You are on page 1of 6

WATAK WATAK :

Ashanti
Ana
Susan
Sham (Pengawas sekolah)
Cikgu Alex

BABAK 1 DI TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH


Pagi itu, Ashanti terlewat ke sekolah akibat terbangun lambat. Dia keletihan kerAna
mengikuti rakan-rakannya ke Konsert Akademi Fantasia malam tadi. Sewaktu tiba
disekolah, perhimpunan telah bermula. Pelajar lain sedang berdiri tegak menyanyikan
lagu negaraku.
Ashanti

Alamak, semua sedang menyanyi lagu Negaraku lah. Cikgu dah terjeling-jeling
pada aku pulak tu. Ah, jalan saja lah masuk dalam barisan.

Masuk sahaja ke dalam barisan, Ashanti menguis-nguis rakannya dan tergelak-gelak.


-------Selepas habis lagu negaraku....------Cikgu
Ashanti dari tingkatan 4C sila ke depan dan nyanyikan lagu Negaraku.
Alex
Perhimpunan pun tamat, Ashanti dipanggil oleh guru disiplin, Cikgu Alex, untuk berjumpa
dengannya di bilik guru.
Ashanti

Errr.... Kenapa cikgu nak jumpa dengan saya ?

Cikgu
Alex
Ashanti

Ashanti, awak tahu tak apa kesalahan yang awak buat tadi ?

Cikgu
Alex

Saya tahu awak memang lewat ke sekolah, tapi awak kena tahu kenapa saya
suruh awak menyanyi lagu negaraku tadi. Sudah lah awak lewat, sewaktu
kawan yang lain menyanyikan lagu Negaraku, awak tak berhenti berjalan pun
sebagai tanda awak hormati lagu tu ? Awak selamba sahaja masuk barisan.
Siap tergelak-gelak dengan kawan sebelah, bukan awak menyanyi pun.
Mengganggu kawan adalah. Jadi sebab itu saya denda awak tadi. Saya taknak
awak buat lagi faham ?

Ashanti

Faham cikgu, kalau tak ada apa-apa lagi saya masuk ke kelas dulu ya.

Tahu, saya dah datang lewat ke sekolah.

Cikgu
Ok, baiklah..
Alex
BABAK 2 DI KANTIN SEKOLAH
Loceng menandakan waktu sekolah tamat pun berbunyi, Ashanti dilihat sedang
termenung kesedihan. Dia ingin mencari ketenangan sementara menuggu ayahnya
datang mengambilnya pulang. Ayahnya sibuk dan mungkin lewat menjemputnya. Tibatiba, dia didatangi oleh Ana dan Susan.
Susan

Asha ! Awak buat apa tu ? Tak balik lagi ?

Ana

Asha termenung di sini seorang diri, teringatkan boyfriend lah tu. Saya dengar
awak ke Konsert Akademi Fantasia malam tadi. Dengan boyfriend ke ?
(Ketawa).

Ashanti

Bukanlah Susan.. Ana.. Saya tengah susah hati ni, bukan sebab saya

teringatkan boyfriend. Lagipun, saya ni mAna lah ada sesiapa sukakan saya.
Dah la hitam. Manis pun tak ada.
Ana

Habis tu, kalau awak takde boyfriend, Raju si gigi jongang tu siapa? Sampai
hati awak permainkan hati Raju! Dia beria-ia mintak tolong saya kenalkan dia
pada awak tau!

Susan

Ha ?? Raju budak nerd gigi jongang tu ??? Awak biar betul Ana ! (Ana dan
Susan ketawa besar)

Ashanti

Sudahlah Ana ! Susan ! Janganlah main-main ! Saya betul-betul susah hati ni.

Ana

Woo ! Sabar Asha ! Bertenang. Kami cuma bergurau je laaa.

Susan

Apa sebenarnya yang awak tengah susah hati sekarang ni? Cuba beritahu
kami.

Ashanti

Pasal pagi tadi. Kejadian semasa perhimpunan. Awak berdua tak ingat ke?

Ana &
Susan

Masa perhimpunan ??

Ashanti

Kan pagi tadi sewaktu perhimpunan saya didenda untuk menyanyikan Lagu
Negaraku seorang diri di hadapan semua pelajar-pelajar yang lain.

Ana

Ohh.. Eh? Itu denda ke? Saya sangka awak nak uji vokal untuk masuk AF
musim depan...

Ashanti

Ana !

Ana

Ok. Sorry. Serius .. Serius .. Jadi apa yang awak susah hati? Benda dah berlaku
kan relax lah. Lupakan saja.

Ashanti

Saya takut cikgu akan laporkan kejadian ini pada ibubapa saya. Sudahlah
cikgu tu kawan baik dengan bapa saya. Pasti saya akan dimarahi. Bukan itu
saja, kawan-kawan yang lain pun sudah mula mentertawakan saya mengenai
kejadian tersebut. Mereka kata surara saya macam katak panggil hujan. Saya
malu sangat.

Susan

Siapa yang mendenda awak tadi sebenarnya ?

Ashanti

Cikgu Alex

Ana

Ahhh! Cikgu Alex lagi! Geramnya! Terus saya teringat tempoh hari kami
berdua pun didenda olehnya, tahu?

