You are on page 1of 20

1.

PENGENALAN
Filem mengandungi dua fungsi yang saling melengkapi iaitu sebagai barang tontonan dan barang
dagangan. Secara umum, kejayaan sesuatu filem ditentukan oleh penontonnya. Mengenal pasti
cita rasa penonton sasaran adalah penting untuk tujuan tersebut. Kualiti filem dinilai oleh
penonton boleh dibahagikan kepada dua iaitu kualiti dagangan dan kualiti kesenian. (Nyoman
Lia Susanthi, 2011) Misalnya filem-filem arahan P.Ramlee boleh dikatakan mengandungi keduakedua kualiti tersebut sebaliknya filem-filem arahan David Teo pula cenderung mengetengahkan
kualiti dagangan dan sangat kurang teliti dalam kualiti kesenian.
Filem The Secret Life of Walter Mitty mengandungi kedua-dua kualiti tersebut. Mendapat
rating 7.4/10 IMDb, memenangi enam anugerah perfileman di USA dan antarabangsa, filem
adaptasi dari sebuah cerita pendek karya James Thurber yang terbit pada tahun 1939 dengan
tajuk yang sama ini adalah arahan Ben Stiller dan dibintangi juga oleh beliau. Buku karya James
Thurber tersebut secara umumnya dikatakan sebagai a tribute to the sometimes unsettling power
of the human imagination. (LIFE, T.t.) Justeru, filem ini adalah suatu bentuk inspirasi buat
masyarakat khususnya penonton untuk menjadi berani dan berkeyakinan dalam melakukan
perubahan dalam hidup dalam usaha merealisasikan apa-apapun impian yang dicita-citakan;
yang sesiapapun harapkan daripada penulis lakon layar yang sama bagi filem The Pursuit of
Happiness dan The Weatherman.
Sorotan filem The Secret Life of Walter Mitty ini adalah suatu pemerhatian dan analisa
terhadap elemen periklanan yang terkandung dalamnya. Elemen periklanan yang dibincangkan
adalah peletakan produk atau dalam bahasa Inggerisnya product placement. Peletakan produk
adalah sisipan jenama atau produk yang dirancang dalam filem Ia boleh digunakan dengan alatalat komunikasi yang lain (iaitu periklanan dan jualan promosi) untuk menyebarkan kesedaran
tentang jenama dan mengetengahkan imej produk untuk pembangunan ekuiti jenama yang
penting terutamanya dalam pasaran global. (Corniani, M., 2001)
Terdapat banyak peletakan produk yang terpapar dalam filem ini tetapi produk yang jelas
ingin diketengahkan dalam filem adalah majalah Time Inc.s LIFE. Filem ini secara umumnya
sama matlamatnya seperti filem The Internship yang mengetengahkan imej Google dan filem
Gravity yang mengetengahkan imej NASA. Perbincangan ini akan menerangkan tentang jenis
peletakan produk yang terbabit. Lehu (2007) menyenaraikan empat jenis peletakan produk iaitu
classic, institutional atau corporate, evocative dan stealth. Peletakan produk majalah Time Inc.s
LIFE tersebut termasuk dalam jenis classic. Tindakan Time Inc.s LIFE mengetengahkan
jenamanya dalam filem sebagai peletakan klasik ini adalah baik kerana peletakan produk lebih
berkesan daripada satu slot iklan komersial. (Reijmersdal, E.A.V., 2011) Tambahan pula dalam
pawagam, sikap defensif penonton terhadap peletakan produk adalah rendah yang memberi
peluang kepada apa-apa jenama untuk berkomunikasi secara berkesan dengan penonton. (Lehu,
J.M., 2007) Namun begitu, terdapat beberapa persoalan tentang keberkesanan peletakan produk
dalam filem ini yang akan diterangkan dalam perbincangan. Ini disebabkan pengulangan dan
adengan yang memberi negatif terhadap imej produk yang dipaparkan sehingga mendapat Award
the Worst Product Placement dalam 2014 Brandcameo Product Placement Awards.
(Brandchannel, 2014)
1

