You are on page 1of 18

SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

Kestabilan Mata Wang dalam Menangani


Krisis Ekonomi: Ke Arah Penggunaan
Dinar Emas
SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD
& WAN NAJIHAH WAN MOHD ZABARIA

Abstrak
Mata wang fiat apungan adalah tidak stabil dan mudah dieksploitasi oleh penggiat
spekulasi. Berganding dengan sistem riba, kegiatan spekulasi menyebabkan berlakunya
krisis ekonomi global apabila sistem kewangan dunia menghadapi masalah NPL dan
penurunan nilai mata wang. Ketidakstabilan mata wang jelas menjadi salah satu
penyumbang utama berlakunya krisis ekonomi global. Persoalannya ialah bagaimana
kestabilan nilai mata wang boleh dicapai dan adakah kestabilan tersebut menjamin
kestabilan ekonomi? Kajian ini cuba membuktikan bahawa era penggunaan mata wang
piawaian emas dan bersandaran emas adalah era paling stabil dan kadar inflasi dunia
paling rendah. Oleh itu dengan kembali semula kepada penggunaan dinar emas nilai
mata wang akan menjadi lebih stabil dan natijahnya ialah krisis ekonomi akan dapat
diminimumkan dan dikawal. Implikasi penting kajian ialah penggunaan dinar emas
perlu disegerakan bagi menjamin kestabilan ekonomi dunia di masa hadapan.

Pendahuluan
Ketidakstabilan mata wang akan mengundang masalah dalam sistem
ekonomi global. Bermula dengan zaman kemelesetan ekonomi dunia
pada tahun 1933 (The Great Depression), krisis Peso Mexico pada tahun
1995, krisis kejatuhan nilai mata wang negara-negara Asian (1997/98),
krisis Rubel di Rusia pada tahun 1998 dan yang terkini krisis ekonomi
global yang berlaku pada tahun 2008. Krisis ekonomi ini berlaku kerana
wujudnya ketidakstabilan nilai mata wang fiat yang diguna pakai dalam
sistem ekonomi dunia. Mata wang dunia hari ini rata-rata bersandarkan
kepada dolar Amerika Syarikat. Nilai dolar akan berubah mengikut
373

KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:


KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

perubahan kadar inflasi dan perlakuan spekulasi yang berlaku dalam


pasaran wang. Keadaan ini akan mempengaruhi jumlah permintaan dan
penawaran dolar. Oleh yang demikian, cadangan mengembalikan
penggunaan dinar emas sebagai mata wang merupakan satu alternatif
dalam mengawal ketidakstabilan nilai mata wang. Ini kerana emas
merupakan real money yang mempunyai kadar kestabilan yang lebih
terjamin tanpa dipengaruhi dengan oleh undang-undang permintaan dan
penawaran (law of demand and supply), bebas dari inflasi, riba, gharar
(keraguan), maysir (perjudian) dan unsur-unsur spekulatif lain.

Sejarah Pergerakan Nilai Mata wang Dunia


Sejak tahun 1833 lagi manusia telah menggunakan mata wang yang
berasaskan emas dalam transaksi harian mereka sehingga pada tahun
1973. Sejarah telah menunjukkan bahawa sistem emas pernah
mendominasi kewangan dunia dalam tempoh yang agak lama. Sepanjang
tempoh tersebut pergerakan nilai emas adalah kecil dan lebih stabil. Isu
ketidakstabilan nilai mata wang timbul apabila sistem kewangan dunia
tidak lagi menggunakan piawaian atau sandaran emas bermula tahun
1973 iaitu setelah Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon1
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Richard_Nixon) memutuskan hubungan
emas dengan wang kertas. Sejak dari itu sehingga sekarang sistem
kewangan dunia menggunakan sistem mata wang terapung. Mata wang
tanpa sandaran akan mudah dispekulasi dan dimanipulasi oleh kuasakuasa besar seperti Amerika Syarikat.
Data kestabilan pergerakan nilai emas dapat dilihat melalui tinjauan
sejarah empat zaman utama iaitu bermula dengan zaman sebelum Perang
Dunia Pertama (World War I) yang dikenali sebagai zaman Calassical
Gold Standard (1821-1914), zaman Gold Exchange Standard (19251931), zaman Bretton Wood System (1946-1971) dan zaman mata wang
apungan (1973- sekarang). Data sejarah ini menunjukkan pergerakan
nilai emas adalah lebih stabil jika dibandingkan dengan pergerakan mata
wang fiat.

