You are on page 1of 4

Bengkel Asas Membaca: Kaedah Fonetik

Definisi
Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa
Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang
fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.
Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.
Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan
memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya,
manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik
ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang
diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun
bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni
menurut Dr. Lufti Abas (1985).

Konsep Membaca Kaedah Fonetik


Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari
sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini
digunakan kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem
kaedah membaca secara tradisional. Pengajaran membaca menggunakan kaedah
tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanakkanak mahir dan menguasai kemahiran membaca.
Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju.
Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah
tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit
sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini juga
merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah
dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.

Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf


dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori
bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang),
hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.
Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat
dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad
yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.
Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan
konsonan seperti berikut:
a. Bunyi vokal

b. Bunyi konsonan
a

beh
aaa

eee

iii

ooo

uuu

en

b
c

ceh

peh

deh

qeh

feh

rer

geh

sss

heh

teh

jeh

vev

keh

weh

el

yeh

em

zez

Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata,


dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh
menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai
sokongan.
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi
huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata
pula boleh dibina, kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi
perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat
mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

Kaedah Fonetik.
- Sesuai untuk kanak-kanak yang baru mengenal huruf.
- Murid perlu mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi.

- Asosiasi bunyi.
Contoh : Guru membunyikan aa dan mengaitkannya dengan peristiwa atau
kejadian di kawasan persekitaran seperti terkena api, aaaaaaaaaaa panas!

- Asosiasi gambar.
Contoh : Guru menggunakan kad gambar emak untuk bunyi ee.

Guru memperkenalkan bunyi-bunyi a, i, u dahulu kerana e dan o lebih kurang


digunakan. Konsonan pula diperkenalkan dahulu k,s,t,d,r,l,m,g, dan n
kerana ia bunyi-bunyi yang lebih mudah berbanding konsonan yang lain.

Kelebihan Kaedah Fonetik.

Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.


Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.
Murid dapat mengurangkan beban memori.
Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu

Kelemahan Kaedah Fonetik

Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini.


Sesuai untuk murid-murid yang pandai.
Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca.
Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu.
Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan
mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.

Rumusan Kaedah Fonetik.


Kaedah

Fonetik

menggunakan

bunyi-bunyian

vokal

dan

konsonan

untuk

memperkenalkan perkataan. Contohnya bunyi vokal untuk e merupakan furuf vokal


untuk perkataan emak. Contoh huruf konsonan pula iaitu huruf l boleh dikaitkan
dengan objek lori. Maka, murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan konsonan
itu untuk dikaitkan dengan perkataan dan objek yang lain.

You might also like