You are on page 1of 21

http://ww1.utusan.com.

my/utusan/Pendidikan/20141006/pe_01/UPSR-bocor-Musangberbulu-ayam
Gaya Dan Teori Kepimpinan
1.1 PENGENALAN
Di jabatan-jabatan kerajaan dan jabatan swasta daya pengeluaran boleh terjejas dengan
adanya tanda masalah psikologi seperti ponteng kerja, datang lambat, melambatlambatkan kerja, lembap memberi layanan kaunter, menggunakan masa pejabat untuk
kerja-kerja peribadi, berlengah-lengah di kantin pejabat dan juga bersikap kasar dan
sombong terhadap orang ramai yang memerlukan khidmat (Aminuddin Mohd Yusuf,
1994: 1). Masalah-masalah ini menunjukkan bahawa peranan dan gaya kepimpinan
seseorang dapat mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan di dalam sesebuah
organisasi.
Kepimpinan merupakan satu proses interaksi sosial yang dialami oleh semua individu
pada hari ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa setiap orang adalah
pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang
dipimpin. Kepimpinan merupakan satu konsep yang mengandungi pelbagai maksud
yang berbeza-beza. Misalnya, Bernard Urwick berpendapat bahawa kepimpinan adalah
kualiti tingkah laku individu ketika dia memandu (mengetuai) aktiviti kumpulan untuk
mencapai objektif organisasi. Robert J. House dan Mary L. Baetz (1979), berpendapat

bahawa kepimpinan boleh berlaku dalam kumpulan yang melibatkan dua orang atau
lebih dan selalunya melibatkan pengaruh kepada ahli kumpulan dalam mancapai
sesuatu matlamat kumpulan.
3.1 DEFINISI KEPIMPINAN

Ramai diantara pengkaji mendefinisikan kepimpinan berdasarkan perspektif masingmasing serta berasaskan aspek fenomena yang paling menarik bagi mereka
(Yukl,1981). Oleh sebab itu bersesuaian dengan pendekatan teori yang akan digunakan
nanti, definisi yang disarankan oleh Fleisman (1973) dan Tannenbaum, Weshler dan
Massarik (1961) daripada tradisi kajian-kajian Ohio States yang pada akhirnya
mengembangkan teori laluan matlamat serta serta definisi Fiedler (1967) dalam teori
kontingensi sesuai di gunakan sebagai panduan.

Fleishman menyatakan:
Kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan yang diarahkan
melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau beberapa matlamat
(1973: 3).
Tannenbaum, Weschler dan Massarik (1961) juga memberi definisi yang hampir sama.
Bagi Fiedler pula, kepimpinan adalah :
......kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan dimana kuasa dan
pengaruh diagihkan secara tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah
dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas
induvidu itu(1967: 11).
Kedua-dua definisi ini boleh digolongkan ke dalam klasifikasi kepimpinan sebagai
pengenaan pengaruh seperti yang disarankan oleh Stogdill (1974, Bass, 1981) iaitu
kepimpinan mempunyai sebelas makna, antaranya ialah fokus proses kelompok,
personaliti dan kesannya, penggunaan pengaruh, tindakan atau tingkah laku, satu
bentuk pemujukan, hubungan kuasa, alat mencapai matlamat, kesan interaksi yang
muncul, peranan terbeza dan pendayautamaan struktur.

Beberapa perkara yang boleh dimiliki oleh kepimpinan ialah dengan berasaskan definisidefinisi ini. Pertama, kepimpinan mengandungi andaian bahawa ia adalah fenomena
kelompok. Kedua, kepimpinan melibatkan hubungan antara perseorangan. Ketiga,
dalam kepimpinan seseorang atau beberapa orang lain dalam kelompok itu. Akhir sekali,
tindakan mempengaruhi ini diarah kepada usaha mencapai matlamat yang dimiliki
(common) oleh anggota-anggota kelompok. Sungguhpun Fiedler (1967) tidak menyebut
cara arahan itu dilakukan seperti yang disarankan oleh Fleishman (!973) tetapi
hubungannya mengarah dan mengawal itu tentulah tidak dapat dilakukan tanpa
proses komunikasi.
Sebagai satu konsep yang abstrak, kepimpinan menjadi lebih bermakna jika diberi
definisi operasi. Di dalam ini, dua aspek kepimpinan menjadi fokus iaitu tingkah laku
pemimpin dan gaya kepimpinan. Kebanyakan pengkaji (misalnya Stogdill,1974:
Bass,1981) merujuk kepada kedua-dua istilah ini secara bertukar ganti sedangkan
Fiedler (1967) mendefinisikan kedua-duanya sebagai dua konsep yang berbeza. Bagi
beliau:

......dengan tingkah laku kepimpinan kita maksudkan pada amnya tindakan-tindakan


tertentu yang dibuat oleh pemimpin dalam masa mengarah dan menyelaraskan kerjakerja anggota-anggota kelompoknya. (1967: 36)
Ini mungkin melibatkan tindakan seperti menstrukturkan hubungan kerja, memuji atau
mengkritik anggota-anggota kelompok dan menunjukkan timbang rasa kepada kebajikan
dan perasaan mereka. Gaya kepimpinan pula sebalinya didefinisikan sebagai:
..... struktur keperluan yang mendasari induvidu yang memotivasikan tingkah laku dalam
aneka situasi kepimpinan. (1967:36)
Gaya kepimpinan merujuk kepada matlamat dan keperluan dalam situasi-situasi yang
berbeza. Perbezaan ini dianggap penting oleh Fiedler (1967) kerana tingkah laku
penting untuk seseorang berubah daripada satu situasi ke situasi lain, struktur
keperluannya yang memotivasikan tigkah laku itu mungkin tidak berubah-ubah.
Pemimpin pula boleh didefinisikan sebagai suatu kuasa yang dapat mempengaruhi
orang lain iaitu kuasa yang dapat menghubungkan pemimpin (ketua) dan juga pengikut

