You are on page 1of 1

TABIKA PERPADUAN BATU 4 SIMPANG 3 JERAM

D/A BALAIRAYA JKKK KAMPUNG JERAM


45800 JERAM
SELANGOR DARUL EHSAN

Ruj. Tuan

Ruj. Kami

TBK.STJ.KS (

Tarikh

29hb.Jun,2010

Kepada:
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Negara
Negeri Selangor.
Melalui,
Pegawai Perpaduan Daerah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Daerah Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tuan/Puan,
MEMOHON CUTI AKTIVITI HARI KELUARGA DAN MAJLIS HARI JADI KANAKKANAK TABIKA PERPADUAN BATU 4, SIMPANG 3 JERAM TAHUN 2010
Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Untuk makluman tuan Kelas Tabika Perpaduan Batu 4, Simpang 3 Jeram akan
mengadakan aktiviti Hari Keluarga dan Majlis Hari Jadi kanak-kanak. Aktiviti tersebut
akan diadakan pada hari Ahad bersamaan 18hb.Julai,2010.Sehubungan dengan itu
saya bagi pihak kelas tabika ingin memohon cuti peristiwa selama satu hari iaitu pada
hari isnin ( 19hb.Julai, 2010 ).
3.
Di atas kerjasama dan prihatin dari pihak tuan kami berharap agar permohonan
ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan. Segala kerjasama yang diberikan amat saya
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,

( ZANITA AZWIN BINTI ARIFIN )


Guru Tabika Perpaduan

Batu 4, Simpang 3 Jeram


MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

You might also like