You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SETAUT BUDI SEUNTAI KASIH

Indah berbalam si awan petang,
Berarak dicelah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara
Yang dihormati dan di raikan, Ustaz Ahmad Bin Kasim , Mantan Guru Besar
Sekolah Agama Nurul Fallah , Felda Lok Heng.
Yang berusaha, En Asrul Hisham B Jasiman, Pengerusi Badan Kebajikan
Sekolah Agama Nurul Fallah ,
Yang dihormati ,Barisan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama
Nurul Fallah,
Yang dimuliakan Ustaz dan ustazah , Tuan-tuan , Puan-puan serta hadirin
yang di rahmati sekalian. Selamat datang di ucapkan ke Majlis Setaut Budi,
Seuntai Kasih , Majis bagi meraikan persaraan Ustaz Ahmad B Kasim.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi rahmat ilahi
Bunga Mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan ustaz
………………………………………. Untuk membacakan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Amin-amin Ya Rabbal Al Amin.
Mudah-mudahan dengan bacaan doa itu tadi maka majis ini dapat berjalan
dengan penuh rahmat dan keberkatan dariNYA.
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan,
Tampilah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Majlis dengan rasa takzimya, menjemput dan mempersilakan, En Asrul
Hisham B Jasiman, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Nurul Falah
untuk memberikan kata-kata aluan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Terima kasih di ucapkan di atas ucapan alu-aluan itu tadi.
Tanpa membuang masa,majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan
mempersilakan yang dihormati dan yang diraikan, Ustaz Ahmad Bin Kasim,
Mantan Guru Besar Sekolah Agama Nurul Fallah. Majlis dengan rasa rendah
dirinya mempersilakan tuan.
Terima kasih di atas ucapan itu tadi. Mudah-mudahan apa yang diucapakan
tadi bersemi dalam ingatan dan kekal menjadi kenang-kenangan.
Lebat rumbia di sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara,
Aluan sudah ucapan pun sudah,
Tibalah masa menjamu selera.
Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Ustaz
……………………………………..untuk membacakan doa.

Selamat menjamu selera.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian, majlis diteruskan lagi dengan
upacara penyampaian cenderahati. Majlis dengan ini menjemput dan
mempersilakan En Asrul Hisham Bin Jasiman bagi mengiringi Yang diraikan
,Ustaz Ahmad Bin Kasim untuk menerima cenderahati dan bingkisan. Majlis
dengan penuh hormatnya mempersilakan.
Penyampaian cenderahati dimulakan dengan :
1. Hadiah daripada Badan Kebajikan
2. Hadiah daripada ……………………………………………………..
3. Hadiah daripada ……………………………………………………..
4.Hadiah daripada ………………………………………………………
5. Hadiah daripada ……………………………………………………..
6. Hadiah daripada ……………………………………………………..
7. Hadiah daripada ……………………………………………………..
Terima kasih diucapkan di atas kesudian tuan menerima cenderahati itu tadi.
Maka dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada malam yang berbahagia
ini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau silap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian…. AssalamualikumW.B.T