You are on page 1of 8

OBESITI DI KALANGAN PELAJAR 1.

0 Pengenalan
Kesihatan yang baik tidak dapat
dijual beli.Apabila sihat, sudah pasti kita berpeluang melakukan aktiviti harian dengan
sempurna dan kehidupan lebih bermakna.Kesihatan dan penampilan merupakan aspek
yang sering dikaitkan dengan berat badan seseorang. Badan yang sihat dengan penampilan
yang menarik akan membuatkan seseorang merasa lebih yakin bila berhadapan dengan
masyarakat. Kegemukan atau berat badan berlebihan dianggap sebagai isu yang memberi
kesan ke atas kesihatan dan penampilan seseorang. (Kementerian Kesihatan, 1998) dalam
Modul Pencegahan Obesiti. Senario terkini ,kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan
kanak-kanak adalah masalah yang kian meningkat di Malaysia.Menurut statistik yang
dikeluarkan oleh Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun 2005 mencatatkan
27% atau setiap satu dari empat rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai masalah berat
badan yang berlebihan. Kajian syarikat maklumat pasaran TNS Asia panel tidak lama dahulu
mendapati bahawa Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan
masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia (Utusan Malaysia Online, 2007).
Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang
paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik.
Maklumat ini berdasarkan laporan Dewan Rakyat 2011. .
Laporan Tinjauan Kesihatan
dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (2006) menunjukkan prevalens berlebihan berat badan
telah meningkat kepada 29.1% berbanding 16.6% manakala prevalens obesiti meningkat
kepada 14.0% berbanding 4.4% pada tahun 1996.Di Malaysia , peningkatan masalah obesiti
dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga sepuluh tahun menunjukkan
peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8 peratus.Keadaan
ini lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa.Modul Pencegahan Obesiti,(2011)
2.0 Definisi obesiti Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), obesiti bermaksud
kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan..Obesiti berlaku apabila
saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers,2004).Obesiti didefinisikan
sebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampingan terhadap
parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan kesan
psikologi. Obesiti juga ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya pengumpulan
atau penyimpanan lemak yang berlebihan dalam badan. .Seseorang individu boleh
dikategorikan sebagai obesiti sekiranya peratus lemak di dalam badan melebihi 25 peratus
bagi lelaki dan 35 peratus bagi wanita (Clinical Practice Guidelines on Management of
Obesity,2004) Seseorang boleh dikatakan obes apabila indeks jisim badan(BMI)melebihi
kadar 40/35. Berat badannya melebihi 30% drpd julat normal bg tinggi bdn, jantina dan
umurnya. Terdapat cara untuk periksa bahawa kita di tahap mana, overweight, normal dan
underweight. Rujuk cara pengiraannya seperti di bawah. BMI = Berat Badan (kg)
Tinggi X Tinggi (m2) Interpretasi BMI Formula BMI = ( Berat dalam Kilograms / ( ketinggian
dalam Meter x ketinggian dalam Meter) ) Bawah
18.5 =
Kurang
Berat
18.5 24.9 =
Normal 25

29.9 =
Berat berlebihan(gemuk)
30

34.9 =
Obesiti kelas 1 35
39.9 =
Obesiti kelas 2
> 40
=
Obesiti kelas 3 Sumber WHO (1998) : Klasifikasi berat
badan dengan BMI Kanak-kanak dan remaja Kanak-kanak dan remaja boleh dikategorikan
sebagai berlebihan berat badan atau obes berdasarkan Piawai Pertumbuhan BMI WHO
2007 bagi kanak-kanak dan remaja (5 hingga 19 tahun) seperti berikut: Jadual 1.1: Tafsiran
BMI Kanak-Kanak dan Remaja mengikut rujukan WHO Sasaran Petunjuk Kanak-kanak dan
remaja (5 hingga 19 tahun) +1 SD Berlebihan berat badan +2 SD Obesiti Secar
Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan
sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian.
Ukuran Lilitan Pinggang

