You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUNJUNG

09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN


MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI 3/2015

Tarikh
: 07 Julai 2015(Selasa)
Masa
: 2.30 petang
Tempat: Bengkel Kemahiran Hidup SMKJ
Hadir:
1. Encik Mohamad Tahir bin Wanik
2. Puan Faizah binti Abdul Rahman
3. Encik Mohamad Zaini bin Kamarudin
4. Encik Muhammad Syakir bin Abd Rahman
5. Puan Hajjah Fadzilah binti Ahmad
I.

(GK Teknik & Vokasional)


( Ketua Panitia )
( Setiausaha Panitia )

ALU-ALUAN PENGERUSI

1. Ucapan dimulakan oleh Puan Faizah bt Abd Rahman selaku Ketua Panitia

Kemahiran Hidup dengan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran


En Mohamad Tahir b Wanik GKTV dan Ahli Jawatankuasa (AJK) ke mesyuarat
panitia yang ke-3.
2. Pn Faizah juga menyentuh beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh AJK dan

guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Antaranya seperti:


a) Guru yang menggunakan bengkel hendaklah mengisi borang penggunaan bengkel
Kemahiran Hidup yang telah disediakan.
b) Keselamatan pelajar ketika berada di dalam bengkel perlu diutamakan untuk
mengelakkan sebarang masalah.
c) Selepas menggunakan bengkel pastikan kebersihan bengkel dijaga dan perlu
membuat AJK kecil dalam kalangan pelajar untuk membersihkan bengkel.
d) Pastikan buku kerja dan buku tulis disemak sepanjang tahun.
II.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3. Minit mesyuarat kali ke-2 tahun 2015 telah dicadang oleh En Muhammad Shakir b

Abd Rahman dan disahkan oleh En Mohamad Zaini b Kamarudin .


Makluman

III.

4.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

En Mohd Tahir b Wanik meminta semua guru matapelajaran mengisi modul Offline
Kemahiran Hidup bagi Tingkatan 1, 2 dan 3.
Tindakan : Semua guru KHB

IV.

ANALISIS DAN POST MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


2015 PT3 DAN TINGKATAN 1 & 2

5.

Pn Faizah membentangkan analisis dan post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun


2015 PT3 dan Tingkatan 1 & 2.
Makluman

V.
6.

PILL 2015

En. Mohamad Tahir memaklumkan bahawa analisis item bagi Peperiksaan


Pertengahan Tahun dan PT3 mestilah dimasukkan dalam Pelan Intervensi Lima
Langkah (PILL) dalam bentuk Power Point.
Tindakan: Semua guru KHB

VI.

7.

DIALOG PRESTASI 2015

En Mohamad Tahir memaklumkan bahawa semasa sesi Dialog Prestasi 2015,


banyak informasi yang disampaikan oleh tuan PPD boleh diambil oleh guru-guru
bagi meningkatkan keputusan pelajar dalam peperiksaan.
Makluman

VII.
8.

VIII.
9.

PENGURUSAN KEWANGAN

Pn Faizah membentangkan laporan kewangan.


Makluman
PENGURUSAN BENGKEL
Pn Faizah membentangkan jadual pengurusan bengkel.
Tindakan: Semua guru KHB

IX.
10.

X.
11.

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI

En. Mohamad Tahir meminta guru-guru menghantar buku latihan pelajar mengikut
jadual PKB yang telah ditetapkan.
Makluman
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Guru-guru mata pelajaran diminta menyiapkan Modul PBS offline.


Tindakan: Semua guru KHB

XI.

HAL-HAL LAIN

12. Semua guru KHB disarankan mengemukakan cadangan, komen, aduan berkaitan
pengurusan panitia KHB untuk penambahbaikan.
XII.

UCAPAN PENANGGUHAN

13. Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali ketiga 2015 ditangguhkan pada jam 4.00 petang
dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi majlis.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(EN. MOHAMAD ZAINI B KAMARUDIN)

(EN. MOHAMAD TAHIR B WANIK)

Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup


SMK Junjung

Guru Kanan Teknik dan Vokasional


SMK Junjung

RUMUSAN MAKLUM BALAS


MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI KETIGA 2015
M/S

PARA

III

PERKARA
1. Semua guru telah mengisi modul

Offline bagi Kemahiran Hidup Tingkatan 1,


2 dan 3 .

TINDAKAN
PERKEMBANGA
N ULASAN
Telah
dilaksanakan

1. Semua guru diminta memasukkan


analisis item Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan PT3 ke dalam
PILL dalam bentuk Power Point.

Telah
dilaksanakan

VIII

1. Semua guru diminta menguruskan


bengkel masing-masing.

Rujuk tarikh yang


telah ditetapkan

You might also like