You are on page 1of 5

PERANCANGAN KELAB ROBOTIK SM IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA 2016

KELAB ROBOTIK
1. PENGENALAN
Melalui pemberian set robotik Lego Mindstorm NXT oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. VISI
Menjadi kelab Robotik utama yang inovatif,kreatif dan menerajui ke arah kecemerlangan
kokurikulum sekolah.
3. MISI
Memupuk minat dan mencungkil bakat pelajar kepada kemahiran rekacipta dan penyelidikan
sains dalam bidang robotik yang menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif.
4. OBJEKTIF
i.

Menggalakkan pelajar untuk membuat explorarisasi dan penyelidikan dalam rekacipta


teknologi robotik,program kecerdasan buatan dan bidang yang berkaitan.

ii.

Membantu pelajar membina asas yang kukuh dalam matematik, sains, teknologi
rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on atau penyelidikan.

iii.

Untuk melatih pelajar mengamalkan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah


yang mencabar.

iv.

Untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam bidang sains dan teknologi

Melibatkan pelajar dalam satu program mentor based yang menggalakkan pemikiran
inovatif out-of-the-box

PERANCANGAN KELAB ROBOTIK SM IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA 2016

KONTEKS KURIKULUM
Sistem kurikulum kelab ini direka khas untuk pelajar-pelajar sekolah
menengah, bermula dari tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5. Di bawah
ialah elemen-elemen akademik yang akan diterapkan di dalam sistem
kurikulum kelab:
Sains:
Daya Graviti
Pengumpulan Maklumat Saintifik
Penyelesaian Masalah
Penyelidikan Saintifik
Tenaga Potensi & Kinetik
Matematik:
Pengumpulan & Pengurusan Data
Penyelesaian Masalah
Pengaplikasian Konsep Matematik
Permodelan Matematik
Teknologi:
Kreativiti & Inovasi
Komunikasi & Kolaborasi
Pemikiran Secara Kritis
Penyelesaian Masalah
Menganalisa & Membuat Keputusan

PERANCANGAN KELAB ROBOTIK SM IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA 2016

PERANCANGAN AKTIVITI
Pembelajaran Interaktif
Kit robot Lego NXT adalah sebuah medium yang sangat ideal untuk seseorang mula
mempelajari asas pembinaan robot. Seseorang dalam konteks ayat di atas tidak merujuk
kepada pelajar sekolah menengah semata-mata, akan tetapi juga untuk pelajar-pelajar di
institusi pengajian tinggi dan juga individu-individu yang bukan dari aliran teknikal tetapi
meminati robot (penggemar robot). Walaupun bentuk fizikal robot keluaran Lego agak
keanak-anakkan (penuh warna-warni), akan tetapi tahap kesukaran kit robot ini bukanlah
sesuatu yang boleh diperlekehkan. Untuk membina robot menggunakan kit robot Lego,
pelajar perlulah mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam sains dan matematik, selain
daripada diberi tunjuk ajar mengenai kaedah pembinaan berasaskan blok-blok Lego.
Berkenaan dengan perisian pula, pelajar mestilah tahu sedikit-sebanyak cara untuk
menggunakan Lego Mindstorm NXT bagi tujuan pemprograman dan pengaturcaraan. Oleh
itu, sistem kurikulum yang disediakan di dalam pakej kit robot, seperti yang dinyatakan di
atas, akan digunakan sepenuhnya bagi melengkapi diri pelajar dengan asas-asas kepada
pembinaan robot menggunakan kit robot Lego, pengaplikasian matematik & sains serta
pengaturcaraan. Sudah pastinya proses pembelajaran akan berlangsung di dalam suasana
yang praktikal, interaktif & kondusif di mana setiap kumpulan yang dianggotai oleh
maksimum dua orang pelajar akan dibekalkan dengan satu set robot Lego NXT.
Jadual di bawah menunjukkan unit-unit aktiviti yang akan digunapakai sebagai silibus di
dalam kurikulum kelab. Segala material serta perincian aktiviti ada di dalam pakej kit robot
NXT Robotics Engineering II Getting Started Package:
Minggu 1 Full Speed Ahead Bangunkan persekitaran pengaturcaraan, program robot dan
melaksanakan program asas robot
Minggu 2 The Wheels and Distance Investigation Mengkaji hubungan di antara saiz roda dan
juga jarak yang dilalui oleh robot berdasarkan kepada bilangan pusingan roda.
Minggu 3 The Right Face Membina dua buah program yang berbeza yang mana setiap satu
menggerakkan robot pada arah yang berbeza
Minggu 4 The Measured Turns Investigation Mengkaji hubungan di antara geometri robot,
pusingan motor dan juga magnitude pusingan robot
Minggu 5 The Clap On, Clap Off Pengenalan kepada sensor bunyi serta pengaplikasiannya
Minggu 6 The Frequency and Amplitude Exploration Mengkaji sifat-sifat gelombang bunyi
Minggu 7 The Follow the Guidelines Membina & melaksanakan program asas line-following
Minggu 8 Faster Line Tracking Exploration Mengkaji faktor-faktor yang signifikan di dalam
proses line-tracking dan menggariskan kaedah yang boleh digunakan untuk memperbaiki
program line-following

