You are on page 1of 18

1.

PENGENALAN
Malaysia

sebuah

negara

yang

berdaulat,

mempunyai

keluruhan

Perlembagaannya yang tersendiri. Pelembagaan Persekutuan yang dijunjung oleh


rakyat warganegara Malaysia merupakan faktor keharmonian dan keselamatan yang
dikecapi hingga kini.
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran
Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai
Ketua Negara yang bertugas selama 5 tahun dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja.
Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk
pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen ini ialah
Pengasingan Kuasa.

Konsep pengasingan kuasa tersebut tedapat tiga komponen

badan pemerintah iaitu Badan Eksekutif (Pentadbiran), Badan Perundangan


(Legislatif) dan Badan Kehakiman.

Rajah 1-Fungsi Utama Kerajaan

Sebahagian daripada kerangka sistem pemerintahan yang diamalkan di


Malaysia kini sebenarnya diwarisi dari zaman prapenjajahan yang telah mengalami
beberapa proses perubahan dan pengubahsuaian seiring dengan kemasukan idea-idea
baharu dari luar.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem

demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Sistem pemerintahan ini telah

dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 dan kemudiannya


diperluas ke Sabah dan Sarawak apabila kedua-dua negeri itu menyertai Malaysia
pada 16 September 1963.
Sistem demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan yang dijalankan
secara perwakilan dengan rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui
wakil-wakil yang dipilih. Amalan demokrasi ini dilakukan melalui pilihan raya bagi
memilih wakil-wakil dalam badan perundangan yang kemudiannya akan membentuk
kerajaan.

Pembentukan sesebuah negara pada dasarnya berlandaskan peraturan.

Sistem pentadbiran sesebuah negara adalah penting bagi mengenali keseluruhan


negera tersebut. Malaysia mengamalkan corak pencantuman kuasa Fusion Of Power,
iaitu badan pemerintahan dan badan perundangan dianggotai oleh orang yang sama
dam mereka bertanggungjawab atas dasar-dasar kementerian dan secara keseluruhan
kepada parlimen. Badan Perundangan ini secara ringkasnya hanya membuat undangundang dan tidak boleh mempuyai kuasa lain dan Badan Pemerintah pula hanya
menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan
penghakiman. Manakala, Badan Kehakiman ataupun mahkamah pula mempunyai
kuasa yang tersendiri dan dianggotai oleh orang yang berlainan.

2. YANG DI-PERTUAN AGONG

Rajah 2-Yang Di-Pertuan Agong ke 14


Al-Sultan Al Mutassimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al Haj Abdul Halim
Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Sebagai sebuah negara Raja Berpelembagaan, adalah diperuntukan oleh
Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong adalah dilantik dari kalangan sembilan
orang Raja-Raja di Sembilan buah negeri beraja melalui Majlis Raja-Raja yang
bersidang samaada secara sistem giliran atau lantikan terus terpulang kepada
keputusan Majlis Raja-Raja tetapi buat masa kini sistem giliran selama lima tahun
adalah dipraktikkan. Dengan fungsi sebagi Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan
Agong mempunyai kuasa eksekutif. Kuasa ini boleh dijalankan oleh baginda sendiri
atau Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak


mengikut budibicara baginda dalam tiga perkara iaitu:
a) Melantik Perdana Menteri;
b) Tidak mempersetujui permintaan pembubaran Parlimen; dan
c) Mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja
Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
dan baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman ke atas
segala kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera. Baginda juga berkuasa
mengampunkan segala kesalahan lain yang dilakukan di Wilayah Persekutuan dan
juga mempunyai kuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri. Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam
bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Baginda juga
diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melantik hakim-hakim Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, Jemaah Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri,
Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya, Penguam Negara dan Juruaudit Negara. Selain
itu, Perlembagaan Persekutuan juga mengadakan peruntukan khas bagi Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputra
di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang tercatat di

bawah Perkara 153

Perlembagaan Persekutuan.

3. KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA


4

3.1

BADAN EKSEKUTIF (PENTADBIRAN)

Rajah 3-Senarai Menteri Kabinet Malaysia

Badan Pemerintah atau eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasakuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada. Mengikut
Perlembagaan Persekutuan (Perkara 39), kuasa eksekutif bagi Persekutuan adalah
terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan kuasa ini boleh dijalankan oleh baginda
sendiri atau oleh Jemaah Menteri.
Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal
ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti
berikut:
a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada
ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan
sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk
mengetuai Jemaah Menteri; dan
b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik
Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Negara. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih
dahulu dari Dewan Rakyat.
Kabinet atau Jemaah Menteri adalah badan yang menjalankan kuasa eksekutif
yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang
Perdana Menteri, iaitu ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat beliau akan mendapat
kepercayaan besar ahli-ahli Dewan Rakyat.

Kabinet merupakan badan yang

menjalankan pemerintahan negara dan bukan badan di dalam sistem pentadbiran.


Dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan di peringkat
Persekutuan. Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen yang merupakan
ahli-ahli Parlimen.

Kabinet juga bertanggungjawab mempertahankan tindakan6

tindakan yang diambil oleh Kerajaan di Parlimen. Oleh itu, adalah wajar setiap
menteri yang menganggotai Jemaah Menteri sama-sama bertanggungjawab dan saling
menyokong antara satu sam lain. Justeru, sebelum sesuatu dasar dilaksanakan, dasar
tersebut terlebih dahulu dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan
merupakan dasar bersama yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri.

Untuk

membantu Kabinet dalam pembentukan dasar-dasar, beberapa Jawatankuasa Tetap


Kabinet telah ditubuhkan seperti Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendidikan,
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Perjawatan dan Kewarganegaraan dan sebagainya.
Kementerian / Jabatan / BadanBadan Kerajaan melaksanakan tugas-tugas
pemerintahan negara, beberapa buah kementerian dan jabatan telah diwujudkan.
Terdapat 23 buah kementerian yang setiap satunya diketuai oleh seorang menteri.
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri boleh mengetuai lebih dari sebuah
kementerian. Terdapat juga beberapa orang menteri yang tidak mengetuai mana-mana
kementerian tetapi diberi tugas-tugas tertentu. Kumpulan ini digelar Menteri Tak
Berportfolio dan kebiasaannya ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri.
Selain kementerian, terdapat juga jabatan dan badan berkanun yang merupakan
agensi kerajaan dan separuh kerajaan yang ditubuhkan melalui undang-undang bagi
melicinkan pentadbiran dan pelaksanaan rancangan pembangunan negara. Badanbadan berkanun ini mempunyai bidang kuasa tugas dan tanggungjawab yang luas.
Antara bidang-bidang yang diliputi termasuk ekonomi, sodial, pendidikan,
kebudayaan dan lain-lain.

Contoh badan berkanun yang telah ditubuhkan oleh

Undang-undang Persekutuan adalah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA),


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan banyak lagi. Badan-badan
berkanun ini mempunyai peruntukan kewangannya sendiri. Perlantikan Pengerusi dan
7

warga kerjanya adalah tertakluk kepada undang-undang badan berkanun berkenaan.


Badan berkanun diketuai oleh Pengerusi.
Pegawai perkhidmatan awam yang tertinggi dan menjadi setiausaha Jemaah
Menteri alah Ketua Setiausaha Negara. Tiap-tiap kementerian diketuai oleh Ketua
Setiausaha manakala jabatan diketuai oleh Ketua Jabatan masing-masing yang
dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. Penjawat awam hanya melaksanakan dasardasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebagai ahli dalam perkhidmatan awam,
penjawat awam berperanan memberi nasihat atau pandangan mengenai dasar-dasar
tersebut. Mengikut Perkara 132 dalam Perlembagaan Persekutuan, perkhidmatanperkhidmatan awam negara mengandungi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Angkatan-angkatan bersenjata;
Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman;
Perkhidmatan Awam Umum Persekutuan;
Angkatan Polis;
Perkhidmatan Kereta Api;
Perkhidmatan-perkhidmatan Awam bersama seperti yang disebutkan

dalam Perkara 133;


g) Perkhidmatan Awam setiap negeri; dan
h) Perkhidmatan Pendidikan
Di samping penjawat perkhidmatan awam yang dinyatakan di dalam
Perlembagaan, terdapat juga penjawat perbadanan awam Persekutuan dan Negeri, dan
penjawat pihak berkuasa tempatan. Semua penjawat sektor awam perlu melaksanakan
tugas masing-masing secara berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti
politik. Mereka dikehendaki mematuhi dan menjalankan tugas sejajar dengan dasardasar atau arahan kerajaan.
3.2

BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)

Rajah 4-Parlimen Malaysia


Legislatif berasal dari kata legislate yang bererti lembaga yang bertugas
membuat undang-undang. Di dalam bab 4 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 44
berbunyi: 'Kuasa Legislatif Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang
mengandungi Yang Dipertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara
dan Dewan Rakyat. Oleh itu lembaga legislatif sering dinamakan sebagai badan atau
dewan perwakilan rakyat. Nama lain yang sering dipakai juga adalah parlemen,
kongres, ataupun perhimpunan nasional. Dalam sistem parlemen, legislatif adalah
badan tertinggi yang merujuk kepada eksekutif. Sedangkan dalam sistem presiden,
legislatif adalah cabang pemerintahan yang sama, dan bebas, dari eksekutif. Di negara
yang menganut sistem pemerintahan presidensil , legislatif berfungsi sebagai
Penetapan Undang-Undang.
Legislatif

juga merupakan badan deliberatif pemerintah dengan kuasa membuat

hukum.Legislatif adalah antara jentera dalam amalan kerajaan demokrasi yang


9

menggubal undang-undang dalam sesebuah negara. Mengikut Webstars Third New


International Dictionary, dewan perundangan merupakan satu badan yang mempunyai
kuasa untuk meluluskan undang-undang. Khususnya ia merupakan satu organisasi
yang mempunyai kewibawaan untuk membuat undang-undang bagi sesuatu unit
politik. Sebagai wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya, Ahli-Ahli
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri juga membincangkan isu-isu penting
berkaitan dengan kawasan masing-masing. Dewan Negara, sebagai forum perwakilan
Kerajaan-Kerajaan

Negeri

dan

kumpulan-kumpulan

tertentu

juga

bertindak

sedemikian bagi pihak kumpulan atau kerajaan yang diwakili. Secara kolektifnya,
Badan Legislatif bertindak sebagai forum perbincangan dasar-dasar kerajaan serta isuisu nasional. Badan Legislatif juga mempunyai kuasa monopoli ke atas peruntukan
kerajaan setiap tahun, termasuk penetapan kadar cukai, duti dan tariff. Badan
Eksekutif hanya boleh membelanjakan wang yang telah diluluskan Badan Legislatif.
Secara teori, Badan Eksekutif memerlukan kebenaran daripada Badan Legislatif untuk
menaikkan cukai. Sungguhpun pihak Eksekutif melalui Menteri mahupun diplomat
mempunyai kuasa untuk menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa, Badan
Legislatif perlu menggesahkan applikasi perjanjian tersebut jika ia ingin dilaksanakan.
Di Malaysia, Badan Eksekutif bertanggungjawab kepada Badan Legislatif.
Oleh itu, seseorang Perdana Menteri perlu mengekalkan sokongan majoriti ahli
Dewan Rakyat. Di peringkat negeri, seseorang Menteri Besar atau Ketua Menteri
boleh dilucutkan jawatan jika beliau hilang sokongan majoriti ADUN. Di peringkat
persekutuan, kes seperti ini tidak pernah berlaku. Namun di peringkat negeri, ianya
pernah terjadi di Perak, Sarawak, Kelantan dan Sabah. Pendek kata, Badan Legislatif
berperanan untuk memastikan kebertanggungjawapan kerajaan (accountability). Di
peringkat Persekutuan, Badan Legislatif ialah Parlimen Malaysia. Di peringkat negeri,
10

