You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KE 1/2015

SMK ISKANDAR SHAH, JASIN, MELAKA


TARIKH
HARI
TEMPAT
MASA

:
:
:
:

29 DISEMBER 2014
ISNIN
BILIK TAYANG ASRAMA
11.30 1.00 PETANG

KEHADIRAN
1. Pn. Nurul Bahiyah Binti Johari
(Ketua Panitia Matematik ) Pengerusi
2. Pn. Hjh Jamilah Binti Ibrahim
3. En.Neo Kok Theong
4. En. Mohd Amran Bin Mohd Ghazali
5. Pn. Fadzilah Binti Bahron
6. En. S. Ravi Santharan
7. Tn. Hj. Ramli Bin Samat
8. Pn. Vasuki A/P Annamalai
9. Pn. Khadijah Binti Mohd Abdul Karim
TIDAK HADIR BERSEBAB
1. Pn. Ling Yuk Chi
2. Cik Nor Hanani Binti Ibrahim
URUSETIA MESYUARAT
1. Pn. Fadzilah binti Bahron.
1.0

UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada guru-

guru yang hadir pada mesyuarat kali pertama bagi tahun 2015 ini. Beliau
memaklumkan bahawa Cik Nor Hanani selaku Setiausaha Panitia
Matematik tidak dapat hadir kerana terperangkap dalam bencana banjir
dan masih berada di kampungnya, di Kelantan. Untuk itu beliau meminta
Pn. Fadzilah sebagai pencatat sementara dalam mesyuarat ini seterusnya
mengucapkan selamat bertugas dan berharap semua ahli Panitia agar
dapat mengekalkan kerjasama dalam satu pasukan seperti sebelum ini
demi kecemerlangan pelajar terutama dalam mata pelajaran Matematik
di sekolah ini.
Makluman
2.0

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT


2.1

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 4/2014 yang lalu. En.


Ravi mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong
oleh Pn. Hjh. Jamilah. Minit disahkan tanpa sebarang pindaan.

3.0

BANGKITAN MINIT
3.1 Pengerusi meminta semua guru menengah rendah agar sentiasa
mengemaskini fail dan maklumat PBS secara ofline, terutama tingkatan 3.
Ini kerana data tersebut perlu dimasukkan ke dalam aplikasi yang akan
digunakan sebagai sebahagian daripada pentaksiran dalam PT3.
Tindakan : Semua Guru Matematik Menengah Rendah
3.2

Pengerusi memaklumkan bahawa wang PCG Matematik dan Matematik


Tambahan telahpun habis digunakan dan memenuhi keperluan dengan
sebaiknya.
Program PSA 2014 bagi mata pelajaran Matematik
Tambahan yang dijalankan pada setiap hari Rabu adalah berjaya dan
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru yang terlibat dalam
program tersebut.
Makluman

3.3

En. Amran meminta penjelasan tentang status Bilik Matematik sekarang


kerana semua guru bagi semua mata pelajaran didapati boleh
menggunakan bilik tersebut setiap masa sedangkan bahan bantu
mengajar Matematik banyak masih berada dalam bilik tersebut dan
sering dilihat bersepah dan tanpa kawalan. Pengerusi menyatakan
bahawa Bilik Matematik telahpun dinaik taraf justeru, penggunaannya
tidak terhad kepada mata pelajaran Matematik atau Matematik
Tambahan sahaja. Oleh kerana anak kunci bagi kabinet besi tempat
menyimpan alat dan bahan bantu mengajar telah hilang dan tidak boleh
dibuat pendua, beliau sedang berusaha untuk mendapatkan kabinet baru
bagi tujuan tersebut.
Tindakan : Ketua Panitia Matematik

3.4

Tn. Hj. Ramli menyatakan sangat sukar untuk menggunakan bilik


Matematik seperti sebelum ini kerana sering digunakan oleh guru mata
pelajaran lain. Pengerusi menjelaskan bahawa Bilik Matematik bukan
lagi bilik untuk mata pelajaran Matematik sahaja maka guru-guru
Matematik yang ingin menggunakan bilik tersebut perlu cepat membuat
tempahan mingguan pada pagi hari Isnin setiap minggu seperti diarahkan
oleh Pengetua.
Tindakan : Semua guru Matematik

4.0

ANALISIS DAN POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


TINGKATAN 4 2014 DAN PT3 2014.
4.1

Pengerusi membentangkan analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4


bagi tahun 2014. Bagi subjek Matematik, peratus lulus meningkat dari
89.16% pada tahun 2013 menjadi 90.06% bagi tahun 2014. Peningkatan

