You are on page 1of 2

10 IDEA PRAKTIKAL PEMBELAJARAN

ABAD KE-21
Bahan suntingan;
SIP+ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN, JOHOR
Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom, terdapat sepuluh (10) idea yang
praktikal boleh digunakan oleh pengurus sekolah untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu:

Open up lessons
Menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan merupakan masalah utama semua guru di
sekolah. Sama ada murid memperoleh kemahiran tertentu atau sebaliknya menjadi perkara kedua. Dalam
pembelajaran abad ke-21, pembelajaran secara individu atau kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan
tidak terlalu rigid. Murid hendaklah diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan
yang diberi dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru. Guru pula perlu menyokong dan
memantau sepanjang proses pembelajaran.
Think outside the classroom box
Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja masing-masing mengadap guru.
Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru menyampaikan maklumat secara berkesan kepada
sekumpulan murid. Keadaan ini sesuai apabila guru merupakan sumber utama kepada murid.
Namun, keperluan kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah secara kolaboratif, teknologi maklumat,
literasi maklumat dan ekonomi, memerlukan kaedah pengajaran yang baru. Peranan guru bukan lagi sebagai
penyampai maklumat tetapi membimbing, berbincang, dan mentaksir perkembangan seseorang murid dan
seterusnya memberi sokongan.
Oleh itu, konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik sumber di mana maklumat senang diakses dan
mempamerkan hasil-hasil kerja murid. Susunan meja dan kerusi bilik darjah perlu sesuai untuk aktiviti
berkumpulan seperti perbincangan, eksperimen dan kajian.
Get personal
Selalunya kita menganggap murid yang memerlukan perhatian khusus ialah murid berkeperluan khas (special
educational needs) seperti murid masalah pembelajaran (slow learners). Hakikatnya semua murid sebenarnya
memerlukan perhatian khusus kerana mempunyai keupayaan pelbagai.
Walau bagaimanapun, guru menghadapi kekangan masa untuk menangani keperluan murid secara induvidu.
Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) memberi peluang
dan tanggungjawab kepada murid melaksanakan projek mengikut minat, kreativiti dan kemahiran masingmasing.
Tap into students digital expertise
Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi muda yang lahir dalam era
teknologi yang canggih. Generasi sekarang secara semula jadi merupakan seorang penyiasat, penyelidik dan
juga pengumpul maklumat.
Kemahiran-kemahiran ini sepatutnya digunakan oleh guru dalam merancang pembelajaran kendiri (Self-access
Learning), pembelajaran berasaskan inquiri (Inquiry-based Learning) dan kerja secara kolaboratif (Peer
Collaboration). Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagai showcases terbaik apabila projek yang dihasil
melibatkan audio, teks, imejan dan video.

Get real with projects


Penyediaan sesuatu projek melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses penyediaan draf (lebih dari sekali),
perbincangan/sumbangsaran/kritikan dan persembahan/pameran. Ketiga-tiga proses ini adalah kritikal kerana
akan menghasilkan kualiti kerja yang sangat tinggi oleh murid dan juga guru. Projek sebegini akan memberi
pengalaman kepada murid bekerja dalam kumpulan, mengurus masa dan membuat persembahan/pameran
kepada rakan lain/guru/ibu bapa atau pihak luar.
Expect (and help) students to be teachers
Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing kepada rakan sebaya. Kaedah
yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran berkomunikasi dan jati
diri murid tersebut.
Help (and expect) teachers to be students
Guru sebenarnya sangat ghairah untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi meningkatkan pengetahuan
mereka dalam bidang pendidikan. Untuk itu, platform yang sesuai perlu disediakan kepada guru-guru sama ada
di peringkat sekolah, daerah atau jabatan. Pembelajaran melalui kajian perlu menjadi amalan dalam kalangan
guru untuk inovasi dan juga peningkatan dalam kualiti pengajaran serta pencapaian murid.
Measure what matters
Keupayaan untuk menyimpan maklumat dan fakta menjadi kurang relevan dalam era digital sekarang.
Sebaliknya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), memperoleh, menganalisis dan menyusun maklumat adalah
lebih penting. Begitu juga dengan kemahiran bekerja dalam kumpulan, mengguna ikhtiar, menyelesai masalah
dan kreatif. Semua kemahiran ini sangat diperlukan dalam abad ke-21. Oleh itu, pentaksiran yang dilaksana
oleh guru juga perlu berfokus kepada kemahiran-kemahiran tersebut.
Power to the student
Murid merupakan rakan kongsi yang berpotensi dalam pembelajaran. Melibatkan murid dalam beberapa
pengurusan pendidikan (terutama isu yang melibatkan murid) sebenarnya melatih mereka bertanggungjawab,
berminat dan menjadi warga negara yang aktif apabila dewasa kelak. Jika ini dilaksanakan, bermakna sekolah
telah berjaya mewujudkan budaya di mana semua warga sekolah dilibatkan dalam pendidikan dan
pembelajaran.
Work with families, not just children
Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian murid. Penglibatan ibu
bapa dan komuniti di sekolah merupakan perkongsian akauntabiliti dalam pencapaian dan pembangunan muridmurid. Sebagai contoh, Mayfield Primary School di London memberi peluang kepada ibu bapa selama 30 minit
untuk belajar bersama dengan anak-anak mereka waktu persekolahan.
Terdapat sekolah yang melibatkan ibu bapa dalam penyediaan projek oleh anak-anak mereka seperti membuat
persembahan atau pameran. Jaringan sosial seperti Facebook perlu diwujudkan sebagai platform untuk
perbincangan dan menyampaikan maklumat terkini kepada ibu bapa tentang program yang dijalankan di
sekolah.

You might also like