You are on page 1of 4

Vokal Depan Sempit [i]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [i], proses yang berikut turut berlaku
iaitu:
-

Bibir dihamparkan.

Depan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i], (lihat rajah). Berikut diberikan contoh
kehadiran bunyi [i] dalam perkataan.
Awal perkataan

: [ikan], [ikut], [ibu], [ikat], dan [ini]

Tengah perkataan

: [biru], [sila], [kita], [gila], dan [pili]

Akhir perkataan

: [tali], [bli], [bsi], [sari], dan [dari]

Vokal Depan Separuh Sempit [e]


Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit [e], perkara yang berikut turut
berlaku:
-

Bibir dihamparkan separuh sempit.

Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e], (lihat rajah). Contoh kehadiran bunyi vokal
ini dalam perkataan adalah seperti berikut:
Awal perkataan

: [ekor], [ela], [edah]

Tengah perkataan

: [sepet], [leper], [sero], [pera], dan [lere]

Akhir perkataan

: [sate]

Vokal Depan Separuh Luas []


Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses yang berikut turut berlaku:
-

Bibir dihampar separuh luas.

Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [], (lihat rajah). Berikut diberikan contoh
perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan.

Selalunya hadir dalam dialek kelantan.


Awal perkataan

: [doh]

Tengah perkataan

: [bso]

Akhir perkataan

: [bul], [god], [tul], dan [ud]

Vokal Depan Luas [a]


Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:
-

Bibir dalam keadaan hampar.

Depan lidah diturunkan serendah mungkin.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.

Bunyi yang dihasilkan adalah bunyi vokal depan luas hampar iaitu [a], (lihat
rajah). Berikut merupakan perkataan yang dihadiri oleh vokal ini dalam
perkataan.
Awal perkataan

: [alah], [amal], [aku], [ara], dan [alah]

Tengah perkataan

: [dadu], [bukan], [dari], [pkan], dan [kari]

Akhir perkataan

: [pita], [rasa], [kita], [sira], dan [suara]

You might also like