You are on page 1of 17

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PENUBUHAN TADIKA

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA


ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

TUJUAN

2.

OBJEKTIF

3.

SKOP

4.

DEFINISI

5.

KEPERLUAN KELULUSAN PERANCANGAN BAGI MENJALANKAN


AKTIVITI TADIKA

6.

DASAR PERANCANGAN

67

7.

GARIS PANDUAN KHUSUS

8 10

8.

MAKLUMAN MENGENAI KEHENDAK BILANGAN KANAKKANAK OLEH JABATAN PENDIDIKAN WPKL

11 14

9.

SYARAT TAMBAHAN

15 16

10.

TARIKH KUAT KUASA

17

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA


1.0 TUJUAN
Garis Panduan Perancangan Bagi Penubuhan Tadika di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur ini disediakan bagi memudahkan pengusaha mengenalpasti
kehendak perancangan yang perlu dipatuhi sebelum mengemukakan
permohonan kebenaran perancangan ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Kelulusan perancangan adalah diperlukan bagi menjalankan aktiviti Tadika
selaras dengan Seksyen 19 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982,
(Akta 267).

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA


2.0 OBJEKTIF
i)

Memastikan pengusaha Tadika mendapat maklumat lengkap mengenai


prosedur kelulusan perancangan bagi penubuhan Tadika di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

ii)

Memastikan pengusaha Tadika menjalankan aktiviti mengikut garis


panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur.

iii)

Memastikan keperluan perancangan yang telus dan konsisten dalam


mempertimbangkan permohonan bagi menjalankan aktiviti Tadika

3.0

SKOP
Garis panduan ini hanya terpakai bagi permohonan penubuhan Tadika
yang lazimnya melibatkan penukaran sementara kegunaan bangunan di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
4

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA


4.0 DEFINISI
Aktiviti Tadika ditakrifkan sebagai Pendidikan Pra-Sekolah yang bermaksud
Program Pendidikan kanak-Kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika juga adalah
tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan pra-sekolah
seramai 10 orang atau lebih.

Rujukan: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

5.0 KEPERLUAN KELULUSAN PERANCANGAN BAGI MENJALANKAN


AKTIVITI TADIKA
Kelulusan perancangan diperlukan bagi menjalankan aktiviti Tadika di WPKL
selaras dengan Seksyen 19 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, (Akta
267). Keperluan ini tidak terpakai bagi mana-mana ruang lantai yang telah
dikhaskan bagi tujuan Tadika dalam pelan kelulusan perancangan.

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA


6.0 DASAR PERANCANGAN
Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2020

menyatakan permintaan keperluan kemudahan masyarakat yang


lebih berkualiti telah meningkat. DBKL mesti memenuhi aspirasi ini
dan matlamat menyediakan kemudahan yang setanding dengan
bandar raya lain bertaraf dunia.
Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2020 Dasar CF.9

DBKL akan menggalakkan penyediaan pelbagai kemudahan


masyarakat oleh pihak swasta sebagai alternatif pelaburan.
Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur menetapkan seperti berikut:
i.
zon guna tanah yang boleh dibenarkan
ii.
zon guna tanah bersyarat
iii.
zon guna tanah tidak dibenarkan

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA


6.0 DASAR PERANCANGAN
Keputusan Jawatankuasa Perancang Bandar bertarikh 19.1.1989.

dalam kelulusan Tadika perhatian utama hendaklah diberi


terhadap cara susun atur dan pemasangan alat-alat kelengkapan di
dalam premis Tadika itu supaya keselamatan kanak-kanak terjamin
dan supaya sebarang kemalangan tidak berlaku.

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA


7.0

GARIS PANDUAN KHUSUS

Kriteria
Perancangan

Garis panduan Perancangan Tadika

i. Jenis Premis
Yang Dibenarkan

Rumah banglo (lot sudut).


Rumah berkembar (lot sudut).
Rumah berangkai (lot sudut)
Rumah pangsa/pangsapuri dengan syarat ruang tersebut bukan unit
kediaman (Ulasan bomba diperlukan bagi permohonan melebihi tingkat 2)
Kompleks perdagangan (Ulasan bomba diperlukan bagi permohonan
melebihi tingkat 2)
Bangunan masjid/surau/madrasah/rumah ibadat bukan Islam.
Bangunan Institusi.
Bangunan dewan orang ramai / dewan serbaguna.
Bangunan berasingan dalam kawasan industri.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TADIKA


7.0

GARIS PANDUAN KHUSUS

Kriteria Perancangan

ii. Kawasan Yang


dibenarkan

Garis Panduan Perancangan Tadika

iii. Lokasi/Premis Yang


Tidak Dibenarkan

Kawasan perumahan.
Kawasan Institusi.
Kawasan Keagamaan.
Kawasan perkilangan (dengan syarat beroperasi di bangunan
berasingan).
Kawasan kemudahan awam.
Terletak di jalan utama.
Terletak di jalan mati.
Terletak di persimpangan utama yang sesak termasuk
persimpangan lampu isyarat.
Terletak di kawasan terpencil (contoh: premis yang menghadap
kawasan hutan/belukar)
Lot tengah kediaman landed.
Unit-unit kediaman di dalam blok-blok rumah pangsa/pangsapuri.
Rumah kedai/Kedai Pejabat.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TADIKA