(pekerja) untuk mendorong pekerja supaya menggunakan tenaga secara tersusun untuk
mencapai satu matlamat. Pemimpin muncul apabila ada kelompok manusia. Dalam
kelompok manusia, ketua atau pemimpin diperlukan agar segala rancangan dan
tindakan setiap anggota kelompok dapat berjalan dengan baik. Pemimpin boleh
dikatakan sebagai penyatu hasrat kelompok. Oleh itu, tidak ada kelompok yang boleh
hidup sebagai sebuah masyarakat tanpa pemimpin. Malah dalam perkembangan
kehidupan masyarakat hari ini kita tidak boleh memilih untuk hidup tanpa pemimpin, kita
memerlukan pemimpin pada semua peringkat kehidupan. Ini kerana pemimpin adalah
penanda atau pelengkap pada reka bentuk organisasi. Tanpa pemimpin juga carta
organisasi tidak akan sempurna dan organisasi tidak akan kekal lama (Robiah K.
Hamzah 2001: 18).
Pemimpin juga berfungsi sebagai penentu sempadan bidang kuasa dan tindakan antara
peringkat bawahan dengan peringkat atasan. Tanpa pemimpin hukum beradat dalam
masyarakat tidak akan wujud. Dengan cara ini sahaja sesebuah organisasi akan berjaya
mengalami perubahan. Pemimpin juga merupakan penggerak utama dalam sesebuah
organisasi. Tanpa pemimpin sesebuah organisasi tidak akan dapat bergerak lancar
kerana tiada pengawasan dan pengarahan. Kebiasaanya orang yang sanggup menjadi
pemimpin ingin mendapatkan kedudukan, kekayaan, kekuasaan dan juga ingin benarbenar mendapatkan kepuasan untuk berkhidmat pada kelompoknya. Kepuasaan ini
bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk kelompoknya (Robiah K. Hamzah 2001:
19).
4.1 CIRI-CIRI KEPIMPINAN
Bagi menjadi seorang ketua tak kira apa jua jenis kepimpinan, maka seseorang itu
memerlukan ciri-ciri kepimpinan tertentu. Sebenarnya banyak ciri-ciri kepimpinan yang
boleh dibincangkan. Oleh itu seorang ketua haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Di
bawah ini dihuraikan ciri-ciri tersebut:a) Sihat - Seorang ketua hendaklah sihat tubuh badannya dan sihat mentalnya.
Seseorang itu tidak boleh memimpin apa jua jenis kegiatan jika ia tidak sihat dan tidak
mempunyai kecergasan fizikal yang secukupnya. Mental yang sihat pula akan
membolehkan seseorang ketua itu sentiasa bertindak waras dan rasional.

b) Minat dan dedikasi minat yang mendalam di dalam bidang yang dipimpin hendaklah
wujud di dalam jiwa seorang ketua. Tanpa minat seseorang ketua tidak akan berjaya
memimpin kumpulan-kumpulannya di dalam bidang yang dipimpin. Minat yang
mendalam biasanya akan melahirkan semangat gigih, rajin bekerja atau dedikasi. Tanpa
sifat gigih dan dedikasi seseorang ketua itu tidak akan berjaya membangunkan
kumpulan tersebut.
c) Sikap sosial seorang pemimpin kegiatan luar hendaklah mempunyai sikap sosial
yang baik. Ia hendaklah mengasihi orang dipimpinnya, menerima mereka sebagai ahli
kumpulan, bertolak ansur, bertimbang rasa, adil, tidak mementingkan diri sendiri dan
selalu meluangkan masa bagi mendengar masalah ahli kumpulan.
d) Taat Setia Ketua hendaklah juga taat setia kepada kumpulan sebagai mana ia
mengharapkan kumpulannya berbuat perkara yang sama terhadapnya. Ia mesti
mementingkan kumpulannya dari kumpulan lain. Ia mesti sentiasa berdiri teguh di
belakang kumpulan. Segala susah payah dan tumbang bangun kumpulan adalah juga
adalah susah payah dan tumbang bangun ketua itu.
e) Pintar Seseorang pemimpin mestilah pintar. Orang yang pintar dapat menganalisa
sesuatu keadaan atau permasalahan yang baik serta dapat memisahkan antara perkara
yang penting dengan yang tidak. Dengan demikian beliau dapat menghasilkan
pendapat-pendapat atau rumusan yang bernas lagi berkesan. Orang yang bodoh sudah
tentu tidak layak memimpin orang lain. Perlu ditekankan bahawa orang yang pintar tidak
semestinya orang yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi. Orang yang pintar
biasanya berpandangan jauh dan cepat peka terhadap apa yang berlaku di sekitarnya.
Dengan demikian ia dapat bertindak bagi kebaikan kumpulan.
f) Daya usaha Daya usaha atau inisiatif adalah satu kualiti yang membuat seseorang
itu dapat bergerak atau bekerja tanpa menunggu arahan atau gesaan dari mana-mana
pihak. Orang yang bekerja di atas dasar seperti pahat dengan pemukul adalah tidak
sama sekali layak dijadikan ketua. Ketua yang mempunyai daya usaha akan sentiasa
melahirkan program-program aktiviti-aktiviti atas sesuatu untuk kumpulan. Tanpa aktiviti
kumpulan akan menjadi statik. Orang yang mempunyai inisiatif adalah biasanya orang
yang kreatif dan produktif.

