You are on page 1of 36

Pengurusan Bilik Darjah by Khairi hj Alwi

PENGURUSAN BILIK DARJAH


Secara amnya,bila kita menyebut soal bilik darjah ramai antara kita yang menyempitkan
skop bilik darjah hanyalah sesuatu ruang yang berdinding dan beratap,mempunyai
meja,papan hitam dan sedikit alat perabot seperti almari buku. Tanggapan ini adalah
bukannya tidak benar,tetapi jika ditinjau dalam konteks yang sebenar bilik darjah
mempunyai konsep yang sangat luas. Dengan kata kunci tempat berlangsungnya
proses pengajaran dan pembelajaran,maka bilik darjah boleh didefinisikan ataupun
diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan
menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa
konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke
semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam
tempoh masa tertentu. Tetapi,

Bagaimanakah perkembangan yang berlaku terhadap konsep bilik darjah?.


Jawapannya ialah, cuba kita kembali menyingkap sejarah silam perkembangan sistem
pendidikan Negara,pada zaman dahulu,terdapat lima hingga tujuh orang pelajar berada
di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran dari seorang mahaguru dan ini
pada dasarnya sudahpun dianggap sebagai bilik darjah kerana di situ berlakunya
proses pengajaran dan pembelajaran begitu juga sebelum kedatangan British,surau
atau pondok dijadikan sebagai tempat kanak-kanak melayu mengaji ayat-ayat al-quran
daripada imam. Situasi ini juga boleh dianggap sebagai bilik darjah. Justeru,tidak kira
dimana sekalipun asalkan berlakunya atau berlangsungnya proses memberi dan
menerima maklumat dan ilmu pengetahuan ia boleh disifatkan dan dikategorikan
sebagai bilik darjah sekalipun ia berlaku di sebuah padang pasir yang luas
sebagaimana di negara-negara luar seperti Iraq dan Afghanistan.

Tetapi,pada hari ini konsep bilik darjah biasanya ditafsirkan berdasarkan fungsi
pendidikan atau penyusunan fizikal. Secara kasarnya jelas bahawa tempat seperti
sebuah ruang bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah pengawasan
seorang guru dan dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi,meja,meja guru dan
papan hitam yang disusun mengikut piawaian memang dianggap sebagai sebuah bilik
darjah tetapi, bagaimana pula dengan sebuah padang yang digunakan untuk
pendidikan jasmani,sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji di sebuah
makmal sians dan sekumpulan pelajar yang sedang menonton program tv pendidkan di
pusat sumber?. Adalah ia boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah ataupun
sebaliknya?. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri
daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan
mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan
satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks.
Kebanyakannya melibatkan beberapa orang tertentu seperti pengetua,ibu bapa dan
pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan selain dari bentuk pengajian
seperti menetapkan matlamat,memperuntukkan sumber dan mengarah tujuan.
Manakala pengurusan bilik darajah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang
meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan menngekalkan kondisi
pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik
darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan
kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan
tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan
keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam
memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan
dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan
pelajar untuk belajar,menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan
menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau juga,pengurusan bilik darjah yang efektif
haruslah bersifat proaktif,responsive dan menyokong.
Menurut Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi kita untuk membezakan anatara
dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada

pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri.menurut


kedua-dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan
pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap
guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri
dalam pengajaran dan pembelajaran.
JENIS-JENIS BILIK DARJAH
Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjah pada masa
kini dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antara jenis bilik darjah
yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi,bilik darjah KBSR dan KBSM,bilik
darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah terbuka.
Bilik darjah tradisi
Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah
kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan.
Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti
pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di
dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja
sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan
pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja
guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran
ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih
berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam
bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan
oleh guru.

Bilik darjah KBSR dan KBSM


Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa
buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darajah KBSM pula
diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke
sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang
begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.
Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan.
Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan
interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan.
Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan
pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan
ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.
Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut.
Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses
pengajran dan pembelajaran
Ciri-ciri bilik darjah KBSR dan KBSM
1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif
7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Bilik darjah mata pelajaran khas

Dalam KBSM,beberapa bilik darjah mata pelajaran khas juga disediakan. Antaranya
ialah makmal sains,bilik ekonomi rumah tangga,bilik seni perusahaan,pusat sumber dan
sebgainya. Bilik darjah mata pelajaran khas ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan
yang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar
menggunakannya dalam amali. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk memudahkan
peljar menjalankan kerja amali. Selain itu,dalam bilik darjah ini juga dilengkapkan
dengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan bahan-bahan specimen dan
alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-lebih lagi dalam makmal
sains dan bilik kemahiran hidup.
Bilik darjah terbuka
Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka
R.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran,ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan
pelajaran serta pengelibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan
dan strategi pembelajaran.
Jelasnya,dalam sistem pendidikan terbuka,pelajat diberi peluang untuk merancang
aktiviti pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum.
Guru hanya berperanan sebagai penasihat sebagai pembimbing dan memilih bahan
pengajaran dan aktiviti pengajaran samada secara berkumpulan atau individu.
Biasanya,pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa orang
guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk membimbing pelajar
dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar
pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan
pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas berbincang
dengan guru.
Ciri-ciri bilik darjah terbuka:
1) Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu
2) Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah.

3) Kaya dengan bahan dan peralatan mengajar.


4) Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajran diintegrasiakn
5) Pelajar bebas bergerak dan memilih bahan yang diminati
6) Kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan akedami dan minat
7) Mempunyai suasana saling mempercayai dan menghormati perbezaan
8) Ujian dan peperiksaan dikurangkan begitu juga dengan pembahgian gred.
9) Perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar denagn pelajar secara terbuka
dan jujur.
Dari segi ciri bilik darjah terbuka,kita dapati bahawa guru dalam bilik darjah hanya
berperanan sebagai pembimbing,pengurus pembelajaran,kaunselor,pemudah cara atau
fasilitator. Ini jelas berbeza dengan bilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan
kelas. Implikasi daripada ini ialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya
sendiri. Suasana berlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi,ujian dan
tekanan dari luar untuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku.
Sesetengah guru khususnya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjah
terbuka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru. Antara masalah yang
dijangkakan timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaran pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Penyediaan bahan juga akan menimbulkan masalah
bagi guru yang tidak terlatih.
MASALAH-MASALAH UTAMA DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
Sebagai seorang guru yang mengajar pelajar,semestinya menyimpan matlamat yang
tersendiri selain daripada objektif yang tertulis dalam buku rancangan pengajaran.
Sebagai contoh,seorang guru yang bersifat pendidik mesti mempunyai azam mendidik
pelajar-pelajarnya menjadi manusia yang berguna,boleh memberi sumbangan kepada
masyarakat sekeliling,memanfaatkan ilmu yang di sampaikan kepada orang lain.
Matlamat-matlamat ini tidak pernah termaktub di dalam buku rancanag pengajaran.
Tetapi adakalanya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan salah satu
wasilah untuk merealisasikan objektif dan matlamat tersebut tidak berjaya sebagaimana
yang diharapkan. Kegagalan ini berpunca dari beberapa masalah yang timbul sewaktu

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah-masalah telahpun


dikenalpasti sebagai masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan guru. Antara
masalah-masalah tersebut ialah:
1 )Masalah komunikasi
Komunikasi ialah merupakan medium untuk seorang guru menyampaikan ilmu
pengetahuan dan maklumat kepada pelajar-pelajarnya dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran samada secara langsung atau secara tidak langsung.
Komunikasi dalam konteks pendidikan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu
komunikasi secra lisan atau dikenali juga sebagai komunikasi verbal dan yang ke dua
ialah komunikasi secara bukan lisan atau non verbal. Komunikasi secara lisan
melibatkan proses pemindahan maklumat ataupun idea secara lisan daripada seorang
individu iatu guru kepada sekumpulan pendengar atau pelajar. Komunikasi secara lisan
ini hanya berkesan sekiranya idea atau maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan
jelas dan mudah difahami.
Manakala komunikasi bukan secara lisan pula ialah penyampaian maklumat melalui
gerak isyarat seperti isyarat tangan,gerak kepala,ungkapan muka dan sebagainya.
Misalnya mengangguk kepala boleh diertikan sebagai bersetuju atau
menerima,senyuman bererti memberi galakan. Berdasarkan rujukan dan kajian yang
telah saya jalankan dapat saya spesifikkan masalah komunikasi ini kepada beberapa
sebab iaitu:
a) Masalah bahasa - proses komunikasi menggunakan bahasa sebagai media yang
menghubungkan antara dua pihak. Selalunya masalah dalam komunikasi ialah
berpunca dari bahasa samada bahasa yang salah atau bahasa yang kurang
jelas.Sekiranya menggunakan bahasa yang sama pun boleh mengalami masalah
apatah lagi pendenagar dan penutur merupakan dua individu yang menggunakan
bahasa yang berbeza. Sebagai contoh seorang guru yang tidak pernah lekang dari
menggunakan loghat daerah sedangkan pelajarnya adalah individu yang menggunakan
loghat yang berlainan. Apatah lagi bagi guru yang sudah terbiasa menggunakan bahasa
campuran melayu inggeris dalam subjek yang tidak berkaitan seperti sejarah dan moral.
Hal ini menarik perhatian Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Dato Dr Hassan Ahmad

di dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 22 februari 2008 yang menekankan
bahawa loghat daerah punca bahasa melayu lemah. Ironi daripada petikan ini guru
mestilah pandai menggunakan bahasa bersesuaian mengikut topik yang diajar.Situasi
ini membawa implikasi yang sangat bahaya iaitu meyebabkan pelajar tidak memahami
isi pengajaran yang disamapaikan walaupun guru tersebut menganggap
penyampaiannya adalah yang terbaik.
b) Ketidak jelasan suara guru - salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah
dalam berkomunikasi juga ialah ketidakjelasan suara guru. Sebagaimana yang
diketahui umum bahawa suara seorang guru guru adalah sangat penting kerana ia
adalah alat perantara dalam proses komunikasi. Ketidakjelasan suara guru boleh
membuatkan proses komunikasi dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan
terhalang atau boleh menimbulkan kekeliruan. Tidak kira apa kaedah yang dijalankan
oleh seseorang guru tersebut suara guru mesti lantang serta mampu didengari oleh
semua pelajar dan guru perlu bijak berintonasi kerana suara guru yang hanya mendatar
dari awal pengajaran sampai ke akhir pengajaran akan membuatkan pelajar cepat
bosan. Guru juga perlu pandai menggunakan kemudahan yand disediakan oleh pihak
pengurusan, sebagai contoh,untuk kelas yang begitu ramai dan dalam ruang yang
sangat luas guru mestilah menggunakan pembesar suara.
c) Keegoaan dan autokratik - sikap guru yang ego dan menganggap pelajar perlu
menerima sebulat suara apa yang disampaikan dan keautokratikan guru yang tidak
memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk bersuara menyebabkan terjadinya
komunikasi sehala yang sekaligus akan menjejaskan keberkesanan dalam proses
menyampai dan menerima maklumat. Ini kerana guru hanyalah manusia biasa yang
sekali sakala tidak dapat memerdekakan diri dari salah menaympaikan dan silap
menganggap.
d) Kegagalan mengawal emosi - emosi atau perasaan boleh mempengaruhi seseorang
ketika berkomunikasi. Guru yang dalam keadaan marah ada kalanya menjadi tidak
rasional. Tidak sepatutnya sebagai seorang guru tidak mampu mengatasi masalah yang
selalu bertapak dalam hidup manusia normal,justeru guru mestilah bijak mengawal
emosi agar penyampaian yang dilakukan dibalas dengan penerimaan yang baik oleh
pelajar. Pelajar sepatutnya menerima pelajaran dalam kedaan hormat kepada guru

bukannya dalam ketakutan dan terpaksa.