Ukuran lilitan pinggang berkait rapat dengan kandungan lemak pada bahagian abdomen
(tengah badan) yang juga dikenali sebagai lemak viseral tubuh. Ukuran lilitan pinggang yang
tinggi merupakan salah satu faktor risiko kepada diabetes jenis 2 dan penyakit
kardiovaskular seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung (penyakit jantung
iskemik), tekanan darah tinggi dan beberapa penyakit lain.Individu dewasa yang mempunyai
ukuran lilitan pinggang yang lebih daripada 90 cm (35 inci) bagi lelaki dan lebih daripada 80
cm (32 inci) bagi wanita adalah berisiko untuk mendapat penyakit di atas (WHO /IASO
/IOTF, 2000) Sumber : Modul Pencegahan Obesiti (2011) Secara amnya, obesiti
merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan
seseorang.Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit nutrisi dan terjadi apabila tisu-tisu
lemak menjadi keterlaluan.Apa yang lebih menakutkan, obesiti boleh menganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan
yang kritikal.Selain daripada kegiatan fizikal dan sosial terhad , jangka hayat penghidap
obesiti dibimbangi juga semakin pendek. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan
obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada
ketinggian. 3.0 Statistik obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia
Hasil kajian oleh
sekumpulan penyelidik dari university Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi kajian bertajuk
Prevalence of obesity among children (2008) menunjukkan peningkatan kadar obesiti
sehingga 30 peratus di kalangan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, berbanding tahuntahun sebelumnya. Berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi dalam Rancangan Malaysia ke
10 (RMK-10)mendapati kadar kegemukan kanak-kanak meningkat daripada 6.6 peratus
kepada 13.6 peratus.Kajian juga menunjukkan 25 daripada 100 pelajar di negara ini
dibimbangi akan mengalami masalah kegemukan pada tahun 2020.Ia berdasarkan trend
peningkatan 1% kes obesiti pelajar setiap tahun.Satu kajian di Kuala Lumpur membabitkan
5, 995 kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga 10 tahun mendapati murid lelaki mengalami
peratusan berat paling tinggi iaitu 9.7 peratus berbanding 7.1 peratus murid perempuan..
Prevalens berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja semakin
meningkat dengan mendadak di seluruh dunia (WHO, 1998). Kajian oleh Bong & Safurah
(1996) melaporkan 8% kanak-kanak sekolah rendah adalah berlebihan berat badan. Kajian
di kalangan kanak-kanak 6 - 12 tahun di Malaysia menunjukkan peningkatan masalah
berlebihan berat badan daripada 11.0% kepada 12.8% dan obesiti daripada 9.7% kepada
13.7%, masing-masing pada tahun 2002 dan 2008 (Ismail et al., 2003 ,2009) Tinjauan
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006) pula mendapati di kalangan kanak-kanak 612 tahun prevalens berlebihan berat badan/obesiti adalah 22.4% manakala di kalangan
remaja 13-17 tahun prevalens berlebihan berat badan / obesity adalah 21.4%. 4.0
Penyebab Obesiti Kegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini,
menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk
ataupun obesiti. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang
berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun
2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara
dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Kanak-kanak yang
berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratus kegemukan dan obesiti. Statistik yang
membimbangkan ini, jika dibiarkan, akan menyebabkan negara ini menuju ke arah negara
gemuk. Kegemukan dan obesiti ialah penyebab utama kepada penyakit kronik seperti
kencing manis, penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya. Ini juga akan
meningkatkan kos perubatan untuk rakyat Malaysia.
4.1
Amalan pemakanan tidak
sihat Amalan makan makanan yang mengandungi lebih tenaga berbanding yang digunakan