g) Berani ciri ini membolehkan ketua supaya terus dapat memimpin kumpulan walau di
dalam apa keadaan sekali pun. Ketua yang (samada dari segi fizikal atau moral) dapat
melahirkan keputusan yang sukar dan berat. Ia berani bertanya, berani berhadapan
orang ramai, berani menegur dan sentiasa bersifat cekal di dalam kecemasan. Tetapi
perlu ditekankan bahawa berani yang dimaksudkan di sini bukanlah berani yang tidak
berasas dan membabi buta sehingga terkeluar dari batas logik dan kewarasan. Seorang
ketua yang berani membabi buta adalah lebih merbahaya.
h) Jujur Dengan bersifat jujur seorang ketua akan sentiasa berterus-terang kepada
kumpulannya. Jika ia tidak tahu mengenai sesuatu perkara ia akan mengatakan tidak
tahu. Jika ia belum melakukannya sesuatu perkara maka ia akan berkata ia belum
melakukannya. Sementara ketua yang tidak jujur atau membohongi kumpulannya
dengan beberapa alasan yang hebat. Seorang yang jujur ialah juga orang yang amanah.
Kumpulan akan sejahtera jika ketua tidak menyeleweng samada dari segi tugas moral
atau material.
i) Disiplin Ketua yang berdisiplin akan dicontohi dan dipatuhi oleh pengikutnya. Di
dalam ciri-ciri disiplin yang tinggi adalah diperlukan demi menjaga nama dan
keselamatan kumpulan. Segala arahan peraturan dan etika perlu dipatuhi sepenuhnya.
Ketua yang berdisiplin akan sentiasa mematuhi perkara-perkara tersebut dan
selanjutnya ia akan menentukan pula supaya kumpulan juga berbuat demikian. Hanya
mereka yang berdisiplin sahaja boleh mendisiplinkan orang lain. Disiplin yang
dimaksudkan disini bukan setakat mematuhi arahan dan peraturan sahaja tetapi juga
termasuk dari segi mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
j) Tegas dan fleksibel Dengan bersifat tegas seseorang ketua itu akan di yakini oleh
kumpulan. Keputusan dan arahannya akan dipatuhi tanpa keraguan dan kelewatan.
Ketua yang tegas akan disegani oleh pengikutnya. Ketegasan adalah perlu terutamanya
yang berkaitan dengan keselamatan. Seseorang yang tegas diterima adalah orang yang
berdisiplin dan berani. Seseorang ketua hendaklah pula bersifat fleksibel pada ketikaketika tertentu terutama sekali bagi tujuan keselamatan kumpulan. Sebagai contoh ia
haruslah boleh memilih cara lain apabila satu cara yang dirancangkan itu
membahayakan kumpulan.
k) Yakin Seseorang pemimpin hendaklah yakin kepada dirinya sendiri. Yakin kepada
diri sendiri ialah yakin kepada kebolehan yang ada, yakin kepada segala keputusan dan

tindakan yang telah dibuat untuk kumpulan dan apa yang lebih penting ialah yakin
kepada kepimpinan sendiri. Dengan demikian seseorang ketua dapat menjalankan
tugasnya tanpa ragu-ragu. Ketua yang ragu-ragu kepada dirinya sendiri tidak akan
mempunyai

kekuatan

dalaman

untuk

memimpin

orang

lain.

(http://www.angelfire.com/az/progscoutkedah/kepimpinan.html [29.5.07].
5.1 GAYA KEPIMPINAN
Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek
keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap pekerja. Seorang pemimpin tidak
semestinya hanya seorang Pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan
tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke
arah pencapaian matlamat juga boleh diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan
kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman, tahap
senioriti dan sebagainya (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).
Gaya kepimpinan dalam kajian Fiedler adalah hubungan peribadi apabila seseorang
mengarah, menyelaras dan menyelia orang lain dalam pelaksanaan tugas bersama.
Pemimpin mengurus kelompok dengan salah satu cara memberitahu orang apa yang
hendak dibuat dan bagaimana hendak membuatnya atau berkongsi tanggungjawab
kepimpinan dengan anggota-anggota kelompok dan melibatkan mereka dalam
perancangan pelaksanaan tugas. Fiedler tidak menafikan terdapat berbagai-bagai gaya
antara kedua-dua gaya kepimpinan ini tetapi asasnya ialah kerja-kerja memotivasi dan
menyelaraskan ahli kelompok dilakukan dengan dua gaya kepimpinan ini. Gaya ini
boleh difahami daripada cara seseorang menilai rakan sekerjanya yang paling tidak
disukainya (LTC). Pertama dipanggil LPC-rendah dan kedua LPC-tingg (Aminuddin
Mohd. Yusof 1994:14).
Gagasan teori kepimpinan ini mempunyai akarnya dalam teori hubungan antara
perseorangan. Dalam kajian asalnya yang memeriksa hubungan antara ahli terapi
dengan pelanggannya, Fiedler mendapati ahli terapi yang baik reputasinya cenderung
menghuraikan pesakitnya sebagai sama dengan dirinya. Sementara yang tidak baik
reputasinya menghuraikan pesakit tidak sama dengan dirinya. Ukuran ini, yang dipanggil
persamaan andaian (Assumed Similarity A.S.) (Aminuddin Mohd. Yusof 1994:14).
6.1 TEORI-TEORI KEPIMPINAN

