You are on page 1of 5

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Bil

Bentuk Soalan

Objektif

Kemahiran
Bidang / Topik / Topik Kecil

Kognitif

Penilaian

Sintesis

Analisis

Pengetahuan

Aplikasi

Tatabahasa
Kata sendi
Kata nama
Kata adjektif
Kata berimbuhan
Kata hubung
Kata tanya

Kefahaman

1.1

Jumlah
Item

1
2

18

1
1

1.2

1.3

Sintesis
Pola ayat
Struktur ayat

Membaca dan Memaham


Menjawab 10 soalan

10

kefahaman berdasarkan

petikan yang dibaca


Memberi erti perkataan
berdasarkan petikan di

1.4

atas
Peribahasa
Simpulan bahasa
Perumpamaan

1
1

Jumlah

40

Menganalisis soalan peperiksaan Tahun 6 dari segi kekuatan dan kelemahan soalan
berpandukan JSU dan aras soalan.

11

Jadual Spesifikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari
segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks,
pemberatan tiap konteks dan pemberatan taburan aras kesukaran. Menurut Kubiszyn dan
Borich (2003), JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan
kandungan pengajaran. Seseorang guru wajar membina JSU sebelum membina soalan
yang akan dijadikan kayu ukur kepada murid-murid. JSU mempunyai peranan yang penting
dalam pembinaan soalan yang kita hasilkan. Antara kepentingan JSU adalah untuk
mengelakkan daripada seorang guru membina ujian secara sembarangan. Sekurangkurangnya dengan adanya JSU, seseorang guru itu akan menghasilkan soalan-soalan yang
akan diuji oleh murid-muridnya setelah melalui beberapa garis panduan yang telah
ditetapkan.
Berdasarkan soalan peperiksaan Tahun 6 Kertas 1 yang saya analisis,kandungan
ujian tentang topik-topik pelajaran

terdiri daripada tatabahasa, sintesis, membaca dan

memaham serta peribahasa. Kandungan tajuk dinilai dan analisis adalah merujuk kepada
kandungan buku teks dan sukatan pelajaran yang telah dirangka. Pembinaan soalan dibuat
berdasarkan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid. Skop kedalaman sesuatu
topik diajar dan pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk juga diambil
kira. Tatabahasa terdiri daripada kata sendi, kata nama, kata adjektif, kata berimbuhan, kata
hubung dan kata tanya. Bagi sintesis pula terdiri daripada pola ayat dan struktur ayat. Topik
seterusnya ialah membaca dan memaham berdasarkan 10 soalan kefahaman berdasarkan
petikan yang dibaca serta memberi erti perkataan berdasarkan petikan. Topik akhir ialah
peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa dan perumpaan.
Aras kemahiran ujian mestilah bergantung kepada aras Taksonomi Bloom dan juga
objektif pendidikan semasa. Aras kemahiran mengikut Taksonomi Bloom adalah aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Sebelum menentukan
aras kemahiran yang akan dinilai, perlu menganalisis objektif pengajaran untuk menentukan
pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
Berdasarkan aras kemahiran mengikut Taksonomi Bloom yang saya analisa,
terdapat 14 soalan aras rendah iaitu tujuh soalan aras pengetahuan. Aras pengetahuan
menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan
yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama
pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras
yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik
atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Aras seterusnya adalah pengetahuan
tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Ciri-ciri khusus

12

soalan aras pengetahuan ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat
semula apa yang telah dipelajari. Kekuatan aras ini ialah aras rendah memudahkan murid
untuk menjawab soalan yang diberi kerana ia hanya perlu mengingat kembali fakta atau
pengetahuan yang telah dipelajari. Kelemahan aras pengetahuan pula ialah jika terlalu
banyak soalan aras ini, akan menyebabkan intelektual murid tidak meningkat. Oleh itu, JSU
sangat penting untuk menggubal soalan mengikut peringkat-peringkat yang bersesuaian
dengan murid.
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Terdapat tujuh soalan daripada aras ini.
Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras
kefahaman terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan
murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal. Yang kedua
pula ialah mentafsir atau interpretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau
maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu
membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan
maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat
interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan
maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Kekuatan aras ini ialah ia masih berada
di aras rendah jadi soalannya memudahkan murid untuk memilih jawapan dengan tepat.
Murid perlu mentafsir irdea dan menerangkan idea dalam ayat sendiri. Kelemahan aras ini
ialah murid yang lemah akan sukar untuk menjawab soalan ini kerana mereka mungkin tidak
dapat mentafsir
Aras sederhana pula ialah terdapat 17 soalan. Sepuluh soalan ialah daripada aras
aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan
prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum
untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan
proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang
sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan
susunkan.
Seterusnya adalah aras analisis. Terdapat tujuh soalan dalam aras ini. Analisis
mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan
memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar
mengenalpasti unsur-unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalah yang pertama aras
analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari
bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.

13

Aras tinggi pula terdapat Sembilan soalan yang terdiri daripada enam soalan aras
sintesis dan tiga soalan aras penilaian. Aras sintesis memerlukan keupayaan murid untuk
menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini
penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba
menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Kategori yang
kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah
kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau
membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan
sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta.
Aras penilaian menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria
yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil
kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan
piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri
khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu
bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh
mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam
penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu
menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh
kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang
dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran
iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati.
Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai
kebudayaan tertentu.
Pemberatan peratusan aras kemahiran pula ialah peratusan pemberatan pada
kandungan dinilai pada kandungan aras kemahiran berdasarkan kepada tempoh masa
mengajar dan juga kepentingan untuk mengajar sesuatu kemahiran tersebut.
Kekuatan soalan berpandukan JSU dan aras soalan ialah mempunyai ciri
kebolehpercayaan. Menurut Hale (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu
dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian
dari segi kebolehpercayaan, kesahan dan seterusnya pengukuran yang adil. Kelebihan
seterusnya ialah dapat mengukur proses mental yang tinggi. Sekurang-kurangnya dengan
adanya JSU, seseorang guru itu akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh
murid-muridnya setelah melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan. Antara
perkara yang diambil kira dalam pembinaan soalan termasuklah tahap kemampuan murid
serta bentuk soalan itu sendiri.

14

Kekuatan seterusnya ialah ujian objektif bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak
memerlukan kefasihan bahasa. Selain itu, kekuatan bagi soalan objektif ialah seseorang
guru memerlukan masa yang lebih singkat untuk memeriksa atau menyemak kertas
jawapan murid berbanding dalam bentuk struktur atau esei. Penilaian dijalankan kepada
murid-murid setiap tahun. Soalan-soalan yang diajukan tentunya berbeza-beza antara satu
tahun dengan tahun yang lain. Tanpa adanya JSU kemungkinan tahap atau aras kesukaran
ujian-ujian itu amat berbeza antara tahun ke setahun. Jadi, JSU berperanan untuk
menstabilkan aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Set ujian-ujian itu sesuai digunakan
oleh murid pada bila-bila masa sahaja. Kelebihan seterusnya ialah dapat menstabilkan taraf
dan aras kesukaran ujian.
Kelemahan soalan berpandukan JSU dan aras soalan pula ialah tidak dapat
mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sintesis idea-idea dan
melahirkannya secara sepadu. Selain tu, kelemahan soalan berpandukan JSU dan aras
soalan ialah memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya.
Selain itu, banyak tenaga yang digunakan.
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu
ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian
adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan.
Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting.

15

You might also like