e) Gangguan di luar bilik darjah - sekalipun guru mampu mengawal keadaan dalam bilik
darjah dari kebisingan dan kebingitan pelajar tetapi bagaimana sekiranya gangguan itu
berpunca dari luar seperti berhampiran bilik darjah itu adanya pembinaan bangunan
atau aktiviti luar bilik darjah bagi kelas lain?. Kebiasaannya pelajar akan tertarik kepada
apa yang berlaku diluar bilik darjah. Hal ini mengimpakkan peyampaian guru terjejas
dek ketidaktumpuan pelajar terhadap proses pengajaran yang berlaku dalam bilik
darjah. Sebagai guru,kita mestilah bijak menangani masalah sedemikian dengan kreatif
samada mengambil inisiatif lain. Sekiranya guru dapat mengatasi masalah ini saya
yakin proses pengajaran akan menjadi lebih berkesan.
1) Masalah disiplin
Di dalam bilik darjah,pelajar-pelajar yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan
pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna
suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis. Dengan ini segala
aktivit pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik,teratur dan
licin. Tetapi salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin.
Ini bermakna segala apa yang dijelaskan di atas menjadi sebaliknya.
Secara am,disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok bagi
mewujudkan tingkahlaku yang baik. Selain itu,disiplin juga boleh disifatkan sebagai
pemikiran cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional dan
keyakinan diri.
Dalam konteks pendidikan,disiplin seorang pelajar bukan sahaja dipengaruhi oleh
sekolah malah,pembentukan disiplin pelajar juga sering diopengaruhi oleh persekitaran
dan masyarakat di luar sekolah. Selain itu,disiplin pelajar juga dipengaruhi oleh sikap
dan tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ayah dan ibu,guru dan
pemimpin masyarakat.
Zaman berubah bererti membawa perubahan kepada pemikiran seseorang terutama
pelajar. Kemasukan anasir-anasir laur yang tidak sepatutnya telah banyak
menyumbang kepada pertambahan masalah disiplin pelajar. Individu yang sentiasa
berhadapan dengan cabaran ini ialah guru yang boleh diibaratkan sebatang lilin.

Untuk menerengkan lagi masalah berkaitan disiplin dalam pengurusan bilik darjah ini
saya bawakan satu situasi iaitu Abu,Kim Seng dan Muthu adalah kawan karib di dalam
tingkatan 5 cempaka,mereka sering tidak hadir ke sekolah. Apabila mereka disoal oleh
guru,mereka hanya menjawab mereka sakit tanpa membawa surat perakuan doktor.
Situasi ini adalah satu bentuk masalah disiplin yang kerap dihadapi oleh guru.
2)Kesihatan murid
Kesihatan murid juga merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru
dalam pengurusan bilik darjah. Bertitik tolak dari cogan kata badan sihat otak cergas
membuktikan bahawa hanya pelajar-pelajar yang sihat sahaja dapat memberiakan
tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Bagaimana pula dengan
keadaan pelajar yang tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup seperti pelajar yang
berkerja sambilan di malam hari sehingga lewat malam?.
Sudah pasti pelajar ini tidak dapat memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung,mereka sering berasa gelisah malah terdetik di hati
mereka lambatnya guru ini hendak menghentikan pengajaran dan tidak kurang juga ada
yang curi-curi tidur sehingga betul-betul terlena. Keadaan seperti ini membawa masalah
dan mengganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sedangkan,dalam
prinsip pembelajaran menekankan apsek persediaan pelajar untuk menerima
pengajaran dan pengelibatan pelajar yang aktif.
3)Susun atur dan peralatan
Masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga akan
memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur
sebuah bilk darjah,guru seringkali berhadapan dengan kematian punca untuk mengatur
kedudukan meja dan kerusi pelajar-pelajar malah meja dan kerusi guru itu sendiri juga.
Hal ini mungkin disebabkan dua faktor yang utama iaitu bilangan pelajar yang begitu
ramai dalam satu bilik darjah dan yang ke duanya ditambah pula dengan ruang bilik
darjah yang begitu terhad. Situasi ini berlaku kepada guru yang mengajar di sekolah
harian. Bagi sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan SMKA saya rasa rasa ia
bukanlah suatu masalah kerana bilangan pelajar denagn ruangan bilik darjag memanag
terpiawai.Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja
akan mempengaru tingkah laku pelajar malah ia juga boleh mempengaruhi sikap

pelajar dan penyumbangan kepada akademi pelajar.


Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya susun atur yang dibuat sebaik mungkin
maka hasilnya adalah positif sekiranya tidak maka hasilnya adalah negatif. Saya yakin
sebagai seorang guru sememangnya mahukan sesuatu yang baik,sempurna dan positif
dalam setiap perangkaan yang dibuat tetapi adakalanya apa yang dibuat itu terpaksa
mengalami kegagalan di sebabkan masalah-masalah yang di dapat dielakkan. Seperti
masalah yang saya nyatakan di atas memenag adalah suatu masalah yang pada mata
kasarnya tiada penyelesaiannya kerana bilanagn pelajar dan ruang bilik darjah memang
tetap dan tidak boleh diubah-ubah.
Ditinjau dari aspek peralatan pula,selalunya bukanlah peralatan yang disediakan itu
tidak mencukupi tetapi selalunya peralatan itu tidak boleh berfungsi atau dengan kata
lain rosak. Sebagai contoh antara alatan-alatan yang selalu mudah rosak samada rosak
atau dirosakkan pelajar ialah pemadam papan hitam,penyapu,peralatan di ruangan
belajar seperti almari malahan kadang-kadang papan hitam dan meja serta kerusi pun
turut rosak atau dirosakkan. Peralatan-peralatan seperti ini memeang tidak dapat
dinafiakan bantuannya dalam proses pengajran dan pembelajaran yang berkesan telah
pun disediakan oleh pihak pengurusan tetapi pengedarannya secara berkala seperti
papan hitam mungkin dua atau tiga tahun sekali. Di sini jelas menunjukkan masalah
yang guru dan bakal guru akan hadapi. Walau bagaimanapun ia tidak boleh dijadikan
alasan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti melepaskan
batuk di tangga.
Cadangan-cadangan dalam penambahbaikkan bilik darjah supaya boleh diurus dengan
efisyen
Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan ciri-ciri seorang
guru,iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan
bilik darjah lebih efisyen dan dapat diurus dengan berkesan guru hendaklah mempunyai
sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas,demokratik pengasih dan prihatin.
Sebagai pengurus yang baik tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses
pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-

masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang
kondusif,sihat dan positif untuk menggalakkan pembelajaran.
Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim
dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan memfokuskan
kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran,interaksi dan pengelibatan pelajar
yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan segala
objektif dan matlamat yang ingin dicapai tercapai, seorang guru wajib mengetahui
prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip ini adalah rangkuman daripada
sikap guru,iklim bilik darjah dan pengurusan yang mengutamakan pengajaran. Antara
prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut :
1)Hubungan baik antara guru dan pelajar.
Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bili darjah mempunyai
objektif yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka,kedua-dua belah
pihak perlu bekerjasama. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar perlu
diwujudkan agar guru dapat menghormati pelajar sebagai individu yang memerlukan
pertolongan dan pelajar dapat menghormati guru debagai orang yang akan
membantunya.
2)Sikap guru yang optimis.
Guru sebagai pengurus perlu yakin akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar
akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan
kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut.
3)Bersikap positif kepada semua pelajar.
Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah
yang berkesan dan efisyen,untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk
pelajar yang kerapa membuat masalah,guru mestilah bersikap positif terhadap semua
pejalar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian. Tunjukkan kepada mereka
bahawa sikap mereka yang tidak digemari,bukannya diri mereka. Biasanay apabila
mereka sedar bahawa guru mengambil berat tentang mereka,mereka akan lebih
bersifat terbuka,berkongsi dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif.
4)Mencegah lebih baik dari merawat.
Pepatah inggeris ada menyebut prevention is better than cure. Pepatah ini boleh

diadaptasikan dalam pengurusan bilik darjah. Bagi seorang guru,mencegah perlakuan


negatif pelajar adalah lebih baik dari mengambil tindakan untuk merawat atau
mengawalnya. Sikap proaktif guru dalam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik
darjah,menghalang pelakuan negatif pelajarnya.
5)Prosedur pengurusan yang tegas.
Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan,guru perlu tegas dalam
melaksanakan segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajar yang
melanggar rutin perlu dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan. Kelonggaran atau
kelemahan melaksanakan segala peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat
pelajar terhadap guru.
6)Memberi dorongan yang positif.
Pelajar adalah manusia yang jiwanya bergelojak setiap masa,sebagai pengurus guru
perlu memberi dorongan kepada pelajar setiap masa. Pelakuan positif yang mereka
perlihatkan walaupun kecil perlu diberi pujian yang sewajarnya kerana pelakuan yang
positif itu apabila diberi pujian akan meningkat kekerapannya.
Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan prinsip-prinsip
pengurusan bilik,guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik
darjah yang efisyen. Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira oleh seorang guru
sebagai pengurus. Antara yang utama ialah pengurusan fizikal yang cekap,komunikasi
yang berkesan dan pengurusan disiplin yang mantap.
1)Pengurusan fizikal
Salah satu cara untuk memperbaiki suasana pembelajaran yang menggalakan adalah
dengan cara menyusun persekitaran fizikalnya. Menurut Savage (1999), susun atur
fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap guru dan ini
dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah
laku pelajar. Suasana bilik darjah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan
pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk
lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur
suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan
peranan,berusaha sebaik mungkin untuk penambahbaikkan daya tarikan bilik darjah
tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang

dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya


pembelajran iti harus dijalankan.
Menurut MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menmpung
aktivit-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin
disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas,guru dapat menguruskan
kperluan akademik,social dan juga emosi pelajar. Antara fungsi penting susun atur :
1) Untuk memaksimakan cara di mana guru berupaya untuk melihat serta dilihat oleh
pelajar.
2) Ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan pelajar dan guru di dalam
bilik darjah.
3) Mengurangkan segala gangguan supaya pelajar dapat terlibat secara aktif dalam
pembelajaran.
4) Memastikan guru dan pelajar masing-masing merasa selesa.
Dalam pengurusan fizikal saya fokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola
kedudukan pelajar dan peralatan yang lengkap.
A) Pola kedudukan pelajar
Berdasrkan susunan fizikal,kedudukan pelajar juga mempunyai pengaruh yang
dominan ke atas suasana pembelajaran pelajar. Guru haruslah bijak dalam menyusun
kedudukan kerusi dan meja agar semua pelajar merasa selesa semasa pengajaran
dijalankan. Ketentuan ruang untuk pergerakan bergantung kepada jumlah pelajar dan
berapa luas bilik darjah tersebut.
Sekiranya pelajar duduk dalam kumpulan empat atau enam orang,ini dapat
memudahkan lagi perbincanagn dikalangan mereka dan dengan ini juga mereka dapat
membantu di antara satu sama lain. Guru lebih mudah juga memberikan kerja
berkumpulan atau berpasangan dengan kedudukan pelajar yang demikian. Susunan
kedudukan pelajar banyak bergantung kepada keparluan serta kefahaman guru tentang
apa yang ingin dicapai di akhir pengajaran. Ada juga antara guru yang tidak mahu
peljarnya asyik berbingcang atau berbual dengan rakan-rakan yang lain maka,setiap
pelajar akan duduk berasingan ataupun bersendirian seorang pelajar satu meja dan
satu kerusi dan semuanya menghadap ke hadapan kelas.
Walaubagaimanapun,situasi di atas adalah untuk bilangan peljarnya yang normal.