Umumnya organisasi boleh dibahagikan kepada tiga model iaitu model pertama
dinamakan pendekatan klasik atau pendekatan mekanistik, kedua adalah pendekatan
neo-klasik dan ketiga adalah pendekatan sistem. Model pendekatan klasik mempunyai
ciri-ciri seperti menganggap manusia setaraf dengan mesin dan peralatan lain dalam
organisasi, mengganggap manusia sebagai sejenis makhluk ekonomi yang rasional dan
hanya berminat kepada wang, mempunyai struktur organisasi yang bersifat birokrasi
dengan hierarki yang jelas, mempunyai komunikasi sehala (dari atas ke bawah) dan
juga mempunyai pembahagian kerja yang jelas dengan penekanan pada tugas. Semua
tugas ini dirumuskan secara saintifik hingga model ini digelar sebagai pengurusan
saintifik yang mempercayai bahawa hanya terdapat satu sahaja cara bekerja yang
terbaik dan berkesan. Gaya kepimpinan ini adalah bersifat autokratik atau dipanggil juga
teori X.
Model organisasi yang kedua adalah pendekatan neo-klasik (hubungan manusia).
Model ini memberi penekanan kepada peranan pengurus pemimpin organisasi dengan
andaian bahawa manusia bukan hanya semata-mata mahkluk ekonomi, tetapi juga
mahkluk sosial yang mempunyai peranan, nilai, sentimen dan rasa setia kawan. Model
ini menekankan peranan pengurus dalam organisasi yang memberi implikasi yang
penting pada komunikasi dan gaya kepimpinan. Corak kepimpinan bersifat demokratik
dan bersikap positif terhadap pekerja. Dalam model ini komunikasi adalah bersifat dua
hala dan pekerja diberi sedikit kebebasan untuk membuat keputusan. Keadaan ini
merupakan teori Y.
Model organisasi yang ketiga ialah pendekatan sistem. Model ini memberi tumpuan
pada organisasi secara keseluruhan, secara sepadu sebagai suatu sistem terbuka yang
mempunyai dua jenis persekitaran iaitu dalaman dan juga luaran. Kedua-duanya saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu organisasi adalah satu subsistem dan
sistem yang lebih besar yang di dalamnya mengandungi subsistem yang lain pula.
Keberkesanan sesebuah organisasi dapat diukur melalui keuntungan dan produktiviti
serta kepuasan dikalangan pekerja. Namun kedua-dua faktor ini adalah bertentangan.
Produktiviti boleh dicapai tanpa kepuasan bekerja dan sering kali pula kepuasan bekerja
tercapai tanpa produktivitinya yang tinggi. Oleh sebab itu ada induvidu yang
menganjurkan supaya keberkesanan itu diukur daripada keupayaan sesebuah
organisasi mendapatkan dan menggunakan sumber dengan cekap untuk mencapai

matlamat organisasi. Kesimpulannya sesebuah organisasi dikatakan berkesan apabila


pekerjanya melakukan tugas dengan baik ( doing the right thing right) dan melakukan
tugas yang betul (doing thing right). Kedua-dua sikap dan amalan ini memerlukan
pemikiran yang strategik dan latihan yang sesuai dengan jenis kerja yang hendak
dilakukan. Andainya kedua-dua faktor ini diutamakan, sesebuah organisasi akan
berjaya.
Organisasi yang produktif dan berjaya tahu mengimbangkan keperluan fizikal dan
manusia. Namun dalam operasinya ia memberi fokus pada aspek manusia secara sedar
dan teratur oleh pemimpin organisasi. Organisasi juga perlu peka pada standard yang
tinggi yang dapat di capai, bukan sekadar berbangga dengan slogan kosong. Organisasi
yang berjaya juga memiliki ahli-ahli yang iltizam terhadap peranan dan tugas masingmasing berasaskan sikap saling percaya-mempercayai antara pihak pengurusan
dengan pekerja tanpa sebarang motif untuk menipu (dari pihak pengurusan) atau
sabotaj (daripada pihak pekerja), iltizam ini berasaskan kejujuran dan keikhlasan yang
harus dimulakan oleh pemimpin yang sentiasa memberi bimbingan kepada pekerjanya.
Organisasi yang produktif dan berjaya tidak terikat kepada model atau struktur yang
tertentu tetapi terikat pada standard, etos organisasi dan kebajikan para pekerja.

6.1.1 Teori Latar


Teori dan kajian kepimpinan sebagai satu cabang psikologi sosial mengambil begitu
banyak konsep dan model yang berasal daripada ahli-ahli falsafah Eropah, ahli-ahli
Psikologi dan ahli sisiologi. Kepimpinan kini didekati melalui empat perspektif yang
berbeza iaitu perspektif dinamik kelompok , perspektif konflik, perspektif keperluan
dipelajari dan perspektif penghakikian diri. (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).
a) Pendekatan-pendekatan teori
i. Pendekatan Tret
Usaha mendekati fenomena kepimpinan bermula dengan pendekatan tret. Terdapat
kepercayaan yang meluas pada abad ke-20 bahawa pemimpin adalah semula jadi
bukan dibentuk. Pemimpin dianggap lebih tinggi kedudukannya daripada anggotaanggota lain dalam kelompok dan diberi sifat-sifat ketuhanan. Pemimpin juga

diistilahkan sebagai orang kenamaan yang mana seseorang pemimpin itu mempunyai
sifat-sifat yang tinggi untuk orang lain mengikutinya (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).
Kajian Teori tret selalunya mengambil bentuk pembandingan sifat-sifat fizikal, intelek dan
personaliti antara pemimpin dengan pengikut. Mengikut kajian Cartwright dan Zander
menyatakan pemimpin adalah lebih besar saiz fizikalnya dan lebih cerdas daripada
anggota-anggotan lain. Pemimpin yang diterima dengan baik menunjukkan penyesuaian
yang lebih baik dalam pelbagai ujian personaliti. Manakala kajian yang berpusatkan
kemahiran pemimpin lebih cenderung kepada memberi maklumat dan lebih kerap
membuat penjelasan tentang sesuatu situasi berbanding dengan lain-lain anggota.
Kepercayaan terhadap peranan tret ini jugalah yang melahirkan pandangan tentang sifat
karisma (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).
ii Pendekatan Fungsi
Kajian-kajian ini tidak lagi cuba mencari tret-tret pemimpin tetapi cuba menjawab soalan
apakah tindakan yang dikehendaki oleh kumpulan kalau mereka ingin mencapai tugas
yang dikehendaki, dan bagaimana anggota-anggota kumpulan yang berbeza mengambil
bahagian

dalam

tindakan-tindakan

tersebut.

