You are on page 1of 11

Artikel 1

Fokus penyelidikan dalam artikel 1 ini adalah berkaitan dengan penggunaan kaedah
kolaboratif atas talian dalam menganalisis novel Bahasa Melayu. Keperluan bagi melaksanakan
kajian ini bertitik tolak daripada pemerolehan markah yang rendah dalam ujian bulanan yang
dijalankan. Hal ini dikatakan berpunca daripada kekurangan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang pelbagai dalam mengajar KOMSAS, Bahasa Melayu.
Guru dikatakan masih menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lama
iaitu papan hitam, buku teks yang dirasakan sebagai kurang sesuai dalam konteks zaman ini.
Malah penulis jurnal ini berpendapat pengajaran berpusatkan guru juga menyebabkan para
pelajar tidak berminat dalam menganalisis novel.
Malah hal sama juga turut dibincangkan oleh (Yusliza, 2011) dalam kajiannya. Beliau
berpendapat kaedah pengajaran lama yang berpusatkan guru dengan chalk and talk dan buku
teks menyebabkan pengajaran mata pelajaran ekonomi asas kepada pelajar-pelajar tingkatan
empat dan lima tidak begitu memberansangkan. Oleh yang demikian beliau telah menjalankan
satu kajian berkaitan pembelajaran kolaboratif menggunakan blog dalam pembelajaran mata
pelajaran Ekonomi Asas. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar dapat
meningkatkan kefahaman di dalam pembelajaran ekonomi asas.
Oleh yang demikian penulis jurnal ini memberi tumpuan kepada strategi pembelajaran
secara kolaboratif atas talian dalam menganalisis novel Bahasa Melayu. Menurutnya lagi, teknik
kolaboratif ini dipilih kerana ianya mengalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses
pembelajaran. Hal ini membawa kepada berlakunya interaksi di antara pelajar dengan bahan

pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Manakala teknologi maklumat pula
disebabkan ianya berpotensi besar dalam mengubah cara seseorang belajar.
Hal ini turut dibincangkan oleh ( Anuradha A, 1995), dalam sebuah jurnal berkaitan
pembelajaran kolaboratif. Beliau berpendapat menerusi kaedah kolaboratif, para pelajar daripada
pelbagai peringkat pencapaian, berkejasama dalam kumpulan untuk mencapai satu matlamat.
Perkongsian idea secara aktif dalam bentuk kumpulan yang kecil bukan sahaja meningkatkan
minat dalam kalangan yang mengambil bahagian tetapi juga memperkenalkan pemikiran secara
kritis.
Selain daripada itu, menurut (Hong Yu & Chen 2011), pembelajaran secara kolaboratif
berpotensi meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar, selain meningkatkan motivasi
para pelajar untuk menjalankan tugasan yang diberikan.
Apa yang dinyatakan oleh kedua-dua orang di atas memang ternyata wujud dalam jurnal
yang dikaji ini. Antaranya ialah dapatan kajian dalam jurnal yang dibincangkan ini menunjukkan
tujuh daripada sepuluh orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini memberi maklum balas yang
bermakna dalam isu perbincangan berkaitan komponen sastera melalui Facebook. Malah
mereka juga kerap bertanyakan soalan berkaitan komponen sastera dengan guru-guru. Hal ini
ternyata berbeza dengan apa yang dinyatakan di awal kajian iaitu golongan pelajar ini
mempunyai pengetahuan yang kurang dalam sastera dan bersikap pasif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sastera. Mereka juga dikatakan sebagai tidak berminat dalam mempelajari
sastera.
Penulis jurnal ini menggunakan kaedah kualitatif untuk melihat kesesuaian strategi
pembelajaran aktif secara kolaboratif atas talian dalam analisis novel Bahasa Melayu.. Penulis
2