Sekiranya bilik darjah harus menampung ramai pelajar,maka sering didapati guru sukar
untuk berjalan dari satu meja ke satu meja pelajar yang lain dan hal ini bukan sahaja
menyukarkan guru tetapi juga pelajar tidak akan dapat belajar dengan baik dalam bilik
darjah yang sempit. Interaksi antara guru dengan pelajar juga terhambat kerana guru
sukar untuk bergerak dan meninjau maslah pelajar.
Dalam keadaan seperti ini memang guru tidak mempunyai pilihan atau inisiatif lain lg
tetapi masih boleh cuba untuk menyusun denagn sebaiknya. Menurut Wolfgang (1996),
semua pelajar digalakkan melihat guru mereka dengan baik dan begitu juga guru. Meja
guru haruslah sentiasa berada berdekatan pelajar yang sering memerlukan perhatian
yang lebih umapamanya mereka yang berkeperluan khas atau lebih bermasalah dalam
pembeljaran. Susunan yang baik dan rasional seperti yang berbadan besar dan tinggi di
belakang manakal yang kecil di hadapan perlu juga diambil kira oleh guru.
B) Peralatan yang lengkap
Sumber yang sedia ada serta perkakas peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah
juga akan mempengaruhi guru dalam menyusun suasan fizikal bilik darjah tersebut.
Memang pihak pengurusan sekolah menyediakan peralatan asas seperti papan
hitam,almari,alat-alat membersih teapi yang menjadi masalahnya peralatan yang
disediakan itu diagihkan secara berkala seperti setahun atau enam atau setiap
pertengahan tahun. Malangnya sebelum tempoh jangkaan tersebut peralatan itu sudah
rosak,hilang dan sebagainya.Apabila alatan atau perkakas yang dapat disediakan
adalah terhadad dan terbatas,guru mesti menggunakan cara lain untuk memperoleh
alatan atau perkakas tersebut seperti mengutip derma atau sumbangan tajaan
terutamanya daripada ibu bapa pelajar yang berkemampuan.
Guru juga perlu kreatif memperlibatkan sama pelajar dalam menyelesaikan maslahmasalah seperti ini. Menyuruh mereka cuba membuat dengan tangan mereka kalau
pelajar tersebut dari tingkatan yang tinggi seperti tingkatan tiga dan ke
atas,menganjurkan gotong royong kelas untuk mengumpul alatan-alatan tersebut,setiap
pelajar bawa satu alatan contonhya. Dengan ini,ianya bukan sahaja emnggalakkan
pengelibatan pelajar tetapi juga menyemai kemesraan di antara guru dengan
pelajar,pelajar dengan pelajarWalaubagaimanapun,segala aktiviti seperti ini mestilah

mendapat kebenaran dan kelulusan pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu.


Konklusinya,walaupun dengan peralatan yang agak terbatas,banyak cara atau kaedah
yang boleh diambil oleh guru untuk menyediakan suasana yang menyeronokkan yang
dapat menjadikan pengurusan bilik darjah yang efisyen dekaligus dapat meningkatkan
lagi pengajaran serta pembelajaran di kalangan pelajar. Apabila guru berfikiran kreatif
serta inovatif,tentunya pelajar-pelajar akan memeperoleh banyak manfaat dengan
belajar dalam bilik darjah yang ceria,selesa dan sihat.
2 )Komunikasi yang berkesan.
Sekiranya kita membuat tinjauan, kita akan dapati bahawa komunikasi merupakan
sesuatu yang komplek. Menurut Verdeeber dan Verderber ( 2002), komukasi
merupakan proses untuk membina atau mengongsi makna dalam perbualan yang
informal, interaksi dalam kumpulan atau syarahan. Proses ini melibatkan
peserta,konteks,mesej,wujud atau tidak sebarang gangguan dan maklum balas yang
diterima. Dengan ini,komunikasi digambarkan dalam bentuk strategi arahan yang perlu
dalam penyampaian ilmu kepada pelajar.
Komunikasi sering kali menjadi masalah utama kepada guru dalam penyampaian ilmu.
Pada hakikatnya tidak perlu semua guru untuk menjadi guru bahasa tetapi,biarlah
penggunaan bahsa guru itu sesuai dengan keperluan dan kebolehan pelajar bagi setiap
mata pelajaran. Guru haruslah menggunakan kefahaman dalam komunikasi samada
komunikasi itu dalam bentuk lisan ataupun bukan lisan. Motley (1990), telah
menetapkan cirri-ciri yang harus ada dalam komunikasi iaitu :
1) Adanya pertukaran informasi
2) Proses berlaku dalam system komunikasi
3) Penyampai dan penerima terlibat secara aktif.
4) Kualiti dalam komunikasi itu berbeza.
Pengajaran dan pembelajaran banyak melibatkan komunikasi antara guru dan pelajar
serta dikalangan pelajar juga. Komunikasi yang berlaku antara guru dengan pelajar
banyak dalam bentuk lisan selain dalam tulisan dan bahsa isyarat. Oleh itu,kemahiran
berkomunikasi adalah sangat penting bagi seorang guru. Kecekapan berkomunikasi
akan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada

seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi di bilik darjah ialah :


1) Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi
Kewujudan amalan demokrasi di dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang
kondusif dan harmoni. Pelajar tidak berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan
pendapat mereka. Mereka bebas menyuaraka pandangan walaupun pandangan itu
tidak disenangi samada oleh guru atau pelajar lain.
2) Menggunakan bahasa yang berkesan.
Sebagai seorang guru,bahasa adalah media terpenting dalam menyampaikan ilmu.
Dalam proses penyampaian ilmu itu,guru mestilah menggunakan bahasa yang
berkesan iaitu tepat,jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleretleret akan menyukarkan pemahaman pelajar malah mungkin boleh membawa kepada
salah tafsir pelajar.
3) Menyesuaikan dengan situasi.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan individu pelajar di dalam
sesebuah bilik darjah. Guru pula perlu bijak menyesuaikan cara berkomunikasi antara
setiap pelajar yang berbeza tersebut. Sebagai contoh,jika berkomunikasi denagn
pelajar yang lemah kognitifnya maka guru perlulah menggunakan aras komunikasi yang
rendah dan begitulah sebaliknya.
3)Menangani disiplin bilik darjah.
Disiplin bilik darjah juga adalah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh guru
terumanya guru yang baru menyandang jawatan. Bagi guru yang baru menyandang
jawatan, mereka memang menghadapi kesukaran menjayakan peranan sebagai
pembentuk disiplin pelajar. Mereka tidak mempunyai pengalaman sebenar bilik darjah
sebelum ini dan pengurusan ini tidak cukup dengan hanya teori-teori yang dipelajari di
universiti. Walaubagaimanapun ini bukan suatu penghalang yang sangat dasyat kepada
guru baru kerana mereka boleh belajar menimba pengalaman secara berperingkat.
Terdapat banyak cara untuk mengurus disiplin agar bilik darjah menjadi
aman,sihat,kondusif dan efisyen.
Guru yang efektif akan menguruskan supaya pelajar dapat menggunakan masa dengan
lebih produktif. Punca guru tidak dapat menggunakan masa dengan sebaiknya adalah

