You are on page 1of 22

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

5
PENGGUNAAN BUKU-E: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA
DALAM KALANGAN MURID DARJAH 4
Mohamed Ali Mohamed Iqbal
mohamed_ali_mohamed_iqbal@moe.edu.sg
Sekolah Rendah Bendemeer
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengupas keberkesanan perisian buku-e sebagai alat
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) terutama pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu
dalam kalangan murid darjah 4 di Sekolah Rendah Punggol, Singapura. Perisian
buku-e merupakan antara bahan TMK yang telah dikenal pasti sebagai agen
perangsang kerana mempunyai elemen-elemen multimedia yang membantu murid
mencapai tahap penguasaan dengan lebih optimum. Pada masa yang sama,
menjadikan perisian buku-e sebagai bahan penyelesaian terhadap masalah
pembacaan murid serta mengeksploitasi kecenderungan murid terhadap teknologi
komputer untuk menarik minat mereka dalam aktiviti membaca. Sebelum
melaksanakan kajian, kerangka konsepsi telah dilakarkan berdasarkan prinsip
pembelajaran Behavioris, Kognitif dan Konstruktivis, dan prinsip model reka bentuk
pengajaran Gagne dan ASSURE serta dengan model pembacaan InteraktifPengimbangian yang dirujuk melalui metode kepustakaan. Metode pembinaan
bahan pula melibatkan siri pengujian bagi menyediakan perisian buku-e untuk
digunakan semasa sesi lapangan. Berdasarkan perbincangan dapatan, perisian
buku-e yang dibina menepati tujuh ciri multimedia. Nilai-nilai min yang tinggi dalam
perbincangan kuantitatif serta pandangan positif oleh pemerhati dalam perbincangan

Kata Kunci: Buku-E, Kemahiran Membaca, multimedia, Behavioris, Kognitif,


Konstruktivisme, Interaktif, Prinsip Pembelajaran

96

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Pengenalan
Era global berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) jelas telah
mempengaruhi landskap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di
peringkat sekolah. Berbezanya penggunaan bahan-bahan bercetak serta tulisan
tangan di papan tulis, kini keberadaan prasarana bagi integrasi TMK telah
merevolusikan strategi konservatif itu kepada penggunaan perisian komputer,
multimedia, pakej pembelajaran secara berkomputer bagi membantu penguasaan
kemahiran-kemahiran murid dalam proses P&P.
Kemahiran membaca dalam bahasa Melayu merupakan salah satu
kemahiran yang disebutkan itu. Lazimnya, kemahiran membaca diasah melalui
penggunaan bahan membaca seperti teks bercetak atau bahan cereka berilustrasi.
Kini, integrasi TMK di peringkat sekolah dapat memberi nafas baru kepada usaha itu.
Misalnya, penggunaan buku-e atau cereka digital sebagai alat TMK dapat
menyediakan pelbagai peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi dan
meneroka perisian tersebut di samping membaca bahan bacaan pada kadar
pembacaan individu. Tambahan itu, fitur-fitur buku-e seperti text-to-speech, animasi
serta kemudahan bernavigasi dengan hyperlink dapat meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran membaca murid-murid ke tahap lebih tinggi. Oleh itu, para
guru dan pendidik setempat haruslah memanfaatkan kebaikan penggunaan buku-e
ini demi peningkatan dalam penguasaan bahasa Melayu murid-murid.
Pernyataan Masalah
Kanak-kanak yang dilahirkan dalam dunia berasaskan TMK dianggap sebagai IT
natives. Hal ini bermaksud bahawa kehidupan mereka ini dikelilingi teknologi dan
mereka dibesarkan dalam persekitaran teknologi yang menjadi amat akrab pada diri
mereka. Misalnya, kanak-kanak seawal setahun sudah didedahkan kepada aplikasiaplikasi interaktif dalam iPad atau iPhone. Hal ini berbeza dengan mereka yang
dibesarkan sebelum kemunculan TMK, iaitu IT foreigners. IT foreigners merujuk
kepada mereka yang telah dibesarkan dengan kaedah pembacaan secara tradisi.
Kaedah ini dianggap berkesan pada masa itu kerana tiada TMK sebagai wadah
alternatif.

97

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Namun demikian, keberadaan aplikasi iPad, telefon bijak, perisian komputer


dan pelbagai format multimedia di internet seperti YouTube, Facebook, Twitter telah
mengubah semua itu. Kanak-kanak masa ini merasakan bahawa aplikasi interaktif
seperti sedemikian mempunyai daya tarikan yang tinggi. Apatah lagi, pergerakan
animasi, warna, suara serta peluang mengendalikan perisian itu secara berautonomi.
Oleh itu, bahan-bahan bercetak tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada diri
murid-murid di sekolah sedangkan peringkat sekolah masih lagi bergantung pada
teks-teks bercetak bagi memupuk minat membaca dan mengasah kemahiran
membaca. Oleh itu, murid-murid mula merasakan masa yang diperuntukkan bagi
aktiviti membaca itu membosankan dan kurang memuaskan berbanding sekiranya
mereka berpeluang menggunakan kemudahan TMK. Oleh itu, guru-guru harus
mengeksploitasi prasarana dan penyediaan TMK sekiranya hendak menarik minat
dan memupuk sikap membaca dalam diri murid-murid. Malahan, pihak perpustakaan
turut boleh memainkan peranan dengan penyediaan koleksi buku-e. Masalah minat
harus diatasi pada tahap awal supaya kemahiran membaca itu boleh dibina dan
dipupuk dengan baik.
Kedua, masalah pembacaan setiap individu tidak dapat dikenal pasti dan
ditangani secara berkesan melalui strategi pembacaan konvensi seperti choral
reading, pair reading, model reading dan juga individual reading yang berasaskan
teks bercetak. Hakikatnya, setiap murid mempunyai masalah pembacaan yang
berbeza-beza. Tambahan itu, tahap masalahnya juga rencam dan sukar untuk
dilaksanakan dalam sebuah kelas dengan nisbah 30 hingga 40 murid kepada
seorang guru. Justeru, guru menghadapi masalah untuk menilai dan memperincikan
setiap masalah pembacaan bagi setiap murid itu. Lazimnya, guru akan mengatasi
masalah tersebut dengan menggunakan teknik modelling, pair reading atau
intervensi secara individu selepas masa sekolah. Dengan memanfaatkan fitur-fitur
dalam buku-e seperti text-to-speech, word recognition, hyperlink dengan definisi
serta pilihan untuk merakam suara bagi tujuan analisis dan pemberian skor
pembacaan, murid-murid itu sendiri boleh meneroka dan mempertingkatkan
kemahiran membaca diri sendiri. Secara tidak langsung, ini menggalakkan
pembelajaran kendiri yang berpusatkan murid. Guru hanya berfungsi sebagai
pemudah cara dan boleh memberi fokus kepada murid-murid yang berada pada
tahap rendah sekali. Tambahan, buku-e mengasah pergerakan dan koordinasi mata
98

