tahap Sebelum Kedatangan Inggeris

Tahap awal ini memperlihatkan ketidaksamaan pentadbiran kewangan di


Tanah Melayu antara negeri. Konsep yang terpisah dan tersendiri
diamalkan kerana tidak wujud sebarang penyatuan atau perhubungan dari
aspek pentadbiran. Satu daripada contoh yang boleh dirujuk ialah sistem
pentadbiran kewangan di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semasa
Melaka diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah, sumber utama pendapatan
seseorang raja diperolehi daripada cukai yang dibayar oleh pedagang
asing yang datang berdagang di Melaka. Selain itu, kekayaan juga
diperolehi daripada hasil penaklukan dan bayaran ufti negeri-negeri di
bawah lindungannya. Kerajaan Melaka juga menjalankan sistem
percukaian dan pengawalan keluaran terhadap pertanian dan hasil bumi
seperti emas dan bijih timah. Cukai-cukai ini dikutip di bawah
pengawalan seorang pegawai tinggi kerajaan yang dikenali sebagai
Penghulu Bendahari. Penghulu Bendahari adalah merupakan ketua
kepada semua bendahari raja, ketua kepada pegawai yang menguruskan
hasil-mahsul kerajaan, ketua kepada semua Syahbandar, dan
bertanggungjawab mengendalikan hamba-hamba raja. Jawatan ini
bolehlah disamakan dengan jawatan Menteri Kewangan pada hari ini.
Tun Mutahir dari keturunan Tun Ali adalah antara penghulu Bendahari
yang termasyhur semasa Kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan-kerajaan Melayu pada masa itu sememangnya mempunyai
sistem memungut cukai yang teratur dan ia ditadbir oleh pembesarpembesar atas kurnia raja. Cukai kastam seperti enam peratus daripada
nilai barang dagangan telah pun dikutip pada masa tersebut iaitu ke atas
pedagang-pedagang luar yang datang untuk berdagang di Melaka. Cukai
ini mudah ditadbir berbanding hadiah yang dipersembahkan oleh
nakhoda kapal kepada Sultan sebelum mereka dibenarkan berdagang.
Sebagai buktinya, kerajaan Melayu Melaka mempunyai satu tabung yang
dinamakan baitul-Mal. Semua hasil negeri yang dikutip dimasukkan ke
dalam tabung tersebut sebelum diagihkan mengikut keperluan negara.
Selepas kejatuhan kerajaan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511,
Portugis telah membawa sistem pentadbiran mereka ke Melaka. Dari
aspek kewangan, pembentukan Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan
telah mengubah sistem pentadbiran kewangan Melayu apabila hal ehwal
pentadbiran kewangan telah berpindah ke tangan Datuk Bandar Melaka.
Walau bagaimanapun, tidak banyak kesan sejarah yang ditinggalkan
untuk membolehkan kita mengkaji pentadbiran kewangan Portugis di
Melaka.
Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa pentadbiran kewangan yang teratur
telah pun wujud di negara kita sejak zaman kerajaan Melayu Melaka lagi.
8

Yang berbeza hanyalah sistem kewangan yang mereka amalkan dan


perkara tidak banyak dapat dibincangkan kerana kurangnya kajian yang
dibuat sementara fakta-fakta mengenainya pula tidak dapat disahkan
melalui simpanan arkib negara.
1.6.2

Tahap Semasa Pemerintahan Inggeris

Tahap kedua pula menyoroti perubahan yang dibawa oleh pentadbiran


Inggeris iaitu apabila mereka telah memperkenalkan satu sistem
pentadbiran seperti yang mereka amalkan di England. England pada
masa itu adalah sebuah negara kolonial yang mengamalkan pemerintahan
feudalisme dan ciri-ciri feudalisme di England tersebut telah cuba
diterapkan ke dalam pemerintahan negeri-negeri Melayu.
Penubuhan negeri-negeri Selat oleh Ingeris pada 1832 dan penerimaan
penasihat-penasihat Inggeris bagi tempoh 1874 hingga 1888 di negerinegeri Melayu Bersekutu pada umumnya telah turut membawa
perubahan kepada pentadbiran kewangan di Tanah Melayu. Konsep
pentadbiran kewangan boleh dilihat melalui konsep kerajaan tempatan
yang diperkenalkan oleh Sir Francis Light di George Town, ibu negeri
Pulau Pinang pada tahun 1800. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan
untuk memajukan kawasan melalui pembinaan infrastruktur asas
termasuklah untuk mengutip cukai. Pada tahun 1827, jawatankuasa yang
bersifat sukarela telah dirasmikan pembentukannya. Apabila Melaka
diperintah, ciri pentadbiran ini juga telah diterapkan.
Dengan wujudnya pengenalan Akta Cukai Perbandaran 1848 (Municipal
Rates Act) maka pentadbiran kewangan yang lebih tersusun dan
sistematik telah bermula. Jawatankuasa tersebut bertindak untuk
menyemak dan menerbitkan akaun serta membenarkan pembayarpembayar cukai menyalurkan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka
kepada badan ini. Kerajaan tempatan yang pertama telah ditubuhkan di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada1907 apabila Enakmen Lembaga
Kebersihan diluluskan. Lembaga-lembaga kebersihan ditadbir sebagai
jabatan kerajaan dan mempunyai ahli lembaga yang dilantik di bawah
sistem Residen Inggeris.
Inggeris juga telah memperkenalkan Perintah Am Kewangan Tanah
Melayu pada tahun 1948 yang terdapat ordinan-ordinan memperlihatkan
cara pentadbiran dibuat dan dijalankan. Inggeris telah memperkenalkan
konsep Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Funds) dan Perbelanjaan
Bekalan (Supply Expenditure). Konsep-konsep itu telah memperlihatkan
kepada kita kepincangan yang ditimbulkan oleh penjajah dan niat mereka
yang ingin mengeksploitasi sumber-sumber di negara kita tanpa ingin
membawa makna pembangunan yang sebenarnya.
9