merupakan antara faktor utama obesiti (Denise Walker,2006). Berat badan akan bertambah
apabila seseorang makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan .
Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan
kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku
dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama
beberapa bulan dan tahun.Semakin pesat sesebuah negara, semakin banyak kemudahan
yang disediakan. Segalanya berada di hujung jari. Kebanyakan ibu bapa selalu
menggunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau mereka betul-betul
sayangkan anak , janganlah masak atau belikan anak-anak makanan yang menggemukkan
sepanjang masa. Kasihanilah mereka kerana yang susah nanti mereka juga.Selain itu,
makanan segera sewenang-wenangnya boleh dipesan dan dihantar terus ke
rumah.Restoran makanan segera yang boleh didapati dengan mudah mendorong anakanak untuk mengunjunginya. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan
Awam), Datuk Dr. Shafie Ooyub pengambilan minuman berkarbonat dan makanan segera
yang berlebihan menjadi antara penyumbang kepada masalah obesiti. 4.2
Faktor
genetik Peranan faktor genetik atau keturunan dalam mempengaruhi status berat
telah
menjadi satu penemuan penting dalam kajian obesiti. Walau bagaimanapun,pengaruh
genetik dan kaitannya dengan berat badan masih sukar untuk dijelaskan. Faktor keturunan
juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika
Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal
mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika
salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan.dan akan meningkat
menjadi
70-80% jika
kedua-duanya
menghidap obesiti. Bagaimanapun
sejak kebelakangan ini, beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai punca
'hyperphagia' (makan berlebihan) dan obesiti yang bermula dari usia kanak-kanak.
Kecacatan genetik merangkumi sindrom obesiti seperti sindrom Lawrence Moon Biedl,
sindrom Prader Willi, sindrom trisomi 21, sindrom
Wiedemann Beckwith
dan
lain-lain. Faktor kecacatan genetik yang menyebabkan obesiti biasanya disebabkan
perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti gen leptin dan perubahan pada
keronsong gen leptin. Kesan genetik kepada kejadian obesiti umumnya lebih banyak
dipengaruhi oleh faktor bukan genetik seperti amalan pemakanan dan kurang aktiviti fizikal.
Faktor keturunan ini, walau bagaimanapun sering dijadikan alasan kepada kejadian obesiti
dan alasan untuk tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya.
4.3 Cara
hidup tidak aktif Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia mengamalkan cara hidup
yang sedentari (Poh et al. 2008) berpunca daripada pembangunan yang pesat dan
peningkatan penggunaan peralatan yang mengehadkan penggunaan tenaga
manusia.Kurang aktiviti fizikal atau cara hidup sedentari boleh didefinisikan sebagai
pergerakan anggota badan yang minima yang bersamaan dengan kadar metabolisme rehat.
Tingkah laku seperti duduk dan tidur dengan lama, menggunakan lif berbanding tangga,
memandu berbanding berjalan kaki menyumbang kepada penggunaan tenaga yang
minimum dan menyumbang kepada masalah obesiti.Teknologi masa kini menyebabkan
pergerakan yang minimum diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja dan meminimumkan
penggunaan tenaga. Persekitaran masa kini yang semakin sibuk menyebabkan kekangan
masa untuk bersukan dan kenaikan kos hidup menyebabkan persekitaran dan kemudahan
yang tidak mencukupi untuk bersukan atau berekreasi dan seterusnya menggalakkan
kehidupan sedentari. Ianya juga merujuk kepada amalan tingkah laku fizikal yang pasif
seperti menonton televisyen, membaca, menggunakan komputer, berbual melalui telefon,
memandu kereta, bermeditasi dan makan. Masa kini, teknologi canggih menjadikan kanak-

kanak menghabiskan masa di hadapan televisyen dan bermain games.Kanak-kanak mesti