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

dengan otak melalui penggunaan animasi dan ini membantu penguasaan semantik
dan pemahaman teks bacaan.
Tujuan Kajian
Tujuan kajian eksperimen ini dijalankan adalah untuk:
1. mereka bentuk sebuah perisian buku-e untuk digunakan dalam
pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu;
2. menguji keberkesanan perisian buku-e dalam meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu; dan
3. menganalisis tahap penguasaan kemahiran membaca murid sekolah
rendah darjah tiga melalui penggunaan perisian buku-e.
Kajian Literatur
Kutipan kajian terdahulu akan dibincangkan daripada dua sudut yakni kajian-kajian
asing dan kajian-kajian tempatan.
Kajian Tempatan
Secara dasarnya, kebanyakan kajian tempatan menggunakan pelbagai wadah TMK
untuk memupuk kemahiran membaca. Antaranya, penggunaan bahan CDRI oleh
Abdul Fuad Mohamed Salim dan Izani Hj Daud (2010) di Malaysia. Kajian ini telah
menjalankan dua jenis kaedah P&P, Stand-Alone (berpusatkan pembelajaran kendiri)
dan Bilik Darjah (berpusatkan penyampaian guru). Dalam perbincangan dapatan,
kedua-dua pengkaji mendapati bahawa murid-murid lebih berminat untuk menjalani
kaedah Stand-Alone. Pada masa yang sama, pencapaian murid dalam praujian dan
pascaujian turut membuahkan hasil yang positif, iaitu peningkatan dari segi
penguasaan tahap kemahiran membaca.
Nor Zakiah Arif dan Nurhani Idris (2012) di Singapura pula menggunakan
Portal 10M Aksara bagi tujuan yang serupa. Bahan tersebut membolehkan murid
mencontohi teks rakaman di samping merakam pembacaan sendiri bagi tujuan
penilaian. Melalui differentiated assignments yang disediakan bagi tiga kumpulan
tahap murid yang berbeza dalam portal ini, murid-murid telah didedahkan kepada
pelbagai genre pembacaan. Dalam pada itu, murid-murid dalam kumpulan lemah
dibantu murid-murid dalam kumpulan yang tahap pembacaannya lebih baik. Jelas
pada akhir sepuluh minggu, kedua-dua pengkaji telah mendapati peningkatan yang
membanggakan dalam tahap pembacaan bagi setiap kumpulan murid.
99

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Walaupun kajian Lokman Abd Wahid (2009) bukan tentang penggunaan


buku-e, kajian beliau telah menjelaskan kepentingan pengintegrasian alat TMK ke
dalam kandungan pedagogi. Dalam kajiannya, beliau telah menyentuh tentang
syarat-syarat yang harus dipenuhi bagi memastikan pengintegrasian TMK yang
lancar. Beliau juga telah membincangkan beberapa model pemprosesan maklumat
yang sesuai seperti ADDIE, Hanaffin & Peck dan model Hipermedia dalam
membentuk pakej pembelajaran berasaskan TMK. Jelas, kajian beliau ini tidak
hanya membincangkan aspek-aspek teori tetapi turut dalam bentuk praktis agar
pengintegrasian TMK, yakni penggunaan buku-e tersebut ke dalam kandungan
pedagogi dalam dilaksanakan dengan berkesan.
Kajian Asing
Kajian-kajian asing pula lebih memberikan fokus kepada buku-e secara total sebagai
bahan TMK utama dalam kajian mereka. Misalnya, kajian oleh Chau (2008) telah
menjelaskan kekuatan dan kelemahan buku-e. Antara salah satu kekuatan buku-e
yang dikupas ialah fitur-fitur multimedia yang pelbagai dapat membantu murid-murid
dalam

mendekod,

menginferens

dan

memahami

pembacaan

mereka.

Kelemahannya dilihat dari sudut jumlah waktu yang panjang menjawab soalan
kefahaman berbanding menggunakan bahan bercetak. Walau bagaimanapun,
kekuatan-kekuatan yang dibincangkan mengarah kepada peningkatan tahap
penguasaan membaca, kemahiran inferens dan perkembangan bahasa. Justeru,
beliau menyimpulkan bahawa buku-e tetap memberikan kesan positif terhadap
pembelajaran murid-murid.
Kajian

oleh

Roskos dan

Brueck

(2009)

pula

memberi fokus

dan

menyenaraikan fitur-fitur buku-e serta elemen multimedia penting yang harus wujud
dalam pengkonseptualisasian buku-e. Pada masa yang sama, mereka turut
menyentuh kelebihan penggabungjalinan elemen multimedia yang agar dapat
mengoptimumkan bahan buku-e bagi memupuk tahap pembacaan dalam kalangan
murid-murid. Biancarosa dan Griffiths (2012) pula membincangkan hal yang agak
serupa tetapi berkesempatan mengaitkan keberadaan fitur dan elemen multimedia
tersebut kepada jenis-jenis P&P seperti pengajaran kemahiran asas, pengaktifan
pembaca kendiri dan strategik, pembinaan pengetahuan dan sokongan membantu
membaca, sokongan khusus secara individu dan penilaian.
100

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Seterusnya, kajian Mckenna dan Zucker (2009) juga menyentuh tentang


