You are on page 1of 9

PROFIL DIRI

NAMA :

NO KAD

PENGENALAN:
KALAI AMUTHAN A/L ELANGON

921113085423

No. MATRIK :
CI140077
FAKULTI:
FSKTM
NO.TEL :
014-3497075 013-4134713(rakan baik)
EMAIL:
kalaiamuthan92@gmail.com
ALAMAT SEMASA:

ALAMAT ASAL:

NO 2 JLN KLUANG

NO15, LINTASAN DESA

JAYA 6,
PRT JELETONG, PRT RAJA

TAMAN KINTA JAYA,

BATU PAHAT, JOHOR

IPOH,PERAK
IDOLA :
MAHATMA GANDHI
MOTTO:
Berpikirlah luas!

1.0 PENGENALAN
Tahap yang selalu diberi penekanan ialah Perkembangan selepas Perang Dunia kedua dengan
memisahkannya daripada perkembangan yang berlaku sebelum menletus perang. Dengan fokus yang
diberikan, gambaran yang wujud seolah-olah seperti kesedaran telah berlaku secara mendadak dan
dalam tempoh yang sikat orang melayu telah mengalami perubahan sikap dan timbulnya semangat
kebangsaan yang tidak dapat dibendung lagi yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Tanah
Melayu pada tahun 1957.
Idea kemajuan merupakan permikiran yang menjadi teras perjuangan mereka yang dikenali sebagai
kumpulan reformis atau kumpulan islah. Idea ini diperjuangkan oleh tokoh-tokoh seperti Shaykh
Tahir Jalaluddin, Sayyid Shaykh al Hadi dan lain-lain yang kesemuanya terpengaruh dengan
perkembangan di Timur Tengah.
Sayyid Shaykh al- Hadi dianggap sebagai tokoh yang paling terkehadapan dalam membawa idea
kemajuan dalam masyarakat melayu, penglibatan beliau dalam usaha menyebarkan idea ini
merangkumi perjuangan menggunakan surat khabar, menubuhkan madrasah, menerbitkan novel dan
sebagainya.
Sayyid Shaykh al- Hadi merupakan anak kempat daripada tujuh adik-beradik, dan telah dilahirkan di
Kampung Hulu, Melaka pada petang selasa 25 rejab 1284. Bapanya, iaitu Sayyid Ahmad bin Hassan.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan dibawa merantau oleh bapanya.
Sayyid Shaykh al- Hadi telah dihantar ke Kuala terangganu bagi mempelajari pelajaran agama dan
bahasa arab. Beliau turut memperdalam ilmu agama ketika berada di Kota Suci. Walaupun beliau
tidak mendapat pendidikan formal, namun pergaulan dan pengembaraan yang dilaluinya menjadikan
beliau seorang yang luas pengetahuan serta berkemampuan berpidato dan mengarang dengan baik.
Sepanjang hayatnya, Sayyid Shaykh al- Hadi dan rakan-rakan telah berjuang menyebarkan idea
kemajuan dalam masyarakat melayu dengan gigih tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Disebabkan
ketiadaan saluran rasmi bagi menyampaikan permikiran dan halangan dari negeri-negeri selat yang
mempunyai sultan, Singapura dan Pulau Pinang telah menjadi pengakalan mereka untuk menjalankan
kegiatan.
Sayyid Shaykh al- Hadi juga menterbitkan buku dan novel bagi menyampaikan mesejnya supaya
masyarakat Melayu berfikiran progresif untuk mencapai kemajuan sebagaimana bangsa-bangsa yang
maju.

