You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI -3 SESI 2013/2014

Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

8 Oktober 2013
Selasa
8.00 malam
Bilik Gerakan SMJK Katholik

Kehadiran :1. Pn Tui Soke Lai : Penasihat


2. En. Woon Kim Thong : YDP
3 En Loke Jing Chong : Naib YDP
4. Pn Poziah bt Md Yusoff - Setiausaha
5. Pn Ng Chee Kuan Pen Setiausaha
6. Pn Tan Kai Yong - Bendahari
6. Pn Chan Pat Heng - AJK Ibu Bapa
7. Pn Umadevi a/p Reganathan - AJK Ibu Bapa
8. Pn Norma bt Norma bt Yusoff - AJK Ibu Bapa
9. En Shaharum b Sidin - AJK Ibu Bapa
10. Pn Rodiah bt Zakaria - AJK Guru (cuti sakit)
11. En Lam Gek Seng - AJK Guru
12. En Tan Thon Lim - AJK Guru
13. Pn Jackellin Jee ak Majid - AJK Guru
Tidak hadir :1. Pn Putri Lasah bt Elias - AJK Ibu Bapa
2. Pn Ainul Syukriah bt Che Alias AJK Guru ( bertukar ke Temerloh)
Agenda : 1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Bil

Ucapan Alu-aluan
Ucapan Pengetua/Penasihat
Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan Perkara berbangkit
Laporan Kewangan
Laporan Disiplin
Hari Graduasi
Hal-hal Lain
Ucapan Penangguhan

Agenda

Tindakan

Ucapan Aluan aluan Pengerusi


1

1.1 En Woon Kim Thong selaku Tuan Pengerusi mengalu-alukan


kedatangan semua AJK ke mesyuarat PIBG kali ketiga untuk sesi
2013/2014. YDP juga merakamkan ucapan tahniah kepada Pn Tui Soke
Lai di atas pelantikannya sebagai pengetua SMJK Katholik.
Ucapan Pengetua

2.1 Pengetua mengucapkan terima kasih dia atas kehadiran semua AJK ke
mesyuarat PIBG kali ke-3. Pengetua memperkenalkan GPK
Kokurikulum yang baru En Tan Thon Lim dari SMK Khai Mun bagi
menggantikan Pn Rodiah bt Zakaria yang dinaikkan pangkat kepada
GPK Kurikulum. Pengetua berharap kerjasama ini dapat diteruskan
pada masa yang akan datang.

Makluman

2.2 Pengetua melaporkan pencapaian Peperiksaan Percubaan PMR dan


SPM tahun 2013. Keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2013
sangat merosot dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Pihak
sekolah telah mengadakan beberapa program bagi meningkatkan
pencapaian PMR seperti kelas tambahan, motivasi, program intervensi
dan sentuhan kasih.
2.3 Bagi Peperiksaan SPM, seramai 84 calon yang menduduki peperiksaan
hanya 37 orang pelajar sahaja yang lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
Terdapat 17 orang pelajar yang gagal Bahasa Melayu dan Sejarah
manakala hanya 11 orang pelajar gagal Bahasa melayu sahaja dan
pelajar ini akan dibantu untuk lulus kedua-dua matapelajaran tersebut.
Program Mento-mentee diadakan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling
iaitu pelajar yang dikenalpatri boleh dibantu akan di anak angkatkan
kepada guru tertentu..

Makluman

Makluman

Pengesahan Minit Mesyuarat dan Perkara Berbangkit


3
3.1 Pengesahan minit mesyuarat
Cadangan : En Lam Gek Seng
Sokong
: Pn Jackellin

Makluman

Laporan Kewangan
4

4.1 Pn Tan Kai Yong membentangkan laporan kewangan. Jumlah kutipan


keseluruhan adalah sebanyak RM14,000.00 dan jumlah perbelanjaan
adalah sebanyak RM 6,812.50. Baki di bank sehingga 8.10.2013
adalah RM 31,019.44.

Makluman

Laporan Disiplin
5

5.1 En Lam Gek Seng selaku GPK HEM melaporkan bahawa disiplin
sekolah adalah terkawal dan terdapat sebilangan kecil pelajar yang
dikategorikan sebagai nakal tetapi bukan samseng. Setiap hari semasa
perhimpunan pagi pelajar-pelajar dilatih untuk diam dan beratur dalam
barisan kelas .Beliau berharap budaya yang lebih baik diwujudkan di
SMJK Katholik pada masa akan datang.
5.2 En Lam juga memaklumkan tindakan disiplin juga diambil ke atas
beberapa orang pelajar yang melakukan kesalahan seperti
1. Lee Wai Kit (2A) buang sekolah
2. Khoo Cheong Yam (2A ) - buang sekolah
3. Vignaraj (5U) - buang sekolah
5.3 YDP berharap tahap disiplin akan bertambah baik pada masa akan
datang dan PIBG sentiasa menyokong penuh tindakan yang diambil oleh
pihak sekolah untuk meningkatkan tahap disiplin sekolah.

Makluman

Makluman

Hari Graduasi
6
6.1 Hari Graduasi bagi pelajar tingkatan lima tahun 2013 akan diadakan
pada 19 Oktober 2013 dan akan dirasmikan oleh En Lim Chee Hoi
dan semua perbelanjaan untuk Hari Graduasi ditanggung oleh
Lembaga Pengelola sekolah. Hari Graduasi diadakan pada hari Sabtu
yang merupakan hari persekolahan iaitu cuti berganti sempena cuti hari
Raya Haji.

Makluman

Hal-hal Lain
7

7.1 Pengetua memaklumakan pada tahun depan PBSMR akan


menggantikan peperiksaan PMR. Subjek yang terlibat adalah Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Makluman

7.2 Pn Ng Chee Kuan memohon sumbangan PIBG sebanyak RM 303.00


untuk membayar sewa dewan dan pakaian tradisional bagi latihan tarian
pelajar-pelajar. Semua AJK bersetuju memberi sumbangan.

Makluman

7.3 En Shaharum meminta pihak sekolah menghantar pelajar yang cedera


atau sakit ke klinik kerajaan supaya tidak ada komen daripada ibu bapa
atau penjaga. Sekiranya terdapat kecederaan yang serius pelajar perlu
dibawa hospital.

Makluman

7.4 Pn Tui Soke Lai memaklumkan majlis perpisahan untuk Mr Shai akan
diadakan pada hari Jumaat 11 Oktober.

Makluman

7.5 En Lam Gek Seng memaklumkan bahawa pihak sekolah akan


memastikan semua pelajar mematuhi peraturan sekolah dan sebarang
tindakan yang diambil akan dimaklumkan di perhimpunan terlebih
dahulu.

Makluman

Ucapan Penangguhan
YDP merakamkan ucapan terimakasih kepada semua AJK yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.40 malam
Disediakan oleh :
.................................................
PN POZIAH BT MD YUSOFF
Setiusaha PIBG,
SMJK Katholik

Disahkan oleh :
................................................
EN WOON KIM THONG
YDP PIBG,
SMJK Katholik

You might also like