2. SINOPSIS
Watak Walter, seperti yang terpapar dalam tajuk filem, dibintangi oleh Ben Stiller. Walter adalah
pengurus bahagian Aset Negatif majalah LIFE. Walter bertugas menguruskan gambar-gambar
yang diambil dan dikirim oleh petugas-petugas majalah tersebut. Walter menghadapi sejenis
masalah fantasi yang disebut zoned out iaitu suatu masalah mental yang menyebabkan dia sering
bermimpi di siang hari dengan khayalan yang melampau tentang kuasa dan pengembaraan.
Suatu hari, sekeping negatif filem iaitu negative 25 yang dikirim oleh seorang petugas
didapati tiada dalam simpanan. Negatif filem ini penting kerana gambar tersebut adalah muka
hadapan bagi terbitan seterusnya iaitu terbitan terakhir dalam bentuk cetakan kerana LIFE ketika
itu sedang mengalami peralihan kepada terbitan majalah atas talian. Kerana istimewanya gambar
terakhir ini, petugas itu yang dibintangi oleh Sean Penn telah menghadiahkan sebuah dompet
kepada Walter sebagai tanda penghargaan kerana menguruskan gambar-gambar yang dikirim.
Ted Hendricks yang merupakan pengarah urusan peralihan itu memberi tekanan kepada Walter
kerana sesi dengan media akan berlansung dua minggu lagi.
Walter kemudian mencari petanda dalam gambar-gambar lain yang dikirim oleh Sean
sehingga tiada lagi cara lain selepas seluruh stor aset yang diuruskannya itu diselongkar untuk
menemukan negatif yang hilang itu, Walter terus menjejak petanda dengan bantuan Cheryl.
Catatan Sean OConnell (Sean Penn) yang mengirim negatif gambar itu dan moto LIFE pada
dompet yang dihadiahkan kepada Walter tersebut memberi keazaman kepada Walter untuk
mencarinya kerana Sean telah mencatatkan bahawa kiriman negatif itu menurut anggapannya
adalah The Absolute Quintessence of Life yang bermaksud yang terbaik antara yang terbaik
dalam hidup.
Watak Cheryl yang dibintangi oleh Kristen Wiig adalah rakan sepejabat Walter. Sebelum
Walter mula bertegur sapa dengan Cheryl, terlebih dahulu dia telah cuba berkomunikasi dengan
wanita ini menerusi laman eHarmony iaitu sebuah laman sosial atas talian khusus untuk carian
pasangan atau kekasih. Cheryl dilihat sebagai antara pendorong yang memberi keazaman kepada
Walter dan wanita ini sentiasa bersikap positif dalam berhadapan dengan masalah terutamanya
dalam membantu Walter mencari negatif yang hilang itu.
Dalam usaha mencari negatif filem tersebut Walter akhirnya benar-benar mengikuti suatu
pengembaraan merentasi Greenland dan Iceland sehingga bertemu dengan Sean di sebuah
wilayah terpencil Afghanistan dekat Gunung Noshaq di Barat Laut pergunungan Himalaya. Di
sana Walter mendapati bahawa negative 25 itu sebenarnya berada dalam dompet yang
dihadiahkan Sean. Namun, Walter telah membuangnya selepas diberhentikan kerja oleh Ted.
Apabila pulang dari Afghanistan, Walter yang mulanya buntu, lega apabila dompetnya yang
dibuang sebelum ini masih disimpan oleh emaknya, Edna. Walter terus ke pejabatnya untuk
menyerahkan negatif tersebut kerana masih berbaki dua hari lagi sebelum penerbitan isu terakhir
majalah LIFE bercetak. Walter hanya mengetahui gambar muka depan isu terakhir itu di sebuah
gerai ketika sedang berjalan dengan Cheryl. Walter tidak menyangka bahawa muka depan isu
terakhir itu adalah gambarnya dan catatan tentang peribadinya yang merupakan dedikasi khas
oleh Sean.
2

3. ANALISIS ELEMEN PERIKLANAN


Berikut adalah analisis peletakan produk yang dipaparkan dalam jadual masa dan babak
kemunculannya dalam filem The Secret Life of Walter Mitty. Screenshot babak-babak bagi setiap
produk atau jenama berikut boleh dirujuk dalam lampiran.
I.

