You are on page 1of 5

PENULISAN AKADEMIK

KONSEP KEIBUBAPAAN DAN CARA UNTUK MEWUJUDKAN HUBUNGAN MESRA


DAN KERJASAMA YANG ERAT DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI
Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka.
Dalam proses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokong
perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti positif
dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar kemahiran
spesifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anak-anak di bawah
jagaan mereka.
Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga dan peranannya sangat penting
dalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga yang
dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa sangat
penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited. Selain
daripada faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam usaha
mendirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep melentur buluh biar
dari rebungnya perlu diberi penekanan . Ibu bapa merupakan satu unit dan perlu
menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek sains dan kemanusiaan.
Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu
bapa menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahiran
keibubapaan. Namun demikian ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap kesilapan yang
mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan yang berkesan dan
telah mencadangkan latihan dalam kemahiran keibubapaan untuk para ibu bapa.
Banyak keluarga hendak melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka.
Ahli profesional pendidikan awal kanak-kanak mengakui nilai dan kepentingan
mewujudkan kerjasama berkesan dan bermakna dengan ibu bapa dan keluarga.
Penglibatan keluarga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada
konteks. Epstein mencadangkan 6 jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein
menghuraikan kerjasama yang perlu wujud di antara pihak sekolah, keluarga dan
masyarakat. Jenis penglibatan tersebut bukan berbentuk hieraki tetapi ia merupakan
suatu kerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli masyarakat dan ahli profesional
pendidikan awal kanak-kanak. Enam jenis penglibatan ibu bapa mengikut Epstein

merupakan keibubapaan, komunikasi, kesukarelawan, pembelajaran di rumah dan


membuat keputusan. Yang berikut merupakan sedikit sebanyak penerangan yang
ringkas bagi 6 jenis penglibatan ibubapa.
Bagi keibubapaan, pihak prasekolah membantu keluarga menguasai kemahiran
keibubapaan dan memahami perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya kemahiran
keibubapaan, ibu bapa akan bertambah mahir dalam mengasuh dan mendidik anak
anak mereka. Selain itu, mereka akan dapat memahami perkembangan anak anak
mereka bukan sahaja dari segi perkembangan fizikal tetapi juga dalam perkembangan
mental dan dipercayai bahawa ibu bapa akan bertindak mengikut perkembangan anak
anak mereka dengan meningkatkan lagi kelebihan anak anak mereka dan membaiki
kelemahan dalam diri anak anak mereka.
Bagi komunikasi pula, pihak sekolah mengamalkan pelbagai cara komunikasi
yang berkesan di antara sekolah dan keluarga. Dengan adanya komunikasi secara
formal ataupun tidak formal, para ibu bapa boleh menukarkan idea masing masing
kepada guru dan dapat memperoleh nasihat nasihat daripada guru untuk
meningkatkan

lagi

kecemerlangan

anak

anak

mereka.

Tambahan

pula,

sememangnya, komunikasi dapat mengeratkan hubungan antara dua pihak dan mereka
dapat saling memahami dan hubungan akan bertambah mesra selepas berkomunikasi.
Kalau dilihat dari sudut kesukarelawan, pihak prasekolah boleh menggalakkan
keluarga berkhidmat secara sukarela dengan pelbagai cara. Dalam proses berkhidmat
secara sukarela, silaturahim antara pihak prasekolah dengan ibubapa dapat dieratkan.
Kemesraan antara dua pihak boleh dibina sepanjang proses tugasan sukarela sedang
dijalankan.
Jenis penglibatan ibubapa yang seterusnya merupakan pembelajaran di rumah
dimana ia melibatkan keluarga yang menyokong aktiviti pembelajaran di rumah. Apabila
kanak kanak mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah, tetapi, kalau mereka tidak
mengulangkajinya di rumah, maka, lama kelamaan mereka akan melupakan ilmu
tersebut. Dengan itu, keluarga yang menyokong aktiviti pembelajaran di rumah dapat
meningkatkan penguasaan kanak kanak terhadap sesuatu pengetahuan dengan amat
berkesan. Kanak kanak boleh memahami sesuatu pengetahuan dengan lebih
mendalam dan harap harap asuhan tambahan aktiviti pembelajaran di rumah dapat
meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran kanak kanak.