jurnal ini berpendapat kaedah kualitatif ini yakni dapat memberi pemahaman yang lebih
mendalam terhadap fenomena yang dikaji. Malah kaedah kualitatif juga dikatakan dapat
memberi pemahaman yang tidak dapat dipatuhi oleh kajian kuantitatif. Hal ini bersamaan dengan
apa yang dinyatakan oleh (Merriam, 2009) dalam bukunya iaitu, pengkaji kualitatif lebih
berminat untuk memahami bagaimana manusia menggambarkan pengalaman, membentuk
pengalaman dan maksud yang ditujukan kepada pengalaman mereka.
Dalam konteks ulasan jurnal ini, penulis jurnal ini berhasrat untuk memahami kesesuaian
strategi pembelajaran kolaboratif atas talian dalam menganalisis novel Bahasa Melayu. Sejajar
dengan hasrat ini, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan pelajar yang terlibat
berpendapat, perbincangan atas talian membantu mereka menyiapkan tugasan kumpulan
walaupun berada di rumah. Selain daripada itu, kumpulan pelajar ini juga berpendapat kaedah ini
adalah lebih cepat, menarik dan mudah untuk belajar novel Bahasa Melayu.
Penulis jurnal ini menggunakan temu bual separa berstruktur dan bukti dokumen untuk
mengutip data. Temu bual yang dijalankan adalah berbentuk kumpulan dan terdapat dua
kumpulan dan setiap satunya mempunyai seramai lima orang pelajar. Penulis menjelaskan temu
bual berkumpulan bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan data yang lebih
tinggi dan bukannya hendak membuat perbandingan di antara dua kumpulan.
Hal ini kerana semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan
berkualiti. Malah Menurut (Azizi Yahaya, 2007), perkara yang perlu difikirkan oleh penyelidik
dalam menjalankan kajian adalah kesahihan data yang dikumpulkan , sejauh mana data-data itu

dapat memberi maklumat dan pengukuran yang tepat. Oleh hal yang demikian, penyelidik perlu
memastikan alat itu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
Teknik pengumpulan data yang kedua dalam jurnal yang dikaji ialah berdasarkan bukti
dokumen. Dokumen yang dimaksudkan ialah bahan yang dikirimkan oleh para pelajar melalui
Facebook. Bahan ini akan dianalisa mengikut kriteria penskoran yang diubahsuai mengikut
kajian dan hasil projek multimedia untuk memperoleh maklumat berkaitan kupasan novel.
Perkara lain yang dikenal pasti sebagai menarik dalam jurnal yang diulas ialah
penggunaan Facebook sebagai medium pengajaran. Fokus kajian ini ialah terhadap kumpulan
pelajar yang sederhana atau menghadapi kesukaran mempelajari mata pelajaran sastera.
Penggunaan facebook pasti menarik minat untuk belajar kerana ianya bukan sesuatu yang asing
bagi mereka. Hal

ini terbukti dalam kajian ini, apabila pelajar mula bebas berbincang,

mengeluarkan pendapat, bertanya soalan kepada guru dan rakan mereka. Ternyata penggunaan
Facebook berjaya mengubah kumpulan pelajar yang pasif dan sukar untuk belajar komponen
sastera kini mula menunjukkan perubahan.
Artikel 2
Artikel ini berfokus kepada pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia dalam
kalangan guru-guru ICTL.Seramai 5 orang guru yang mengajar mata pelajaran ICTL dari
sekolah-sekolah negeri Selangor telah dipilih bagi tujuan kajian ini. Penulis jurnal ini
berpendapat bahan pengajaran berasaskan multimedia dapat membantu guru-guru meningkatkan
proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran murid.
Saya berpendapat fokus kajian ini memang sesuai untuk dijalankan kerana guru-guru
perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan memperbaharuinya sepanjang masa. Hal
4