penggunaan buku elektronik atau buku-e dalam pembelajaran dalam kajian mereka
yang bertajuk Use of Electornic Storybooks in Reading Instruction; from theory to
practice. Kedua-dua pengkaji ini menjelaskan bahawa pemilihan buku-buku-e bagi
tujuan pengajaran haruslah berdasarkan objektif dan tujuan pembacaan dan
pengajaran kemahiran membaca. Mereka turut menambah bahawa fitur-fitur buku-e
ini bersifat pengimbangian kerana pelajar boleh memanfaatkan fitur seperti teks
bersuara untuk mendengar sebutan sesebuah perkataan ataupun penggunaan
animasi bagi memahami konteks cerita. Oleh itu, mereka mengusulkan penggunaan
model pembacaan Interactive-Compensatory sebagai model terapan untuk meneliti
hubungan antara buku-e dan penguasaan membaca.
Namun, kajian mereka ini bersifat satu andaian dan projeksi terhadap
kemungkinan besar buku-e ini boleh dijadikan sebagai assistive technology. Kajian
ini hanya telah melakarkan graf andaian bahawa murid akan mencapai prestasi
membaca yang agak baik melalui sokongan pengimbangian yang diberikan oleh
buku-e. Justeru, mereka yakin bahawa penggunaan buku-e ini pasti akan
merapatkan jurang tahap penguasaan membaca antara murid lemah dengan murid
bertahap tinggi. Pada masa yang sama, mereka tidak membincangkan penguasaan
kemahiran membaca itu secara terperinci dan kritis. Walau bagaimanapun, kajian ini
banyak membantu dalam mengasaskan kajian yang akan dijalankan. Perbincangan
mereka yang dilakukan secara teoretis dan berandaian memberikan gambaran
terhadap sejauh mana penggunaan buku-e ini berkesan dalam peningkatan
penguasaan tahap membaca seorang murid itu.
Jelas, kajian-kajian terdahulu telah membantu dalam pembentukan dan
perancangan kajian ini. Hal ini disebabkan kekurangan serta cadangan pembaikan
yang ditimbulkan dalam kajian-kajian terawal telah diambil sebagai iktibar bagi
menjadikan kajian ini lebih menyeluruh dan berbeza dengan kajian-kajian terdahulu.
Kaedah Kajian
Metode yang digunakan dalam sebuah kajian saling bergantung kepada instrumen
yang digunakan. Oleh itu, kedua-duanya itu harus berpadanan agar data yang
dicungkil relevan dan boleh digunakan untuk memastikan pencapaian objektif kajian.

101

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam kajian ini.


Kaedah Kepustakaan
Kaedah ini melibatkan rujukan kepada beberapa bahan sekunder seperti buku The
Conditions of Learning oleh Gagne (1977) dan Lenses on Reading oleh Tracey dan
Morrow (2010) bagi memahami aspek teori, model dan implikasi terhadap
pembelajaran dan pembacaan. Beberapa bab dalam buku juga dirujuk seperti The
eBook as a learning object in an online world oleh Roskos dan Brueck (2009) untuk
mendapatkan definisi dan pegangan konsep bagi beberapa istilah penting yang
digunakan dalam kajian ini.
Selain itu, beberapa jurnal dan penulisan akademik bersifat latihan ilmiah,
disertasi dan tesis dirujuk bagi mendapatkan lebih maklumat tentang isu, latar
belakang, metode dan juga hasil kajian yang berkaitan dengan kajian ini. Antaranya,
Keberkesanan

Aplikasi

TMK

dalam

Meningkatkan

Penguasaan

Kemahiran

Membaca Murid: satu kajian kes oleh Abdul Fuad Mohamed Salim & Izani Hj Daud
(2010) dan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan: Pengajaran Penulisan Kreatif
Bahasa Melayu di kalangan Murid darjah lima Singapura oleh Norainee Mohd Salleh
(2000).
Kaedah Pembinaan dan Pengujian Bahan
Kaedah ini dijalankan sebelum kaedah lapangan. Kaedah ini melibatkan pembinaan
dan pengujian bahan buku-e untuk memastikan buku-e itu bertepatan, bersesuaian
dan

berfungsi

tanpa

masalah

sebelum

digunakan

dalam

sesi

lapangan.

Pembinaannya isi kandungan cerita buku-e mencakupi pemilihan dan penyesuaian


kosa kata dengan dan tahap penguasaan kemahiran membaca murid. Pembinaan
aspek teknikal akan dilakukan dengan menggunakan clipart, gifs, motion paths,
custom animations dan audio suara. Kaedah pengujian pula melibatkan sesi
pengujian dengan menyemak silang bahan buku-e yang dibina dengan instrumen
senarai semak bagi aspek keselarasan buku-e dengan elemen-elemen multimedia
yang efektif. Kedua, pengkaji akan menyemak silang kelancaran perisian buku-e itu
dari segi operasi buku-e itu.

102

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Kaedah Lapangan
Kajian ini bersifat penyelidikan tindakan dan menjadi teras bagi mendapatkan datadata relevan. Secara keseluruhan, kaedah lapangan ini meliputi lima sesi. Sesi
pertama dan terakhir diperuntukkan untuk menjalankan kaedah prapenilaian dan
pascapenilaian manakala tiga sesi pertengahan diperuntukkan untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku-e.
Kaedah Prapenilaian dan Pascapenilaian
Kaedah penilaian pra- dan pasca- bertujuan untuk mencungkil data kuantitatif
berkenaan tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid sebelum dan
selepas menjalani sesi penggunaan buku-e bagi tujuan analisis.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Kaedah P&P ini melibatkan tiga sesi pengajaran yang akan dilaksanakan pada
setiap minggu. Setiap sesi tersebut akan dilaksanakan dalam bentuk pengajaran
yang lengkap. Sesi tersebut akan dikendalikan oleh pengkaji sendiri agar
mempunyai autonomi untuk mengawal arah tuju pengajaran serta mengambil
langkah-langkah alternatif sekiranya ada cabaran dan sebagainya.
Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ini akan dijalankan oleh empat guru bahasa Melayu Sekolah
Rendah Punggol. Guru-guru tersebut berperanan sebagai pemerhati untuk meneliti
dan memberikan tumpuan kepada cara pengajaran dikendalikan dan, interaksi dan
penglibatan murid dengan buku-e.
Kaedah Soal-selidik
Borang soal-selidik akan dijawab oleh para guru semasa memerhati, selepas sesi
pemerhatian dan juga pada sesi terakhir. Soalan-soalannya berkaitan dengan
aspek-aspek

keberkesanan

buku-e,

pembelajaran

menggunakan

buku-e,

penglibatan murid dengan buku-e dan tahap penguasaan kemahiran membaca


melalui penggunaan buku-e. Borang soal-selidik bagi murid-murid akan dilakukan
selepas melalui sesi pengajaran terakhir, iaitu sebelum penilaian pasca-. Data yang
dicungkil dalam kaedah soal-selidik ini akan digunakan bagi tujuan analisis
103