2.0 REFLEKSI PERMIKIRAN


Pada pendapat saya tentang idea kemajuan yang disebarkan oleh Sayyid Shaykh al- Hadi adalah satu
usaha yang amat bagus untuk memajukan bangsa melayu seperti bangsa-bangsa lain. Salah satu
kaedah yang beliau telah mengunakan ialah menyebarkan idea kemajuan dalam masyarakat di
singapura dengan penerbitan akhbar Al-Imam yang diterbitkan pada 23 julai 1906 dalam tulisan jawi,
Tujuan penerbitan akhbar Al-imam ialah untuk mendukung cendekiawan dan usahawan melayu yang
ingin memperjuang dan menyebarkan idea kemajuan dalam masyarakat yang jauh ketinggalan.
Tindakan beliau bukan sahaja dianggap sebagai usaha menyebarkan idea kemajuan dalam Masyarakat
Melayu malah akhbar Al-imam merupakan akhbar melayu pertama yang mengandungi permikiran
yang menyeru kepada perubahan sosial dalam masyarakat. Walaupun Al-imam membawa perubahan
kepada masyarakat, namun beliau juga telah mendedahkan perkembangan politik yang berlaku
kepada masyarakat.
Beliau dan rakan-rakannya diberikan gelaran sebagai Kaum Muda, kerana mereke telah
memperjuangkan idea kemajuan dalam Masyarakat Melayu. Kaum Muda menghadapi pelbagai
halangan daripada kaum Tua kumpulan yang lebih awal mendapat kedudukan bersama-sama dengan
pentadbiran agama di negeri-negeri melayu dengan sokongan pentadbiran Inggeris apabila diperlukan.
Sayyid Shaykh al- Hadi telah mengambil langkah yang bijak iaitu menyebarkan permikiran kemajuan
dengan mengunakan media persuratkhabaran demi mengubah social dalam masyarakat melayu.
Usaha Sayyid Shaykh al- Hadi dan rakan-rakan seperjuangan dengannya menyebarkan idea ini
dengan menerbitkan Al-imam merupakan episod penting dalam perkembangan kesedaran sosiopolitik
orang melayu ketika masyarakat tersebut berada dalam keadaan yang mundur dan terkebelakang
dalam segenap segi.
Pada permikiran saya, Sayyid Shaykh al- Hadi adalah seorang yang luas berpengetahuan kerana
telah menyebarkan idea progresif bagi memajukan masyarakat melayu melalui Pendidikan Madrasah.
Sayyid Shaykh al- Hadi merupakan antara mereka yang memainkan peranan penting mempelopori
penubuhan pendidikan madrasah di Tanah Melayu. Beliau telah mengunakan pengalaman beliau di
mesir

dan melantik seorang Arab Mesir untuk menjadi mudirnya yang pertama. Beliau telah

mewujudkan institusi pengajian yang mengamalkan moden, di madrasah ini mata pelajaran yang
diajar termasuklah geografi, matematik, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris. Penubuhan Madrasah
ini adalah satu pegerakan yang bijak untuk memberikan pendidikan agama secara moden kepada
orang melayu bagi melahirkan masyarakat yang bermaju.
Beliau juga adalah seorang tokoh yang berkemimpinan dan usaha beliau menjadikan pendidikan
madrasah sebagai saluran yang berkesan menyebarkan idea kemajuan kepada orang Melayu yang
3

paling menonjol terbukti ketika beliau menerajui Madrasah al-Mashhor di Pulau Pinang yang
ditubuhkan mengunakan dermawan keturunan Arab yang pada mulanya dikenal sebagai Sekolah AlQuran. Di bawah kepimpinan Sayyid Shaykh al- Hadi , Madrasah al-Mashhor bejaya menjadi sebuah
pusat pengajian Islam yang amat berkembang maju dan menjadi tapak semaian untuk melahirkan
anak-anak orang Melayu yang ditanamkan dengan kesedaran untuk mencapai kemajuan.
Sayyid Shaykh al- Hadi juga adalah seorang tokoh yang berbakat dalam penulisan dan beliau
berusaha menggunakan saluran ini untuk menyebarkan idea kemajuan. Tulisan-tulisan beliau yang
memberikan penekanan kepada pemikiran ini sering dipaparkan dalam bentuk sokongan yang
diberikan ke atas kemajuan yang dicapai oleh umat islam di tempat-tempat lain.Tujuanya supaya
orang melayu mengambil iktibar dan mencontohinya.
Beliau juga telah usaha menyebarkan idea kemajuan bagi merubah permikiran masyarakat Melayu
melalui penulisan Novel. Novel pertama Sayyid Shaykh al- Hadi ialah bertujuan menyampaikan idea
sebuah novel cinta berjudul Hikayat Setia Asyik kepada Masyuknya atau Hikayat Faridah Hanum
yang dipengaruhi novel Mesir yang mempunyai plot dan watak yang berpaksi dunia reality dan cuba
memaparkan kehidupan mesir secara realistic dengan tidak mengambil tema barat. Dalam cetakan
kedua novel tersebut Sayyid Shaykh al- Hadi memasukan dalam edisinya beberapa gambar seperti
Faridah Hanum yang bergoda, gambar Shafik bertemu Faridah Hanum, Shafik bercium Faridah dan
gambar mereka dengan berhubungan intim walaupun penyiaran gambar-gambar ini jelas sekali
bertentangan dengan norma-norma Melayu dan islam, namun bagi Sayyid Shaykh al- Hadi penyiaran
adalah bagi memaparkan lambang kemajuan yang oleh wanita yang sudah mengalami emansipasi.