dipaksakan membebaskan diri mereka daripada teknologi multi media dan dipaksa turun
beriadah atau bersenam.
4.4
Ketidak seimbangan tenaga Imbangan tenaga adalah
keadaan di mana tenaga yang diambil dalam bentuk makanan/minuman adalah seimbang
dengan tenaga yang digunakan oleh tubuh, iaitu tenaga untuk proses metabolisme asas dan
aktiviti fizikal. Dalam keadaan pengambilan tenaga adalah sama/ seimbang dengan
penggunaan tenaga tidak berlaku penambahan berat badan.Seseorang dikatakan
mempunyai imbangan tenaga positif apabila tenaga yang diambil melalui makanan melebihi
daripada tenaga yang digunakan oleh tubuh.Tenaga yang berlebihan tersebut tidak
digunakan dan akan ditukarkan kepada bentuk lemak dan disimpan dalam tisu adipos di
bawah kulit. Pertambahan lemak ini akan menyebabkan peningkatan berat badan individu.
Peningkatan berat badan adalah petunjuk kepada imbangan tenaga positif. Imbangan
tenaga positif perlu semasa ibu hamil, kerana tenaga berlebihan ini diperlukan bagi
menampung pertumbuhan janin. Pada peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja juga perlu
imbangan tenaga positif untuk proses tumbesaran. Bagi orang dewasa, imbangan positif
dalam jangka masa berpanjangan boleh menyebabkan berat badan bertambah. Imbangan
negatif pula terjadi apabila pengambilan makanan adalah kurang daripada tenaga yang
digunakan seharian. Dalam keadaan ini tenaga yang diperlukan untuk aktiviti seharian akan
diambil dari simpanan lemak tubuh. Penggunaan lemak tubuh ini menyebabkan penyusutan
lemak tubuh dan seterusnya penurunan berat badan individu tersebut. 4.5 Faktor
Psikososial Faktor psikososial (seperti tekanan perasaan, rendah keyakinan diri, diskriminasi
pekerjaan dan beberapa bentuk stigma sosial) merupakan faktor yang perlu diambil kira di
dalam pencegahan obesiti kerana berbanding faktor genetik. Faktor psikososial merupakan
faktor yang boleh diubah. Faktor psikososial dipengaruhi oleh aspek psikologi individu dan
ianya dipelajari melalui pelbagai pengalaman hidup. Rasa lapar dan selera Rasa lapar
adalah maklum balas psikologi kepada keperluan mengambil makanan yang dihasilkan oleh
rangsangan otak. Ianya boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti saiz dan komposisi
hidangan yang diambil sebelumnya, corak pengambilan makanan individu, status fizikal dan
mental individu. Faktor psikologi seperti bau serta interaksi persekitaran amat
mempengaruhi pengambilan makanan individu. Individu yang mengehadkan pengambilan
makanan pada setiap hidangan akan merasa kelaparan yang lebih tinggi untuk beberapa
hari tetapi ianya semakin lama akan semakin hilang dari hari ke hari. Pada peringkat
tertentu, kelaparan tidak terkawal akan menyebabkan pengambilan makanan berlebihan
melebihi kekurangan kalori yang dihadapi. Kapasiti perut juga boleh beradaptasi kepada
kuantiti yang lebih besar sehinggakan kuantiti hidangan biasa tidak lagi menyebabkan rasa
kenyang. Selera juga boleh menyebabkan individu mula mengambil makanan walaupun
tanpa rasa lapar. Tidak seperti kelaparan, selera adalah merupakan sesuatu yang dipelajari
daripada pengalaman. Selera meningkatkan kelaparan dan individu boleh berselera tanpa
rasa lapar. Salah satu contoh adalah dari pemerhatian dan bau makanan, selera boleh
meningkat dan seterusnya menggalakkan individu menikmati hidangan atau menambah saiz
makanan. Bau dan penglihatan boleh meningkatkan lagi selera walaupun pada masa
tersebut kelaparan individu tersebut telah diatasi. Pemilihan makanan juga mempengaruhi
rasa kenyang. Sesetengah makanan menyebabkan rasa kenyang yang berpanjangan
berbanding makanan yang lain. Secara umumnya makanan serat yang tinggi mengekalkan
rasa kenyang yang lebih berpanjangan berbanding nutrien yang lain. 4.6 Faktor
personaliti dan kognitif Personaliti juga menyumbang kepada tingkah laku pengawalan berat
badan iaitu individu yang tidak percaya kepada keupayaan diri dalam mengawal berat badan
akan berhadapan dengan masalah tersebut. Kawalan diri dan keupayaan individu