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

kuantitatif dan kualitatif. Analisis kuantitatif akan mengambil kira jumlah skor
daripada soalan-soalan tertutup guru dan murid-murid. Analisis kualitatif akan
mengambil kira pandangan dan komen yang dijawab guru-guru dalam soalan
terbuka.
Kaedah statistik
Kaedah statistik melibatkan pengolahan data mentah dalam bentuk jadual dan rajah
supaya bersifat sistematik bagi tujuan perbincangan analisis. Antara metode statistik
yang dirujuk telah dibincangkan secara khusus oleh Majid Konting (2000) dalam
bukunya Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Antaranya yang digunakan ialah teknik
taburan frekuensi, selang kelas dan pengiraan min akan digunakan bagi
memudahkan pemerihalan data dalam perbincangan dapatan.
Subjek dan Bahan Kajian
Kajian ini melibatkan seramai 12 murid darjah 4 sebagai subjek kajian yang dipilih
daripada kumpulan HA rendah, kumpulan MA dan LA tinggi. Secara keseluruhan,
julat markah pembacaan lantang mereka adalah antara 17 sehingga 12 sahaja.
Murid-murid golongan HA tinggi tidak akan dipilih disebabkan keupayaan tahap
pembacaan mereka yang baik. Murid-murid golongan LA rendah pula sering
memerlukan program intervensi bahasa seperti mengenal suku kata, sight words
dan sebagainya.
Bahan kajian pula terbatas kepada penggunaan perisian buku-e sebagai
bahan bacaan alternatif. Perisian buku-e ni akan memaparkan penggunaan bahasa
yang bersesuaian dengan tahap penguasaan bahasa murid darjah 4. Hanya tiga
sahaja buku-e yang akan digunakan bagi seluruh kajian. Selain itu, terdapat juga
bahan-bahan lain seperti bahan pra- dan pasca-pembacaan serta aktiviti selingan
bagi melengkapi satu masa pembelajaran yang sempurna.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen bagi mengumpul dan menilai data bagi
tujuan memudahkan analisis.

104

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Pertama, senarai semak multimedia yakni sebuah senarai semak silang bagi
mengesahkan kehadiran elemen-elemen multimedia dalam perisian buku-e.
Sehubungan itu, senarai ini bertujuan untuk menjamin kelancaran dan kewibawaan
pengoperasian buku-e tersebut. Melalui penggunaan senarai semak itu, pengkaji
dapat memastikan buku-e yang dihasilkan itu efektif dan berkualiti bagi tujuan
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid. Secara tidak
langsung, instrumen ini membantu mencapai objektif pertama kajian. (Rujuk
Lampiran 1)
Kedua, borang soal-selidik yang akan digunakan bagi mengumpulkan data
bersifat kualitatif dan kuantitatif. Pihak guru sebagai pemantau kajian akan diberikan
soalan-soalan tertutup dan terbuka. Soalan-soalan tertutup akan dibentuk mengikut
skala Likert. Skor setiap borang soal-selidik akan dijumlahkan, dipuratakan dan
digunakan sebagai nilai ukuran untuk meneliti pencapaian objektif kedua. Soalan
terbuka pula akan berlegar sekitar cadangan serta pandangan sebagai seorang guru
yang berpengalaman mengenai penggunaan buku-e tersebut sebagai alat TMK
semasa pengajaran kemahiran membaca. Jawapan-jawapan daripada soalan ini
akan digunakan bagi menyokong lagi pendapat dan hasil dapatan kajian. Subjek
kajian pula diberikan borang soal-selidik ini berbentuk tertutup yang berlegar sekitar
pengalaman mereka semasa menggunakan perisian buku-e tersebut. Skor setiap
borang soal-selidik ini turut akan dijumlahkan, dipuratakan dan digunakan sebagai
nilai ukuran untuk meneliti pencapaian objektif kedua.
Ketiga, ujian pra- dan pasca- yang bertujuan untuk menilai tahap penguasaan
kemahiran murid sebelum dan selepas melalui sesi penggunaan buku-e tersebut.
Ujian ini berbentuk teks yang lazim digunakan dalam ujian kemahiran lisan di
Singapura. Pengkaji akan menilai dengan menggunakan rubrik bagi memastikan
ketekalan pemarkahan bagi setiap murid.
Teori, Prinsip dan Model Dalam Kajian
Sebagai teras dan menjadi pegangan kepada kajian ini, penggabungjalinan prinsipprinsip pembelajaran dengan model reka bentuk pengajaran (instructional designs)
dan juga model pembacaan harus dibincangkan.

105

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Dikutip daripada teori-teori pembelajaran, pandangan Piaget (1936) mengenai


skema akan disepadukan dengan prinsip Zone of Proximal Development oleh
Vygotsky (1962) pada bahagian awal sesi P&P, iaitu semasa aktiviti induksi dan prapembacaan bagi mengaktifkan skema dan mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan yang akan dipelajari. Seterusnya, kaedah pemprosesan
maklumat Schunk (1996) berasaskan teori kognitif akan dapat diteliti pada tahap
pelaksanaan buku-e. Pandangan beliau ini dikukuhkan dengan prinsip konstruktivis
Vygotsky yang menganggap keberadaan fitur-fitur seperti teks, audio, animasi, grafik
dan keupayaan membaca mengikut kadar pembacaan individu dalam perisian bukue sebagai scaffolding. Lantas, mendorong pelajar ke arah zon pembelajaran
optimum. Prinsip pembelajaran melalui penemuan atau Discovery Learning Bruner
(1960) pula dijadikan sandaran pembelajaran aktif dan kendiri semasa murid
meneroka dan membaca buku-e ini. Akhir sekali, prinsip Skinner (1938) daripada
teori behaviorisme dapat dikesan dalam aspek peneguhan positif dan negatif yang
akan digunakan semasa langkah memberi maklum balas dan menilai penilaian.
Ringkasnya, kajian ini tidak menggunakan satu sahaja prinsip pembelajaran sebagai
teras tetapi memilih untuk menyepadukan dan menyusunkan prinsip-prinsip terpilih
ini menjadi satu formula pembelajaran yang sempurna dan holistik.
Sebagai sandaran daripada teori multimedia pula, kedua-dua model reka
bentuk Gagne (1977) dan model ASSURE (1989) akan dipadankan. Hal ini
disebabkan Sembilan Peristiwa Pengajaran Gagne dalam model reka bentuk
Gagne berpusatkan tugas dan lebih bersifat kepada langkah-langkah sistematik
dalam pengajaran bagi mencapai pembelajaran murid yang optimum. Model
ASSURE pula berpusatkan reka bentuk tersebut dan berorientasikan bilik darjah.
Maka, penyepaduan kedua-dua model reka bentuk ini akan bersifat lebih
menyeluruh dan melengkapi antara satu sama lain. Secara demikian, pemadanan ini
akan meyakinkan keberkesanan dalam perancangan dan pelaksanaan kajian
lapangan.
Model

Interaktif-Pengimbangian

(1980)

pula

dipilih

sebagai

model

pembacaan disebabkan model tersebut bertujuan untuk meneliti proses mental, iaitu
proses pendekodan maklumat yang berlaku semasa murid-murid itu sedang
menjalankan aktiviti membaca. Murid mendekod maklumat secara linear atau
bertahap-tahap ketika membaca bahan bacaan bercetak. Cara mendekod maklumat
106