Kepimpinan

dianggap

sebagai

melaksanakan fungsi kumpulan. Oleh sebab itu ia mengandungi tindakan anggotaangota yang membantu menetapkan matlamat kumpulan, menggerakan kumpulan ke
arah mencapai matlamat, memperbaiki kualiti interaksi antara anggota-anggota dan
memastikan adanya sumber-sumber bagi kumpulan (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 59).
Matlamat utama pendekatan ini ialah untuk mencari ciri-ciri tingkah laku yang perlu
untuk terus hidup dan mencapai matlamat. Menurut Cartwright dan Zander, kebanyakan
objektif kumpulan boleh disimpulkan dibawah satu daripada dua perkara, pertama
pencapaian matlamat kumpulan tertentu dan kedua penyelenggaraan atau pengukuhan
kumpulan itu sendiri. Ini bermakna setiap tingkah laku dalam kumpulan mestilah dapat
menyumbang kepada pencapaian tugas dan penyelenggaraan kumpulan sungguhpun
kedua-dua peranan ini boleh dimainkan oleh mana-mana anggota dalam kumpulan
(Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 59).
iii Pendekatan Tingkah Laku
Daripada pendekatan tret juga telah melahirkan teori tingkah laku yang cuba
menerangkan fenomena kepimpinan berasaskan pola tingkah laku yang didefinisikan

sebagai tindakan atau gaya pemimpin. Banyak teori tingkah laku yang telah diuji,
kesemuanya mengandungi unsur-unsur dimiliki (gaya kepimpinan). (Aminuddin Mohd.
Yusof 1994: 60).
b) Contoh Tokoh Pemimpin Teori Latar
Tokoh yang dapat disesuaikan dengan teori ini ialah Sidharta Gautama Budha. Beliau
dilahirkan pada 563 SM di Taman Lumbini Kapilawastu, dari keturunan keluarga Shakya.
Bapanya adalah seorang Raja yang bernama Sudhadana dan ibunya bernama Maya.
Beliau tinggal di sebuah istana yang lengkap dengan segala kemewahan. Kepimpinan
yang dimilikinya bukan dibentuk, tetapi secara semulajadi. Ketika beliau di dalam
kandungan, seorang ahli nujum memberitahu bapanya bahawa anak yang akan
dilahirkan ini akan menjadi seorang pengasas agama. Mendengar berita tersebut
bapanya bimbang kerana beliau adalah satu-satunya pewaris yang bakal menduduki
takhta bagi menggantikannya kelak. Bapanya berusaha sedaya upaya untuk mengelak
beliau daripada menjadi pengasas agama dengan menyediakan segala kemewahan.
Walau bagaimanapun, semua itu tidak dapat mengubah pendiriannya.

Dalam agama yang telah diasaskan oleh beliau ini terkandung ajaran-ajaran yang
menyuruh manusia ke arah kebaikan. Sifat-sifat kepimpinan yang dimilikinya mendorong
pengikut-pengikutnya menganggap beliau sebagai Tuhan.
6.1.2 Teori Kontingensi Fiedler
Teori ini mengandaikan bahawa tidak munasabah untuk menjangkakan bahawa seorang
pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada setiap masa lebih baik daripada orang
lain. Setiap pemimpin yang mempunyai ciri yang baik akan berbeza daripada kelompok
dengan kelompok yang lain dan situasi dengan situasi yang lain (Aminuddin Mohd.
Yusof 1994: 62).
Istilah Kontingensi bermula apabila Fiedler mengemukan model Kontingensinya
berasaskan andaian bahawa jenis sikap dan tingkah laku kepimpinan yang paling
berkesan adalah bergantung kepada situasi tugas kelompok. Teori ini bermula sebagai
pendekatan tret kerana Fiedler menumpukan perhatian kepada aspek sikap pemimpin.
Fiedler pada mulanya menghipotesiskan bahawa persepsi pemimpin terhadap rakan-

rakan sekerjanya mencerminkan sikap penting yang releven dengan tugas dan ini akan
mempengaruhi interaksi dan prestasi kelompok. Untuk menarik makna psikologi
daripada penemuan-penemuan yang signifikan, Fiedler mengembangkan teorinya
menjadikan teori Kontingensi (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 63).
a) Situasi Kepimpinan
Model ini menetapkan jenis situasi tempat yang tinggi LPC-nya lebih berkesan daripada
pemimpin yang rendah LPC-nya. Hubungan antara kedua-dua hirarki motif (LPC tinggi
dan LPC rendah) ini dengan kriteria kebekersanan bergantung kepada pemboleh ubah
situasi yang kompleks iaitu hubungan pemimpin pengikut, struktur tugas dan kuasa
jawatan. Hubungan pemimpin pengikut melibatkan sejauhmana pemimpin diterima dan
disukai iaitu hormat dan taat setia anggota-anggota kepada pemimpin itu. Bagi Fiedler
ini adalah unsur terpenting dalam menentukan pengaruh pemimpin dalam kelompok
kecil. Pemimpin yang diterima dengan sepenuh hati akan membuatkan orang
bawahannya menjalankan kerja dengan lebih baik. Hubungan ini bagi Fiedler mungkin
menjadi kuat seperti hubungan bapa anak dalam proses psiko analisis Frued. Ini juga
berlaku dalam kelompok-kelompok yang anggotanya bergantung kepada kemahiran dan
kebaikan pemimpin seperti dalam kelompok bilik darjah dimana guru ada kuasa
kepakaran dalam mata pelajaran berkenaan (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 63).
Dimensi kedua dalam membentuk situasi ini ialah struktur tugas. Tugas kelompok
adalah diberi oleh organisasi yang memiliki kelompok itu untuk mencapai matlamatnya.
Bila struktur tugas tinggi maka organisasi melalui ketua kelompok boleh mengawal
sejauhmana tugas yang akan dilaksanakan. Sesiapa yang melakukan kesalahan akan
mudah dapat dilihat. Tugas seperti ini tentulah meletakkan pemimpin dalam keadaan
yang sukar berbanding dengan tugas yang boleh diprogram dengan teratur dan
terkawal. Dimensi ketiga dalam situasi kepimpinan ialah kuasa jawatan iaitu sejauhmana
jawatan itu membolehkan pemimpin membuat anggota-anggota kelompoknya mematuhi
dan menerima arahan kepimpinannya. Fiedler menyarankan ketiga-tiga dimensi ini
bergabung untuk membentuk keberuntungan situasi (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 64).
b) Contoh Pemimpin Teori Kontingensi Fiedler
Pemimpin Teori Kontingensi Fiedler ini boleh dilihat dalam kepimpinan Jemaah al-Arqam
iaitu Ustaz Asaari Muhammad yang dianggap oleh semua pengikutnya sebagai