menguruskan hidup juga mempengaruhi tingkah laku pengawalan berat badan. Sesetengah
individu mengambil makanan sebagai salah satu cara mengurangkan tekanan dan
menenangkan diri. Masalah lain seperti makan dengan terlalu banyak juga berkaitan dengan
masalah personaliti seperti kemurungan, tekanan dan lain-lain yang jelas menunjukkan
ianya berkaitan dengan pengambilan makanan. 4.7 Metabolisme rendah
Kadar
metabolisme yang rendah akan mengakibatkan tenaga yang masuk ke dalam tubuh lambat
menjadi glikogen menyebabkab menjadi lemak.Mereka yang mengalami masalah obesiti
mempunyai metabolisme yang rendah kerana mereka tidak bersenam atau mengamalkan
diet yang seimbang.Ini sekali gus mendedahkan mereka untuk mengalami masalah obesiti
yang lebih serius. 4.8
Masalah penyakit
Sebilangan kecil kanak-kanak menjadi
obes disebabkan penyakit lain seperti; Hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid)
Human growth hormone deficiency (kekurangan hormon pertumbuhan) Cushing's
syndrome' atau jangkitan, trauma atau ketumbuhan di 'hypothalamus' 5.0
Implikasi
obesiti
Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sebenarnya mendedahkan mereka
bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal badan, malahan turut memberi kesan kepada
psikologi dan kesihatan mental. 5.1
Masalah Kesihatan Fizikal Berat badan berlebihan
dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti seperti
serangan pelbagai penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian awal.
Masalah
serangan penyakit jantung koronari
Penyakit darah tinggi/hipertensi
Paras
kolesterol yang tinggi
Penyakit kencing manis/ Diabetes Mellitus
Masalah
pernafasan ( asma) serta masalah tidur (sleep apnea syndrome)
Komplikasi sendi dan
tulang seperti osteoarthritis, gout dan kesakitan tulang pinggul
Bertambah gemuk
apabila semakin dewasa
Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder) 5.2
Kesihatan Mental dan Psikologi
Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah
mengaitkan obesiti dengan penyakit "gila" atau masalah otak tetapi lebih kepada kesan
kepada emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti hasil interaksi
sosial. Obesiti kalangan kanak-kanak khususnya berusia bawah tujuh tahun mungkin
kelihatan comel. Namun apabila mereka mula memasuki alam persekolahan, ia boleh
memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan sosial mereka apabila diejek rakan
sekelas. Malah anak juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikuti pelbagai
aktiviti di sekolah lantaran selalu diejek. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang kanakkanak yang "besar" badannya bersekolah, pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek.
Ini mungkin akan meninggalkan kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut,
menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakin rendah. Kesan diskriminasi pada usia muda
ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup
yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar. 6.0
Langkahlangkah pengurusan berat badan Lebih 155 juta kanak-kanak sekolah mengalami masalah
berlebihan berat badan dan mereka ini diramalkan generasi pertama yang mempunyai
jangka hayat yang lebih pendek berbanding ibu bapa mereka. Ianya jelas menunjukkan
suatu tindakan yang komprehensif perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
(IASO,2009).Anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa, bukan pihak ketiga seperti guru,
pengasuh, mahupun orang gaji. Oleh yang demikian ibu bapa yang betul-betul sayangkan
anak mereka, mestilah mengambil berat dan mengawal berat badan anak-anak bagi
mencegah obesiti. Menyedari peningkatan masalah berlebihan berat badan dan obesiti di
kalangan rakyat Malaysia, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dengan
kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pelbagai organisasi berusaha
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan obesiti melalui pengupayaan
pertubuhan-pertubuhan.
6.1 Peranan Ibu bapa
Penjagaan pemakanan