Time Inc.s LIFE


Minit
06:07
06:21, 07:07
07:54
08:34 10:53
11:45
12:05
12:58
14:26
15:05
16:32
18:43
24:06
25:33
26:11
26:31 27:30
35:00 35:28
36:38 36:50
01:09:08
01:10:04
01:14:17
01:16:21
01:35:44
01:36:11
01:39:55
01:40:01
01:43:26

Babak
Paparan bangunan TIME & LIFE BUILDING.
Paparan petikan moto LIFE di dinding kompleks pejabat TIME &
LIFE BUILDING.
Walter menyebut peranannya dalam majalah LIFE.
Paparan poster besar muka depan majalah LIFE dan tanda niaga
LIFE di ruang pejabat.
Paparan poster majalah LIFE di meja dalam pejabat Aset Negatif.
Paparan LIFE dalam nota daripada Sean OConnell dan suara latar
membacanya.
Paparan moto LIFE pada dompet yang dihadiahkan kepada Walter.
Don Proctor memberi taklimat tentang peralihan majalah LIFE.
Ted menyebut majalah LIFE dalam taklimat peralihan.
Paparan poster besar muka depan majalah LIFE.
Paparan LIFE di kepala surat.
Papan tanda LIFE di depan lif dalam bangunan TIME & LIFE
BUILDING.
Surat-surat LIFE dalam longgokan sampah di atas lori.
Stretch Amstrong terhentak ke atas papan tanda TIME & LIFE.
Paparan poster besar muka depan majalah LIFE.
Paparan poster besar muka depan majalah LIFE.
Paparan poster besar muka depan majalah LIFE.
Tanda LIFE pada fail di meja Cheryl.
Poster besar muka depan majalah LIFE dipindah keluar dari
bangunan TIME & LIFE BUILDING.
Poster LIFE di dinding dalam rumah Walter.
Emak Walter menyebut LIFE dalam perbualan mereka di
rumahnya.
Papan tanda LIFE ONLINE dibawa keluar dari lif.
Ted membentangkan muka depan baru untuk isu terakhir majalah
LIFE.
Walter menunjukkan kad staff LIFE di kaunter payroll LIFE.
Papan tanda LIFE Payroll Service Window.
Walter dan Cheryl melihat muka depan isu terakhir majalah LIFE
di sebuah gerai.

II.

eHarmony
Minit
00:45, 1:03
01:15 02:45
03:30 05:44
26:45 27:37
56:42

01:05:28
01:21:45
01:22:50
01:37:42

01:38:53
III.

Papa Johns
Minit
22:58
23:17
01:05:20
01:09:20

IV.

Babak
Walter menyebut Papa Johns ketika berbual dengan emaknya.
Edna Mitty, menunjukkan gambar Walter bekerja di Papa Johns
selepas kematian bapanya.
Walter sampai di Papa Johns, duduk minum di situ dan
menghubungi Cheryl berkenaan petunjuk baru selain berbual
tentang kisah sedihnya dengan Papa Johns pada masa lalu.

Kodak
Minit
11:26
12:20 13:23
17:58

V.

Babak
Paparan eHarmony dalam penyata kad debit Walter.
Paparan Walter melayari laman sesawang eHarmony dan biodata
Walter sebagai pengurus foto majalah LIFE.
Perbualan telefon antara Walter dan Todd Mahar dari eHarmony.
Walter menjawab panggilan telefon daripada Todd Mahar
eHarmony.
Walter menjawab panggilan telefon daripada Todd Mahar
eHarmony semasa dalam perjalanan berbasikal ke gunung berapi
Eyjafallajokull dekat Iceland.
Paparan eHarmony dalam penyata kad debit Walter.
Walter menjawab panggilan telefon daripada Todd Mahar
eHarmony semasa di atas pergunungan Himalaya.
Todd Mahar eHarmony datang menjamin Walter selepas 17 jam
berada dalam tahanan TSA di Lapangan Terbang Antarabangsa Los
Angeles.
Paparan mesej daripada eHarmony dalam email Walter.

Babak
Tin filem Kodak kiriman Sean OConnell.
Hernando meletakkan filem Kodak di atas scanning mask.
Walter dan Hernando meneliti filem Kodak dengan kanta pembesar.