ini sedemikian kerana bidang ilmu pengetahuan sentiasa berkembang luas dan secara tidak
langsung pihak guru dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif kajian sebagaimana yang dinyatakan di dalam artikel ini ialah untuk mengkaji
aplikasi keperluan dalam pembangunan bahan pengajaran multimedia untuk dijadikan sebagai
panduan dalam membina media pengajaran. Selain itu, disebabkan tiada lagi panduan yang
dikeluarkan untuk dijadikan rujukan kepada pembangunan bahan pengajaran multimedia.
Keperluan kepada pembangunan bahan pengajaran multimedia adalah sangat penting.
Menurut (Siti Fatimah Ahmad & AB. Halim Tamuri,2010), hal ini akan menjamin kualiti dalam
peningkatan insfrakstruktur sokongan yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini juga dapat memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal
insan pelajar.
Kaedah kajian berbentuk kualitatif digunakan untuk menjalankan kajian. Rasional
pemilihan kaedah ini menurut penulis jurnal ialah disebabkan ianya dikatakan memberi
kefahaman lebih mendalam kepada pengkaji tentang fenomena di bawah kajian. Selain daripada
itu tingkah laku, emosi manusia, ciri-ciri serta situasi persekitaran dikatakan sebagai sukar
difahami sepenuhnya dengan hanya menggunakan angka-angka.
Hal ini turut dikongsi oleh seorang pengkaji lain iaitu (Marohaini Yusoff, 1996).
Menurutnya melalui kajian kualitatif penyelidik berpeluang untuk memerhati, merapatkan diri
kepada peserta kajian, berinteraksi dengan peserta dan seterusnya data kajian. Hal ini diyakni
akan membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang fenomena yang dikaji.
Data bagi melaksanakan kajian dalam artikel 2 ini diperoleh melalui temu bual secara
separa struktur. Pengkaji terlebih dahulu menyediakan soalan dan segala jawapan kemudiannya
5

akan dirakam oleh pengkaji. Dapatan kajian terus ditranskripkan bagi mengelakkan daripada
kehilangan dan keciciran data.
Menurut beberapa orang pengkaji seperti (Normala, Mohamed Sharif dan Roslee, 2005)
pendekatan kaedah temu bual membolehkan penyelidikan yang menyeluruh dan holistik bagi
mengetahui ciri-ciri dalam sesuatu peristiwa atau kehidupan yang sebenar. Para pengkaji ini telah
menggunakan pendekatan ini untuk mengetahui persepsi terhadap perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling dalam kalangan pelajar perempuan cemerlang.
Hal ini memang mempunyai asas kerana menurut (Cresswell, 2008 ), dalam penyelidikan
kualitatif para pengkaji lazimnya bergantung kepada pandangan responden melalui soalan-soalan
yang mempunyai skop yang luas dan pengutipan data yang mengandungi banyak perkataan.
Pada peringkat berikutnya perkataan-perkataan ini, iaitu maklumat yang diberikan oleh
responden akan dihuraikan serta dianalisis untuk memperolehi dapatan kajian. Pertemuan di
antara pengkaji dan reoponden secara individu atau berkumpulan yakni dapat memberikan
maklumat lebih menyeluruh berbanding dengan kaedah kuantitatif yang lebih bergantung kepada
tafsiran angka-angka daripada soal-selidik.
Sampel bagi menjalankan kajian ini adalah dipilih secara rawak mudah.Realitinya dalam
sesuatu kajian, keinginan pengkaji adalah untuk menyelidik populasi yang telah dikenal pasti
dalam sesuatu penyelidikan. Tetapi faktor-faktor seperti saiz populasi yang besar, pelbagai dan
meliputi kawasan yang luas menyukarkan pengkaji untuk berbuat demikian. Aktiviti mencari dan
menghubungi akan memakan masa dan menelan perbelanjaan yang tinggi. Oleh yang demikian
pengkaji terpaksa memilih sample untuk diselidiki.