anak-anak patut dimulakan sejak bayi. Penyelidikan telah menunjukkan kebanyakan


golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan
berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan
juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada
berat
bayi. Ibu bapa juga sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka
dalam memupuk cara pemakanan yang sihat. Kanak-kanak patut didedah kepada cara
pemakanan serta gaya hidup yang sihat sejak usia muda. Amalan Makan Secara
Sihat a)
Pastikan anak-anak mengambil sarapan setiap pagi. Kanak-kanak yang tidak
bersarapan ibarat meneruskan puasa sepanjang malam dan tidak mendapat zat makanan
diperlukan untuk memulakan aktiviti harian. b)
Jangan makan terlalu banyak waktu
malam. Ini kerana kita sering berehat bersama keluarga selepas itu dan tidak melakukan
aktiviti lasak menyebabkan badan tidak berpeluang menggunakan kalori yang dihasilkan
daripada
pencernaan makanan
itu. c)
Pastikan makanan seimbang
daripada pelbagai jenis dan sumber. Penjagaan pemakanan tidak bermaksud
mengehadkan pemakanan kanak-kanak. Makanan berkhasiat diperlukan untuk
meningkatkan keupayaan fizikal dan mental mereka untuk belajar (seperti membina
kemahiran bertutur dan menguatkan daya ingatan). d)
Jangan kerana sayangkan anak,
segala pilihan makanan diserahkan kepada mereka. Jangan takut untuk berkata tidak.
Mungkin perasaan kasihan timbul dalam diri tetapi percayalah ia akan menjadi kebiasaan.
Lambat laun mereka akan faham dengan keadaan tersebut. e)
Tanya anak setiap hari
apa yang mereka makan di sekolah. Jika makanan ringan ada dalam senarai mereka, pujuk
dan gunakan pendekatan psikologi dengan mengatakan ia tidak sihat untuk badan. f)
Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan
dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan
makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. g)
Pujian akan menambah sikap
positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan. Oleh itu,
seringlah memuji mereka. h)
Ubah sedikit demi sedikit menu makanan harian di rumah.
Pastikan makanan yang dipilih berserat tinggi dan kandungan lemaknya rendah Jangan
sesekali anda mengasingkan menu anak yang obes. Pastikan menu yang dimakan adalah
sama dengan ahli keluarga yang lain sebagai tanda sokongan dan mengelakkan mereka
rasa disisihkan Tingkatkan Aktiviti Fizikal Di zaman cyber dan teknologi canggih ini,
amatlah penting untuk mengerah anak anak untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi.
Jangka masa yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari. Kawal masa
untuk PS3, wii dan telefon bimbit. Kawal waktu dan penggunaan alat permainan elektronik
dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak sikap malas. Pastikan seluruh keluarga
menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari. Ia bukan sahaja menyihatkan malah
mereka pasti gembira melakukannya bersama-sama Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. Selain itu, hadkan aktiviti sedentari dengan: Hadkan aktiviti
sedentari kepada 2 jam dalam sehari. Contohnya menggunakan komputer, menonton
televisyen, duduk atau berbaring kecuali waktu tidur. Selalu mencuba untuk melakukan
aktiviti mudah seperti regangan, bangun tubi semasa menonton televisyen atau
menggunakan komputer. Peningkatan aktiviti fizikal adalah penting bagi mencegah
peningkatan berat badan dan obesiti.
Sumber : Modul Pencegahan Obesiti (2011)
6.2 Peranan Agensi Kerajaan dan
Sekolah
Kementerian kesihatan dan Kementerian Pelajaran telah mengambil
langkah untuk menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat yang

meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama dan minuman bertenaga di