pemimpin agung. Pengikut-pengikut al-Arqam ini terkenal dengan taat setia mereka
terhadap pemimpin sehingga mereka menerima apa sahaja ajaran tanpa menafikannya.
Sebelum ini, Jemaah al-Arqam adalah satu badan dakwah yang aktif dan gigih
menyebarkan ajaran Islam yang bercirikan ajaran tasawwuf. Hasil daripada kegigihan
jemaah ini, akhirnya mereka berjaya menarik sebahagian masyarakat Islam di
Nusantara amnya dan Malaysia khasnya untuk menyertai kumpulan mereka.
Kebanyakkan masyarakat tertarik dengan jemaah ini disebabkan oleh imej kepimpinan
yang ditunjukkan oleh Asaari. Sifat beliau yang cukup bijak dalam setiap strategi
dakwahnya, mendorongnya mengambil kira setiap aspek. Contohnya, beliau akan
memahami dahulu suasana masyarakat yang disasarka seperti budaya, agama, amalan
dan geografi. Beliau bijak meyesuaikan kumpulan yang dipimpin olehnya dengan
masyarakat dan mudah mesra. Jikalau beliau pergi kepada masyarakat Kristian di luar
negara, imej yang dibawa lebih kepada orang korporat yang datang untuk mencari rakan
perniagaan, bukan sebagai pendakwah. Ini kerana orang Kristian cukup anti-Islam.
Dalam pada masa yang sama, beliau menyelitkan dakwah secara berhemah dan kasih
sayang. Strategi-strategi ini menarik ramai masyarakat menjadi pengikutnya.
6.1.3 Teori Laluan Matlamat
Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan
sesebuah organisasi. Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang
diperkenalkan oleh Robert House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin
seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja
(http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).
Seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya dengan
perwatakan pekerja dan agenda tugas sesebuah organisasi. Dengan ini, pemimpin akan
memahami bahawa pekerja akan termotivasi sama ada dalam keadaan merasa
berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan ataupun mereka dapat
menjangkakan hasil kerja yang akan disiapkan ataupun berkepercayaan tentang aspek
penghargaan yang akan diberikan berkaitan dengan hasilnya (http://www.johordtgov.my/
%20pmbj/v2/%20index [24.5.07]).
Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk menggunakan
gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi pekerja. Pemimpin

perlu menyediakan elemen-elemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan pekerja bagi
mencapai matlamat organisasi (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).
Teori Laluan Matlamat menggariskan tentang empat gaya kepimpinan yang boleh
dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu:
a) Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)
Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelaskan kepada pekerja.
Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan menyertakan
mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut
memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga
penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik
disampaikan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal
dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan
(http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).
b) Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)
Ia merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada pekerja. Iaitu dengan
gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang pemimpin. Tingkah laku ini bertujuan
untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Di samping itu,
seorang pemimpin melayan pekerja tanpa berdasarkan mobiliti sosial dan turut
menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan
suasana mesra agar pekerja termotivasi dengan penuh rela hati bagi melaksanakan
sesuatu tugasan (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).
c) Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)
Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan penyertaan pekerja untuk
mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpin membuka ruang untuk
rundingan kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang idea serta pandangan.
Begitu juga dengan peluang untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan
berdasarkan persetujuan organisasi (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index[24.5.07]).
d) Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented Leadership)

Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk melaksanakan
tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka. Pemimpin akan sentiasa mencari
peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan. Ini melalui langkah menyatakan
keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai
matlamat bagi cabaran tersebut (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).
Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk menggunakan
hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai
gaya mengikut kesesuaian situasi. Cuma ia lebih tertumpu kepada pemberian motivasi
kepada pekerja agar mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan
sempurna (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).
e) Contoh Negeri yang Mengamalkan Laluan Matlamat
Bagi merealisasikan agenda pembangunan negeri Johor melalui program Kerajaan
Cekap, aspek kepimpinan adalah elemen yang sangat penting dalam menentukan
kejayaan sesebuah organisasi atau jabatan. Pemimpin berperanan membentuk
organisasi yang berkesan dari pelbagai sudut, terutamanya dalam memotivasikan
pekerja. Motivasi pekerja perlu diperbaharui dari semasa ke semasa agar pencapaian
tugasan dalam organisasi terus meningkat dan berkesinambungan. Kecemerlangan
dalam pembangunan negeri adalah terhasil melalui kecemerlangan modal insan dalam
setiap organisasi (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).
Setiap organisasi terutamanya jabatan-jabatan kerajaan perlu diperlengkapkan dengan
pengetahuan mengenai gaya kepimpinan. Demikian agar persekitaran kerja yang
kondusif dapat diwujudkan. Pencapaian dalam tugasan sesebuah organisasi juga akan
lebih meningkat dengan pemantauan serta keprihatinan para pemimpin yang terdapat di
dalam sesebuah organisasi (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).
Kesimpulannya, pemimpin perlu mengarah (directive) jika sesuatu tugasan yang
dihadapi adalah kompleks; sekiranya tugasan bersifat kurang mendesak, gaya
menyertai (participative) pula boleh digunakan; jika pekerja mempunyai keinginan ke
arah kecekapan berganda, gaya berorientasikan pencapaian (achievement oriented)
boleh dimanipulasikan; manakala gaya berasaskan penyertaan (participative) pula
digunakan

bagi

pekerja

yang

(http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]

memerlukan

kawalan

6.1.4 Teori sumber Kongnitif

Teori ini menyatakan bahawa kebolehan intelek pemimpin merupakan sumber utama
kepada rancangan, keputusan dan strategi yang memandu tindakan kelompok,
rancangan, keputusan dan strategi ini dikomunikasikan kepada kelompok dalam bentuk
tingkah laku yang mengarah dan akan dilaksanakan jika kelompok menyokong
pemimpin dan matlamat organisasi (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 75).

