You are on page 1of 2

Kemahiran Asas Permainan Badminton

Adalah penting bagi seseorang pemain baru menguasai kemahiran asas supaya pergerakan,
pukulan dan permainannya lebih mudah, licin, selesa dan seronok. Lebih penting lagi, penguasaan
kemahiran asas dengan teknk yang betul akan memudahkan proses pembelajaran kemahiran yang
lebih kompleks dan juga mengelakkan kecederaan yang berpunca dari asas yan lemah.
Berikut adalah beberapa aspek permainan badminton yang biasanya disebutkan sebagai
kemahiran asas dalam permainan badminton.
1. Pegangan raket
2. Lakuan sedia dan gerak kaki
3. Pukulan

1.

servis

hantaran balas servis

pukulan tinggi atau lob

pukulan drive / deras

smesy

pukulan junam / drop

Pegangan Raket
Teknik memegang raket dengan cara yang betul adalah penting. Ini adalah kerana pegangan
yang mengawal kepala raket yang seterusnya mengawal

pergerakan bulu tangkis yang

dipukul.
Raket yang dipegang hendaklah dianggap sebagai sambungan tangan pemain. Secara
umumnya terdapat dua cara asas memegang raket

Pegangan pepat (forehand grip)


a) Pegang raket dengan tangan kanan di mana ibu jari dan jari telunjuk membentuk
huruf V di bahagian pemegang raket.
b) Jari telunjuk lebih atas daripada ibu jari. Jari-jari yang lain renggang sedikit dan
tidak menggenggam pemegang raket terlalu kuat.

Pegangan kilas (backhand grip)


a) Pegang raket cara biasa (pepat). Longgarkan pegangan dan jari-jari putarkan
30 ke kanan.
b) Luruskan ibu jari yang berehat di bahagian belakang raket yang leper.
Kedudukan ibu jari ini memberi daya kepada pukulan dan mengawal raket.

2.

Lakuan Bersedia dan Gerak Kaki


Mengikut analisis pergerakan dalam badminton yang dikaji oleh saintis sukan, seorang
pemain badminton dalam perlawanan yang sederhana kerancakannya (average pace)
untuk selama 40 minit akan melakukan pergerakan seperti berikut:

Lari langkah sisi (galop) ke depan, melompat ke atas, meregang, bergerak ke


belakang , sisi, membongkok, dan memukul (lebih kurang 400 kali)

Pergerakan ini melibatkan lebih kurang 250 arah larian yang berbeza.

Kecekapan seseorang bersedia sebelum dan setelah memukul bulu tangkis dalam masa
permainan banyak mempengaruhi mutu pukulannya dan juga memberi tekanan kepada
pihak lawan.
I. Keadaan bersedia
Pada asasnya, keadaan bersedia adalah seperti berikut:

Pemain berdiri di atas hujung kaki (bebola) nya secara imbang.

Lutut bengkok dan jarak kaki seluas bahu.

Berat badan ke depan sedikit.

Raket di depan badan dan kepala raket ke atas.

Siku (tangan yang pegang raket) dalam keadaan selesa dan tidak terlalu
rapat dengan badan.

Perhatikan lawan dan bulu tangkis untuk membuat antisipasi pukulan.

II. Gerak kaki


Gerak kaki adalah kecekapan bergerak dalam gelanggang semasa permainan.
Pergerakan dalam permainan badminton melibatkan banyak berhenti dan mula,
perubahan arah secara tiba-tiba, menjangkau ke bulu tangkis, dan berbalik kepada
keadaan bersedia. Kebanyakan pergerakan adalah berarah ke sisi ke sisi, ke depan
dan ke belakang.

You might also like