berpunca dari salah laku pelajar. Tidak kira samada salah laku tersebuat adalah ringan
atau lebih serius. Sebagai contoh semasa guru sedang mengajar seorang pelajar
mengganggu pelajar yang lain maka,di sini guru tersebut perlu mengambil sedikit masa
untuk menegur atau membuat dendaan kepada pelajar tersebut. Sebagai guru yang
baik merangkap pengurus sesebuah bilik darjah guru mestilah mengaplikasikan
pepatah inggeris yang menyatakan prevention is better than cure. Dari situlah
sekiranya guru berjaya mencegah salah laku pelajar tersebut maka masa yang guru
ada dapat dugunakan dengan lebih efisyen dan sebaiknya.
Bagi mengelak masalah tingkah laku pelajar di bilik darjah,guru juga perlu menyediakan
pelan pengajaran yang baik agar produktiviti pelajar dapat ditingkatkan. Dalam bilik
darjah yang diurus dengan baik,pelajar tidak akan merasa bosan dan masa tidak
terbuang. Selain itu juga,guru haruslah sentiasa memberi perangsang kepada pelajar
dengan menunjukkan sikap dan sifat yang baik agar merangsang mereka untuk tidak
melakukan masalah dan mengamalkan sifat dan sikap yang baik sekaligus
menghapuskan masalah tingkah laku atau disiplin pelajar dalam bilik darjah. Langkahlangkah di atas adalah cadangan-cadangan untuk penambahbaikkan bilik darjah agar
ianya dapat diurus dengan efisyen selari dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan
pendidikan yang berkesan kepada rakyat.

Rujukan
1) Lemlech, J.K. (1988). Classroom management: methods and techniques for
elementary and secondry teachers (2nd edition). New York:Longman Inc.
2) Levin,J.& Nolan,J.F. (2004). Principle of classroom management: a professional
decision-making model. USA:Allyn&Bacon.
3) Hall,C. (2000). Growing safe schools-it takes a community! University of Akron.
4) Henley,M. (2006). Classroom Menagement: A proactive approach. New Jersey:
Pearson Prantice Hall.
5) Savage,T. V. (1999). Teaching Self-Control Through Management and Discipline.
Boston:Allyn and Bacon.

6) Verderber, R. F., & Verderber, K. S. (2002). Communicate! (10th ed.). USA: Clark
Baxter.
Khamis, Februari 14, 2013
PENGURUSAN BILIK DARJAH: SATU KAJIAN LITERATUR RINGKAS.

2.1 Pengenalan
Tinjauan literatur dijalankan bertujuan untuk mengkaji proses dan prosedur dalam
aspek pengurusan bilik darjah yang diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Telah
banyak kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak antaranya oleh para guru yang
menyambung pelajaran di bawah Program Pensiswazahan Guru(PPG) sama ada
secara jarak jauh atau sepenuh masa.
2.3 Konsep Bilik Darjah
Semasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam
bilik darjah. Pernahkah kita terfikir apa itu sebenarnya bilik darjah? Besar kemungkinan
ada yang akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik buru mengajar dan murid
belajar. Ya, itulah gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan
murid diajar oleh seorang guru. Menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar
merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya, guru
bermakna seseorang yang:
(a)

Mengajar murid-murid di sekolah atau di institusi pendidikan,


atau

(b) Menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya
pos.
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975),
suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam
pengajaran. Susunan fizikal biluk darjah boleh memberi sumbangan dari segi kawalan,
pembelajaran, perhubungan guru dan murid, juga antara murid dengan murid dan
keseronokan bekerja bersama-sama.

2.4 Konsep Pengurusan Bilik Darjah


Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik
darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku
gangguan daripada timgkah laku murid. Ramai yang mengatakan pengurusan bilik
darjah merupakan aspek yang paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa
mereka tidak akan menjadi guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah
dalam pengurusan bilik darjah. (laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika
Syarikat, 1981).
Malah Maskowitz dan Hayman (1976) pernah menyatakan sekali guru kehilangan
kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula.
Secara umumnya pengurusan bilik darjah bolehlah diumpamakan seperti
pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi
prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan,
memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah. (Lemlech, 1988).
Namun begitu pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya menurut Anderson
(1989) ialah tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum

dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu
tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisen.
2.4.1 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah
Di dalam mengurus bilik darjah seseorang guru berperanan besar bagi memastikan
suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah
begitu rumit. Dia perlu mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih
sayang di dalam bilik darjah. Seorang murid memerlukan kasih sayang. Seseorang
guru yang cekap pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan
kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati murid-muridnya.
a)

Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di
dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih
dari itu ia perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta
mengenali mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

b)

Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satusatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah
menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak
berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk
menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu
diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah
sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.
Kecekapan guru dalam mengurus penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan
menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menanda jadual kedatangan, menyemak
keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan bantu mengajar,
mengutip dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran, menyediakan berbagai
rekod, menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makan Tambahan dan
sebagainya. Dengan adanya rutin ini, segala aktiviti di dalam bilik darjah akan

dijalankan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak akan terganggu dan proses
pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
c)

Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik


darjahnya, seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu
pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil
kira kebolehan dan minat murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran. Di
peringkat ini, guru juga merancang tentang cara menilai muridnya sama ada
menggunakan ujian, lembaran kerja atau pun projek.

d)

Malah guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di dalam
kelas apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang untuk
bertanya tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau
penjaga murid sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian anakanak mereka selepas sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan.
e)

Terkini, guru perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaran

yang telah mereka


jalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi
supaya hasilnya benarbenar menepati objektif yang telah ditetapkan.
2.5 Amalan Pengurusan Bilik Darjah
2.5.1 Merancang
Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau
sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan
pengajaran guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta
jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi
menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