Air Greenland
Minit
37:03
37:52
38:26

Babak
Paparan kaunter penerbangan pesawat Air Greenland.
Hidangan dalam penerbangan pesawat Air Greeland.
Pesawat Air Greenland di Lapangan Terbang Nuuk, Greenland .

VI.

Google
Minit
27:53
01:38:53

VII.

CareerBuilder.com
Minit
01:38:24
01:38:53

VIII.

01:31:58

Babak
Walter menyebut KFC ketika adiknya menunjukkan sekeping
gambar lama.

Volvo
Minit
25:50

XIII.

Babak
Walter duduk berlatar belakang bangunan CHASE.

KFC
Minit
23:15

XII.

Babak
Walter menggunakan komputer riba Dell.

CHASE Bank
Minit
18:25 20:11

XI.

Babak
Walter membuka dan mengemas beg JanSport lamanya untuk
dibawa ke Afghanistan.
Walter menyandang beg JanSport.

Dell
Minit
00:52

X.

Babak
Paparan resume Walter bekerja dengan majalah LIFE di laman
sesawang CareerBuilder.
Paparan mesej daripada CareerBuilder.com dalam email Walter.

JanSport
Minit
01:18:14

IX.

Babak
Cheryl menyebut Google ketika berbual dengan Walter.
Walter melayari Google Gmail.

Babak
Sebuah kereta Volvo S70 brek mengejut.

Apple iPhone
Minit
27:55 - 32:30

Babak
Telefon yang digunakan Cheryl
5

XIV.

Nabisco
Minit
28:25 28:31

XV.

Flip Skateboards
Minit
30:17

XVI.

Babak
Walter menaiki helikopter Bell Ranger untuk ke bot Erkigsnek.

Instagram
Minit
53:37

XXI.

Babak
Tanda niaga Heineken dalam sebuah bar.

Bell Helicopter
Minit
47:40

XX.

Babak
Paparan kaunter penerbangan pesawat Ethiopian Airlines.

Heineken
Minit
40:36

XIX.

Babak
Paparan kaunter penerbangan pesawat Singapore Airlines.

Ethiopian Airlines
Minit
37:03

XVIII.

Babak
Rich bermain papan selaju Flip Skateboards tetapi ketika Walter
melakukan trick dengan papan selaju tersebut pada minit 30:56
papan selaju didapati berlainan daripada yang digunakan Rich dan
tidak dapat dikenal pasti jenamanya. Kemudian pada minit 31:24
papan selaju tersebut adalah Flip Skateboards.

Singapore Airlines
Minit
37:03

XVII.

Babak
Cheryl menyebut Nabisco dan LIFE ketika berjalan ke taman
bersama Walter.

Babak
Dalam bot Erkigsnek, seorang krew bot menyebut Instagram ketika
berbual dengan Walter.

Facebook
Minit
53:37

Babak
Dalam bot Erkigsnek, seorang krew bot menyebut Facebook ketika
berbual dengan Walter.
6

XXII.

American Airlines
Minit
01:09:50

XXIII.

Conan TBS
Minit
01:13:13 01:13:42

XXIV.

Babak
Walter dan keluarganya berurus niaga di Beethoven Pianos.

McDonalds
Minit
01:36:44

XXIX.

Babak
Todd Mahar mengajak Walter berborak di Cinnabon.

Beethoven Pianos
Minit
01:35:17

XXVIII.

Babak
Sean menggunakan kamera analog F3/T jenama Nikon.

Cinnabon
Minit
01:32:04

XXVII.

Babak
Walter mengeluarkan Sony Walkman dari begnya.

Nikon
Minit
01:22:40
01:29:12

XXVI.

Babak
Dalam teksi, Walter berkhayal kemunculannya bersama Michelle
Obama dalam rancangan Conan siaran TBS.

Sony
Minit
01:18:19

XXV.

Babak
Pesawat American Airlines melintasi langit untuk mendarat.

Babak
Walter menyebut McDonalds selepas Ted gagal menyatakan moto
LIFE.

Bankers Box
Minit
01:37:41

Babak
Hernando dan Walter memegang kotak Bankers Box yang diisi
barang pejabat mereka.