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

ini dianggap sebagai pendekatan top-down atau bottom-up. Sebaliknya, model yang
bersifat interaktif ini memberi peluang kepada pembaca untuk memanfaatkan semua
maklumat daripada pelbagai sumber secara serentak. Oleh itu, pembaca tidak lagi
terikat kepada proses berurutan dan berperingkat seperti dalam pendekatan topdown dan bottom up itu. Terdapat empat proses yang berlaku secara serentak
semasa pembacaan itu dilakukan:
1. Pemprosesan maklumat sintaksis
Pemprosesan maklumat sintaksis merujuk kepada maklumat yang terkandung
dalam susunan konstituen kata dalam struktur binaan ayat.
2. Pemprosesan maklumat semantik
Pemprosesan maklumat semantik merujuk kepada maklumat yang berkaitan
pembinaan mesej dan objektif komunikasi. Makna yang didukung pada tahap
kata, frasa, klausa ataupun ayat juga diproses oleh pemprosesan tersebut.
3. Pemprosesan maklumat ortografik
Pemprosesan maklumat ortografik merujuk kepada input visual sama ada dari
segi bentuk huruf mahupun ilustrasi.
4. Pemprosesan maklumat leksikal
Pemprosesan maklumat leksikal merujuk kepada pengetahuan kosa kata yang
wujud dalam pengetahuan sedia ada pembaca.
Keempat-empat proses mental ini berlaku secara serentak dan membantu
pemproses tahap tinggi dan rendah dalam mekanisme mental pembaca itu untuk
berinteraksi sesama bagi menghasilkan output, iaitu membaca. Hal ini bermaksud
sekiranya salah satu pemproses teks tidak mampu membantu individu ini
memproses maklumat yang dibacanya dari segi kekurangan maklumat atau juga
pemproses dalam murid itu lemah, pemproses-pemproses lain dapat mengimbangi
proses mental yang berlaku itu. Oleh itu, model Interaktif-Pengimbangan (1980) ini
dianggap sebagai model paling sesuai dan relevan dalam mengkaji penguasaan
tahap kemahiran membaca.

107

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Kerangka Konsepsi
Kerangka konsepsi atau kerangka konseptual merujuk kepada kerangka binaan
berdasarkan konsep-konsep dalam penggabungjalinan teori, prinsip dan modelmodel yang saling berinteraksi di antara satu sama lain. Berdasarkan kerangka
konsepsi dalam rajah di bawah ini, konsep-konsep yang digabungjalinkan sebagai
pegangan konseptual jelas tersusun dalam satu dimensi yang berhubungan. Prinsipprinsip pembelajaran yang tersenarai daripada kesepaduan ketiga-tiga teori
pembelajaran utama yakni kognitif, konstruktivis dan behavioris mewakili domain
pembelajaran murid. Domain pengajaran pula yang terbentuk daripada gabungan
Sembilan Peristiwa Pengajaran Gagne (tugas) dan model ASSURE (bilik darjah)
telah menggariskan langkah-langkah sistematik seolah-olah menalakan sebuah
mekanisme pengajaran yang efisien. Model pembacaan itu pula merupakan kunci
utama yang mengikat ketiga-tiga konsep ini kerana model ini berfungsi sebagai
fokus kajian yang berlakunya pemprosesan maklumat dalam sistem kognitif murid itu.
Rajah 1: Kerangka Konsepsi

Prinsip-prinsip Pembelajaran
Kognitif : Skema + Ingatan
Bekerja
Konstruktivis : pengetahuan
sedia
ada + pembelajaran melalui
penemuan + scaffolding
Behavioris : Tingkah
laku lazim + peneguhan
melalui S-R

Prinsip-prinsip Model Reka


Bentuk Pengajaran
Sembilan Peristiwa
Pembelajaran Gagne + Model
ASSURE
Impak kepada Murid
Penguasaan
Kemahiran Membaca

Model Pembacaan
(Model Interaktif-Pengimbangian)
Pemprosesan maklumat secara
kognitif

108

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Ketiga-tiga domain itu saling berhubungan seperti diperhatikan melalui


lingkaran tersebut dan menjurus kepada impak terhadap murid, iaitu penguasaan
kemahiran membaca. Pada masa yang sama, ketiadaan salah satu domain sama
ada dari pembelajaran, pengajaran mahupun domain pembacaan itu akan menjejas
pencapaian penguasaan yang dikehendaki. Oleh itu, penting ketiga-tiga domain
konsep ini hadir secara serentak dan saling melengkapi bagi mencapai hasil yang
dikehendaki, iaitu penguasaan kemahiran membaca murid yang optimum dan
sempurna.
Prosedur Kajian
Prosedur kajian dapat dibahagikan kepada dua yakni prosedur persediaan dan
prosedur pelaksanaan.
Prosedur Persediaan
Prosedur awal ini dilakukan sebelum kajian lapangan tersebut. Prosedur ini
melibatkan pembinaan dan pengujian bahan buku-e yang berasaskan MS
PowerPoint. Borang senarai semak yang digunakan telah membantu dalam
memastikan kelancaran dan keberkesanan buku-e sebelum penggunaannya dalam
sesi lapangan.
Prosedur Pelaksanaan
Prosedur pelaksanaan merujuk kepada langkah-langkah yang berlaku semasa
kajian lapangan tersebut. Sebagai langkah pertama, ujian pra- akan dijalankan
sebelum menjalankan sesi P&P untuk menilai pengetahuan sedia ada murid.
Seterusnya, sesi pengajaran pertama yang dimulakan dengan aktiviti rangsangan
akan dijalankan bagi mengaktifkan skema dengan menggunakan soalan rangsangan
dan carta KWL. Selanjutnya pernyataan objektif akan dijelaskan kepada murid-murid
agar tujuan sesi pengajaran menggunakan buku-e itu dapat difahami.
Setelah itu, murid-murid akan mula menggunakan buku-e semasa aktiviti
pembacaan. Pada masa ini, proses kognitif akan berlaku di dalam otak mereka.
Proses kognitif itu mengaktifkan pemproses-pemproses maklumat dalam Model
Interaktif-Pengimbangian (1980) untuk beroperasi dan mengimbangi antara satu

