You are on page 1of 1

SOALAN 3

Kes kemalangan jalan raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini terutamanya
pada musim perayaan walaupun pelbagai kempen diadakan.Terdapat banyak punca yang
menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya setiap tahun di negara kita.

Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai
lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu.Setiap
pemandu harus mempunyai lesen kenderaan sah kerana sebelum seseorang itu memperoleh
lesen,mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul.

Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian
pemandu itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk.Mereka
yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa
memandu.

Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar
kemalangan perlu dilakukan seperti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti
dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya.Tamsilnya,pesalah
laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam
bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan
lagi.Seterusnya mengakibatkan kemalangan.

Disamping itu,kerajaan mesti memperketatkan tahap kelulusan ujian memandu.Oleh


sebab itu,lesen memandu tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah.Sebagai
contoh,kerajaan boleh menambah masa latihan ujian memandu untuk seseorang itu boleh
memiliki lesen yang sah. Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan
raya yang terus berlaku.

Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap
orang. Bak kata pepatah, “pandu cermat jiwa selamat”. Pengguna-pengguna jalan raya
mestilah mengimplementasikan kewajipan masing-masing disamping usaha gigih kerajaan.
Dengan ini, barulah keselamatan setiap pengguna dapat dijamin dan kadar kemalangan dapat
dikurangkan.

280patah perkataan

You might also like