Selain perancangan pengajaran, guru juga merancang disiplin dan pengurusan bilik
darjah yang baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan
yang tenteram. Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan masalah disiplin
seperti menggalakkan aktiviti yang bermakna serta menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti baru
boleh menimbulkan unsur suspens dan mengagumkan.
Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu
pelajaran atau kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung kepada perancangan
teliti yang dibuat oleh seseorang guru.
2.5.2 Mengurus
Guru juga boleh bertindak sebagai seorang pegurus yang cekap.Ini penting bagi
mewujudkan keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah selesa
untuk pembelajaran. Sebagai pengurus guru akan memastikan segala kegiatan harian
seperti menanda kedatangan dan mengedar serta mengumpul buku-buku latihan
dijalankan dengan teratur.
Sebagai pengurus, guru juga menentukan bahawa susunan meja dan kerusi adalah
sesuai bagi murid-muridnya. Masalah seperti halangan kepada penglihatan murid-murid
yang lain hendaklah dielakkan. Penyusunan tempat duduk murid-murid mengikut
kumpulan akan memudahkan interaksi antara guru dengan murid serta antara murid
dengan murid.
Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa
memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha untuk menggerakkan
muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus
yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah
jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin
kendri di kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu
pengajaran-pembelajaran.
2.5.3 Mengelola

Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang juga pentingnya.
Sebagai pengelola, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:
1-

Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan


pembelajaran.

2-

Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid.

3-

Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.

4-

Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam


perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran.

5-

Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar.

6-

Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang


sah serta boleh dipercayai.
Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi
menjamin pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.
2.5.4 Mengarah
Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan memberi
arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan
berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan
pembelajaran benar-benar memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya.
Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal.
Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru
adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai
pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah
organisasi kecil yang dipimpinnya.
2.5.5 Mengawal
Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan
yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran.

Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku
disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang
dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna
ada berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan
mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif
pembelajaran.
Guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan,
mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu,
guru harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap agar sesuatu
matlamat tercapai.
2.6 Model Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran. Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan
peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal
disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada
guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta
mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.
Terdapat beberapa model yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah.
Antaranya yang akan dibincangkan ialah:
2.6.1 Modifikasi Tingkah Laku
Mengikut kamus Dewan Edisi ke-4 modifikasi ertinya proses (perbuatan atau
tindakan) mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan
keperluan. Guru mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah
laku positif.

Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan lahirnya tingkah
laku positif.
Cth: jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggungjawab
dan mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2.6.2 Model Disiplin Asertif Canter
Model ini menekankan hubungan yang positif antara guru dan pelajar. Di mana guru
menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini kepada pelajar. Penerangan ini
penting kerana setiap tingkah laku pelajar ada memberi kesan sama ada positif atau
negatif. Dengan kata lain model ini mengutamakan kepentingan disiplin di dalam bilik
darjah.
Matlamat utama model ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di
dalam bilik darjah supaya dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta
berkesan untuk pembelajaran. Aspek pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara
asertif (berkeyakinan dan tegas) oleh itu guru perlu bertindak menjadi guru asertif.
Terdapat beberapa prinsip model yang dilaksanakan dalam model Canter:

Guru perlu memberi peneguhan terhadap tindakan pelajar dengan wajar.

guru harus merangka sistem dendaan dan ganjaran yang boleh dijadikan rujukan
murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.
Pandangan Canter adalah untuk mengawal dan mengajar dengan berkesan, seseorang
guru perlulah bersifat tegas. Mengikut disiplin Canter guru ada kuasa untuk
menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan mengorganisasikan satu perjumpaan
dengan pelajar untuk jelaskan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika terdapat peraturan
bilik darjah yang dilanggar, guru perlu mengambil tindakan bilik darjah dengan serta
merta.
2.6.3 Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs

Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab


kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru
perlu mengenalpasti punca salah laku murid, disamping itu murid perlu dibimbing untuk
memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid juga perlu dilatih untuk mendapatkan
kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Secara keseluruhannya,
murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik
darjah agar amalan demokrasi dapat diaplikasikan.

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:


mendapatkan perhatian
mencabar kuasa
membalas dendam
mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku


berkomunikasi perkara yang positif
galak peningkatan murid
kenal pasti kelemahan murid
belajar daripada kesilapan
percaya kebolehan murid
bekerjasama
rasa bangga pencapaian murid
optimis
beri galakan dan motivasi
2.6.4 Terapi Realiti Glasser
Model Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser(ahli psikologi) pada tahun 1950an. Beliau telah banyak menulis serta mengemukakan pendapat mengenai isu-isu

pendidikan dan disiplin. Buku pertama beliau bertajuk Reality Theraphy: A New
Approach to Psychiatry yang memperkatakan tentang terapi realiti.
Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu
berasaskan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat oleh individu pula berdasarkan
keperluan-keperluan asas mereka. Menurut Glasser, masalah tingkah laku yang berlaku
di dalam bilik darjah adalah akibat dari rasa bosan atau tidak puas hati dengan
jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid
gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah. Antara keperluan asas murid
ialah :
a)

kasih sayang

b)

mempunyai kuasa dan kawalan

c)

kebebasan

d)

keseronokan
Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kauseling untuk membantu individu
meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan
membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang.
Melalui terapi realiti, guru dapat:
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan.
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid.
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku.
- bertindak sebagai pembimbing murid.
Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan
mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kurikulum yang berkualiti


akan meningkatkan mutu pendidikan
kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran
yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang
kepada murid untuk memahami dan meneroka apa yang diajar.
Kualiti pengajaran
persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif
guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
tugasan-tugasan pengajaran dan pembelajaran perlu yang berkaitan dengan
kehidupan
seharian murid
berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya
Guru yang membimbing akan:
memahami murid
menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
berbincang dengan murid
menggalakkan murid meneroka p&p
menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran
Membina bilik darjah yang berkualiti
tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan
hubungan baik
mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
bina hubungan dengan guru murid
peraturan kelas
elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau
mengancam murid apabila timbul masalah