GPMP adalah sebanyak 0.21. Bagi subjek Matematik Tambahan pula,


peratus lulus juga meningkat daripada 31.72% pada tahun 2013 kepada
35.86%. Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua
guru yang terlibat dan berharap agar semua guru terus bersemangat
untuk menambah baik prestasi bagi tahun 2015 nanti, seterusnya
menambah kecemerlangan dalam SPM 2015.
Tindakan : Semua guru Matematik
4.2

Pengerusi juga membentangkan analisis PT3 2014. Walaupun tidak ada


perbandingan memandangkan ini adalah analisis pertama bagi ujian PT3
namun pencapaian pelajar sangat menyedihkan. Peratus lulus hanya
74.56% daripada 228 orang calon dengan GPMP 3.97. Seramai 58 calon
telah gagal dalam ujian ini. (rujuk lampiran). Pengerusi menambah,
walaupun pencapaian ini agak mengejutkan namun tidak ada sesiapa
yang boleh dipersalahkan dan semua pihak iaitu guru dan murid kena
bersedia dengan format yang terkini selepas ini. Diharap pencapaian ini
akan dapat ditingkatkan sebaiknya pada tahun 2015.
Tindakan : Semua Guru Matematik

5.0

STRATEGI PT3 2015.


5.1

Pengerusi menegaskan bahawa kelas tambahan petang dan kelas


tambahan hari Sabtu akan dimulakan secepat mungkin dan semua guru
yang berkenaan perlu bersedia dengan aktiviti yang benar-benar dapat
membantu pelajar dengan apa cara sekalipun.
Tindakan : Semua guru Matematik

5.2

En. Neo mencadangkan agar guru yang menyelaras Matematik tingkatan


Tiga dapat menyediakan semua set soalan PT3 2014, diperbanyakkan dan
diagihkan kepada semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.
Ini dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan format soalan
Ujian Bertulis PT3 yang sebenar. En. Ravi menyokong cadangan tersebut
dan bersedia untuk mendapatkan kesemua set soalan tersebut kerana
beliau merupakan Pentaksir Kawasan Matematik PT3 2014.
Tindakan : Semua guru Matematik Menengah Rendah

5.3

En. Ravi mengingatkan bahawa semua guru perlu menggunakan


Lembaran KBAT semasa PdP, memandangkan semua peperiksaan Awam
kini dimuatkan dengan 20% 30% soalan berbentuk KBAT. Semua
pelajar perlu didedahkan dengan KBAT dari peringkat awal agar mereka
lebih yakin dan bersedia pada bila-bila masa.
Tindakan : Semua guru Matematik

6.0

HAL-HAL LAIN
6.1

Pengerusi meminta guru menetapkan penggunaan bahasa dalam PdP. En.


Amran mencadangkan Bahasa Melayu perlu digunakan bagi Tingkatan
Satu memandangkan mereka telahpun menggunakan Bahasa Melayu
sepenuhnya semasa di Sekolah Rendah. Cadangan disokong oleh semua
guru. Pengerusi menetapkan penggunaan Bahasa Melayu hanya bagi
Tingkatan Satu manakala dwibahasa digunakan bagi tingkatan yang lain,
termasuklah Matematik Tambahan. Justeru itu, soalan peperiksaan juga
perlu disediakan mengikut bahasa semasa PdP.
Tindakan : Semua guru Matematik

6.2

Pengerusi menetapkan Penyelaras untuk penyediaan Rancangan Pelajaran


Tahunan (RPT):
i. Matematik
Tingkatan 1 Pn. Khadijah
Tingkatan 2 Pn. Vasuki
Tingkatan 3 Pn. Fadzilah
Tingkatan 4 dan 5 Pn. Nurul Bahiyah
ii. Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Pn. Ling Yuk Chi
Tingkatan 5 Cik Nor Hanani Ibrahim
Tindakan : Semua guru Matematik

6.3

En. Neo mencadangkan, selaras dengan penggunaan frog VLE, ketua


panitia dapat menentukan penyedia soalan latihan mengikut tingkatan,
dalam satu site . Penyelarasan dalam PdP akan menjadi lebih mudah
lebih-lebih lagi dalam penyediaan soalan ujian/peperiksaan. Pengerusi
menyokong cadangan ini dan akan menetapkan penyedia soalan latihan
tersebut mengikut kesesuaian.
Tindakan : Semua guru Matematik

6.4

Pengerusi menyatakan bahawa alat dan bahan bantu mengajar yang ada
di Bilik Matematik boleh malah perlu digunakan oleh semua guru
Matematik untuk tujuan PdP. Sebarang alat yang rosak seperti kalkulator
dan jangka lukis telahpun ditukar dan bahan-bahan yang berkurangan
seperti kertas graf, telahpun ditambah. Penggunaan perlu dibuat secara
maksimum.
Tindakan : Semua guru Matematik

Mesyuarat ditangguhkan jam 1.15 tengahari.