7.0 GARIS PANDUAN KHUSUS
Kriteria Perancangan
iv. Keperluan
Perancangan

Garis Panduan Perancangan Tadika

Asas

v. Pandangan Pemilik
Berdampingan
vi. Lain-Lain Kehendak

Kawasan tampungan bagi 1 unit Tadika untuk 300 unit kediaman


mengikut kawasan.
Mempunyai kemudahan untuk orang kurang upaya.
Kegunaan Tadika tidak boleh bercampur dengan aktiviti lain.
Mempunyai tandas lelaki dan perempuan yang berasingan.
Mempunyai ruang belajar, ruang rehat, dapur dan bilik sakit.
Mempunyai ruang permainan kanak-kanak yang mencukupi (ruang
lega).
Mempunyai ruang pengudaraan dan pencahayaan.
Tidak mendapat bantahan yang keras yang berasas dari pemilikpemilik lot berdampingan.
Mematuhi kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan (WPKL) 1985.
Mematuhi kehendak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
Mematuhi kehendak BOMBA.
Mematuhi kehendak Jabatan Kesihatan, DBKL.
10

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TADIKA


8.0 MAKLUMAN MENGENAI KEPERLUAN OLEH AGENSI-AGENSI LAIN.
8.1 Bilangan Kanak-Kanak

Bilangan kanak-kanak yang dibenarkan adalah ditetapkan mengikut Piawaian


Ordinan Sekolah 1950. Ordinan ini menetapkan bahawa seorang kanak-kanak
memerlukan ruang seluas 15 kaki persegi .
Dalam mengira ruang lantai minima yang dikehendaki bagi tiap-tiap kanakkanak, hanya keluasan ruang bilik-bilik darjah sahaja dikira.
Luas mana-mana jalan, laluan, bilik setor, dapur, pejabat, kemudahan tandas
atau mana-mana kawasan lain dalam lingkungan bangunan yang tidak sesuai
bagi maksud itu, hendaklah tidak dimasukkan.

11

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TADIKA


8.2 Keperluan Tandas
Hendaklah berasingan bagi murid-murid lelaki dan perempuan.
Peralatan dan rekabentuk tandas.
Kemudahan bersuci, mesti menyediakan elbow tap.
Lantai tandas hendaklah sentiasa bersih, tidak licin dan tidak bertakung.
Sediakan tempat pemegang (railing) untuk kanak-kanak cacat.
Mangkuk tandas tidak melebihi 6 inci tinggi dari lantai.
Besin mencuci tangan hendaklah rendah.
Lain-lain peralatan yang sesuai (sekiranya ada kanak-kanak cacat).
8.3 Kemudahan Belajar dan Rekreasi
Hendaklah diasingkan.
Sediakan ruang untuk perpustakaan.
Sediakan kawasan permainan yang lengkap dengan alat-alat permainan yang
tidak merbahaya.

12

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TADIKA


8.4 Tempat Rehat Kanak-Kanak Sakit
Satu ruang berasingan hendaklah disediakan bagi kanak-kanak yang kurang
sihat.
Sediakan kotak perubatan kecemasan.
8.5 Dapur dan Penyediaan Makanan.
Dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan dimasuki oleh
kanak-kanak.
Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih.
Tempat makan yang bersih hendaklah disediakan.
Dapur hendaklah terpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang
diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak.
Tempat setor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat.
Kanak-kanak tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam dapur dan setor pada
setiap masa.

13

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TADIKA


8.6 Kemudahan Kecemasan/Keselamatan
Bagi rumah teres/berangkai perlu ada dua pintu keluar masuk yang berasingan.
Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan tidak boleh dipasang pagar
besi (grills).
Semua pintu dan tingkap mestilah mudah dibuka dari dalam.
Tingkap dari jenis louvres tidak di benarkan.
Semua punca kuasa (power point) hendaklah dipasang dengan plug kosong dan
berkedudukan di paras tinggi.
Lampu meja berkaki tidak dibenarkan.
Pintu pagar dan grill tingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam dan
merbahaya.

14

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TADIKA


9.0 SYARAT TAMBAHAN
Tangga Bangunan Tadika
Hendaklah selamat untuk kegunaan kanak-kanak.
Tangga kayu/stair case dan tangga batu hendaklah dialas dengan permaidani
atau bahan lembut.
Hendaklah dipasang dengan pemegang (railing) yang tingginya sesuai dengan
ketinggian kanak-kanak.
Bagi premis yang perlu menyediakan tangga kedua (lazimnya atas keperluan
Bomba) hendaklah berada sepenuhnya dalam tapak premis dan mematuhi
keperluan anjakan.
Telefon
Tiap-tiap tadika hendaklah mempunyai kemudahan telefon untuk kegunaan
harian dan masa kecemasan.
Kawasan Lapang
Semua lubang dan man-hole di kawasan lapang hendaklah diratakan dan
ditutup.
15

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TADIKA


Tanaman dan Pokok-Pokok
Tanaman dan pokok-pokok yang ditanam hendaklah dari jenis tidak merbahaya.
Pokok-pokok jenis berduri, beracun dan bermiang hendaklah dielakkan.
Pokok-pokok jenis rendang digalakkan di tanam di kawasan lapang.
Parit-Parit Terbuka
Semua parit-parit terbuka di bahagian hadapan terutama di tempat kanakkanak menunggu bas hendaklah ditutup untuk keselamatan kanak-kanak.
Semua parit di kawasan lapang/permainan mesti ditutup.
Pagar Keselamatan
Hendaklah dibina di sekeliling kawasan Tadika .
Pintu pagar hendaklah ditutup untuk keselamatan kanak-kanak.

16

GARIS PANDUAN PERANCANGAN TADIKA


10.0 TARIKH KUAT KUASA
Garis Panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

17

You might also like