You are on page 1of 5

pANGGILAN HORMAT

Gelaran dan panggilan hormat merupakan nama panggilan bagi individu


tertentu atau nama khas yang diberikan kerana sumbangan dan jasa
seseorang. Pemilihan dan penggunaan panggilan hormat kepada
individu tertentu bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur
dan keakraban hubungan penutur dengan orang yang disapa.
Berikut diperlihatkan contoh gelaran dan panggilan hormat yang
digunakan lazimnya di negara Malaysia :

ORANG YANG DISAPA

PANGGILAN HORMAT

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia


Yang di-Pertuan Agong dan Raja

Seri Paduka Baginda

Permaisuri Agong

Duli Yang Maha Mulia


Sultan, Raja, Sultanah, Tengku
Ampuan, Raja Permaisuri

Raja Muda atau Tengku Mahkota

Duli Yang Teramat Mulia atauYang


Teramat Mulia

Kerabat Diraja karib

Yang Amat Mulia

Bergelar warisan

Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan

Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri, Menteri Besar,


Ketua Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli

Yang Berhormat

Dewan Undangan Negeri (wakil


rakyat)
Wakil Rakyat yang mempunyai

Yang Berhormat Mulia

gelaran Tengku atau Raja


Tun, Toh Puan

Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran

Yang Berbahagia

kurniaan kerajaan (selain Tun


dan Toh Puan) atau gelaran
ikhtisas yang formal
Ketua Hakim

Yang Amat Arif

Hakim dan kadi

Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam

Sahibul Samahah

Ketua jabatan tanpa gelaran

Yang Berusaha

Berenang-renang si anak ikan,


Buat tatapan anak nakhoda,
Panggilan hormat saya berikan,
Menjadi tambahan ilmu di dada

Kata Panggilan Hormat dalam Teks


Ucapan
Bil

Kata Panggilan
Hormat

Pihak Terbabit

Saudara/saudari

Digunakan untuk orang


lelaki / perempuan yang
dihormati

Tuan Haji / Puan


Hajah

Digunakan untuk orang


lelaki / perempuan yang
telah menunaikan fardhu
Haji

Yang dikasihi

Rakan-rakan

Yang dihormati

Ibu bapa , pengerusi majlis

Yang Berbahagia

Golongan kehormat.
Ch:Pengetua , ustaz , Guru
Besar , guru

Yang Berusaha

Pengarah / Ketua jabatan

Yang Arif

Digunakan untuk hakim

Yang Amat Arif

Tuan Hakim Negara.


Digunakan dalam situasi
formal di mahkamah

Tuan , Encik

Digunakan untuk orang


lelaki yang dihormati

10

Yang Berhormat

Panggilan untuk ahli politik

KATA PANGGILAN

-Panggilan mengikut salasilah keluarga.

1. ADIK
- saudara lelaki/perempuan, lebih muda.

2.ABANG
- saudara lelaki lebih tua.

3.KAKAK
- saudara perempuan lebih tua.

4.ALONG
- kakak/abang yang sulung.

5.ANGAH

- kakak/abang yang tengah.

6.USU
- anak yang terakhir (bongsu).

7.IBU
- orang tua kita (perempuan).

8.BAPA
- orang tua kita (lelaki).

9.DATUK
- bapa kepada ayah dan ibu.

10.NENEK
- ibu kepada ayah dan ibu.

11. MOYANG
- bapa atau ibu kepada datuk.

12.BESAN
- hubungan antara kedua belah pihak ibu bapa yang
anak mereka berkahwin.

13. MENTUA
- ibu bapa kepada suami/isteri.

14. BIRAS
- hubungan antara bapa/ibu dengan isteri pak cik/suami mak cik.

15. CUCU
- anak kepada anak.

16. CICIT
- anak kepada cucu.

17. SEPUPU
- saudara lelaki/perempuan sedatuk dan senenek.

You might also like