374

SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

Zaman Piawaian Emas Penuh / Calassical Gold Standard


(1821-1914)
Piawaian emas2 didefinisikan sebagai penetapan nilai mata wang
domestik berasaskan berat emas tertentu (Michael David Brodo 1981)
dan ia mengizinkan pertukaran bebas dan perdagangan dalam bentuk
emas (Cristopher M. Meissner 2003, Cedric Muhammad 1997). Secara
umumnya, sesebuah negara dikatakan melaksanakan sistem piawaian
emas penuh apabila ia menggunakan emas sebagai sandaran nilai
(ultimate numeraire) kepada mata wang (Marcello de Cecco 1974).
Sistem ini mula diperkenalkan di England di bawah Akta Lord Liverpool
pada tahun 1816 (Maria Cristina Marcuzzo 1986) sewaktu pemerintahan
Sir Isaac Newton (Mark Duckenfield 2004). Walau bagaimanapun,
kebanyakan negara mula mengamalkan sistem ini dalam tempoh 25
tahun di antara tahun 1880-1914 (Marcello de Cecco 1974, Mansor Jusoh
& Hamzaid Yahya 1990). 3
Melalui sistem ini, setiap negara menetapkan nilai mata wang
masing-masing dalam sebutan emas. Sebagai contoh; Amerika Syarikat
menetapkan AS$1.00 = 23.22 grain emas tulen dan United Kingdom
menetapkan 1.00 = 113.0016 grain emas tulen. Tiap-tiap negara mesti
bersedia membeli atau menjual emas pada harga yang telah ditetapkan itu.
Oleh sebab nilai setiap mata wang dalam sebutan emas adalah tetap,
maka kadar pertukaran antara mata wang itu juga tetap. Misalnya, nilai
emas dolar Amerika Syarikat ialah AS$1.00 = 23.22 grain emas dan nilai
emas paun sterling ialah 1.00 = 113.0016 grain emas, maka kadar
pertukaran antara dolar dan paun sterling ialah AS$1.00 = 0.205
(23.22/113.0016) atau 1.00 = AS$4.866 (113.0016/23.22). Kadar
pertukaran yang diperoleh itu dikenali sebagai pariti min (Mansor &
Hamzaid 1990). Di sini, data sejarah menunjukkan dalam tempoh 1821
sehingga 1914 Great Britain telah menetapkan harga emas pada 3, 17s,
10 d manakala Amerika Syarikat bermula tahun 1834 1933 telah
menetapkan harga emas pada $20.674 satu auns (Michael David Bordo
1981).
Dalam sistem piawai emas penuh, setiap negara menggunakan wang
yang sama, iaitu emas dan mempunyai beberapa jenis piawai emas penuh,
antaranya ialah piawai syiling emas dan piawai jongkong emas. Kerajaan
akan membuat syiling emas pada piawai yang rasmi dan
memperuntukkan sebahagiannya sebagai seigniorage5 untuk membiayai
kos membuat syiling. Emas digunakan dalam urus niaga tempatan serta

375

KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:


KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

di peringkat antarabangsa. Kelebihan utama standard emas antarabangsa


adalah nilai emas yang stabil (Bernstein 1965; Kemmerer 1944).
Sistem kewangan dunia telah berpengalaman dalam melaksanakan
sistem piawaian duit syiling emas selama hampir 94 tahun, bermula
daripada penerimaan pertama seperti piawaian daripada Eropah pada
tahun 1821 sehingga kejatuhannya pada tahun 1914 semasa Perang
Dunia Pertama. Sejarah zaman ini telah menunjukkan emas mempunyai
nilai yang stabil berbanding komoditi lain (Kemmerer 1944).
Maka, tidak hairanlah jika era ini sering kali disebut sebagai zaman
keagungan piawaian emas (Chacholiades 1973) atau era keemasan (Wan
Mansor 1983) kerana dapat menstabilkan harga dan mempertingkatkan
pertumbuhan ekonomi serta membangunkan perdagangan dunia.
Goldenweiser7 (1931) juga mengakui zaman perang dan selepas perang
rizab emas dalam gold standard perlu dikembangkan lagi walaupun
fungsi-fungsi emas lain terabai. Ini kerana emas perlu dijadikan rizab
antarabangsa bagi mendapatkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat
terhadap keteguhan sistem kewangan dunia. Emas juga berperanan
untuk mengekalkan nilainya sebagai medium pertukaran dalam imbangan
pembayaran antarabangsa (Lorwin 1941). Justeru, tidak hairanlah jika
ramai intelektual hari ini memandang era keemasan sebagai zaman
kegemilangan tukaran asing dengan penuh nostalgia.

Zaman Piawaian Pertukaran Emas/ The Gold Exchange


Standard (1925-1931)
Zaman piawaian pertukaran emas dengan wang kertas bermula apabila
sistem piawaian emas gagal dipertahankan. Sistem piawaian emas gagal
dipertahankan disebabkan oleh beberapa faktor:
1.

2.

Kurang bekalan emas-simpanan emas hanya meningkat (hasil


daripada perlombongan) dengan amat perlahan dan menyekat
perkembangan perdagangan antarabangsa yang semakin maju.
Tempoh piawaian emas adalah singkat kerana sistem ini runtuh pada
tahun 1914 akibat perang dunia yang pertama dan harga emas pada
masa itu adalah AS$20.67 satu auns (Chua et al. 1989).
Great Depression - krisis kemelesetan ekonomi yang teruk (Great
Depression) antara tahun 1929 sehingga 1933. Rentetan daripada
keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu selepas perang telah
mendorong beberapa buah negara (Johannsson 1997) terutamanya
negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Britain
mengambil inisiatif untuk mewujudkan sistem kewangan yang bebas
376

SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

3.

dan pelbagai hala (Chacholiades 1973). Oleh itu, mata wang dunia
tidak lagi berpaksikan atas satu piawaian yang sama, malah setiap
negara menempa mata wang sendiri dengan piawaian berbeza
mengikut negara masing-masing (Brown 1978).
Bantahan terhadap sistem piawaian emas - supaya mengurangkan
kebolehan emas untuk kegunaan industri dan juga menyebabkan
berlakunya pembaziran sumber-sumber dalam penciptaan emas
untuk kegunaan kewangan. Dalam tempoh yang singkat, hal ini
tidak selalunya benar. Ia bergantung kepada beberapa perkara seperti
pertumbuhan ekonomi, apa yang telah terjadi terhadap nilai pasaran
emas dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa
yang panjang, dengan peluasan ekonomi, penggunaan emas sebagai
wang sudah pasti menggambarkan pengurangan dalam kegunaan
industri. Kos-kos penciptaan meningkat melebihi kos mencetak
wang kertas (Marquard 1994).