1.6.3

Tahap Selepas Kemerdekaan

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, peranan kerajaan yang memerintah


berbeza sama sekali. Pembangunan ekonomi negara dan keupayaan
negara merupakan agenda dan perhatian utama. Jentera pentadbiran
kewangan telah diperbaharui bagi membantu pencapaian matlamat dan
pembangunan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa unsur-unsur yang
diperkenalkan oleh penjajah Inggeris masih lagi digunakan manakala
Perlembagaan Persekutuan pula secara tidak langsung telah menerima
pakai banyak peraturan yang diperkenalkan oleh Inggeris.
Pada tahun 1957, Akta Acara Kewangan telah diperkenalkan bagi
menggantikan Perintah Am Kewangan. Laporan yang telah dikemukakan
oleh Profesor Esman dan Montgomery terhadap pentadbiran dan
perkhidmatan awam di Malaysia turut memberi implikasi kepada
pentadbiran kewangan. Antara syor-syor yang mereka cadangkan adalah
bertumpu kepada kedudukan Perbendaharaan yang pada masa tersebut
hanya merupakan satu unit kewangan yang kecil. Justeru, negara kita
telah memanggil seorang pakar dari Kanada iaitu Thomas Musford bagi
membantu mengadakan satu sistem kewangan yang lebih kemas kini dan
tersusun. Ekoran daripada perluasan dan populariti Sistem Belanjawan
Perancangan dan Program yang telah diperkenalkan di Amerika syarikat
pada 1960-an., kerajaan telah memperkenalkan Sistem Belanjawan
Program dan Prestasi (SBPP) pada 1969. Sistem belanjawan ini telah
diterima pakai untuk satu tempoh yang lama sehinggalah satu
pembaharuan telah diperkenalkan pada 1995 apabila Sistem Belanjawan
Diubahsuai (MBS) diguna pakai bersama-sama dengan SBPP.
SOALAN DALAM TEKS 1.3

1.

Senaraikan nama-nama individu atau jawatanjawatan yang ada disebutkan dalam tahap semasa
dan selepas kedatangan Inggeris dan nyatakan
sumbangan mereka.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


1.7

RUMUSAN

Pentadbiran kewangan dilihat sebagai satu proses pengurusan sumber


kewangan negara.
Pengurusan kewangan awam memerlukan
10

pentadbiran yang sistematik dan cekap kerana kecekapan pentadbiran


akan menentukan penggunaan sumber yang mencapai matlamat negara.
Dimensi yang luas dalam konsep pentadbiran kewangan menjelaskan
bahawa bidang ini adalah berhubung rapat dengan aspek pengurusan
yang lain seperti sumber manusia dan bukan manusia. Perkembangan
pentadbiran kewangan di negara kita juga telah melepasi beberapa zaman
dan kini berada di tahap perkembangan pasca kemerdekaan. Perubahan
pula perlu sentiasa dilakukan kepada sistem yang ada kerana keperluan
negara sentiasa berubah dan bersifat dinamis.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI
1.

Jelaskan apakah enam aktiviti utama yang terdapat di dalam


Edaran Pengurusan Kewangan?

2.

Bincangkan perkembangan-perkembangan penting dalam


pentadbiran kewangan di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.

Semak jawapan anda di akhir modul ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


SDT 1.1
1.

Tiga dimensi tersebut ialah proses, pengurusan dan


pembangunan. Dimensi proses menjelaskan bagaimana
pentadbiran kewangan dilihat sebagai segala aktiviti kewangan
yang berkesinambungan dan berulang-ulang seperti di dalam
definisi tradisi Harold Alderfer. Dimensi pengurusan pula
menekankan kepada aspek kecekapan pentadbiran kewangan di
dalam menggunakan sumber awam serta mencapai matlamat.
Dimensi pembangunan menekankan kepada hubungan
pentadbiran kewangan dengan matlamat, dasar, struktur, dan
proses pembangunan negara.

11

SDT 1.2
1.

Antara pihak-pihak berkuasa yang terlibat adalah Perbendaharaan


Malaysia, Parlimen, Bank Negara Malaysia, Akauntan Negara,
Ketua Audit Negara, dan agensi-agensi kerajaan.
SDT 1.3

1.

i)

ii)

iii)

Sir Francis Light, iaitu residen Inggeris di Georgetown.


Beliau membentuk satu jawatankuasa yang berfungsi
menyediakan infrastruktur asas kepada para pedagang dan
penduduk di kawasan yang beliau terokai. Jawatankuasa ini
juga telah mengeluarkan beberapa ordinan yang
memerlukan peraturan undang-undang kewangan di Tanah
Melayu.
Prof. Esman dan Montgomery, iaitu dua orang tokoh
akademik dari University of Pittsburgh yang telah menjadi
perunding kepada kerajaan. Mereka telah mencadangkan
supaya taraf dan autoriti Perbendaharaan dinaikkan dan
perkara ini telah direalisasikan sehingga perbedaharaan
menjadi agensi pusat yang utama mengawal perbelanjaan
negara.
Thomas Musford iaitu seorang perunding belanjawan dari
Kanada
yang
telah
membantu
perbendaharaan
memperkenalkan Sistem Belanjawan Program dan Prestasi.

12

You might also like