Dewan Undangan Negeri merupakan badan legislatifnya. Walau bagaimanapun antara


satu negara dengan negara yang lain di dalam sesebuah negara moden pada hari ini
tidak semua badan ini menjalankan fungsi yang sama. Ini bergantung kepada
bagaimana perlembagaan negara itu dibentuk. Badan Legislatif berperanan untuk
menggubal, meminda dan memansuhkan undang-undang. Ianya dilakukan melalui
proses penggubalan undang-undang. Secara kolektif, Badan Legislatif juga bertindak
sebagai forum perbincangan dasar-dasar kerajaan serta isu-isu nasional. Badan
Legislatif juga mempunyai kuasa monopoli ke atas peruntukan kerajaan setiap tahun,
termasuk penetapan kadar cukai, duti dan tariff. Secara umumnya, badan legislatif
mempunyai beberapa fungsi utama iaitu :
a) Membuat Undang-undang
Tugas ini merupakan tugas melibatkan proses yang rumit dan terdapat
perbezaan dari segi proses di negara-negara yang dikemukakan. Di Jerman,
rang undang-undang tidak boleh dikemukakan oleh mana-mana ahli legislatif
secara perseorangan, tetapi mestilah bergabung dengan faction (kumpulan
yang terdiri dari lima belas orang). Dalam sistem demokratik pula, rang
undang-undang boleh dikemukakan oleh mana-mana ahli legislatif.
b) Pentadbiran
Bertindak sebagai pengawas dan pemeriksa, untuk menolak pandangan awam
terhadap tindakan-tinddakan kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya
didapati bersalah. Tugasnya juga memecat ahli-ahlinya,

meluluskan

kelayakan untuk ahli-ahlinya, mengemukakan tuduhan terhadap pegawaipegawai awam atau mengadili kes-kes tudahan terhadap negara.
c) Kewangan
Badan ini menguasai dasar kewangan negara melalui percukaian, pinjaman
dan peruntukan. Segala perbelanjaan dan peruntukan yang diminta oleh
badan eksekutif adalah di bawah pertimbangan badan legislatif untuk
meluluskan atau tidak. Tugas ini lebih berkesan dalam sistem kabinet seperti
11

di Britain, di mana belanjawaan diluluskan atau dibatalkan oleh badan


perundangan.
d) Pengendalian Ketidakpuasan.
Legislatif merupakan alat yang penting bagi masyarakat untuk
mengeluarkan pendapatnya. Ini adalah fungsi penting dalam demokrasi
sebagai kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum.

3.3

BADAN KEHAKIMAN (JUDICIRIAL)

12

Rajah 5-Istana Kehakiman Putrajaya

Rajah 6-Ketua Hakim Negara


YAA Tan Sri Arifin Bin Zakaria (Dato Lela Negara)
Badan Kehakiman (Judicirial) adalah badan yang menjalankan kuasa
kehakiman di negara ini. Badan ini adalah badan ketiga dalam sistem Kerajaan
13

Malaysia dan merupakan badan bebas daripada pengaruh dan kuasa eksekutif dimana
ia dapat melindungi hak-hak asasi rakyat daripada sebarang pencabulan oleh pihak
indivu atau kerajaan.

Kuasa Kehakiman terletak pada Mahkamah Agung yang

mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130
Perlembagaan Persekutuan. Badan Kehakiman berfungsi mengimbangi kuasa antara
Badan Perundangan dan Badan Eksekutif dan menjalankan pentadbiran secara adil
dan saksama di Malaysia. Badan ini adalah bebas daripada kawalan badan-badan
Perundangan dan Eksekutif serta politik semasa menjalankan tugasnya. Mengikut
Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah
terletak di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah-Mahkamah Bawahan. Bagi menjalankan taanggungjawab sebagai Hakim
seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak,
kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.

Pihak kehakiman

mestilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai institusi.


Ketua Hakim Negara pada ketika ini iaitu YAA Tan Sri Afifin Bin Zakaria
(Dato Lela Negara) adalah ketua dalam badan ini yang mengetuai semua hakim.
Ketua Hakim Negara, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta
Hakim-Hakim lain Mahkahmah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding
dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan
Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Badan Kehakiman berfungsi memastikan kesemua kes-kes berkaitan diberi
perbicaraan dan keadilan secara saksama iaitu menyelesaikan pertikaian individu
dengan individu dan invidu dengan kerajaan. Badan ini bertanggungjawab mentadbir
14