4. PERBINCANGAN ELEMEN PERIKLANAN


Elemen periklanan yang terdapat dalam filem ini adalah peletakan produk (product placement)
untuk jenama-jenama utama iaitu Time Inc.s LIFE, eHarmony dan Papa Johns selain jenamajenama lain yang muncul dan disebut seperti Kodak, Air Greenland, Google, CareerBuilder.com,
JanSport, Dell, CHASE Bank, KFC, Volvo, Nabisco, Flip Skateboards, Singapore Airlines,
Ethiopian Airlines, Heineken, Bell Helicopter, Instagram, Facebook, American Airlines, Conan
TBS, Sony, Nikon, Cinnabon, Beethoven Pianos, McDonalds, Bankers Box dan Apple iPhone.
Produk-produk tersebut boleh dibahagikan kepada empat jenis peletakan produk yang
dikemukakan oleh Lehu (2007) iaitu peletakan classic, corporate, evocative dan stealth.
I.

Peletakan Classic
Peletakan classic bermaksud sesuatu jenama terpapar di skrin dengan jelas dan
produknya digunakan dalam filem. Jenama yang termasuk dalam filem ini adalah Time
Inc.s LIFE, eHarmony, Papa Johns, Kodak, Air Greenland, CareerBuilder.com,
JanSport, Dell, Volvo, Singapore Airlines, Ethiopian Airlines, Heineken, American
Airlines, Conan TBS, Sony, Nikon, Bell Helicopter, Flip Skateboards, Bankers Box,
Beethoven Pianos dan Cinnabon.
Time Inc.s LIFE, eHarmony dan Papa Johns adalah yang paling jelas terpapar dalam
filem ini. Babak Time Inc.s LIFE paling banyak kerana produk ini adalah latar utama
dalam filem ini manakala eHarmony dan Papa Johns pula adalah latar utama bagi
karakter Walter Mitty.
Peletakan jenis ini adalah ringkas dan jelas terpapar tetapi mudah untuk terlepas pandang
apabila terlalu banyak produk lain yang menempatkan produk dengan cara yang sama,
apalagi jika kemunculannya cuma sekali dan seketika sahaja. Antara jenama dalam
kategori ini yang mudah terlepas pandang adalah Dell, Volvo, Bell Helicopter, Flip
Skateboards, Bankers Box, Beethoven Pianos, Singapore Airlines, Ethiopian Airlines dan
American Airlines. Jenama yang jelas terpapar pula adalah Kodak, Air Greenland,
CareerBuilder.com, JanSport, Heineken, Conan TBS, Sony, Nikon dan Cinnabon.

II.

Peletakan Corporate
Peletakan corporate bermaksud keutamaan mengetengahkan jenama berbanding produk.
Produk bagi sesuatu jenama juga tidak muncul dalam dalam filem. Penonton perlu
mengetahui sesuatu jenama yang terpapar terlebih dahulu bagi mengenal pasti
kemunculannya dalam filem. Google, Nabisco, CHASE Bank, Facebook, Instagram,
McDonalds dan KFC adalah jenama-jenama yang termasuk dalam kategori ini. Google,
Nabisco, Facebook, Instagram dan KFC disebut dalam babak-babak perbualan. Chase
Bank pula muncul dengan bangunannya tanpa sebarang babak urus niaga di situ.

III.

Peletakan Evocative

Peletakan evocative beroperasi secara tersembunyi. Jenama tidak terpapar tetapi penonton
akan dapat mengenalinya dengan mudah walaupun tiada jenama pada produk. Walau
bagaimanapun, seperti peletakan corporate, peletakan evocative hanya dapat dikenal pasti
jika penonton mengetahui produk tersebut terlebih dahulu. Hanya satu sahaja produk bagi
kategori ini yang dikenal pasti terpapar dalam filem ini. Paparan peti masuk mesej email
Walter menunjukkan bentangan (layout) Google Gmail.
IV.