Susan

Apa yang awak buat tadi Asha, sehingga awak didenda?

Ashanti

Saya tak berhenti berjalan semasa terdengar lagu Negaraku. Lepas tu saya
masih boleh tergelak-gelak dengan awak semasa orang lain sedang menyanyi.

Ana

Tengok. Benda kecil macam tu pun sampai awak dimalukan. Cikgu Alex
memang tak patut! Dah lah kami masih lagi berdendam dengan dia mengenai
kejadian tempoh hari.

Ashanti

Apa pulak kesalahan awak tempoh hari ?

Ana

Kami gantung bendera Malaysia terbalik di tiang bendera semasa waktu rehat.

Susan

Lepas tu
kami kena denda berdiri di tengah padang sampailah waktu rehat tamat.
Tapi, bila diingatkan semula. Memang kelakar. Kami tak perasan pun bendera
tu terbalik. Tahu tahu sudah kena denda. (Ketawa)

Waktu ini, kebetulan Sham lalu di kawasan itu. Sham kemudiannya mencuri dengar
perbualan mereka bertiga.
Ana

Asha! Susan! Kita mesti buat sesuatu untuk kenakan balik Cikgu Alex. Biar dia
malu macam apa yang kita rasa.

Susan

Setuju !

Ashanti

Apa yang awak nak buat Ana ?

Ana

Apa kata kita letak sos atas kerusi Cikgu Alex, bila dia terduduk atas sos tu
saya akan rakam dan upload dalam Youtube. Siap lah Cikgu Alex . Rasakan !

Ashanti

Lepas tu saya akan share video tu dalam group sekolah kita di Facebook ! Biar
Cikgu Tan lihat. Cikgu Alex kan sukakan Cikgu Tan. Tak dapat saya bayangkan
reaksi Cikgu Alex bila lihat video dia tu ! Hahaha .

Susan

Asha ! Idea yang bijak !

Ana

Oh Asha ! Awak lah yang paling kejam antara kita bertiga sayangku !!!

Susan

Ana ! Kalau ya pun bercakap , jangan lah sampai tersembur air liur tu !

Ashanti

Nanti! Nanti! Nanti! Tapi saya tak nak terlibat dengan rancangan awak berdua
ni.

Susan

Lah.. Kenapa pula. Tadi dia yang bersemangat kenakan Cikgu Alex ?

Ashanti

Eh saya takutlah. MAna tahu kalau terkantoi ?

Ana

Nak takutkan apa pulak Asha ? Pengecut betullah awak ni !

Susan

Yelah. Awak dah lupa ke apa yang Cikgu Alex dah buat pada awak ?

Ana

Dia dah malukan awak Asha. Awak mesti balas balik perbuatan Cikgu Alex
dengan kami. Lusa, masa Cikgu Alex masuk ke kelas kita, kita akan jalankan
misi kita ni !

Susan

Yes ! Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh ! Jom lah balik. Dah lambat ni.
Nanti mak saya membebel pulak.

BABAK 3 DI KANTIN
Mereka pun pulang. Keesokan harinya, sewaktu rehat, Sham yang semalamnya
terdengar rancangan mereka bertiga pergi mendekati Susan, Ana dan Ashanti.
Sham

Saya dah terdengar perbualan kamu bertiga semalam. Minta maaf kalau saya
masuk campur. Tetapi Asha, Ana, Susan... Pada pendapat saya, eloklah kamu
bertiga batalkan niat kamu tu.

Ana

Sham, awak pengawas sekolah. Awak tak pernah kena denda macam yang
kami kena.
Senanglah awak cakap.

Susan

Saya rasa baik kamu jangan masuk campur hal kami, Sham.

Sham

Saya menasihati kamu sebagai sahabat. Saya tak nak lihat kamu bertiga
didenda lagi disebabkan perkara ini. Lagipun, kamu semua didenda sebelum
ini disebabkan kesilapan kamu sendiri.

Ana

Gantung bendera terbalik pun kena denda ke ? Bukan menyakitkan sesiapa


pun .

Sham

Memanglah bagi kamu perbuatan kamu tu cuma perkara remeh Tapi kamu
tidak tahu yang sebenarnya kamu telah melanggar satu prinsip dalam Rukun
Negara kita.

Ana

Kenapa pulak melanggar prinsip Rukun Negara ?

Sham

KesopAnan dan kesusilaan. Prinsip kelima dalam Rukun Negara. Maksudnya,


kita mesti hormati negara ni dan apa saja yang berkaitan dengan
perlembagaan. Bendera Malaysia lambang negara kita. Bila kamu menterbalik
bendera Malaysia seolah-olah kamu tidak menghormati negara ni.

Ashanti

Saya rasa betul kata Sham tu.

Susan

Eh, Asha! Kamu lupa ke siapa yang tergelak-gelak semasa menyanyikan Lagu
Negaraku tadi?

Ashanti

Maaflah Saya sedar kesalahan saya. Sebab itulah saya rasa kita tak patut
teruskan rancangan kita untuk kenakan Cikgu Alex.