kantin atau mesin layan diri di sekolah. Usaha ini dianggap sebagai langkah untuk
menggalakkan pemakanan berkhasiat dalam kalangan pelajar. . Selain daripada minuman
berkarbonat, makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok yang mengandungi garam
yang tinggi, gula-gula serta makanan ringan yang kurang sihat juga patut dilarang dijual
dalam kawasan sekolah. Selain itu, minuman jus atau minuman isotonik mungkin dianggap
sebagai pilihan yang lebih sihat, tetapi produk tersebut juga mempunyai kandungan gula
yang tinggi. Minuman tersebut juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah. Selain di
dalam kawasan sekolah, kawasan di luar sekolah juga patut dipantau bagi mengelakkan
wujudnya penjaja yang menjual makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti ais krim.
Kebanyakan penjaja ini merupakan penjaja yang tidak berlesen yang mempunyai cara
penyimpanan makanan yang baik. Garis panduan yang disediakan itu juga perlu
merangkumi juga buffer zone, iaitu kawasan luar sekolah dalam jarak yang tertentu dilarang
menjual berkhasiat. Pihak sekolah juga patut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi
memantau penjual makanan ringan tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia
melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid dapat menikmati manfaat bersukan
bagi melahirkan insan yang sihat dan cergas. Justeru, pelbagai aktiviti sukan telah
diperkenalkan bagi menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang
sukan. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan
dalam kalangan masyarakat dan dimulakan
di
peringkat
sekolah. Laporan
oleh Unites States Health and Human Service (2001) menyatakan bahawa sekolah adalah
lokasi utama strategi pencegahan dan penurunan kewujudan sindrom kegemukan dan
obesiti di kalangan pelajar. Sekolah menyediakan pelbagai peluang untuk pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti fizikal, mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat / baik serta
mengukuhkan kefahaman berkaitan diet sihat dan faedah aktiviti fizikal. Guru sebagai role
model disarankan untuk meningkatkan kesedaran diri mengenai kepentingan nutrisi yang
baik dan sihat serta gaya hidup yang aktif demi kesejahteraan hidup; bersama ibu bapa dan
masyarakat untuk menekankan kepentingan program dan polisi aktiviti fizikal dan nutrisi
yang dikendalikan oleh pihak sekolah; menekankan kepentingan penerimaan saiz badan
dan amalan kawalan berat badan yang tidak sihat dan meningkatkan sensitiviti guru untuk
menangani masalah
yang dihadapi
oleh pelajar
gemuk. Guru sebagai
role model perlu menampilkan diri sebagai individu yang mempunyai bentuk badan yang
ideal di kaca mata pelajar dan mampu mempengaruhi serta mengubah sikap di samping
memotivasikan pelajar ke arah yang lebih positif. Ke arah itu, guru perlu mengamalkan diet
yang seimbang dan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang baik supaya imej diri mereka
dapat diperbaiki dan dikekalkan dan mampu berfungsi dengan lebih
baik. 7.0
Penutup
Keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya
hidup lebih sihat. Bermula daripada pemakanan sehinggalah aktiviti yang dilakukan. Bukan
mudah untuk melakukan perubahan jadi lakukan ia secara berperingkat bagi mengelakkan
anak-anak berasa tertekan. Masalah obesiti perlu diatasi dengan segera agar golongan
remaja khususnya dapat berfungsi dengan lebih baik ke arah pembentukan masyarakat
yang seimbang dan dinamik ke arah pencapaian semua matlamat wawasan 2020.Programprogram intervensi perlu dibentuk dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan
supaya eipdemik obesiti dapat dikurangkan atau dibendung seperti amalan pemakanan
yang baik, gaya hidup yang sihat serta sikap dan tingkahlaku yang positif. Pemantauan
berterusan ke atas golongan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah obesiti
perlu diteruskan supaya berat badan ideal dapat dikekalkan dan tingkahlaku yang sihat
dapat dikekalkan. Sokongan dari semua pihak amat diperlukan supaya hasrat untuk

mengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah. Di samping itu, maklumat


mengenai pemakanan yang seimbang, informasi mengenai sumbangan aktiviti fizikal dalam
mengekalkan berat badan dan pengekalan tahap kesihatan serta amalan tingkahlaku yang
baik dan positif dapat membantu pihak kerajaan membendung masalah obesiti di kalangan
kanak-kanak dan remaja yang kritikal di Malaysia ketika ini.
8.0 Bibliografi Denise
walker (2006) Makanan, Darah dan Tulang . Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad : Kuala Lumpur Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (2011).Modul Program
Promosi Kesihatan :Pencegahan Obesiti Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2007). Kawal
kegemukan cara mudah dan murah. Utusan Malaysia Online. Yu Kin Len ( 2011) Pupuk
Cara Pemakanan Sihat di Sekolah di laman web : http://www.konsumerkini.net.my
http://anizyn.blogspot.com/2008/05/obesiti-masalah-pemakanan.html#ixzz2hwwMauqn
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peratusankanakkanakalamiobesitimeningkat/Article/
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

You might also like