Peletakan Stealth
Peletakan Stealth lebih tersembunyi berbanding evocative sehingga hampir sukar untuk
dikenal pasti. Peletakan ini berintegrasi sepenuhnya dengan babak. Walaupun terdapat
kemunculan visual tetapi sangat sukar untuk dikenal pasti. Telefon mudah alih yang
digunakan Cheryl kelihatan seperti Apple iPhone, tetapi jenamanya tidak jelas kerana
dilitupi dengan casing lut cahaya. Tambahan pula, deringan telefon tersebut berbeza
dengan Apple iPhone yang sebenar kerana iPhone yang sebenar berdering dengan nada
yang sama dan tidak boleh ditukar.

Selain itu, terdapat beberapa persoalan yang timbul berkenaan keberkesanan peletakan jenama
utama dalam filem The Secret Life of Walter Mitty ini iaitu Time Incs LIFE, eHarmony dan
Papa Johns. Sebagaimana filem-filem Ben Stiller yang lain, peletakan beberapa produk dalam
filem ini berbentuk sinikal. Didapati bahawa produk utama yang diketengahkan hanya sekadar
untuk melatari filem tanpa matlamat jualan yang jelas kerana terdapat ralat dalam beberapa
babak.
Kebanyakan babak Time Inc.s LIFE dipersembahkan dengan positif terutamanya babak-babak
yang memaparkan poster majalah LIFE. Tetapi terdapat dua ralat yang dikenal pasti. Pertama,
walaupun kebanyakan babak memaparkan kecantikan poster majalah LIFE, tetapi akhirnya
majalah tersebut tidak lagi dijual dalam bentuk cetakan. Kedua, Time Inc.s LIFE melatari filem
ini dengan mengetengahkan kreativiti yang bermutu tinggi dalam produknya yang pastinya untuk
menarik perhatian penonton dan membuat penonton kagum dengan penerbitannya, tetapi pada
satu babak ketika Walter bertemu dengan Sean di Afhanistan, Sean bermadah, Beautiful things,
dont ask for attention.
eHarmony yang melatari karakter Walter muncul dalam banyak babak dan merupakan antara
produk utama yang diketengahkan dalam filem ini. Walau bagaimanapun, kemunculannya
melatari karakter Walter bertentangan dengan fungsi laman sosial itu yang beroperasi secara atas
talian kerana daripada sembilan babak yang muncul, lima daripadanya adalah perbualan telefon
antara Todd Mahar dengan Walter. Ini menunjukkan bahawa operasi eHarmony tidak cekap
kerana masih lagi berurusan dengan pelayar lamannya melalui telefon malah akhirnya Walter
dan Cheryl membatalkan langganan mereka.
Papa Johns berperanan besar dalam hidup Walter, tetapi kemunculannya hanya melatari kisah
sedih hidup Walter pada masa lalu. Impian hidupnya semasa remaja terhalang kerana dia
terpaksa mula bekerja di Papa Johns dua hari selepas kematian bapanya untuk menyara hidup
malah emaknya, Edna Mitty, menggambarkannya sebagai suatu kesedihan kerana bekerja di
sebuah tempat yang bernama papa selepas kematian bapanya.
9