Ana

Eleh ! Cakap sajalah yang sebenarnya awak tu memang pengecut !

Ashanti

Janganlah cakap macam tu Ana. Sebenarnya, saya takut saya berdosa pada
Cikgu Alex nanti. Saya juga akan berdosa pada tuhan kalau Cikgu Alex tak
maafkan saya.

Sham

Exactly Asha ! Kepercayaan kepada tuhan. Prinsip pertama Rukun Negara. Ya


Saya rasa awak memang kena ikut prinsip Rukun Negara yang pertama itu
Asha. Sebagai panduan agar awak tak teruskan perbuatan yang salah.

Ana

Baiklah, Sham. Saya akui apa yang awak cakap tu ada betulnya. Tapi saya
tetap rasa Cikgu Alex tak patut mendenda kami semua di khalayak ramai.
Malu tahu tak? Sudahlah saya ni ketua pasukan sorak sekolah yang cantik,
menawan, dan diminati ramai. Habis lari koleksi boyfriend-boyfriend saya !

Susan

Cisss perasan ! Tapi, kami akan teruskan juga rancangan kami!

Tiba-tiba, Cikgu Alex lalu dan berhenti di hadapan mereka semua.


Susan

Cikgu Alex datang! Habislah! Nanti Sham laporkan rancangan kita pada dia.
(Susan berbisik pada Ana).

Cikgu
Alex

Hai semua! Apa yang kamu semua bincangkan di sini? Complicated sangat
nampaknya. Susan, berbisik-bisik nampak? Ada rancangan menarik ke?

Sham

Salam sejahtera Cikgu! Tiada apa-apa. Kami berborak saja di sini.


(Ana, Susan dan Ashanti mengurut dada. Lega Sham tidak membocorkan
rancangan mereka)

Cikgu

Berborak pasal apa? Pasal rancangan nak kenakan saya?

Alex
Semua
Cikgu
Alex
Ashanti

Eh! Tak lah cikgu mAna ada! Bergurau pula cikgu ni. Tak adalah!
Saya gurau je. Kenapa macam takut ni ?
Err.. cikgu...

Cikgu
Alex

Ya, Ashanti. Ada apa-apa ke yang kamu nak beritahu saya? (Ana dan Susan
sudah mula menggelabah).

Ashanti

Saya cuma nak minta maaf kepada cikgu sebab berjalan dan tergelak-gelak
dengan rakan semasa Lagu Negaraku dinyanyikan.

Cikgu
Alex

Ohhh berkenaan hal pagi semalam? Tak mengapa. Saya dah maafkan kamu
pun Ashanti.

Ashanti

Terima kasih cikgu...

Cikgu
Alex

Sebenarnya, saya pun nak minta maaf kepada kamu bertiga. Ashanti, Ana,
Susan, kerAna telah mendenda kamu semua. MAnalah tahu perbuatan saya
telah menyebabkan kamu berasa tidak puas hati.

Ashanti

Tak apa cikgu...

Cikgu
Alex

Saya mendenda kamu atas tujuan mendidik agar kamu sedar bahawa
perbuatan kamu itu salah dan tidak menghormati prinsip Rukun Negara kita.
Perbuatan seperti memain-mainkan bendera Malaysia dan tidak menghormati
Lagu Kebangsaan adalah satu kesalahan yang serius, tahu? Kamu masih ingat
lagi prinsip Rukun Negara kita yang kedua?

Sham

Kesetiaan kepada Raja dan Negara !

Cikgu
Alex
Ashanti

Yang ketiga ?

Cikgu
Alex
Ana &
Susan
Cikgu
Alex

Yang keempat , Ana ? Susan ?

Sham

Jalur Gemilang !

Cikgu
Alex
Ashanti

... dan juga lagu kebangsaan kita.

Ana

Maafkan kami cikgu. Kami sedar kesilapan kami.

Susan

Ya cikgu. Kami tak sedar yang perkara sekecil tu sebenarnya telah melanggar
prinsip Rukun Negara kita.

Ashanti

Kami janji cikgu, kami tak akan ulang kesilapan yang sama.

Sham

Terima kasih cikgu, apa yang cikgu cakapkan tadi buatkan semangat patriotik

Keluhuran perlembagaan !

Errr ... Kedaulatan undang-undang ??


Ya, betul! Ketiga-tiga prinsip Rukun Negara ini menyarankan kepada kita
bahawa kita haruslah menghormati perkara-perkara yang melambangkan
negara kita seperti bendera kebangsaan..

Negaraku !

saya semakin membara.


Cikgu
Alex

Baguslah kalau macam tu. Cuaca pAnas pun semakin membara juga ni,
macam semangat awak tu. Apa kata saya belanja awak semua pergi minum
selepas waktu sekolah nanti.

Susan

Yeay ! Starbucks kan cikgu ?

Cikgu
Alex

Eh kata semangat patriotik tadi.. Tak Minuman kegemaran Malaysia saja Teh
Tarik Mamak !

Ana

Teh tarik pun teh tarik lah cikgu .

Semua ketawa dan bergerak masuk ke kelas semula memandangkan waktu rehat hampir
tamat

You might also like