pengetahuan
kompentensi
kualiti
penilaian
kefahaman dan penggunaan
2.6.5 Model Pengurusan Kelompok Kounin (1970)
Model pengurusan kelompok kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan
guru yang teliti terhadap aktivit-aktiviti dalam bilik darjah. Ia mencadangkan teknik dan
strategi yang proaktif bagi menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan
akademik yang baik. Diperkenalkan supaya pelajar melibatkan diri dan mengurangkan
ganguan dalam kelas dan membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang
digunakan oleh guru lebih penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan
bilik darjah.
Model ini memberi fokus kepada pencegahan disiplin dengan menggunakan strategi
dan teknik untuk mengelakan kesalahan tingkah laku pelajar. Ia direka untuk mencegah
masalah di peringkat permulaan. Kounin menyatakan pengurusan kelas yang baik
bergantung pada pengurusan kelas yang berkesan. Kajian ini telah menemukan istilah ripple
effect. Ripple effect ialah teguran dan tindakan guru terhadap pelajar yang melakukan
kesalahan akan mempengaruhi pelajar lain. Beliau menjelaskan guru yang efektif
adalah guru yang menghalang dari berlakunya masalah pengurusan bilik darjah.
Teori Kounin :
2.6.5.1 Kesedaran dan kepekaan (Withitness)
Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah.
guru bertanggunjawab memerhatikan sikap pelajar dalam kelas.
guru mesti mengetahui perkara asas berkenaan murid.
( contoh: nama, hobi, kekuatan dan kelemahan)
Guru perlu menggunakan teknik non-verbal (bahasa badan).

2.6.5.2 Pertindanan (Overlapping)


Menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak (pertindihan).
Guru boleh mengawal kelas dalam 2 situasi berbeza dalam satu masa.
Contoh: Mariam, teruskan dengan pembacaan awak, Azizah sila beri perhatian
dan
jangan bercakap.

2.6.5.3 Kelicinan (Smoothness)


Guru memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau member pendapat
berkenaan dengan pengajaran.
Guru dapat menilai tahap pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan.
Guru sebagai fasilitator semasa kerja berkumpulan dan memberi cadangan kepada
pelajar jika diperlukan.
2.6.5.4 Momentum
Guru memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat rumusan di akhir
pengajaran dengan berkesan.
Mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan pelajar.
Menerangkan konsep terlebih dahulu supaya pelajar faham.
2.6.5.5 Kepekaan Kelompok/Kumpulan

Perhatian kumpulan(Group alerting) :

Pelajar lain memberi perhatian semasa rakan memberi penerangan.

Menggalakkan akauntabiliti(Encouraging accountability) :

Memberitahu pelajar bahawa mereka diperhatikan dan akan dinilai.

Format penyertaan tinggi(High participation format)

Mentakrifkan tingkah laku pelajar apabila mereka tidak menjawab soalan guru
secara langsung.

2.7 Masalah dan Halangan Pengurusan Bilik Darjah


Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah
untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di
mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Kemahiran guru dalam
memanipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada
relevan dan menarik untuk keperluan pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan salah
satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat
meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran.
Namun terdapat beberapa masalah dan halangan yang sering mengganggu dalam
pengurusan bilik darjah. Masalah dan halangan ini dapat dibahagikan kepada beberapa
kategori iaitu masalah disiplin, tingkah laku, komunikasi dan interaksi. Disamping itu
terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan kepada pengurusan disiplin bilik
darjah iaitu hubungan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan persekitaran bilik
darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak dijangka.
Berikut pecahan atau huraian tentang masalah disiplin yang bersifat disruptif seperti
tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap, makan dan tidur didalam
kelas, keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran, lewat masuk kelas, tidak membawa
buku latihan/teks, menunjukkan sikap biadap terhadap guru, membuli, melepak, berlari,
menjerit di koridor. Termasuk juga dalam kategori kesalahan disiplin ialah masalah
masalah kekemasan diri contohnya tidak memakai lencana, tanda nama, stoking, kuku
panjang, warna rambut dan pelajar lelaki berambut panjang.
Selain dari disiplin, soal tingkah laku di dalam bilik darjah juga merupakan masalah dan
halangan dalam pengurusan bilik darjah. Menurut Shrigley (Levin & Nolan, 2004) apa
jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari
segi psikologi mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif. Justeru
perbuatan seperti kurang memberikan perhatian, hiperaktif, pendiam, sensitif, apati

(tidak kisah kepada arahan guru), sikap melengahkan dan sambil lewa, gemar
bercakap, menganggu rakan, membuli, berbohong, menipu, menimbulkan kekecohan
dalam bilik darjah, kurang sopan, mencuri, merosakkan harta benda dan mudah marah
dan agrasif. Manakala tingkah laku distruktif pula ialah permusuhan nyata, vandalisme,
kumpulan liar, klik atau geng.
Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga
berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar
mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat
terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup
terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan
mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar itu
tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah kerana terpaksa
menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah bahasa juga menyumbang masalah
komunikasi. Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah kebanyakan
pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami bahasa
Melayu yang digunakan oleh guru dengan sepenuhnya.
Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya
terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.
Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balas.
Sebagai contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi
berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya berinteraksi
dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk berbincang dalam
bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik perbincangan guru. Selain itu
guru tidak dapat memadankan bahan bahan pelajaran yang sesuai dengan umur
kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap
pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak
dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan
pengajaran

Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang
selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak
berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah
tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka
gelisah. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran
sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong
kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya
dengan baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagaibagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap
kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua
karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau tidak
berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan
bergerak ke sana sini.
sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar
Samuel)
2.8 Kesimpulan
Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap aktiviti
pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti
pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan.
Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan
pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh
kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat
secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum
menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH

(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap
akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan
cemerlang.
Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan
pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu
yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri;
cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam
menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.
Timbul satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini diperluas
dan dikembangkan di kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan kita? Ini
adalah persoalan yang belum dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas kepada
setiap individu guru untuk membuat kajian lanjut.
RUJUKAN
Banathy, B. H. (1991). Systems design of education: Ajourney to create the
future.Englewood.
Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3, Ciri Iklim Sekolah
Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, 128- Masalah Pendidikan
2005, Universiti Malaya.
Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008, Pengabaian Kemahiran Mendengar dan
Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di
Malaysia.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah.
Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis.
Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 188. ISBN 978-983-3850-54-9.
Dicatat oleh b.tan di 12:21:00 PTG

You might also like