Kesimpulannya, piawaian emas runtuh semasa Perang Dunia I,


setelah berjaya sepanjang tempoh managed fiduciary money dan secara
ringkasnya telah mewujudkan sistem Piawaian Pertukaran Emas bermula
tahun 1925-1931. Di bawah sistem ini setiap negara perlu memegang
kedua-dua emas dan dolar/pound sebagai simpanan negara kecuali
kepada Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kedua-dua negara ini
hanya perlu menjadikan emas sebagai simpanan. Sebagai tambahan,
kebanyakan negara terikat dalam polisi pembekuan (sterilization policy)
untuk menghalang pengeluaran mata wang domestik daripada mengikut
aliran emas (Bordo 1981). Oleh itu, dalam tempoh ini nilai emas dalam
pasaran menjadi tidak menentu kerana bermulanya sistem mata wang
yang tidak bersandar penuh dengan nilai emas.

Zaman Bretton Woods / Bretton Wood System (1946-1971)


Pada tahun 1944 perwakilan daripada 44 buah negara bukan komunis di
seluruh dunia telah mengadakan satu persidangan untuk melakukan
reformasi terhadap sistem kewangan antarabangsa. Hasil daripada
persidangan tersebut tercetuslah sistem Bretton Woods dan ianya
digunakan bermula dari tahun 1944 sehingga tahun 1971 iaitu selama 27
tahun. Tempoh itu dikenali sebagai Era Bretton Woods (Chacholiades
1973).
Secara prinsipnya, sistem Bretton Woods masih mengekalkan emas
sebagai nilai asas mata wang dan atas kadar tukaran tetap. 8 Dalam sistem
ini sesebuah negara akan menetapkan nilai mata wangnya pada emas atau
377

KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:


KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

pada dolar Amerika Syarikat pada satu kadar yang disebut nilai tara.9
Nilai emas yang ditetapkan adalah pada harga AS$35 seauns yang
menjadi asas nilai sesuatu mata wang. Dolar AS bebas ditukar dengan
emas apabila dituntut. Jika negara yang menetapkan mata wangnya pada
dolar AS ingin mendapatkan emas, negara itu harus menukarkan mata
wangnya10 kepada dolar AS terlebih dahulu (Bordo 1981; Chua et al.
1989; Schelling 1958).
Setiap mata wang juga dibenarkan berubah mengikut kadar
tukarannya pada tahap 1% daripada nilai pariti masing-masing. Satu
pembaharuan dalam sistem Bretton Woods ialah selain emas, negaranegara ahli juga dibenarkan memegang mata wang lain yang diterima
oleh masyarakat antarabangsa sebagai media pertukaran dan rizab. Mata
wang dolar AS merupakan mata wang yang mendapat kepercayaan
kerana Amerika Syarikat telah membuat akuan dan berjanji untuk sedia
membeli dan menjual emas pada bila-bila masa. Oleh yang demikian,
kedudukan dolar AS menjadi semakin penting dalam sistem kewangan
antarabangsa. Era Bretton Woods juga menyaksikan peranan emas
sebagai mata wang. Hampir semua kerajaan menyifatkan emas sebagai
mata wang dengan merasakan emas diterima di bank pusat atau pihak
berkuasa kewangan dan mata wang negara dikeluarkan mengikut emas.
Ini bermaksud, emas adalah secara bebas dibeli apabila ditawarkan untuk
jualan dan dalam kebanyakan negara teknik pembelian adalah bersamaan
pengeluaran mata wang dalam bentuk akaun mata wang negara di bank
pusat (Schelling 1958).

Zaman Mata Wang Apungan (1973-2009)


Sistem Bretton Woods telah berjalan dengan baik sehingga pada tahun
1971 apabila Amerika Syarikat mengalami defisit dalam imbangan
pembayarannya akibat percetakan dolar yang berlebihan daripada rizab
emas. Kemusnahan sistem tukaran tetap melambangkan manifestasi
Amerika Syarikat mengekang defisit imbangan pembayarannya yang
semakin besar.
Ketidakseimbangan tuntutan bayaran dengan simpanan emas yang
ada menyebabkan Amerika Syarikat mengalami kemerosotan besar
dalam rizab emasnya, iaitu daripada sebanyak AS$18.0 bilion pada tahun
1960 menjadi sebanyak AS$11.0 bilion pada tahun 1970. Jumlah ini akan
menjadi lebih besar sekiranya dimasukkan segala tuntutan jangka pendek
yang perlu dilunaskan oleh Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, tidak
hairanlah apabila semakin banyak negara yang meragui bahawa nilai
378

SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

pariti emas dolar Amerika Syarikat seperti yang ditetapkan pada awal
sistem Bretton Woods tidak dapat dipertahankan (Mohidin 1994).
Pada 18 Disember 1971, negara-negara industri utama yang terdiri
daripada kumpulan 10 iaitu Belgium, Kanada, Prancis, Jerman, Itali,
Amerika Syarikat, Jepun, Belanda, Sweden dan United Kingdom
(Chacholiades 1973) telah bersetuju membuat satu perjanjian yang
dinamakan Perjanjian Smithsonian bagi meredakan sementara keadaan di
pasaran tukaran asing. Melalui perjanjian tersebut, Amerika Syarikat
bersetuju menurunkan nilai dolar dengan syarat Jerman, Jepun dan
Prancis bersetuju untuk menaikkan nilai mata wang masing-masing.
Amerika Syarikat bersetuju menaikkan nilai emas daripada AS$35
seauns kepada AS$38 seauns yang mana sama dengan penurunan dolar
AS sebanyak 7.9%. Dengan perkembangan terakhir, dolar AS ternyata
tidak berupaya menjadi mata wang rizab tunggal bagi seluruh dunia
walaupun ia masih mengekalkan statusnya sebagai mata wang
antarabangsa. Oleh itu, negara Eropah seperti Jerman, Itali dan Prancis
telah memutuskan untuk mengapungkan mata wang masing-masing di
pasaran tukaran mata wang asing (Mohidin 1994).
Bulan Februari pada tahun 1973, penurunan nilai terpaksa dilakukan
sekali lagi sebanyak 10%, tetapi keadaan tidak berubah dan akhirnya
pada bulan Mac 1973, pasaran tukaran asing terpaksa ditutup untuk
beberapa minggu apabila keadaan tidak dapat dikawal. Apabila ia dibuka
kembali, kadar pertukaran dibenarkan terapung dan dengan sendirinya
menamatkan sistem Bretton Woods. Semenjak runtuhnya Perjanjian
Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem
mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilai
pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan
turun naik nilai mata wang sekali gus memberi peluang kepada
spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain.
Richard Duncan (1994), dalam bukunya The Dollar Crisis,
meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk
daripada Great Depression seandainya sistem kewangan sekarang
diteruskan. Sistem kadar pertukaran terapung dengan rasminya
dibenarkan oleh satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Jamaica
pada tahun 1976 dan pada masa yang sama emas tidak lagi mempunyai
nilai rasmi. Emas hanya dijual dan dibeli oleh bank pusat pada harga
pasaran.
Sistem kadar pertukaran terapung beroperasi apabila pihak berkuasa
kewangan
biasanya
bank
pusat
sesebuah
negara
tidak
dipertanggungjawabkan untuk memastikan nilai pertukaran berada dalam