109

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

sama lain bagi membantu mereka menginterpretasi teks. Pada masa yang sama,
pengkaji akan memberikan rangsangan melalui bimbingan dan maklum balas.
Selepas itu, penutup pengajaran akan dijalankan dalam bentuk pengukuhan
dengan menggunakan semula carta KWL. Langkah pengaktifan skema hingga
langkah pengukuhan kemahiran akan diulang bagi sesi pengajaran kedua dan ketiga.
Pada tahap ini, murid sudah dianggap menguasai kemahiran baru yang lebih
mantap disebabkan telah melalui tiga sesi pengajaran. Sebagai langkah terakhir
dalam prosedur ini, penilaian dalam bentuk ujian pasca- akan dilakukan untuk
memastikan hasil kajian tersebut.
Dapatan Kajian dan Perbincangan
Bahagian awal dapatan kajian akan membincangkan pencapaian objektif pertama
kajian semasa menjalankan langkah pembinaan dan pengujian.
Setelah menyemak silang bahan buku-e dengan senarai semak elemen
multimedia, ketiga-tiga bahan buku-e ini didapati memiliki tujuh antara lapan elemen
multimedia. Elemen multimedia yang tidak hadir, iaitu elemen video tidak akan
menjejas keberkesanan buku-e kerana elemen ini tidak memainkan peranan penting
dalam pemupukan kemahiran membaca. Tambahan itu, kehadiran tujuh antara
lapan elemen multimedia yang telah digabungkan dalam suatu bentuk perisian
dianggap lebih daripada cukup untuk menjadikan buku-e ini suatu perisian yang utuh.
Hal ini bertepatan dengan pandangan Ally (2005) dalam Encyclopedia of Multimedia
Technology and Networking (2005) bahawa kombinasi sekurang-kurangnya dua
media sahaja sudah memadai untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna
dengan berkesan. Justeru, ketiga-tiga buku-e ini dapat dianggap sebagai perisian
yang mempunyai nilai interaktiviti dan multimedia yang tinggi.
Pengujian pengoperasian buku-e yang menguji kehadiran tiga kriteria
(ketepatan, kelancaran operasi, kewibawaan) mendapati bahawa hanya buku-e 1
sahaja menepati syarat ketiga-tiga kriteria dengan pencapaian jumlah markat 4.
Justeru, buku-e 1 dianggap telah memenuhi syarat dan sedia digunakan bagi sesi
lapangan. Buku-e 2 pula hanya memenuhi kriteria ketepatan dan kewibawaan
sahaja. Oleh itu, kriteria kelancaran operasi hanya menepati jumlah markat 3.
Setelah diteliti, item 3 yakni Audio kedengaran ketika butang audio ditekan tidak
110

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

dapat ditepati. Justeru, buku-e 2 telah dibaiki sebelum menjalani sesi pengujian
kedua. Buku-e 3 juga tidak memenuhi syarat ketiga-tiga kriteria tersebut. Hal ini
disebabkan item 4 Butang-butang hyperlink berfungsi dengan sempurna bagi
kriteria kelancaran operasi dan item 4 Tahap kepayahan kosa kata bersesuaian
dengan tahap pembacaan pengguna bagi kriteria kewibawaan tidak dapat ditepati.
Justeru, hanya kriteria ketepatan sahaja menepati syarat jumlah penuh. Maka itu,
masalah-masalah buku-e 3 telah dibaiki agar dapat menjalani sesi pengujian kedua.
Sesi pengujian kedua yang dijalankan terhadap buku-e 2 dan buku-e 3
mendapati bahawa kedua-dua buku-e ini memenuhi syarat ketiga-tiga kriteria. Maka
itu, kedua-dua buku-e boleh digunakan bagi sesi lapangan. Secara keseluruhan,
ketiga-tiga buku-e yang telah dibina telah melalui sesi pengujian untuk memastikan
sama ada buku-e itu sudah lengkap dan sesuai bagi penggunaan dalam sesi P&P.
Kelulusan ketiga-tiga perisian tersebut menunjukkan bahawa objektif pertama yakni
perisian buku-e harus direka bentuk sekiranya hendak mengajar kemahiran
membaca sudah dijawab.
Seterusnya, perbincangan analisis akan menumpukan perhatian kepada
objektif kedua, iaitu menguji keberkesanan buku-e tersebut dalam meningkatkan
tahap penguasaan kemahiran membaca. Justeru, perbincangan akan melibatkan
analisis terhadap dua borang soal-selidik yakni murid dan juga guru yang telah
dijalankan untuk mengutip data kuantitatif dan kualitatif yang relevan dengan
pencapaian objektif tersebut.
Borang soal-selidik murid mempunyai tiga julat kategori, iaitu tidak setuju,
setuju dan sangat setuju. Maka itu, jumlah total min bagi setiap item ialah sebanyak
3.00. Berdasarkan analisis jumlah min bagi setiap item dalam borang soal-selidik
murid, terdapat beberapa pernyataan yang menunjukkan jumlah min kepuasan yang
kurang tinggi seperti item A4, A8 dan A10 (Rujuk Lampiran 2). Walau bagaimanapun,
purata min sebanyak 2.41 yang mewakili seluruh pernyataan dalam borang soalselidik telah menunjukkan bahawa tahap kepuasan subjek kajian secara
keseluruhan berada dalam julat kategori sangat setuju.
Borang soal-selidik guru pula mempunyai tiga bahagian soalan; bahagian B
yang memberi fokus kepada proses P&P, bahagian C yang memberi fokus kepada
keberkesanan buku-e terhadap proses pembacaan dan akhirnya bahagian D yang
111

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

memberi fokus kepada aspek teknikal buku-e. Selang skala min bagi borang ini pula
terbahagi kepada lima julat kategori, iaitu sangat tidak setuju, kurang memuaskan,
sederhana, memuaskan dan sangat setuju. Maka itu, jumlah total min bagi setiap
item ialah sebanyak 5.00. Berdasarkan analisis jumlah min bagi setiap item dalam
borang soal-selidik guru bahagian B, setiap subjek telah menandakan markat
bersetuju (pilihan memuaskan dan sangat setuju) bahawa perisian buku-e sebagai
alat TMK jelas membantu dalam proses P&P. Secara keseluruhan, purata bagi
keseluruhan min yang diperoleh ialah 4.68 (Rujuk Lampiran 3). Justeru, jumlah itu
tetap meletakkan tahap kepuasan secara keseluruhan bagi bahagian B dalam julat
kategori sangat setuju. Analisis jumlah min bagi bahagian C menunjukkan keputusan
yang lebih memberangsangkan terutama bagi item C2, C6, C7, C8, C9 dan C10
yang mendapat jumlah min penuh, yakni 5.00. Setelah dipuratakan, jumlah min
keseluruhan yang diperoleh masih agak tinggi, iaitu 4.80 (Rujuk Lampiran 4). Justeru,
jumlah tersebut tetap meletakkan tahap kepuasan secara keseluruhan bagi
bahagian C dalam julat kategori sangat setuju. Analisis jumlah min bagi bahagian D
turut menunjukkan keputusan yang memberangsangkan kerana hanya item D7 dan
D8 sahaja yang tidak menepati jumlah total 5.00. Hal ini bermaksud setiap subjek
kajian amat bersetuju bahawa aspek teknikal yang membentuk buku-e tersebut
seperti elemen-elemen multimedia bertepatan dan berkesan dalam menyokong
penguasaan kemahiran membaca. Jumlah purata keseluruhan min bagi setiap
pernyataan yang dapat diperhatikan dalam Lampiran 5 ialah 4.91. Justeru, jumlah
tersebut tetap meletakkan tahap kepuasan secara keseluruhan bagi bahagian D
dalam julat kategori sangat setuju.
Jelas, semua item pernyataan kuantitatif bagi borang soal-selidik murid dan
guru telah dianalisis dan dijumlahkan bagi tujuan kupasan. Jelas, skor min bagi
setiap bahagian itu mendapati perisian buku-e amat berkesan sebagai bahan dalam
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid.
Analisis dan perbincangan soalan-soalan kualitatif pula melibatkan soalansoalan terbuka dalam bahagian E bagi borang soal-selidik guru. Antaranya, hasil
dapatan

