You are on page 1of 3

RAHMAT BIN MUSA

SK PEREMPUAN BANDAR TINGGI, JOHOR BAHRU


A. MAKLUMAT DARIPADA BUKU REKOD MENGAJAR
TARIKH

27 APRIL 2015

WAKTU

10.20 11.50 pagi

KELAS

1 ARIF

TAJUK PDP
TERBUKA

KONSTRUK

OBJEKTIF PDP :

1, 2 DAN 3 HURUF DAN SUKU KATA & PERKATAAN

1) MURID DAPAT MENGENAL HURUF KECIL DAN HURUF BESAR A Z


2) MURID DAPAT MEMBACA DAN MENYEBUT SUKU KATA KV DAN
PERKATAAN KV+KV

REFLEKSI PDP
HASIL PdP MENDAPATI SERAMAI 4/9 ORANG MURID TAHUN 1 ARIF MASIH TIDAK
MENGENAL HURUF A-Z SECARA RAWAK DAN TIDAK DAPAT MEMBACA SUKU KATA
TERBUKA KV APATAH LAGI PERKATAAN KVKV.

B. PELAKSANAAN TINDAKAN YANG SAYA JALANKAN IALAH :


1. CARTA HURUF A-Z BESAR DAN KECIL
Kanak-kanak peringkat awal dalam penguasaan membaca dan mengenal huruf
kebiasaannya akan menghafal sistem huruf konsonan a z secara nyanyian.
Masalah yang berlaku adalah ada sebilangan murid-murid yang masih menghafal
huruf secara kronologi nyanyian dan hafalan. Sepatutnya, mereka mesti
mengenal huruf dari segi bentuk dan rupa, fonemnya dan penggunaannya
membentuk perkataan seperti awalan perkataan a untuk ayam dan b untuk
bola.
Oleh yang demikian ketika PdP saya berjalan, saya menemui ada 4 orang murid
Tahun 1 Arif yang tidak dapat menyebut nama konsonan yang saya tunjukkan
secara rawak tetapi apabila mereka menyanyikan lagu a z secara nyanyian
barulah mereka dapat menamakan konsonan tersebut.
Justeru, saya telah menjalankan satu kaedah alternatif menggunakan bahan
maujud seperti cawan kertas atau polisterin, kertas manila atau kotak, marker
pen atau magic pen dan kertas A4 berwarna. Ideanya ialah untuk membina carta
konsonan a-z kecil dan A-Z besar yang akan ditampalkan pada belakang dasar
cawan untuk dikembalikan kepada stesen-stesen huruf pada kad manila. Untuk
lebih lanjut boleh rujuk gambar pada Rajah 1.

Rajah 1 menunjukkan carta konsonan huruf kecil dan huruf besar a-z yang
2. AKTIVITI
MENYATUKAN
SUKU
KATA
KV MEMBENTUK
PERKATAAN
KVKV
digunakan
untuk
latih tubi murid
tidak
menguasai
konsonan a-z
atau Konstruk
1 dalam Literasi.
Penguasaan perkataan KVKV bermula secara struktur fonologi perkataan iaitu KV.
Oleh itu, murid-murid telah dilatih tubi membaca dan menyebut suku kata kv
menggunakan kad imbasan dan carta suku kata. Setelah itu, cara alternatif untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran perkataan suku kata terbuka seperti kvkv
dan kvkvkv, maka aktiviti menyatukan suku kata KV membentuk perkataan
adalah sangat kritikal dalam pengajaran pemulihan.
Aktiviti menyatukan suku kata yang telah saya gunakan mengambil kira faktor
aktiviti berkumpulan, menarik minat, memberikan cabaran berfikir dan menjana
kemahiran murid untuk berfikir sambil dipandu dengan gambar dan sebutan
perkataan oleh guru. Berdasarkan bentuk Bahan Bantuan Mengajar Matematik
menggunakan penyidai baju dan sepit berwarna, saya telah mengubah suai
untuk digunakan dalam PdP Bahasa Melayu. Untuk lebih terperinci sila lihat rajah
2 gambar di bawah.

Rajah 2 menunjukkan aktiviti menyatukan suku kata KV menjadi perkataan


KVKV dan perkataan KVKVKV. Murid sangat teruja dengan aktiviti ini kerana
berbentuk didik hibur.

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah :


1. Kesemua 9/9 orang murid pemulihan LINUS dibawah bimbingan saya sudah
menguasai Konstruk 1, 2, dan 3 dalam tempoh 3 minggu sahaja. Ini adalah
tempoh terpantas yang pernah saya lalui untuk memastikan murid-murid ini
menguasai konstruk yang disasarkan berbanding dengan cara sebelum ini yang
bergantung kepada kad imbasan dan buku bacaan modul semata-mata. Pada
minggu ke 4 PdP berjalan, dapatlah saya menjalankan ujian formatif untuk
mengetahui tahap penguasaan kemahiran yang telah saya ajarkan dengan
mensasarkan penguasaan mereka sebanyak 70 peratus ke atas.

You might also like