379

KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:


KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

satu had atau lingkungan yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, sistem
kadar pertukaran ini sama ada naik atau turun berdasarkan faktor-faktor
penawaran dan permintaan terhadap sesuatu mata wang dalam pasaran.
Seperti juga barang komoditi, apabila sesuatu mata wang melebihi
penawaran di pasaran wang antarabangsa maka nilai mata wang tersebut
akan turun. Jadi, secara amnya sistem pertukaran terapung akan menjadi
lebih mudah berubah daripada sistem kadar pertukaran tetap, disebabkan
faktor permintaan dan penawaran mata wang yang tidak menentu dan
tanpa campur tangan daripada pihak berkuasa kewangan (Wan Mansor
1983). Oleh itu, bermula tahun 1973 sehingga ke hari ini sistem
kewangan dunia menggunakan sistem mata wang terapung. Mata wang
tanpa sandaran akan mudah dispekulasi dan dimanipulasi oleh kuasakuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Kestabilan Mata wang Dan Inflasi Ekonomi Dunia


Definisi Inflasi
Inflasi11 bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di
sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu (Peter L. Bernstein 1968).
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam
tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh
merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan
tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan
nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi (Wikipedia;
www.wikipedia.org/wiki/Inflasi , 5 Ogos 2009).
Ahli ekonomi bersetuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang
tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan
tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah
atau sederhana di sumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan
dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa
380

SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan


ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar
pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan
produktiviti
dalam
sesuatu
ekonomi
(Wikipedia;
www.wikipedia.org/wiki/Inflasi , 5 Ogos 2009).
Sejarah inflasi dunia menyaksikan bahawa terdapat perbezaan yang
ketara sewaktu dunia mengamalkan penggunaan mata wang emas/perak
atau bersandarkan piawaian emas dengan penggunaan mata wang kertas.
Secara umumnya dapat ditunjukkan bahawa kadar inflasi adalah rendah
pada masa regim mata wang menggunakan emas atau bersandaran emas
berbanding kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh mata wang apungan.
Jadual 14 dapat memberi gambaran keadaan tersebut.
Jadual 3.1: Kadar Inflasi Tahunan Di US Dari Tahun 1800 2008
Tahun

Kadar Inflasi

Tahun

Kadar Inflasi

Tahun

Kadar Inflasi

1800
1801
1802
1803
1804
1805
1806
1807
1808
1809
1810
1811
1812
1813
1814
1815
1816
1817
1818
1819

2.10
1.31
-15.73
5.49
4.38
-0.70
4.23
-5.41
8.66
-2.05
0.00
6.80
1.26
20.02
9.89
-12.29
-8.65
-5.36
-4.34
0.00

1820
1821
1822
1823
1824
1825
1826
1827
1828
1829
1830
1831
1832
1833
1834
1835
1836
1837
1838
1839

-7.87
-3.52
3.65
-10.65
-7.88
2.57
0.00
0.83
-4.96
-1.85
-0.89
-6.26
-0.95
-1.93
1.97
2.89
5.62
2.77
-2.70
0.00

1840
1841
1842
1843
1844
1845
1846
1847
1848
1849
1850
1851
1852
1853
1854
1855
1856
1857
1858
1859

-7.10
0.95
-6.62
-9.24
1.12
1.10
1.09
7.69
-4.14
-3.14
2.16
-2.11
1.08
0.00
8.68
2.95
-1.91
2.92
-5.67
1.00

381

KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:


KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

Tahun

Kadar Inflasi

Tahun

Kadar Inflasi

Tahun

Kadar Inflasi

1860
1861
1862
1863
1864
1865
1866
1867
1868
1869
1870
1871
1872
1873
1874
1875
1876
1877
1878
1879
1880
1881
1882
1883
1884
1885
1886
1887
1888
1889
1890
1891

0.00
5.96
14.17
24.82
25.14
3.68
-2.53
-6.82
-3.91
-4.14
-4.24
-6.40
0.00
-2.03
-4.83
-3.62
-2.35
-2.31
-4.73
0.00
2.48
0.00
0.00
-2.02
-2.06
-2.00
-2.15
1.10
0.00
-3.25
-1.12
0.00

1892
1893
1894
1895
1896
1897
1898
1899
1900
1901
1902
1903
1904
1905
1906
1907
1908
1909
1910
1911
1912
1913
1914
1915
1916
1917
1918
1919
1920
1921
1922
1923