kualitatif

merupakan

kekuatan

buku-e,

kelemahan

buku-e,

faktor

ketersauran (feasibility factor) sebagai bahan P&P dan pengintegrasian perisian


buku-e dalam program pembacaan meluas. Tiga aspek telah dikenal pasti sebagai
kekuatan buku-e. Pertama, penggunaan animasi dalam buku-e dikecam sebagai
112

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

daya perangsang dan menjadikan bahan pembacaan itu bersifat interaktif. Kedua,
kebolehan teks bersuara yang boleh diulang dengar telah memberi peluang kepada
murid untuk mencontohi pembacaan yang tepat dari segi kelancaran, sebutan dan
juga intonasi. Ketiga merupakan penyediaan pembacaan yang sistematik dengan
penggunaan huruf (a), (b), (c) sebagai penanda urutan dialog.
Kelemahan buku-e pula dilihat dari segi kelantangan ulang dengar audio teks
yang agak rendah semasa pelaksanaan sesi lapangan kedua. Walau bagaimanapun,
masalah teknikal ini tidak menjejaskan kelancaran buku-e kerana murid masih dapat
mendengar audio teks tetapi hanya pada kelantangan yang rendah. Selain itu,
terdapat cadangan agar elemen ulang dengar dapat disediakan bagi tahap kata
berbanding tahap ayat atau dialog pada setiap muka surat. Jelas, penyediaan
opsyen ini merupakan sesuatu yang akan lebih memanfaatkan murid dan boleh
diambil kira dalam pembinaan buku-e pada masa akan datang.
Seterusnya, faktor ketersauran atau kebolehlaksanaan perisian buku-e
sebagai bahan P&P telah mendapat pandangan yang positif daripada semua
pemerhati. Hal ini disebabkan penggunaan buku-e ini menggalakkan pembelajaran
aktif dan kendiri. Penggunaan buku-e bukan sahaja membina keyakinan murid-murid
tetapi memberikan peluang kepada guru untuk menjadi pemudah cara dan
menumpukan perhatian kepada murid-murid yang lebih lemah. Pandanganpandangan lain juga menjelaskan kemampuan perisian buku-e ini yang boleh
diubahsuai mengikut

tahap

pembacaan

murid-murid

itu

bagi

menjalankan

differentiated learning. Mark, Cornebise dan Wahl (1997:7) turut mengongsi


pandangan yang sama bahawa penyediaan pembelajaran yang berbeza-beza boleh
dicapai melalui kemudahan TMK seperti perisian buku-e. Hal tersebut akan
mengoptimumkan masa P&P di samping daya pembelajaran murid itu sendiri dalam
masa yang singkat. Justeru, subjek kajian tersebut berpendapat bahawa perisian
buku-e ini haruslah digunakan dalam pengajaran kemahiran membaca.
Akhir sekali, semua guru dalam subjek kajian bersetuju bahawa perisian
buku-e ini harus diintegrasikan dalam program pembacaan meluas agar boleh
dijalankan secara holistik pada tahap sekolah. Mereka berpendapat bahawa
kelebihan buku-e seperti aspek visual, mesra pengguna, kebolehan buku-e
disesuaikan mengikut tahap pembacaan murid dianggap dapat mengatasi
113

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam program pembacaan meluas yang


sedia ada (menggunakan bahan bercetak) yang sifat one size fits all dan statik.
Walau

bagaimanapun,

sesetengah

daripada

mereka

berpendapat

bahawa

pengintegrasian seperti yang diinginkan ini bukan mudah untuk dicapai. Hal ini
disebabkan kepakaran diperlukan bagi menghasilkan buku-e yang banyak, rencam
dan pelbagai mengikut peringkat. Sekiranya, pangkalan katalog buku-e seperti yang
disebut dapat disediakan maka pengintegrasian yang holistik pada peringkat sekolah
pasti dapat dicapai tanpa apa-apa halangan.
Jelas, jumlah-jumlah min yang diperoleh melalui analisis kuantitatif dan
perbincangan positif yang diraih daripada analisis kualitatif menyokong hipotesis dan
tujuan

kajian

kedua

bahawa

buku-e

merupakan

alat

berkesan

bagi

memberangsangkan tahap pembacaan murid-murid. Seterusnya, analisis ujian pradan pasca- telah menilai tahap pembacaan murid sebelum dan selepas sesi P&P.
Berdasarkan jumlah penuh 20, setiap murid menunjukkan peningkatan paling
rendah, iaitu satu markah dan peningkatan paling tinggi sebanyak tiga markah.
Namun, terdapat dua murid yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan
langsung (Rujuk Lampiran 6). Sekiranya dianalisis jumlah min dari sudut kumpulan
tahap pembacaan, kumpulan LA menunjukkan kenaikan paling tinggi, iaitu 1.60
manakala kumpulan MA dan HA pula menunjukkan kenaikan yang sama, iaitu 1.00.
Justeru, dapat dirumuskan bahawa kumpulan LA merupakan kumpulan yang paling
manfaat daripada keberkesanan buku-e. Dari sudut setiap individu pula, kenaikan
tertinggi yakni sebanyak tiga markah telah diraih oleh murid daripada kumpulan LA.
Kenaikan daripada 11 hingga 14 markah dapat dicapai oleh murid I tersebut
disebabkan keterlibatan dirinya yang sungguh aktif dalam ketiga-tiga sesi P&P. Bagi
murid C dan E yang markah tahap penguasaan kemahiran membaca mereka yang
statik, iaitu pada jumlah 15 pula boleh disebabkan beberapa faktor asing atau
extraneous yang tidak dapat dikawal. Misalnya, tahap keyakinan diri berhadapan
dengan ujian atau kesihatan diri pada masa mengambil ujian tersebut. Walau
bagaimanapun, jumlah murid ini masih kecil dan tidak akan menjejaskan
peningkatan dalam tahap penguasaan kemahiran membaca secara keseluruhan.
Secara keseluruhan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa analisis bagi
pembinaan dan pengujian menjelaskan bahawa ketiga-tiga buku-e ini merupakan
bahan TMK yang lengkap dengan pelbagai elemen multimedia. Pada masa yang
114