5. KESIMPULAN DAN CADANGAN


Berdasarkan analisis, memang banyak peletakan produk yang terpapar dalam filem The Secret
Life of Walter Mitty. Babak-babak Time Inc.s LIFE sahaja telah cukup untuk memberi kesan
kepada penonton kerana lakon kualiti dan mutu majalah LIFE jelas ditunjukkan dalam posterposter yang sebenarnya tidak pernah diterbitkan walaupun ada dalam kalangan poster itu
memang didapati dari arkib foto LIFE. (LIFE, 2014) Jika itu kualitinya gambar yang cuma
tersimpan di arkib, sesiapapun akan kagum malah mutu sebegitu sebenarnya boleh sahaja
menempati muka depan majalahnya.
Kesemua produk yang dikenal pasti adalah menepati kategori-kategori seperti yang dikemukakan
oleh Lehu (2007). Ini bermakna setiap jenama yang diketengahkan menepati maksudnya secara
visual malah kebanyakannya dapat dikenal pasti secara jelas dan nyata dalam filem. Ini juga
selari dengan matlamat periklanan dan perhubungan awam yang asas iaitu untuk menarik
perhatian sesiapa sahaja terhadap sesebuah produk atau jenama yang hendak diperkenalkan atau
dipersembahkan.
Ralat-ralat yang dikenal pasti boleh diperbaiki dengan memperbetulnya supaya lakon layar
menjadi lebih baik. Ini walau bagaimanapun bergantung juga kepada pengarah dan juga
matlamatnya yang sebenar yang tidak diketahui secara jelas. Jika dilihat dari sisi persembahan
visual memang mengkagumkan, tetapi bagi mereka yang meneliti terperinci elemen-elemen
periklanan akan dapat mengetahui dan menyedari tentang ralat-ralat tersebut yang mengganggu
kelancaran dan kekemasan lakon layar.
Apa yang boleh dicadangkan antara lain adalah dikurangkan paparan peletakan produk-produk
lain terutamanya seperti eHarmony dan Papa Johns kerana kemunculannya dalam banyak babak
memberi gangguan kepada keunggulan Time Inc.s LIFE yang sepatutnya perlu ditampilkan dan
dipersembahkan sebagai idaman setiap penonton yang terdiri daripada sama ada dari kalangan
pembaca atau pelanggan setia majalah LIFE, peminat fotogafi dan pengembara mahupun mereka
yang tidak lansung mengetahui tentangnya.
Tidak semestinya disebabkan award peletakan terburuk oleh BrandChannel.com itu sahaja
membuktikan bahawa keseluruhan peletakan produk dalam filem ini tidak bagus kerana dalam
penerangan oleh penganjur, terdapat kesilapan pengajur dalam memahami lakon layar layar
filem ini, dan pengajur juga didapati merujuk kepada skrip asal filem ini yang tersebar meluas di
laman-laman sesawang walaupun produksi akhir filem ini berbeza sama sekali dengan skrip awal.
Terutamanya bagi peminat fotografi dan pengembaraan, filem ini mampu untuk menyuntik
semangat mengembara di samping mencipta kenangan-kenangan yang indah sama ada dirakam
ke dalam bentuk foto atau tidak. Apabila Walter bertanyakan kepada Sean OConnell bila dia
akan mengambil gambar harimau itu ketika harimau itu melintas di depan kamera berlensa
telefotonya, Sean lalu bermadah, Sometimes, I dont. If I liked a moment, I mean, me.
Personally. I dont like to have the distraction of the camera. I just wanna stay, in it.

10

RUJUKAN
Brandchannel. 2014. The envelope, please: the 2014 Brandcameo Product Placement Awards.
New
York:
Brandchannel.com
(atas
talian)
http://www.brandchannel.com/home/post/2014/02/27/140227-2014-BrandcameoProduct-Placement-Awards.aspx
Corniani, M. 2001. Product placement and brand equity. Dalam SYMPHONYA emerging issues
in management, no. 1. Milan: ISTEI
Lehu, J.M. 2007. Branded entertainment: product placement and brand strategy in the
entertainment business. London: Kogan Page.
LIFE, T.t. Walter Mitty and the LIFE Magazine covers that never were. (atas talian)
http://life.time.com/culture/walter-mitty-life-magazine-covers-that-never-were/#1
Nyoman Lia Susanthi. 2011. Placement iklan pada film alangkah lucunya negeri ini. Denpasar:
Institut Seni Indoneisa (atas talian) http://repo.isi-dps.ac.id/1206/
Reijmersdal, E.A.V. 2011. Mixing advertising and editorial content in radio programmes:
appreciation and recall of brand placements versus commercials. Dalam International
journal of advertising, vol. 30, no. 3. London: WARC (atas talian)
http://www.warc.com/Pages/CaseStudies/CaseFinder.aspx

11

Lampiran
a. Time Inc.s LIFE

12

13

b. eHarmony

14

c. Papa Johns

15

d. Kodak

e. Air Greenland

16

f. Google

g. CareerBuilder.com

h. JanSport

i. Dell, Chase

17

j. KFC, Volvo, Apple iPhone, Nabisco

k. Flip Skateboards

18

l. Singapore Airlines, Ethiopian Airlines, Heineken, Bell Helicopter, Instagram, Facebook,


American Airlines, Conan TBS, Sony, Nikon

19

m. Cinnabon, Beethoven Pianos, McDonalds, Bankers Box

20

You might also like