Perkara yang menarik di dalam artikel ini ialah inisiatif yang telah diambil oleh para
responden kajian iaitu guru-guru untuk memastikan semua kategori pelajar dapat mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada kebolehan masing-masing dan pada
masa yang sama objektif pembelajaran tercapai. Kategori pelajar yang dimaksudkan ialah
merangkumi pelajar-pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. Sebagai seorang pendidik, setiap
guru seharusnya menitikberatkan aspek ini agar semua pelajar mendapat pendidkan yang
sempurna dan kadar keciciran dalam kalangan pelajar dapat diatasi.
Selain daripada itu dalam penyediaan media pengajaran berasaskan multi media terdapat
lima perkara yang diberi tumpuan. Antaranya ialah pedagogi, proses reka bentuk pengajaran,
psikologi, teknologi dan keperluan pelajar.
Tiga daripada lima responden mengaplikasikan aspek psikologi dalam membina bahan
pengajaran berdasarkan multimedia. Hal ini membentuk persekitaran pembelajaran yang
membolehkan dan menggalakan pelajar membuat hubungan dengan apa yang telah dipelajari.
Selain daripada itu aspek kontruktivisme juga turut diberi perhatian. Melalui pendekatan
ini responden kajian yakin mampu merangsang minat pelajar, menggalakkan pelajar berfikir di
samping mengelakkan pelajar bosan dengan pembelajaran. Hal ini turut dipersetujui oleh (Zainal
Abdin & Afrinaleni, 2010), di mana menurut mereka corak pembelajaran seumpama ini
membolehkan pengetahuan disusun dalam minda pelajar dan pengetahuan akan dikembangkan
secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan bukannya menerima secara pasif daripada
persekitarannya. Hal ini dapat menjelaskan bahawa pembelajaran merupakan hasil daripada
pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar.

Keperihatinan responden terhadap aspek keperluan pelajar juga merupakan suatu yang
penting dan patut diberi pujian. Hal ini sedemikian kerana kebanyakan masa tumpuan untuk
menghabiskan sukatan lazimnya menjadi tumpuan berbanding dengan hal-hal lain. Dalam artikel
ini kesemua responden mengambil berat tentang keperluan pelajar yang mencakupi aspek
pemahaman, kebolehan dan kemampuan pelajar serta pengetahuan sedia ada. Pelbagai
pembaharuan dalam corak pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira aspek-aspek ini
agar sesuatu aktiviti yang diusahakan untuk golongan pelajar itu mencapai matlamatnya dan
tidak menjadi sia-sia. Hal ini selari dengan apa yang disarankan oleh Jamalludin et.al, (2003)
iaitu dalam pembangunan media pengajaran multimedia pereka itu perlu memikirkan siapa bakal
pelajarnya dan menganalisis ciri-ciri pelajar yang akan menggunakan aplikasi tersebut.
Kesimpulannya saya berpendapat pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia
bukan sahaja melibatkan guru-guru ICTL tetapi guru-guru mata pelajaran lain juga turut diberi
galakkan dan panduan membina dan menggunakan bahan bantu mengajar berdasarkan
multimedia agar corak pengajaran dan pembelajaran lama dapat diubah dan pengajaran dan
pembelajaran yang terkini dapat diguna pakai.

Biliografi
Anuradha A. Gokhale. (1995). Collaborative Learning Echances Critical Thingking.
Journal Of Technology Education, Vol. 7, (1)
Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur: Pts
Professional Publishing Sdh Bhd.
Cresswell, J.W (2008). Educational Research: Planning, Conducting And Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. Pearson/Merrill Prentice Hell.
Jamuluddin Harun, Baharuddin Aris, Zaidatun Tasir, (2003). Pembangunan perisian
Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik. Batu Caves, Selangor: Venton Publishing Sdn. Bhd.
Merriam,S. B. (2009).Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. San
Francisco: Jossey.
Normala Bt Ali, Mohamed Sharif Bin Mustaffa, Roslee Bin Ahmad, (2012). Pendekatan
Temu bual Sebagai metod Kajian: Suatu Persepsi Di Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang
Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Skudai, Johor: UTM.
Rafiza Abdul Razak & Maryam Abdul Rahman, (2013). Pembinaan Media Pengajaran
Berasaskan Multimedia Di kalangan Guru ICTL. Jurnal kurikulum & pengajaran Asia Pasifik,
Bil 1, Isu 3.
Rafiza Abdul Razak, (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Koloboratif Atas Talian
Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal kurikulum & pengajaran Asia Pasifik, Bil 1, Isu 3.

Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri, (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran j-QAF, Journal
Of Islamic and Education 2(2), 53-64.
Yuzliza Baharin & Farrah Dina Yusop, (2011). Pembelajaran Kolobratif Menggunakan
Blog Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Ekonomi Asas. Jurnal Pendidikan , Bil 31.
Zainal Abdin B. Zainuddin & Afrinaleni Bt Suardi, (2010). Keberkesanan Keadah
Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Skudai, Johor: UTM

10

11

You might also like