You are on page 1of 5

HUBUNGAN ETNIK

UWS 10202
TAJUK TUGASAN INDIVIDU:
KONFLIK KAUM DAN AGAMA. KENAL PASTI ISU
UTAMA DAN MENGAPA KONFLIK TERSEBUT
WUJUD DAN APAKAH IMPLIKASI YANG TIMBUL
SERTA LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU
TERSEBUT

NAMA PELAJAR

: MOHAMAD NUR SYIHABUDDIN BIN MOHD YUSOFF

SEKSYEN

:2

NO MATRIK

: DF140108

TAHUN PENGAJIAN : 2/BFF


NAMA PENSYARAH : HJ. SHAMSAADAL BIN HJ SHOLEH

Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki penduduk yang berbilang bangsa dan agama
sejak dari awal kemerdekaannya yang kini sudah menjangkau ke usia 57 tahun. Antara
bangsa yang wujud pada zaman awal kemerdekaannya ialah kaum melayu, cina dan india.
Manakala di Sabah dan Sarawak pula kita dapat lihat pelbagai etnik pribumi seperti bajau,
kadazan, banjar, iban, bidayuh dan sebagainya. Dari aspek agama pula penduduk Malaysia
secara majoriti menganuti agama Islam dan minoriti penduduknya pula menganuti agama
Kristian, Budha dan pelbagai lagi mengikut kepercayaan masing-masing.

Rajah 1.0: Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama

Secara rasionalnya, sudah pasti akan muncul pelbagai konflik yang wujud antara
kaum dan agama yang mungkin timbul akibat daripada ketidaksefahaman antara mereka,
tiada tolak ansur atau mungkin nilai semangat patriotik yang masih lemah antara penduduk
Malaysia yang memungkinkan konflik-konflik ini tercetus. Oleh hal yang demikian, disini
kita akan membincangkan konflik antara kaum dan agama serta mengenal pasti isu utama
mengapa konflik sedemikian berlaku, implikasi yang dihadapi akibat konflik ini serta
langkah-langkah yang boleh diambil tidak kira daripada pihak pentadbiran negara mahupun
rakyat Malaysia sendiri untuk menyelesaikan konflik yang dianggap semakin kritikal dewasa
ini.
Konflik antara kaum dan agama bagaikan tidak dapat dielakkan apabila terdapat
golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi
atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama
menindas kaum lain. Antara sebab-sebab utama mengapa konflik sedemikian berlaku ialah
ketidaksamaan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa. Hal ini merupakan
implikasi daripada penjajahan British di Tanah Melayu yang memisahkan struktur
masyarakat dari sudut ekonomi iaitu orang cina bekerja di bandar, orang melayu di kampung
dan orang india di ladang-ladang. Akibatnya, ekonomi masyarakat Malaysia kebanyakannya
dipegang oleh orang cina namun dari segi politik orang melayu yang mendominasi. Orang
cina lebih mendominasi ekonomi kerana mempunyai modal yang banyak serta
berpengalaman dalam selok-belok perniagaan.