Jenis penglibatan ibubapa yang seterusnya merupakan membuat keputusan


bersama keluarga dalam pengurusan prasekolah dan organisasi berkaitan. Hal ini amat
penting kerana dengan adanya permuafakatan daripada pelbagai pihak, ia akan
melicinkan lagi proses pengurusan sekolah dan ia dapat memenuhi kehendak pelbagai
pihak. Sesuatu hasil perbincangan yang dibina oleh pihak prasekolah dan ibubapa pasti
akan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk kanak kanak.
Jenis penglibatan ibubapa yang terakhir merupakan kolaborasi dengan
masyarakat dengan menyelaras perkhidmatan masyarakat untuk kebaikan bersama.
Perkhidmatan masyarakat dapat mengeratkan silaturahim pihak pengurusan prasekolah
dengan ibu bapa semasa dalam proses pelaksanaan sesuatu aktiviti komuniti atau
perkhidmatan yang diberi. Selain itu, komuniti masyarakat juga boleh menyumbang
kepada penambahbaikan dan pertingkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran
prasekolah.
Proses keibubapaan perlu dilihat dari sudut mikro dan makro. Kemahiran
keibubapaan adalah asas kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.
Keibubapaan tidak terhad kepada ibu bapa tetapi juga berhubungkait dengan
kematangan dan kesediaan institusi-institusi lain untuk bekerjasama.
.

Soalnya, apakah cara caranya untuk mewujudkan hubungan mesra dan

kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti?


Cara yang pertama merupakan aktiviti gotong royong bersama komuniti dan
ibubapa. Aktiviti gotong royong boleh dilaksanakan dua kali setahun supaya para ibu
bapa boleh melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Aktiviti gotong royong dapat
mengeratkan hubungan guru dan ibubapa serta komuniti masyarakat dengan menjadi
lebih erat dengan adanya komunikasi yang berlaku dan semangat tolong menolong dan
saling memahami apabila aktiviti gotong royong sedang dijalankan. Guru sedikit
sebanyak dapat memahami latar belakang seseorang pelajar secara lebih mendalam
melalui proses pelaksanaan gotong royong. Penukaran idea idea dan pemikiran dapat
berlaku sepanjang aktiviti gotong royong. Selain mengeratkan hubungan antara guru
dengan ibubapa, aktiviti gotong royong juga boleh mengeratkan lagi hubungan yang
mesra antara ibubapa ibubapa para pelajar. Ibu bapa boleh menukar idea tentang cara
meningkatkan lagi kecemerlangan anak anak dan bagaimana cara untuk menjadikan
proses pembelajaran anak anak mereka menjadi lebih berkesan dan bermakna. Selain

