You are on page 1of 1

4) Mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah.

Contoh 1:
Gambar yang kecil ini menunjukkan kapal-kapal penyelidik di institute
Kejilautan Scripps di California. Di sini ahli-ahli sains mengkaji lautan. Gambargambar lain menunjukkan sebuah mesin laut yang terapung tetapi tidak
mempunyai sebarang enjin. Ia dinamakan FLIP, iaitu Floating Intrument Platform
(platform peralatan yang terapung).
Panjangnya ialah 355 kaki (108 meter). Ia ditarik dalam kedudukan
mengiring ke tempat ia hendak digunakan. Apabila tangka airnya dipenuhi, ia
akan mengubah kedudukannya menjadi tegak. Hanya 55 kaki (16.7 meter) dari
platform itu sahaja berada di permukaan air. Ahli-ahli sains kemudian
menjalankan tugas mereka di atas platform yang tegap itu. Kapal ini digunakan
terutamanya untuk mengkaji bagaimana bunyi bergerak melalui air.
Contoh 2:
Ini ialah keretapi penumpang yang terlaju di dunia, iaitu kepunyaan
Keretapi Kebangsaan Jepun. Keretapi super-ekspres ini dinamakan Shinkansen
yang bermaksud jalan utama yang baru. Keretapi Shinkansen menjalankan
perkhidmatannya di antara Tokyo dan Osaka. Purata kelajuannya ialah 101.1
batu sejam (162.7 kilometer sejam).

You might also like