kes sivil dan sejarah secara saksama dengan membicarakan serta memutuskan sama
ada mereka yang didakwa bersalah atau tidak berdasarkan bukti yang dikemukakan
sebelum menjatuhkan hukuman. Badan ini juga berkuasa untuk mentafsir undangundang Perlembagaan Persekutuan serta mempunyai kuasa membatalkan mana-mana
undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan dengan mengistihar sesuatu
undang-undang atau tindakan badan perundangan atau eksekutif tidak sah atau
bercanggahan dengan Perlembagaan. Fungsi Badan Kehakiman ini bergantung pada
taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah
Tinggi Malaya sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan
Sarawak. Mahkamah Rendah di Semanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada
Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung
manakala Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Mahkamah Juvana pula
adalah bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang dibawah umur 18 tahun.
Fungsi-Funsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan
Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.
Perkara 121(1A) Perlembagaan memperuntukkan bahawa mahkamah tidak
mempunyai kuasa bagi apa-apa perkara dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Mahkamah-Mahkamah Syariah diwujudkan oleh enakmen-enakmen disetiap negeri
dan mempunyai kuasa bagi undang-undang syariah dank e atas orang yang menganut
Islam sahaja.

Mahkamah Majistret, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi

mempunyai kuasa masing-masing. Ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa tuntuan
dimana Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa bagi kes sivil dalam tuntuan
sehingga RM25,000.00 manakala Mahkamah Seksyen pula mempunyai bidang kuasa
tuntutan bagi kes sivil sehingga RM250,000.00. Bagi kes-kes jenayah, bidang kuasa
15

mahkamah adalah bergantung kepada jenis kesalahan dan berat hukumannya.


Mahkamah yang mempunyai kuasa rayuan adalah Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa first

instance dan juga rayuan. Kes-kes dari Mahkamah Majistret atau Mahkamah Seksyen
akan dirayu ke Mahkamah Tinggi. Manakala kes-kes Mahkamah Tinggi akan dirayu
ke Mahkamah Rayuan dimana akhirnya kes-kes dari Mahkamah Rayuan akan dirayu
ke Mahkamah Persekutuan.

Rajah 6-Hierarki Mahkamah

PENUTUP

16

Prinsip pengasingan kuasa tiga komponen utama dalam sistem kerajaan yang
diamalkan di Malaysia merupakan konsep yang dapat mengelakkan berlakunya
pemerintahan mutlak raja, kekejaman dan secara langsung dapat mengekalkan
kebebasan, keadilan dan pengawasan kekuasaan. Jika tidak keadilan dalam sesebuah
negara akan lumpuh. Dengan sistem ini, kezaliman dapat dielakkan dan tanpanya
kemungkinan terjadinya penyalahgunaan kuasa tersebut adalah besar sekali.
Pengasingan kuasa yang wujud dapat menstabilkan sistem demokrasi dan
menghadkan kerajaan demokrasi ke arah sebarang kegaiatan sama ada dari segi social
mahupun ekonomi.

Cara menghadkan kuasa pemerintah ialah menerusi sistem

pengawalan dan perseimbangan.


Apabila ketiga-tiga badan ini, iaitu badan perundangan, eksekutif dan
kehakiman diasingkan, mudah bagi rakyat untuk melihat kelemahan setiap badan.
Sekiranya terdapat kelemahan dalam salah satu badan tersebut, maka rakyat boleh
mendesak kuasa lain supaya mengenakan tindakan yang sewajarnya.
Jika kertiga-tiga kuasa tertinggi dalam kerajaan diserahkan kepada satu badan
sahaja atau kelompok manusia sahaja, pihak berkenaan akan berasakan bahawa ia
paling berkuasa sekali daripada kuasa lain, Dengan itu, akan berlakunya situasi di
mana ia akan bertindak sewenang-wenangnya dan berlaku kezaliman dalam
pemerintahan.

Namun,

wujudnya sistem pengawalan dan perseimbangan antara

kuasa tersebut, perkara ini tidakan akan berlaku kerana kuasa terhad mengikut fungsi
badan masing-masing.

Konsep ini penting bagi menjamin kepentingan dan

kesejahteraan pada rakyat Malaysia.

17

Bibliografi
Mohd Salleh Abas & Salleh Buang. Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan di
Malaysia.
Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othnman. Kenegaraan Malaysia.
Phang Siew Nooi. Sistem Kerajaan Tempatan di Malaysia.

18

You might also like