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

sama, pengujian yang dilakukan mengesahkan kelancaran operasi supaya tidak


menjejaskan hasil pembacaan positif yang diinginkan. Skor-skor min yang
memberangsangkan dalam analisis kuantitatif serta perbincangan kualitatif telah
memberikan nilai tambah dari sudut kekuatan buku-e, ketersauran yang positif dan
kemampuan perisian buku-e diintegrasikan dalam program pembacaan meluas.
Tambahan lagi, kenaikan yang diraih dalam ujian pra- dan pasca- jelas menyokong
dan mengesahkan perisian buku-e sebagai bahan yang amat efektif dalam
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid.
Kesimpulan
Secara tuntas, tidak boleh dinafikan bahawa keberadaan teknologi pada hari ini
adalah untuk kemaslahatan manusia agar dapat membantu mereka dalam pelbagai
aspek kehidupan. Penggunaan TMK dalam sistem pendidikan secara meluas sahaja
mengesahkan bahawa TMK ini amat bermanfaat kepada proses P&P yang berkesan.
Sememangnya penggunaan buku-e sebagai salah satu alat TMK yang diusulkan
dalam kajian ini adalah untuk menjawab permasalahan yang timbul dalam proses
P&P, iaitu masalah dalam meningkatkan kemahiran membaca bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, penggunaan buku-e ini sebagai bahan TMK sahaja tidak
mencukupi. Sebaliknya, prinsip pembelajaran, prinsip reka bentuk pengajaran dan
model pembacaan harus diadunkan menjadi satu pegangan yang mendasari
penggunaan buku-e agar dapat digunakan sebagai bahan P&P dengan optimum.
Berdasarkan perbincangan dapatan dalam kajian ini, jelas bahawa perisian
buku-e yang bertepatan dengan ciri-ciri TMK harus dibina agar dapat mengajar
kemahiran membaca dengan berkesan. Keberkesanan dan kewibawaan perisian
buku-e ini pula sebagai bahan pengajaran kemahiran membaca telah disahkan oleh
analisis kualitatif dan kuantitatif yang dijalankan. Dalam pada itu, keberkesanan dan
kewibawaan bahan TMK jelas menyumbang kepada peningkatan tahap penguasaan
kemahiran membaca murid seperti yang didapati dalam analisis kuantitatif ujian pradan pasca-. Oleh itu, hipotesis-hipotesis yang telah disarankan dalam kajian ini jelas
dapat dijawab. Pada masa yang sama, objektif-objektif yang mengawal arah kajian
ini juga telah tercapai di akhir kajian ini.

115

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Natijahnya, perisian buku-e amat efektif dalam merubah landskap pengajaran


dan pembelajaran kemahiran membaca kerana potensinya yang begitu tinggi dan
dinamik. Oleh itu, guru-guru seharusnya menggunakan segenap peluang untuk
menarik minat dan meningkatkan kemahiran membaca murid melalui penggunaan
buku-e. Lantas, langkah-langkah harus diambil untuk mengintegrasikan perisian
buku-e ini dalam sistem pendidikan Singapura agar dapat merekayasa proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

Rujukan
Abdul Fuad Mohamed Salim & Izani Hj Daud (2010). Keberkesanan aplikasi TMK
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid: satu kajian kes.
Jurnal Bahasa, 10(2), 223-241.
Ally, M. (2005). Multimedia information design for mobile devices. Dlm M. Pagani
(Peny.), Encyclopedia of multimedia technology and networking (ms. 704-709).
Hershey, PA: Idea Group Reference.
Biancarosa, G. dan Griffiths, G.G. (2012). Technology tools to support reading in the
digital age. The Future of Children, 22(2), 138-160.
Bruner, J. (1960). The process of education. Cambridge, MA: Harvard University
Press.
Chau, M. (2008). The effects of electronic books designed for children in education.
Essays of the Design of Electronic Text, 1(1), 1 12.
Gagn, R.M. (1977). The conditions of learning. (4th ed.). New York: Holt, Rinehart
& Winston, Inc.
Likert, R. (1932). A technique for the measurement of attitudes. Archives of
Psychology 140, 155.
Lokman Abd Wahid (2009) Integrasi TMK dan Pengetahuan Kandungan Pedagogi
[PKP(PCK)]: Ke arah pemerolehan bahasa yang lebih berkesan. Konvensyen
Pedagogi Bahasa Melayu Serantau (ms. 263-285). Seremban, Negeri
Sembilan.
Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mark, J., Cornebise, J. dan Wahl, E. (1997). Community technology centres : Impact
on individuals and their communities. Waltham, MA: Education Development
Centre, Inc.
McKenna, M.C dan Zucker, T.A. (2009). Use of electronic storybooks in reading
insruction. Dlm Bus, A. G. (Peny.), Multimedia and literacy development :
improving achievement for young learners (ms. 254-272). New York: Routledge.
Nor Zakiah Arif & Nurhani Idris. (2012) Penggunaan ICT bagi meningkatkan
kemahiran membaca murid. Seminar Bahasa Melayu, MLCS Bishan,
Singapura.
Piaget, J. (1936). Origins of intelligence in the child. London: Routledge & Kegan
Paul.
Roskos, K. dan Brueck, J. (2009). The eBook as a learning object in an online world.
Dlm Bus, A. G. (Peny.), Multimedia and literacy development: Improving
achievement for young learners (ms. 77-88). New York: Routledge.
116

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Schunk, D.H. (1996). Learning theories (2nd ed.). Englewood Cliffs, New Jersey:
Merrill, an imprint of Prentice Hall.
Skinner, B.F. (1938). The behavior of organisms: An experimental analysis, New
York: Appleton-Century-Crofts.
Smaldino, S.E., Rusell, J.D., Heinrich, R., & Molenda, M. (2005). Instructional
technology and media for leaning (8th ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Stanovich, K.E. (1980). Toward an interactive-compensatory model of individual
differences in the development of reading fluency. Reading Research Quarterly,
21, 360-407.
Tracey, D.H, & Morrow, L.M. (2012). Lenses on reading: An introduction to theories
and models (2nd ed.). New York: Guilford Press.
Vygotsky, L.S. (1962). Thought and language. Cambridge [Mass]: M.I.T. Press.

117

You might also like