You are on page 1of 2

TEKS PENGACARAAN PERHIMPUNAN

Bismillahhirrahmannirahim. Assamualaikum w.b.r dan Salam Sejahtera


Yang Berusaha, Pn Ruhaini bt Kasbi, Guru Besar SK Tengku Mariam
Yang Dihormati, En Razilil b Kasiran, GPK Hal Ehwal Murid SK Tengku Mariam
Yang Dihormati, En Zulkefli b Abdullah, GPK Kokurikulum, SK Tengku Mariam
Barisan Guru, Kakitangan sekolah serta murid-murid yang dikasihi sekalian
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita sekali lagi berkumpul di Dataran
Puteri bagi melaksanakan perhimpunan mingguan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Nyanyian
Perhimpunan kita akan dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu LAGU BANGSA JOHOR,
LAGU SEKOLAH, LAGU KOTA JANJI dan LAGU BAHASA JIWA BANGSA.
Dengan ini majlis mempersilakan PN HAZILA BT HAMID bagi memimpin nyanyian.
Dipersilakan.
(Nyanyian)
Terima kasih diucapkan kepada PN HAZILA atas pimpinan nyanyian sebentar tadi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bacaan Doa
Bagi merahmati perhimpunan kita pada pagi ini, dipersilakan Tn Hj Mohd Shahrir b Mohd Sabar untuk
mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan tuan.
(Bacaan Doa)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Mojd Shahrir atas pimpinan doa itu tadi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ikrar Murid
Majlis perhimpunan kita akan diteruskan dengan bacaan ikrar. Majlis mempersilakan
__________________________________________________ untuk mengetuai bacaan ikrar.
Dipersilakan.
(Ikrar)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _________________________________ atas
bacaan ikrar sebentar tadi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ucapan Guru Bertugas


Bagi menyampaikan laporan perjalanan sekolah pada minggu lepas, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan _________________________________________ untuk
melaporkannya.
Dipersilakan.
(Laporan)
Majlis mengucapkan teruma kasih kepada __________________________________ atas laporan
yang telah disampaikan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ucapan Aluan Guru Besar
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang Dihormati,
____________________________________, GPK ______________________________________
menyampaikan ucapan.
Dipersilakan tuan.
(Ucapan)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada _______________________________________ atas
ucapan itu tadi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Penutup
Bagi mengakhiri perhimpunan kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita berdiri tegak, tangan
disisi bagi kita menyanyikan LAGU KEBANGSAAN KITA, NEGARAKU. Majlis mempersilakan PN
HAZILA BT HAMID sekali lagi bagi memimpin nyanyian
Dipersilakan.
(Nyanyian)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada PN HAZILA.
Dengan nyanyian NEGARAKU itu tadi, berakhir sudah majlis perhimpunan kita pada pagi ini.
Untuk pengetahuan murid GURU BERTUGAS pada minggu ini ialah saya sendiri, EN MOHD EZAD B
YOSOF, TN HJ MOHD SHAHRIR B MOHD SABAR dan CIK SYAIDATUL IRMA BT ABD SALAM.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Majlis kita akan diserikan dengan persembahan dari murid-murid tahun satu iaitu dari kalangan
rakan-rakan kamu.
Semua murid boleh pulang ke kelas dalam ke adaan senyap.

You might also like