You are on page 1of 6

SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MENENGAH)

BOHOR MALI, 02700 SIMPANG EMPAT, PERLIS.

KERTAS KERJA
PEKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM
PERINGKAT SEKOLAH 2013

TARIKH: 20 21 SEPTEMBER 2013


HARI: JUMAAT & SABTU
TEMPAT: SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-ISLAHIYAH
(MENENGAH)

1 ISLAHIYAH 1 MATLAMAT

1.0 PENDAHULUAN:
Pengurusan Kokurikulum akan menganjurkan satu program perkhemahan
yang akan disertai oleh semua badan beruniform Sekolah Agama Al-Islahiyah
(Menengah). Aktiviti ini akan diadakan pada 20 21 September 2013 bertempat
di sekitar kawasan sekolah dengan bertemakan Peribadi Terpuji Teras
Kepimpinan Berkualiti.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini,
kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian
akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri
kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan
menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh
setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.
Dengan

berlangsungnya

perkhemahan

ini,

para

pelajar

dapat

mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk menjalankan amanah dan
tanggungjawab yang akan diberikan. Ini bukan sahaja dapat memajukan badan
beruniform yang diterajui, malah dapat menggilap potensi dalaman diri pelajar.
semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan
dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan
yang cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat.
2.0 OBJEKTIF:

Memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta tentang aspek

perkhemahan secara menyeluruh.


Membolehkan pihak pengurusan kokurikulum atau pentadbiran sekolah
mengenalpasti calon pelajar yang layak untuk memimpin pelajar

keseluruhannya
Memberi peluang kepada guru penasihat untuk meneliti calon yang

berwibawa untuk memimpin badan beruniform


Memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi

dan keyakinan diri setiap peserta.


Mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar dan guru.
Menanam semangat cintakan sekolah serta memenuhi visi dan misi
sekolah.

3.0 KONSEP PERKHEMAHAN


3.1.

Pemantapan Integrasi
Pengagihan peserta kepada 4 platun
Intergrasi melalui aktiviti
Memasak berkumpulan

3.2.

Pertandingan
Seni Perkhemahan
Pintu Gerbang
Gajet
Kraf Perkhemahan
Pertandingan Persembahan
Antara khemah

3.3

Khidmat
Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.

3.4

Kerohanian dan moral


Solat Jemaah/kuliah maghrib dan subuh

4.0 PELAKSANAAN:
4.1 Tarikh:

20 dan 21 September 2013

4.2 Tempat:

Penginapan pelajar: Khemah


Aktiviti/Bengkel: Sekitar kawasan sekolah
Ceramah: Kelas 3 Sumaiyah

4.3 Makanan:

Masak sendiri (bahan disediakan)

5.0 TENTATIF PROGRAM:


(Rujuk Lampiran)
6.0 ANJURAN
Pengurusan Kokurikulum, Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah), Bohor Mali.

7.0 SASARAN:
BADAN BERUNIFORM

BIL.PELAJAR
PEREMPUAN

BIL. PELAJAR
LELAKI

JUMLAH

Pengakap

Persatuan Bulan Sabit

Merah (PBSM)
Puteri Islam

Kadet Remaja Sekolah

(KRS)
Persatuan Silat

20

20

40

BIL

JUMLAH

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


(Rujuk lampiran)
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
(Rujuk lampiran)
10.0 SENARAI TUGAS
(Rujuk lampiran)
11.0 JADUAL MAKAN DAN MENU
(Rujuk lampiran)
12.0 SUMBER KEWANGAN
1. Unit Kokurikulum Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah)
13.0 KEPERLUAN ALATAN:
1. Khemah 10 buah
2. Sistem Siaraya 1 unit
3. Peti Kecemasan 1 unit
4. Pembesar Suara 1 unit

5. Lampu Suluh & Bateri 1 unit


6. Bahan masakan (Rujuk lampiran Anggaran Perbelanjaan)

14.0 PENUTUP
Adalah diharapkan semoga Perkhemahan Badan Beruniform 2013 yang
akan dilaksanakan pada 20 & 21 September ini dapat dimanfaatkan oleh semua
guru penasihat bagi mengenalpasti calon pelajar yang berkepimpinan di
kalangan ahli badan beruniform masing-masing. Peluang ini harus digunakan
dengan sebaik mungkin sebagai persediaan awal untuk para pelajar memimpin
badan beruniform pada tahun hadapan dengan lebih berkesan dan efisien serta
tidak terlalu bergantung harap pada guru penasihat. Ini sekaligus akan
melancarkan perjalanan akvitivi kokurikulum terutamanya pada minggu Unit
Beruniform pada hari Rabu. Jawatankuasa program sentiasa berharap
perkhemahan ini dapat dilaksanakan pada setiap tahun demi merealisasikan
kecemerlangan sekolah.

Disediakan oleh,

(NORNAIMAH BT RODZI)
Setiausaha
Perkhemahan Badan Beruniform

Disahkan oleh,

Disemak oleh,

You might also like