Selain itu, isu ini dapat dilihat kesannya melalui politik mengikut etnik di Malaysia
sebagai contohnya,UMNO, MCA, MIC, akhbar dan rancangan di televisyen yang berlainan
bahasa mengikut etnik masing-masing. Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk
mempertahankan dan memperjuangkan hak untuk kaum maisng-masing. Walaupun sudah
lama masyarakat ini wujud, namun setiap kaum masih lagi tidak memahami malah ada yang
tidak sebulu antara kaum yang lain. Lebih buruk lagi terdapat segelintir golongan elit ini
memperalatkan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik. Sistem pendidikan yang
berasingan turut menjadi faktor utama yang menjadi punca kepada konflik antara kaum.
Sebagai contoh, sekolah aliran cina diwujudkan semasa penjajahan British yang telah
dibiayai oleh orang persendirian atau persatuan masing-masing. Kesannya, kita dapat lihat
dengan kaca mata kita sendiri orang cina hanya bergaul dengan orang cina sahaja manakala
orang melayu bergaul dengan orang melayu sahaja dan begitu juga dengan kaum yang lain.
Hanya terdapat segelintir sahaja daripada kaum-kaum ini dapat duduk semeja bergaul sesama
mereka.
Faktor-faktor ini pastinya mendatangkan implikasi yang buruk kepada negara
Malaysia. Sebagai contoh, negara kita pernah menimpa peristiwa berdarah akibat daripada
rusuhan kaum iaitu peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini mengakibatkan keadaan darurat
yang terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Banyak nyawa yang terkoban akibat
peristiwa ini dan seharusnya peristiwa ini menjadi tauladan bahawa pentingnya perpaduan
didalam proses membina negara teguh dan berdaya saing di peringkat global. Selain daripada
itu, ekonomi negara juga akan mengalami kemerosotan kerana ketidakpercayaan para
pelabur untuk melabur di negara kita akibat ketidakstabilan politik di negara kita. Jika
perkara ini berlaku, bagaimana negara kita yang sedang membangun untuk bersaing
meneruskan agenda wawasan sebuah negara yang maju. Sudah pasti proses ini akan terbantut
dan kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima kesan negatif daripada permasalahan ini.

Rajah 2.0: Keratan akhbar tempatan merujuk kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969

Hal-hal sedemikian jika dibiarkan berterusan tanpa langkah-langkah proaktif untuk


mencari solusi mengatasi konflik yang semakin kritikal ini, sudah semestinya impikasi yang
buruk dan mendatangkan bahaya kepada struktur masyarakat bangsa Malaysia pasti berlaku
dan mendatangkan kerugiaan kepada rakyat Malaysia. Bagi membendung konflik ini
daripada terus bertambah parah, antara langkah-langkah pencegahan yang dapat diambil ialah
menjauhi semangat ketaksuban yang melampau dalam memperjuangkan kepentingan
sesuatu kaum serta memperlekeh dan menghina penganut agama lain. Sewajarnya
kepelbagaian kaum dan agama di negara ini dapat memperkukuh aspek kenegaraan terutama
dalam membina perpaduan nasional dan solidariti sosial. Selain itu, nilai positif dalam
beragama mesti terus disemai dalam masyarakat supaya dapat menghasilkan interaksi
budaya dan agama yang sihat di negara ini. Tiada agama didunia yang mengajarkan akhlak
yang buruk di dalam penyampaiannya. Justeru jika nilai positif dalam beragama dapat
diamalkan, masyarakat yang harmoni, bersatupadu dapat dihasilkan lantas dapat menangkis
masalah konflik kaum dan agama di negara kita.
Natijahnya, semua kaun di negara kita mesti mengamalkan kembali budaya toleransi,
berbincang dan berunding secara terbuka supaya kedamaian dan keamanan negara dapat terus
dinikmati. Pihak tertinggi pentadbiran dalam negara juga perlu sentiasa bersedia mencari
jalan yang berkesan dalam menyelesaikan konflik-konflik di Malaysia untuk memastikan
keamanan sejagat terpelihara.

RUJUKAN :

Internet
1. Mohd Ayob Bin Abd Razid, 2013, Pupuk Semula Toleransi Kaum,Agama, Berita
Harian,
http://www2.bharian.com.my/articles/Pupuksemulatoleransikaum_agama/Article/
2. Anonymous, 2015, Kenapa Sentimen Perkauman Masih Kuat Di Malaysia Dan Cara
Menangani Konflik Antara Kaum Menurut Islam, Blogger, http://applemujahidahislam.blogspot.my/2015/02/kenapa-sentimen-perkauman-masih-kuatdi.html
3. Anonymous, Konflik Etnik Dan Ras, Blogger, https://zanas.wordpress.com/tiraikemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhan-malaysia/konflik-etnik-danras/
Buku
1. Leon Comber, 1985, Pertiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Penerbit:
International Book Service.
2. Sanusi Osman , Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi
3. Patriotisme Malaysia: Penangkis Neoimperialisme, Penerbit: Utusan Publication &
Distribution Sdn Bhd.

You might also like