Teori sumber Kognitif membawa dua andaian dan tujuh hipotesis. Salah satu hipotesis
ini menghubungkan teori baru dengan teori asal. Hipotesis ini menyatakan bahawa
unsur kontingensi iaitu LPC dan kawalan situasi yang terbentuk daripada struktur tugas,
hubungan pemimpin pengikut dan kuasa jawatan. Ia meramalkan bukan sahaja prestasi
kepimpinan tetapi juga tingkah laku pemimpin. Tingkah laku pemimpin ini pula
menentukan bagaimana kebolehan intelek memberi sumbangan kepada tugas.
Hipotesis inilah yang memberi saranan kepada kemungkinan menggabungkan
pembolehubah-pembolehubah daripada teori asal Fiedler dengan teori laluan matlamat
(Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 75).

a) Contoh Pemimpin Teori sumber Kongnitif

Tokoh yang dapat disesuaikan dalam teori ini adalah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Di
Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilihat sebagai seorang pemimpin
berintelektual tinggi. Ini dapat dilihat apabila beliau telah mengemukakan wawasan
2020, walaupun jangka masa itu jauh lagi. Beliau hadir sewaktu Malaya diliha
memerlukan seseorang intelektual yang mampu berfungsi sebagai seorang pemikir dan
beliau sesungguhnya adalah seorang thinking politician yang lebih terserlah berbanding
dengan tokoh sezaman dengannya (Sivamurugan 2005: 32).

Edward Shils menganggap sekadar mempunyai prasarana masih belum berupaya


memastikan berubahnya daya intelektual. Tun Dr. Mahathir dilihat mengeksploitasi
suasana dan menggunakan krisis semasa untuk mengetengahkan daya intelektualnya.
Golongan intelektual lazimnya terserlah dalam suasana krisis dan krisis 13 Mei 1969
boleh dianggap sebagai sebahagian daripada modern intellectual culture kerana it
carries with it a partial transformation of the self and a changed relationship to the
authority of the dead and the living. Ciri-ciri yang telah digariskan oleh Edward ini
kebetulannya terdapat pada Tun Dr. Mahathir dari aspek pekerjaan iaitu sebagai
seorang professional, sementara menggunkan politik sebagai arena yang menyerlah
keberkesanan dan kebolehannya sebagai pemikir dan intelektual. Beliau merupakan
seorang pemikir intelektual yang meneroka alam pemikiran dan melihat sesuatu secara
radikal dalam usaha untuk membangunkan orang Melayu (ibid).

Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin yang unik berbanding dengan
kepimpinan sebelum ini. Hal ini kerana sejak beliau mengambil alih kepimpinan Negara
pada tahun 1981, rakyat mengharap perubahan memandangkan beliau merupakan
tokoh yang berwawasan, berjiwa rakyat, radikal dan dahagakan kemajuan untuk
menjadi Malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing. Keintelektualan beliau ini jelas
boleh dilihat daripada penulisan beliau sehingga kini yang telah dimuatkan dalam
akhbar-akhbar seperti The Straits Times dan The Sunday Times,The Malay Dilemma,
The Challenge, Way Forward dan A New Deal For Asia untuk mengupas idea-idea
beliau.
6.1.5 Teori Bidang Daya Penggerak
Teori ini dikemukakan oleh Kurt Lewin (1952). Mengikut teori ini sebarang tingkah laku
adalah akibat keseimbangan antara daya penggerak tolakan dan daya penggerak
penghalang. Daya penggerak tolakan mendorong ke satu arah, manakala daya
penggerak penghalang mendorong ke arah yang lain. Prestasi yang muncul merupakan
penyesuaian bagi kedua-dua set daya penggerak itu. Peningkatan daya penggerak
tolakan mungkin akan meningkatkan prestasi atau sebaliknya, iaitu berlaku peningkatan
daya penggerak menghalang. Contohnya apabila Pengetua meminta guru-guru
bertugas di luar kemampuan dengan andaian akan meningkatkan kualiti kerja. Tindakan
ini mungkin boleh menyebabkan kebencian dan sikap memberontak yang boleh

mengurangkan tahap kerajinan dan kreativiti seseorang guru. Mungkin melalui


pendekatan yang betul dan terancang boleh mengubah kepercayaan dalaman, guruguru akan sukarela melaksanakan perubahan dengan lebih efisyen. Jadual 1 boleh
menjelaskan Teori Bidang Daya Penggerak oleh Kurt Lewin.

Daya Penggerak Bagi Perubahan


Daya Penggerak Bagi Mengekalkan Status
(Daya Penggerak Tolakan)
(Daya Penggerak Menghalang)
Teknologi Baru
Norma-norma Prestasi Kumpulan
Input Yang Lebih
Kebimbangan Terhadap Perubahan
Persaingan Dari Kumpulan Lain
Rasa Kepuasan Anggota
Tekanan Penyelia
Kemahiran Yang Dikuasai
Tingkat Prestasi Semasa
Tingkat Prestasi Yang Lebih Tinggi
Jadual 1.
Teori ini menjelaskan perubahan organisasi boleh dipengaruhi oleh perubahan manusia,
teknologi, perubahan struktur organisasi, proses dan keadaan. Proses perubahan
dianggap sebagai satu sistem di mana jika salah satu faktor tersebut berubah, maka
faktor lain juga turut berubah. Ia menjelaskan perubahan perlakuan berlaku hasil dari
tiga peringkat perubahan iaitu :

Peringkat pencarian.
Perubahan baru.
Pembentukan semula.
Peringkat pencairan melibatkan tindakan menjadikan keperluan bagi perubahan begitu
ketara sehinggakan individu, kumpulan atau organisasi dapat melihat atau menerimanya
dengan baik. Perubahan baru memerlukan seorang agen perubahan yang terlatih untuk
memupuk nilai, sikap dan perilaku yang baru melalui peroses-proses pengenalpastian
dan penjiwaan. Para anggota organisasi mengenalpasti nilai, sikap dan perilaku yang
dibawa oleh agen perubahan dan menjiwainya apabila mereka telah melihat
keberkesanannya. Peringkat terakhir iaitu pembentukan semula bererti memantapkan
pola perilaku yang baru itu dengan bantuan alat-alat sokongan, supaya ia menjadi
norma yang baru (http://www.geocities.com/padeat68/%20jurnal_Institut%20Pengetua
%20.htm [24.5.07]).

