You are on page 1of 1

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

TINGKAT 5, WISMA PERSEKUTUAN,


JALAN KAMPONG BARU,
05000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

TEL: 04-7745100
FAKS : 04-7328651
(http://akademik.kedah.edu.my/)

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj.Kami : JPK.03-08/2851/106 Jld.2 ( 22 )


Tarikh : 28 MEI 2013
Guru Besar
( Seperti Lampiran A )
Tuan/Puan,
KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 4 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2013
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman dan
Pejabat Pelajaran Daerah akan mengadakan Kursus Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 4 Peringkat Negeri Kedah
2013 mengikut ketetapan seperti dalam Lampiran A
3.
Sehubungan itu, dipohon kerjasama dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak
tuan untuk menghantar seorang guru sekolah tuan yang akan mengajar mata pelajaran
berkenaan untuk Tahun 4 ( 2014 ) ke kursus di atas pada tarikh, masa dan tempat yang telah
ditetapkan dalam Lampiran A
4.
Makan dan minum disediakan. Tuntutan perjalanan akan ditanggung oleh Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah dan tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan yang sedang
berkuatkuasa. Sebarang masalah, sila hubungi Pegawai Mata pelajaran di Jabatan Pelajaran
Negeri Kedah ( Sila rujuk Lampiran B ) dan Pen. PPD di daerah masing-masing.
5.
Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG
Saya yang menurut perintah,

(MANSOR BIN LAT, S.M.P., A.M.N., B.C.K., B.K.M.)


Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman
s.k. 1. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.
2. Semua Ketua Sektor
3. Semua Pegawai Pelajaran Daerah.

You might also like