0.00
-1.13
-4.36
-2.40
0.00
-1.23
0.00
0.00
1.24
1.23
1.21
2.28
1.17
-1.16
2.23
4.47
-2.09
-1.12
4.42
0.00
2.06
2.13
0.94
0.52
9.24
20.49
17.47
14.87
15.84
-10.68
-6.31
1.79

1924
1925
1926
1927
1928
1929
1930
1931
1932
1933
1934
1935
1936
1937
1938
1939
1940
1941
1942
1943
1944
1945
1946
1947
1948
1949
1950
1951
1952
1953
1954
1955

0.18
2.51
0.97
-1.86
-1.38
0.00
-2.51
-8.80
-10.31
-5.12
3.32
2.54
0.95
3.61
-1.88
-1.42
1.01
4.99
10.66
6.13
1.73
2.27
8.56
14.33
7.79
-0.96
0.96
7.89
2.19
0.75
0.49
-0.37

382

SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

Tahun

Kadar Inflasi

Tahun

Kadar Inflasi

Tahun

Kadar Inflasi

1956
1957
1958
1959
1960
1961
1962
1963
1964
1965
1966
1967
1968
1969
1970
1971
1972
1973
1974
1975
1976
1977
1978
1979
1980

1.49
3.57
2.74
0.83
1.58
1.01
1.14
1.19
1.34
1.71
2.85
2.90
4.19
5.37
5.92
4.30
3.31
6.21
10.98
9.14
5.76
6.45
7.61
11.27
13.52

1981
1982
1983
1984
1985
1986
1987
1988
1989
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005

10.38
6.13
3.21
4.32
3.56
1.86
3.65
4.14
4.82
5.40
4.21
3.01
2.99
2.56
2.83
2.95
2.29
1.56
2.21
3.36
2.85
1.58
2.28
2.66
3.39

2006
2007
2008

3.23
2.85
3.84

2009

Sumber: www.measuringworth.com 05 Ogos 2009.


Jadual 4.1: Menunjukkan pergerakan inflasi bermula tahun 1800-2008.
Pada awal awal tahun 1800 emas digunakan sebagai mata wang.
Berdasarkan jadual di atas, tahun 1808-1814 adalah tempoh
berlakunya inflasi. Perang Napoleonic telah berlaku dalam tempoh
tersebut dan melibatkan semua negara Eropah termasuk negara Russia.
Dalam tempoh ini, sistem kewangan tidak diuruskan dengan baik dan
383

KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:


KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

menjadi semakin buruk kesan daripada perdagangan hiperaktif yang


penuh risiko. Pada tahun 1801, harga telah meningkat melebihi 68
peratus. Akhir tahun 1813, wang kertas dalam edaran telah mencapai
tahap yang paling tinggi. Apabila peperangan ini semakin pulih, harga
komoditi dan emas telah mula menyusut. Ini menyebabkan kuasa beli
emas telah berkurang (Roy W. Jastram 1997). Menurut pendapat Mazhab
Neo-Keynes, inflasi sebelum perang dunia adalah akibat kenaikan
penawaran wang. Manakala, inflasi pada tahun 1896-1964 adalah
berhubung dengan perkembangan wang yang disebabkan oleh penemuan
emas. Penemuan ini telah menguatkan insentif menaikkan penawaran
wang dan melemahkan halangan ke atas perkembangan wang. Selain itu,
pembubaran Bretton Woods juga telah mengundang inflasi dunia kerana
rentetan dari itu, International Monetary Fund (IMF) telah
memperbesarkan cadangan penawaran dunia antarabangsa dengan
memperkenalkan Special Drawing Rights (SDR). Sistem IMF
melemahkan halangan imbangan pembayaran kepada inflasi (Yap Chan
Ling 1979).
Jadual ini menunjukkan pada tahun 1920-1930 inflasi hanya 0.8%
merupakan paling rendah dalam sejarah dunia kerana pada tahun 18801930 adalah era piawaian emas penuh. Manakala pada tahun 1917-1921,
1941-1950, 1970-1985 antara tahun-tahun yang mengalami inflasi tinggi
tercatat disebabkan perang dunia pertama (1914-1918), perang dunia
kedua (1940-1945) dan perang Vietnam (1965-1975). Pembubaran ikatan
emas dengan dolar pada tahun 1971 juga memberi kesan kepada inflasi
dunia12 (Yap Chan Ling 1979). Pada zaman kemelesetan ekonomi pada
tahun 1920-1929 menunjukkan inflasi negetif sehingga mencapai -1.94%.
Pada tahun 1880 hingga tahun 1914, sistem kewangan yang
digunakan ialah sistem Gold Standard dan zaman ini dikenali sebagai
zaman keemasan (The Golden Age) di mana harga emas adalah stabil dan
walaupun harga komoditi mengalami naik turun tetapi perbezaan kadar
naik turun adalah kecil dan hampir mendatar. Walaupun pada masa ini
keadaan ekonomi adalah dalam keadaan inflasi, namun kadar inflasi
adalah cukup rendah (Roy W. Jastram 1997).
Selepas tahun 1914, iaitu selepas tamatnya tempoh Gold Standard,
ekonomi kembali berada dalam keadaan inflasi dan berada pada kadar
yang sangat tinggi pada tahun 1917 hingga tahun 1920. Sistem kewangan
pada masa ini masih membenarkan pertukaran mata wang kertas dan
mengeksport emas. Dalam tempoh ini telah berlakunya Perang Dunia
Pertama yang berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918
yang bermula di Balkan. Ketika meletusnya Perang Dunia I, keperluan
384

SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

kewangan menjadi amat besar dan ini memaksa percetakan dan


pengeluaran wang yang lebih banyak. Bagi mengelakkan kesan yang
tidak diingini kepada pasaran domestik, kebanyakan negara membatalkan
peraturan piawaian emas. Pada ketika itu, harga emas London tidak
mengalami peningkatan. (Roy W. Jastram 1997).
Purata tahunan kadar inflasi juga menunjukkan bahawa kadar
terendah berlaku pada era penggunaan piawaian emas. Keadaan ini dapat
ditunjukkan didalam Gambarajah 3.1 dibawah.
Gambarajah 3.1: Purata Tahunan Inflasi Mengikut Abad

Sumber: www.InflationData.com, 05 Ogos 2009


Pada tahun 1914, Congress telah meluluskan Akta Rizab Emas yang
mana telah mengubah sistem kewangan Amerika. Penggunaan syiling
emas tidak lagi diteruskan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1915, pada
awal tercetusnya peperangan, industri perkilangan dapat dipulihkan dan
kadar eksport turut meningkat dengan sangat banyak, kadar inflasi pada
ketika itu adalah sangat rendah iaitu 0.52. Pada 1933 hanya lima negara
yang dikenali Gold Bloc (Perancis, Belgium, Belanda, Itali dan
Switzerland) masih mengamalkan piawaian emas. Namun pada 1936
sistem ini berakhir apabila berlaku penurunan nilai mata wang Perancis
dan Switzerland. Kadar inflasi adalah tinggi pada tahun 1947 adalah
disebabkan oleh kesan daripada perubahan sistem kewangan. Sistem
kewangan tidak dapat dikenal pasti antara tempoh 1930 hingga 1946 dan
bermulanya tahun 1946, sistem kewangan pada masa itu ialah sistem
Bretton Woods (Roy W. Jastram 1997).
385

KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:


KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

Bermulanya tahun 1971, sistem kewangan yang digunakan ialah


sistem mata wang apungan. Mata wang tanpa sandaran akan mudah di
spekulasi dan di manipulasi oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika
Syarikat. Berdasarkan jadual di atas, ekonomi berada dalam keadaan
inflasi dan pada awal sistem ini, kadar inflasi adalah berada pada tahap
kemuncak. Ini adalah berikutan kesan daripada tercetusnya Perang
Vietnam. Sejak tahun 1975, harga emas telah jatuh dengan mendadak
(Roy W. Jastram 1997). Keadaan ini berlaku apabila masyarakat luar dari
Amerika Syarikat tidak dapat menebus emas dengan nilai AS35 per auns
emas. Pada masa itu tuntutan rasmi terhadap emas Amerika Syarikat
pada awal tahun 1971 adalah sejumlah AS$32 bilion. Namun, rizab emas
yang ada pada ketika itu hanyalah 1/3 daripada jumlah tersebut. Hal ini
menyebabkan bank-bank pusat asing secara serentak berpusu-pusu
mendapatkan kembali emas mereka dengan menebus pegangan dolar
Amerika masing-masing akibat hilang kepercayaan terhadap kemampuan
saling tukar (convertibility) Amerika Syarikat. Kecelaruan ini
menyebabkan Presiden Nixon akhirnya bertindak memutuskan ikatan
antara dolar dan emas.
Pada tahun 1997, sekali lagi berlaku krisis ekonomi yang dimulai di
Thailand dan mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga aset
lainnya di beberapa negara Asia. Krisis ini adalah kesan daripada
tindakan spekulator ke atas mata wang yang mana mata wang pada
zaman ini adalah tidak mempunyai nilai intrinsik dan dicetak tanpa
sandaran.
Ketidakstabilan dan susut nilai mata wang kertas dapat dilihat
apabila dolar Amerika Syarikat telah kehilangan 95% daripada nilainya
sejak 1913. Wang kertas akan sentiasa susut nilai kerana berlaku
percetakan dan pengeluaran tanpa had. Keadaan ini mula terasa pada
tahun 1933 apabila rakyat Amerika tidak dapat menukar dolar kepada
emas pada nilai AS20 dengan satu auns emas, walhal nilai ini telah
ditetapkan oleh Amerika Syarikat sendiri pada masa itu. Seterusnya, jika
dibandingkan dengan tahun 2009, susut nilai dolar Amerika lebih jelas
dengan nilai AS949.71 bagi satu auns emas (http://www.kitco.com).

Cadangan Penggunaan Dinar Emas Atau


Mata Wang Bersandaran Emas
_________________________
1

Harga satu auns emas pada 13 Ogos 2009.