6.1.6 Teori Kepimpinan Karismatik


Teori Kepimpinan Karismatik dirujuk kepada kepimpinan yang berwibawa dan mampu
mempertahankan kepimpinannya kerana pemimpin tersebut dilihat seolah-olah sebagai
saviors of the nations. Pemimpin yang mengamalkan teori ini dianggap sebagai agen
perubahan, mereka cepat melihat kekurangan dalam apa-apa keadaan sekalipun dan
mampu bertindak secara drastik dan professional. Pemimpin seperti ini tidak merasa
puas dan sentiasa mencari kesempatan untuk membuat perubahan. Pemimpin seperti
ini juga tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir serta ingin melihat hasil
perubahan dengan cepat (Jay A. Conger 1996: 34-35).
a) Contoh tokoh Teori Kepimpinan Karismatik

Tokoh yang dapat disesuaikan dengan teori ini adalah seperti Archie McGill. Beliau
merupakan seorang tokoh yang berani dan penuh wawasan. Beliau terkenal dengan
sifat yang tidak pernah duduk berdiam diri, ciri-ciri ini menggambarkan bahawa beliau
adalah seorang yang berkarismatik. Ketokohan beliau dilihat sewaktu American

Telephone and Telegraph (AT&T) mengambil beliau bekerja sebagai pengarah


pemasaran di syarikat itu pada awal tahun 1970. Sewaktu menjawat jawatan tersebut,
beliau bijak menangani masalah-masalah yang timbul dalam syarikat. Ini dapat dilihat
pada waktu itu, pemasaran telah dibanjiri oleh produk pesaing dari seluruh dunia.
Keadaan ini menyebabkan pasaran pemasarannya merosot sama sekali. Bagi
menghindari daripada berulang lagi,beliau telah berpaling kepada pasaran luar. Bagi
beliau, tanggapan cepat terhadap jualan lebih penting daripada infisiensi intern (Jay A.
Conger 1996: 21-23).

Selain Archie McGill, terdapat tokoh lain juga yang boleh dikaitkan dengan teori
kepimpinan ini seperti Mahatma Gandhi, John F. Kennedy, Peron, Sukarno, Tito, Castro,
Mao Tze Tung, Nelson Mandela dan Ayatollah Khomeini (Sivamurugan 2005: 11).
7.1 PENUTUP
Setiap organisasi memerlukan pemimpin. Tanpa pemimpin sesebuah organisasi tidak
dapat berfungsi dengan sempurna. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah organisasi
bergantung kepada pemimpin. Seseorang pemimpin dikatakan berjaya sekiranya dia
berjaya menerapkan kepemimpinan yang tepat di dalam organisasinya. Kejayaan
sesebuah organisasi bergantung kepada sokongan dan sanjungan semua ahli. Untuk
menjadi pemimpin yang berwibawa, seseorang bukan sahaja perlu mempunyai
pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga perlu bekerja untuk membina kuasa dalaman
lebih dari kekuatan fizikal. Daya kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan untuk
mengawal, mempengaruhi, memujuk, daya memaksa, mengesahkan dan daya
membuat rujukan. Terdapat beberapa teori kepimpinan di dalam menguruskan
organisasi antaranya ialah teori latar, teori kontigensi Fiedler, teori laluan matlamat, teori
sumber kongnitif, teori Karismatik dan juga teori bidang daya penggerak. Teori latar
mengambil kira kajian kepimpinan sebagai salah satu cabang psikologi sosial iaitu
dengan melihat beberapa perspektif yang berbeza iaitu perspektif kelompok, perspektif
konflik perspektif keperluan di pelajari dan perspektif penghakikian diri. Perspektifperspektif ini pula boleh dilihat melalui tiga pendekatan iaitu pendekatan tret,
pendekatan fungsi dan juga pendekatan tingkah laku. Teori kontigensi Fiedler pula
mengandaikan tidak munasabah untuk menjangkakan bahawa seorang pemimpin boleh
melakukan segala-galanya pada setiap masa lebih baik daripada orang lain. Teori

kontigensi dapat dilihat malalui situasi kepimpinan, situasi ini merupakan hubungan yang
dijalinkan diantara pemimpin dan juga pengikut serta dimensi kedua dalam membentuk
situasi iaitu struktur tugas. Manakala teori laluan matlamat pula ialah peranan
kepimpinan dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Teori ini menggariskan
empat gaya kepimpinan yang boleh di manfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu
kepimpinan berorentasikan arahan, kepimpinan berorentasikan sokongan, kepimpinan
berorentasikan penyertaan dan juga kepimpinan berorentasikan kepimpinan. Teori
sumber kongnitif pula menyatakan bahawa kebolehan intelek pemimpin merupakan
sumber utama kepada rancangan, keputusan dan strategi yang memandu tindakan
kelompok, rancangan, keputusan dan strategi ini dikomunikasikan kepada kelompok
dalam bentuk tingkah laku yang mengarah dan akan dilaksanakan jika kelompok
menyokong pemimpin dan matlamat organisasi. Teori terakhir iaitu teori bidang daya
penggerak dimana sebarang tingkah laku adalah akibat keseimbangan antara daya
penggerak tolakan dan daya penggerak penghalang.

You might also like