itu, gotong royong dapat mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum dengan adanya
penglibatan ibu bapa atau komuniti yang terdiri daripada kaum kaum lain. Dalam
proses bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu tugasan, silaturahim antara pelbagai
kaum dapat dieratkan dan mereka juga akan saling memahami dari segi agama, budaya
dan adat resam sepanjang aktiviti gotong royong dijalankan. Dengan itu, ia bukan
sahaja dapat mengalakkan perpaduan tetapi juga dapat meningkatkan dan melahirkan
hubungan mesra antara pihak prasekolah, ibu bapa dan juga komuniti.
Cara yang kedua merupakan karnival sukan. Pihak prasekolah boleh melibatkan
para ibu bapa dalam proses perancangan. Semua pihak akan menyumbang idea untuk
menyediakan kertas kerja yang dapat menepati kehendak semua. Kesemua kehendak
ini dapat memberi makna yang begitu mendalam dan berkesan kepada pelajar pelajar
prasekolah. Dengan adanya perbincangan dalam penyediaan pelaksanaan karnival
sukan, hubungan mesra antara ibu bapa dengan guru dapat dieratkan dengan
berkesannya dengan bermesyuarat berkali kali, bertoleransi dalam memberikan
pandangan dan menerima padangan serta berkongsi satu matlamat iaitu menjayakan
karnival sukan ini. Selain itu, dalam karnival sukan, boleh melibatkan komuniti seperti
mencari tajaan daripada komuniti komuniti untuk menajakan karnival sukan ini seperti
menaja air mineral, 100 plus, makanan, hadiah dan sebagainya. Sehubungan itu, bukan
sahaja ibu bapa yang memberi tenaga untuk menjayakan karnival sukan ini, tetapi,
komuniti juga mencuba sedaya upaya untuk sama sama menyumbangkan tenaga
menjayakannya. Dengan ini, hubungan yang mesra antara ibu bapa dan komuniti dapat
dipupuk dengan berkesan. Selain itu, dalam penyediaan karnival sukan, pihak
prasekolah, ibu bapa dan komuniti boleh bekerjasama untuk mendiri khemah dan dalam
proses bekerja bersama, amat yakin bahawa silaturahim antara pihak prasekolah, ibu
bapa dan komuniti dapat dieratkan dan akan melahirkan hubungan yang mesra antara
semua pihak. Tambahan pula, pihak sekolah boleh menjemput prasekolah prasekolah
lain untuk melibatkan diri dalam cara sukan di karnival sukan dan komuniti komuniti
luar adalah dijemput untuk menyaksikan perjalanan karnival sukan. Ini dipercayai dapat
mengeratkan hubungan yang mesra antara semua pihak dengan berkesan. Apabila
karnival sukan sedang dijalankan, para ibu bapa boleh menolong pihak sekolah untuk
mengelolakan karnival sukan dan pihak komuniti boleh juga menolong dari segi
pertolongan cemas, pengawalan keselamatan dan sebagainya. Dengan itu, sudah
terang lagi bersuluh, karnival sukan dapat mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat dengan ibu bapa dan komuniti dengan berkesan.

Cara yang seterusnya merupakan meraikan harijadi bagi setiap bulan atau
meraikan hari kanak kanak atau hari kasih ibu bapa dengan melibatkan para ibu bapa.
Cara ini dapat mewujudkan hubungan yang mesra antara ibu bapa dengan berkesan.
Hal ini demikian kerana, dengan adanya penglibatan ibu bapa dalam penyediaan majlis
majlis, silaturahim antara ibu bapa dan pihak sekolah akan dapat dieratkan dengan
amat berkesan. Ibu bapa akan saling menyumbang idea dan bertukar tukar fikiran
untuk menyediakan satu majlis hari jadi, hari kanak kanak atau hari kasih ibu bapa
yang sempurna dan bermakna kepada semua. Selain itu, dalam proses pelaksanaan
pula, ikatan antara para ibu bapa dapat menjadi amat erat apabila dengan hasrat yang
sama untuk menjayakan majlis majlis tersebut. Sikap bekerjasama dan bertoleransi
serta bertolak ansur akan dapat diserlahkan dalam pelaksanaan majlis tersebut.
Tambahan pula, bagi majlis yang besar besaran seperti hari kanak kanak atau hari
kasih ibu bapa, pihak prasekolah boleh juga menjemput orang awam untuk melibatkan
diri dalam aktiviti aktiviti yang disediakan dalam majlis majlis tersebut. Pihak
prasekolah, ibubapa ibubapa dan orang awam yang hadir ke majlis majlis itu akan
kenal mengenali dan secara langsung, hubungan yang mesra antara pihak
prasekolah, ibu bapa dan komuniti dapat diwujudkan dengan begitu mudah sahaja.
Cara yang seterusnya merupakan menganjurkan pertandingan yang melibatkan
anak dengan ibu bapa, guru dengan ibu bapa, orang awam dengan ibu bapa atau
antara prasekolah dengan prasekolah. Banyak pertandingan boleh dianjurkan. Sebagai
contoh, pertandingan memasak, pertandingan bola sepak, pertandingan menghasilkan
wau atau sebagainya.
-teknologi (fb emel whatsapp)
-kem perkemahan (alam sekitar)
-mesyuarat ibubapa guru (akadmik, sukan apa yg harus dipertingkatkan)
-secara sukarela membuat bbm, mengecat, membina taman permainan

You might also like