386

SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

Melalui pengalaman sejarah dalam sistem kewangan dunia didapati


bahawa tempoh pengamalan sistem sandaran nilai emas iaitu bermula
sistem gold standard, gold exchange standard sehingga sistem Bretton
Wood menunjukkan bahawa pergerakan nilai mata wang lebih stabil
berbanding dengan sistem apungan yang bermula tahun 1971. Menurut
Frank D. Graham dan Charles R. Whittlesey (1939) fenomena kewangan
yang berlaku pada masa kini perlu melihat kepada sejarah perkembangan
wang dunia dan sepatutnya tidak mempunyai keraguan untuk melihat
kembali fungsi emas sebagai mata wang. Proses itu kemungkinan adalah
satu evolusi. Ini adalah munasabah sama ada satu revolusi sudah pun
berlaku yang mana untuk mengurangkan perspektif yang tidak dikenali
atau satu revolusi yang masih dijalankan. Lagipun, ia pasti bukan mudah
selepas suatu empoh tekanan, kami tidak akan kembali kepada sistem
kewangan yang mana sekarang kelihatan mati.
Oleh itu, cadangan penggunaan dinar emas sebagai mata wang
adalah satu alternatif yang didapati sesuai kerana keistimewaan yang ada
pada emas itu sendiri yang dalam mengawal ketidakstabilan nilai mata
wang. Ini kerana emas merupakan real money yang mempunyai kadar
kestabilan yang lebih terjamin tanpa dipengaruhi dengan oleh undangundang permintaan dan penawaran (law of demand and supply), bebas
dari inflasi, riba, gharar (keraguan), maysir (perjudian) dan unsur-unsur
spekulatif lain.
Penggunaan dinar emas akan dapat menghalang usaha-usaha
percetakan dan penghapusan wang dengan sewenang-wenangnya oleh
kerajaan. Ini akan mengawal jumlah peredaran wang dan inflasi.
Kestabilan nilai dinar akan mengelakkan tindakan spekulatif di pasaran
wang antarabangsa. Berbeza dengan wang fiat yang boleh dicetak dan
diedarkan tanpa sandaran dengan akan mudah dispekulasikan sehingga
boleh mengakibatkan berlakunya krisis kejatuhan mata wang Asia pada
pertengahan tahun 1997.
Bagi siapa yang menyokong untuk mengembalikan penggunaan
emas
sebagai
mata
wang
sebagai
penyelesaian
kepada
ketidakseimbangan mata wang adalah satu realiti. Ini adalah fakta yang
jelas dan tidak boleh dicabar bahawa harga emas sekarang adalah tinggi
dan penawarannya adalah amat menakjubkan (Graham & Whittlesey
1939).

387

KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:


KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

Kesimpulan
Krisis mata wang Asia 1997 dan krisis ekonomi global hari ini (bermula
2008) telah menjadi kayu ukur dalam menilai kembali penggunaan
sistem kewangan sekarang yang mengundang kepada ketidakstabilan
nilai mata wang dan inflasi. Sejarah telah menunjukkan bahawa lebih
1600 tahun sistem kewangan bersandarkan emas telah berlangsung iaitu
zaman sebelum Islam sehingga tahun 1971. Dalam tempoh-tempoh
tersebut menyaksikan pertukaran beberapa sistem dalam kewangan
namun, tidak lari dari aplikasi keistimewaan emas sebagai mata wang. Ia
bermula dengan zaman penggunaan mata wang token emas, sistem
piawaian emas, sistem pertukaran emas dan sistem Bretton Woods.
Selama tempoh tersebut sistem kewangan dunia lebih stabil dan
tenang terutama pada tempoh pengamalan piawaian emas (1880-1914)
berbanding dengan sistem hari ini. Sememangnya tidak dinafikan, dalam
tempoh-tempoh tersebut terdapat juga ketidakstabilan nilai emas yang
ketara namun, keadaan-keadaan tersebut mungkin tidak akan atau sukar
berulang lagi pada masa ini seperti Perang Dunia 1 dan Perang Dunia II,
Great Depression 1930an serta perubahan antara sistem mata wang. Oleh
itu penggunaan kembali sistem emas atau menggunakan mata wang dinar
emas mungkin akan mengembalikan semula kestabilan dan keharmonian
sistem kewangan yang pernah di kecapi suatu masa dahulu dan yang
lebih utama ialah dapat mengurangkan kadar inflasi ekonomi dunia.
Nota Hujung
1

2
3

Richard Milhous Nixon (9 Januari 1913 22 April 1994) ialah Wakil Presiden
Amerika Syarikat ke-36 (1953 - 1961) dan Presiden Amerika Syarikat ke-37
(1969 - 1974). Ia merupakan presiden Amerika Syarikat pertama yang meletakkan
jawatan presiden. Pengundurannya juga disebabkan Skandal Watergate. Ia
mengumumkan berakhirnya Perang Vietnam yang mengorbankan ribuan tentara
pada 23 Januari 1973. Pengumuman itu secara tidak langsung menjadi bukti
bahawa Amerika telah kalah dalam perang di Asia Tenggara
Menurut Cristopher M. Meissner (2003) gold standard juga dikenali sebagai
classical gold standard atau sistem pertukaran tetap.
Critopher M. Meissner menjelaskan bahawa Great Britain merupakan negara
terawal yang mengamalkan gold standard iaitu pada tahun 1821, diikuti dengan
Australia (1852), Canada (1853). Manakala Germany Scandinavia, Holland,
Switzerland, France, Finland dan Amerika Syarikat pada tahun 1879 dan pada
tahun 1880-an negara-negara seperti Argentina, Chile, Itali dan Greece memilih
untuk menggunakan sistem ini. Tahun 1910 pula Japan, The Straits Settlement,
India dan Filipina telah mengadaptasi sistem gold standard dalam negara masingmasing, h. 2
388

SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

4
5

6
7
8
9

10

11

12

Harga emas ini tidak termasuk pada era Greenback iaitu dari tahun 1861-1878.
Lihat Michael David Bordo 1981)
Seigniorage adalah jumlah bayaran yang dikenakan atas usaha melebur dan
menempa kepingan logam untuk dijadikan wang. Dalam sistem kewangan hari ini
signiorage merupakan keuntungan daripada hasil penciptaan wang kertas yang
diperoleh oleh bank pusat. Dengan perkataan lain signiorage adalah keuntungan
yang diperoleh oleh kerajaan melalui usaha untuk menandakan duit syiling yang
lebih tinggi daripada kos logam atau mencetak wang kertas dengan nilai muka
yang lebih tinggi daripada kos mencetaknya. Perkataan seigniorage juga dieja
dengan seigneurage atau seigneuriage. Dalam sistem feudal, kuasa untuk
mencetak syiling terletak di bawah kuasa raja ataupun seigneur. Maka, bahagian
pendapatan raja inilah yang dikenali sebagai seigniorage iaitu untuk kegunaan
raja sendiri. Kadar seigniorage berubah dari semasa ke semasa. Seigniorage boleh
dianggap sebagai satu aliran tahunan yang berkait dengan pengeluaran wang
bersih (net money issued), ataupun sebagai nilai kini untuk semua keuntungan kini
dan juga jangkaan daripada usaha mengeluarkan wang. Keuntungan yang
diperoleh daripada seigniorage ini bergantung kepada keupayaan untuk menarik
orang ramai memegang jumlah wang yang dicetak. Makin banyak jumlah wang
yang dipegang oleh orang ramai, maka makin banyak seigniorage diperolehi.
Kerajaan yang menerbitkan wang sah (legal tender) pasti memperoleh seigniorage
kerana wang kertas itu mesti dipegang oleh rakyatnya, walaupun pemegangan
wang kertas itu tidak menghasilkan pulangan. Lihat Klein Martin (1990).
Ahli Lembaga Rizab Persekutuan, Unit Statistik Buruh, ARYNESS JOY,
Amerika Syarikat pada tahun 1940.
Menurut Miltiades Chacholiades (1973) sistem Bretton Woods juga dikenali
sebagai sistem pancangan boleh ubah.
Nilai tara atau par value bermaksud nilai yang ditetapkan secara arbitrari pada
masa mata wang diterbitkan, lihat Ismail Ibrahim et.al (1996), op. cit, h 106.
Jumlah wang kertas yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dihadkan oleh jumlah
stok emas dalam pemegangan. Pihak yang mengeluarkan wang kertas mesti
mempertimbangkan kemungkinan tuntutan penebusan dan ini secara automatik
menjadi had supaya tidak mengeluarkan wang kertas dengan berlebihan. Walau
bagaimanapun tiada jaminan bahawa perubahan penawaran wang yang automatik
ini berkait dengan perubahan yang diperlukan, oleh itu ia sering terdedah kepada
masalah inflasi dan masalah pelarasan. Lihat Chua Yee Yen, et al (1989), op.cit,
h. 107.
Ia ditakrifkan juga sebagai kenaikan tingkat harga umum ekoran
ketidakseimbangan antara pergerakan barangan dan pergerakan wang lihat
(Michael Jefferson et.al 1977).
Menurut pendapat Mazhab Neo-Keynes, inflasi sebelum perang dunia adalah
akibat kenaikan penawaran wang . Inflasi pada tahun 1896-1964 adalah
berhubung dengan perkembangan wang yang disebabkan oleh penemuan emas.
Penemuan ini telah menguatkan insentif menaikkan penawaran wang dan
melemahkan halangan ke atas perkembangan wang. Selain itu, pembubaran
Bretton Woods juga telah mengundang inflasi dunia kerana rentetatan dari itu IMF
telah memperbesarkan cadangan penawaran dunia antarabangasa dengan
memperkenalkan SDR (Special Drawing Rights). Sistem IMF melemahkan
halangan imbangan pembayaran kepada inflasi lihat Yap Chan Ling (1979).
Harga satu auns emas pada 13 Ogos 2009.
389

KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:


KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

Rujukan
Brendan Brown. 1978. Money Hard and Soft : On The International Currency Markets,
Great Bitain: The Macmillan Press LTD, h.126.
Edward M. Bernstein. 1965. 'Alternatives to Gold-Proposals for a News Reserve Assets'
in Gold and World Monetary Problems: National Industrial Conference Board 610, 1965.
Graham, Frank D., and Charles R. Whittlesey. 1939. Golden Avalanche. Princeton:
Princeton University Press.
Haraldur Johannson. 1997. The Colmination and Collapse of The Breeton Woods
Sistem, 1959-1971 (1973), Iceland: Akrafjall.
Kemmerer, Edwin Walter. 1944. Gold and the Gold Standard: The Story of Gold
Money Past, Present, and Future. 1st ed. New York: McGraw-Hill.
Lorwin, Lewis L. 1941. Economic Consequences of the Second World War. New York:
Random House.
Mansor Jusoh & Hamzaid Yahya. 1990. Ekonomi Kewangan Antarabangsa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marcello de Cecco. 1974. Money and Empire: The International Gold Standard, 18901914. London: Basil Blackwell
Maria Cristina Marcuzzo & Annalisa Rosseli. 1986. Ricardo and The Gold Srandard,
Joan Hall (translate), London:Macmillan Academic and Professional Ltd
Mark Duckenfield. 2004. The monetary history of gold: A documentary history, 16601999, London: Pickering & Chatto
Marquard, Steven. 1994. The Distortion Theory of Macroeconomic Forecasting: A
Guide for Economists and Investors. Westport, CT: Quorum Books.
Michael David Bordo. 1981. The Classical Gold Standard : Some Lessons From Today,
in Federal Reserve Bank of St. Louis, Edition May 1981
Michael Jefferson et.al. 1977. A platform book: Inflation. London: John Calder
(Publishers) Ltd
Miltiades Chacholiades. 1973. The Pure Theory of International Trade, London;
Chicago; Macmillan: Aldine Publication Co, h. 28
Peter L. Bernstein. 1968. Money, Banking And Gold, cet. 2, New York: Random House
Roy W. Jastram. 1997. The Golden Constant; The English and American Experience
1560-1976, Barkeley: University of California.
Schelling, Thomas C. 1958. International Economics. Boston: Allyn and Bacon.
Wan Mansor Wan Mahmmod. 1983. Urusniaga Pertukaran Mata wang Asing, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Yap Chan Ling. 1979. Teori-teori Inflasi, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Wikipedia; www.wikipedia.org/wiki/Inflasi , 5 Ogos 2009
Wikipedia; http://ms.wikipedia.org/wiki/Richard_Nixon, 4 Ogos 2009
www.InflationData.com, 05 Ogos 2008
www.kitco.com, 05 Ogos 2008
www.measuringworth.com 05 Ogos 2009.

390

You might also like