3.0 REFLEKSI PERASAAN


Pada pendapat saya, Perasaan yang dapat diterapkan dalam diri saya dari petikan tersebut ialah
perasaan cinta kepada kemajuan Negara. Kemajuan sesebuah negara adalah bergantung pada
masyarakat Negara tersebut. Pendidikan ialah satu saluran yang amat penting bagi setiap rakyat dan
harus dipelajari dari usia muda bagi mencapai kemajuan dalam Negara tersebut. Sebagai contoh
Sayyid Shaykh al- Hadi yang telah menubuhkan Madrasah untuk memberikan pendidikan moden,
pendidikan agama secara moden kepada orang melayu bagi melahirkan masyarakat yang maju.
Salah satu sifat yang harus ada di dalam diri setiap masyarakat adalah tidak berputus asa. Setiap
masyarakat harus mempelajari cara mengatasi sesuatu masalah daripada berputus asa. Sebagai contoh
Sayyid Shaykh al- Hadi yang mengalami pelbagai halangan daripada undang-undang dan oleh
beberapa negeri Melayu yang cuba menyekat penerbitan akhbar Sayyid Shaykh al- Hadi.
Pada pendapat saya, setiap masyarakat harus memgambil Negara maju sebagai contoh teladan.
Mengambil contoh kemajuan sesebuah Negara akan mengubah pemikiran masyarakat dan rakyat akan
bermula berifikiran positif untuk menghadapi masalah. Sebagai contoh Sayyid Shaykh al- Hadi yang
telah menubuhkan Madrasah di Tanah Melayu sama seperti di Mesir untuk memberikan pendidikan
agama moden kepada semua masyarakat untuk melahirkan sebuah masyarakat yang maju.
Di samping itu, setiap masyarakat harus berani dengan setiap tindakan baik yang diambil. Setiap
tindakan yang membawa kebaikan akan diberi halangan oleh sekalagan pihak yang tidak suka melihat
kemajuan. Sebagai contoh, Sayyid Shaykh al- Hadi dan rakan-rakan perjuangan yang degelar sebagai
Kaum Muda yang sering bernada sinis yang ingin mengembalikan umat islam ke jalan yang benar
telah dibantah oleh Kaum Tua yang dikenal sebagai kumpulan yang berfikiran konservatif.
Sifat berorganisasi dan seorang yang berwibawa serta berdedikasi akan mewujudkan sebuah
masyarkat yang maju. Contohnya seperti Sayyid Shaykh al- Hadi , beliau adalah seorang yang
berwibawa serta berdedikasi untuk meneruskan perjuangannya, menyebabkan gerakan kesedaran
dalam masyarakat Melayu selepas Perang Dunia kedua dan menyeru masyarkat Melayu melakukan
islah bagi membolehkan mereka menjadi bangsa yang maju seperi bangsa yang lain.