Disediakan oleh : Pn. Fadzilah binti Bahron.
Disemak oleh

Pn. Nurul Bahiyah Binti Johari, Ketua Panitia Matematik

Tarikh

: 13 Januari 2015

LAMPIRAN

BORANG ANALISIS
MATEMATIK
UJIAN / PEPERIKSAAN : PEPERIKSAAN AKHIR
TAHUN 2014
TINGKAT
AN

NAMA GURU

4
ZAMRUD
4 DELIMA
4
BERLIAN
4 GELIGA
4 INTAN
4
MUTIARA
4 NILAM

En.Neo Kok
Theong
Pn. Jamilah
Ibrahim
Pn. Nurul
Bahiyah
Pn. Khadijah Bt
Karim
Pn. Jamilah
Ibrahim
En.Neo Kok
Theong
Pn. Nurul
Bahiyah
JUMLAH

PERATUS

KETUA PANITIA

TINGKATAN : 4

BIL
CALO
N

BIL
HADI
R

A
+

A-

B
+

C
+

JUM
LULU
S

23

23

23

21

21

19

90.5

5.38

21

21

20

95.2

4.10

22

22

22

22

22

22

37

37

36

97.3

5.32

26

25

12

48.0

13

13

7.88

172

171

28

30

15

12

154

90.0
6

17

17

4.
1

16.
4

5.
3

17.
5

8.
8

7.
0

1
7
9.
9

19
11.
1

1
7
9.
9

%
LULU
S
100.
0

100.
0
100.
0

2039

019

GPMP
2.00

3.91

3.05

9.
9

4.63

BORANG ANALISIS MATEMATIK


TAMBAHAN
UJIAN / PEPERIKSAAN : PEPERIKSAAN AKHIR
TAHUN 2014
TINGKAT
AN

NAMA GURU

TINGKATAN : 4

BIL
CALO
N

BIL
HADI
R

A
+

A-

B
+

C
+

JUM
LULU
S

%
LULU
S

2039

019

GPMP

22

22

13

59.1

6.27

37

36

8.3

33

30

8.81

23

23

12

52.2

11

10

6.39

21

21

28.6

15

14

8.24

4
MUTIARA
4
ZAMRUD
4
BERLIAN

En. Ramli Bin


Samat
En. Ramli Bin
Samat
Cik Norhanani
Ibrahim
Cik Norhanani
Ibrahim

4 GELIGA

Pn. Ling Yuk Chii

22

22

15

68.2

4 DELIMA

Pn. Ling Yuk Chii

21

21

14.3

18

15

c
cdcc

146

145

14

11

52

35.8
6

93

82

11

7.58

2.
8

4.
8

1.
4

0.
7

0.
7

4.
1

9.
7

4.
1

7.
6

4 INTAN

JUMLAH
PERATUS

KETUA PANITIA

64.
1

6.27

UJIAN / PEPERIKSAAN : PT3 2014

TIN
GK
AT
AN
:3

TING

NAMA GURU

BIL
CALO
N

BIL
HADI
R

JUM
LULU
S

%
LULU
S

GPMP

3 BERLIAN

En. Ravisantharan

27

27

25

92.6

3.19

3 GELIGA

Pn. Fadzilah

34

34

24

70.6

10

3.97

3 DELIMA

Pn. Fadzilah

33

33

11

24

72.7

4.58

3 ZAMRUD

En. Ravisantharan

33

33

10

27

81.8

3.73

3 INTAN

Pn. Vasuki

34

34

28

82.4

3.53

3 NILAM

En. Zainal

34

34

21

61.8

13

4.38

3 MUTIARA

En. Ravisantharan

33

33

21

63.6

12

4.27

228

228

22

32

38

33

45

170

74.5
6

58

3.97

JUMLAH

9.
6

PERATUS

KETUA PANITIA

14.
0

16.
7

14.
5

19.
7

25.
4

You might also like