4.0 REFLEKSI PENGALAMAN


Dari segi pengalaman, Saya telah berkongsi sebanyak ilmu yang saya mempelajari dengan rakyat
kampung Mersing sewaktu lawatan ke kampong tersebut melalui aktiviti kokorikulum. Saya telah
berkongsi ilmu saya serba sedikit dengan warga kampung tersebut tentang kegunaan barang-barang
digital. Perkongsiaan ilmu tersebut telah memberi banyak manfaat kepada warga kampung tersebut
dari segi pengunaan barang digital. Sebagai contoh Sayyid Shaykh al- Hadi, beliau telah berkongsi
tentang cara pendidikan di Mesir, sewaktu beliau berada di Kota Suci dan telah membina dan
menubuhkan madrasah sama seperti Mesir di Tanah Melayu. Sayyid Shaykh al- Hadi juga telah
berkongsi pendidikan beliau dengan rakan perjuangannya.
Sewaktu lawatan ke kampong Mersing kami juga telah menghadiahkan sebuah komputer kepada
warga kampong tersebut bagi menimba ilmu. Ia dapat membantu kanak-kanak di kampong tersebut
merasai dan mengetahui cara mengunakan computer sebagai contoh Sayyid Shaykh al- Hadi yang
telah menyebarkan idea kemajuan memlalui persuratkhabaran usaha yang dilakukan ini merupakan
penyemaian benih kesedaran yang berkesan.

5.0 KESIMPULAN
Idea Kemajuan adalah satu aspek penting untuk membina Negara yang maju dari segi ekonomi dan
pendidikan. Usaha penyeberan idea kemajuan dalam masyarakat Melayu oleh Sayyid Shaykh al- Hadi
dan rakan-rakanya telah meninggalkan pelbagai kesan kepada masyarakat Melayu. Walaupun usaha
Sayyid Shaykh al- Hadi telah mendapat pelbagai halangan namun beliau tidak berputus asa dan terus
menyebarkan idea kemajuan menggunakan cara-cara lain seperti menggunakan surat khabar, novelnovel yang berunsur kemajuan. Penubuhan Madrasah ini adalah satu pegerakan yang bijak untuk
memberikan pendidikan agama secara moden kepada orang melayu bagi melahirkan masyarakat yang
bermaju. Sayyid Shaykh al- Hadi juga adalah seorang tokoh yang berbakat dalam penulisan dan
beliau berusaha menggunakan saluran ini untuk menyebarkan idea kemajuan. Tulisan-tulisan beliau
yang memberikan penekanan kepada pemikiran ini sering dipaparkan dalam bentuk sokongan yang
diberikan ke atas kemajuan yang dicapai oleh umat islam di tempat-tempat lain.Tujuanya supaya
orang melayu mengambil iktibar dan mencontohinya. Ketiadaan organisasi dan tokoh yang
berwibawa serta dedikasi seperti Sayyid Shaykh al- Hadi dan lain-lain untuk meneruskan
perjuangannya, menyebabkan gerakan kesedaran dalam masyarakat melayu selepas Perang Dunia
Kedua digerakkan serta dijuarai oleh kumpulan lain. Walau bagaimanapun, dalam sejarah
perkembangan gerakan kesedaran masyarakat melayu usaha yang dipelopori dan sumbangan
golongan yang memperjuangkan idea kemajuan ini amat bermakna.

6.0 RUJUKAN
BUKU
Mohammad Redzuan Othman. (2006) Idea Kemajuan Dalam Pemikiran Dan Perjuangan Sayyid
Shaykh Al-Hadi dalam buku Sejarah Pembinaan Negara dan Bangsa. (hlm 125-140)
Rahim b.Osman, Madrasah Masyhur al-Islamiyah, dalam Khoo Kay Kim, et al.islam di Malaysia,
Kuala Lumpur:Persatuan Sejarah Malaysia 1980, hlm 7-85
Sidek Bin Haji Fadzil, Ash-Shaykh Muhammad Abduh Satu Tinjuan Kritis Terhadap Permikiran
dan Rumusan Mengenai Pengaruhnya Dalam Masyarakat Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia,
1978, hlm 398-401.
Bakar Hamzah, Al-imam and Politics, Sarjana , 1982, hlm 131-143.
Abdullah Haji Jaafar, Al-Imam, dalam Sejarah Masyarakat Melayu Moden Kuala Lumpur 1984,
hlm 85.

7.0 LAMPIRAN

You might also like