PERANCANGAN KELAB ROBOTIK SM IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA 2016


Minggu 9 Obstacle Detection Membina & melaksanakan program yang membolehkan robot
bertindakbalas terhadap dua rangsangan yang berlainan jenis
Minggu 10 Field of View Investigation Mengkaji kegunaan & sifat-sifat sensor ultrasonic
Minggu 11 The Get in Gear Mengkaji kaedah untuk menukar sistem gear robot serta kesan
penggunaan nisbah gear yang berbeza terhadap pergerakan robot
Minggu 12 Gears and Speed Investigation Mengkaji hubungan di antara nisbah gear dan
kelajuan robot
Penyelidikan & Pembangunan
Setelah pelajar dibekalkan dengan ilmu asas yang lengkap berkenaan pembinaan robot Lego
NXT, aktiviti-aktiviti berteraskan penyelidikan akan dimulakan. Dalam fasa ini, berdasarkan
kepada sumber yang ada dilengkapi dengan bimbingan fasilitator, setiap kumpulan diminta
untuk merekacipta robot mengikut spesifikasi yang diberikan. Di dalam fasa yang sama,
pelajar akan didedahkan dengan asas-asas bekerja secara berkumpulan, kemahiran melakukan
penyelidikan bermatlamatkan kepada penyelesaian masalah, pengaplikasian konsep-konsep
matematik & sains serta kemahiran mendokumentasikan hasil kerja. Berdasarkan kepada
testimoni-testimoni yang dicedok daripada beberapa sumber, proses pembelajaran yang
berlangsung di dalam fasa ini sangat mencabar minda & kebolehan pelajar, mampu
menerapkan pelbagai kemahiran generik serta yang pastinya menyeronokkan.
Pertandingan
Bagi meningkatkan nilai-nilai kompetitif dan kompetensi pelajar di dalam kemahiran
pembinaan robot berasaskan kit robot Lego NXT, pertandingan-pertandingan rasmi akan
diadakan sesama ahli kelab. Di dalam melaksanakan usaha untuk memperkenalkan bidang
robotik kepada komuniti, pertandingan sebegini akan dipertontonkan secara umum kepada
warga sekolah. Ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menyertai kelab robotik selain
daripada mampu menaikkan nama baik kelab. Selain daripada pertandingan dalaman, kelab
juga akan menghantar wakil bagi menyertai sebarang pertandingan luar yang berkaitan
dengan robotik. Sudah pasti, nama baik sekolah dapat dijulang jika wakil sekolah beraksi
cemerlang.
Penilaian
Selain daripada melalui pertandingan, samada dalaman atau luaran, setiap ahli kelab akan
dinilai secara kuantitatif melalui kuiz, ujian teoritikal & praktikal serta penglibatan di dalam
kelab. Ini adalah penting bagi memastikan kualiti diri ahli kelab dapat sekurang-kurangnya
dikekalkan. Selain itu, dengan adanya medium penilaian sebegini, ahli kelab akan lebih
bermotivasi di dalam mengikuti aktiviti-aktiviti kelab selain dapat mengekalkan persaingan
yang sihat sesama ahli.

PERANCANGAN KELAB ROBOTIK SM IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA 2016

Aktiviti Lanjutan
Aktiviti-aktiviti asas sangat sesuai untuk dilaksanakan di dalam fasa awalan, iaitu semasa
proses pengenalan & pendedahan umum terhadap kit robot Lego. Bagi pelajar yang sudah
mula mahir, aktiviti asas dianggap tidak lagi relevan dan pelajar-pelajar ini akan mula
mengharapkan sesuatu yang berlainan dan lebih mencabar. Oleh itu, ada beberapa aktiviti
lanjutan yang yang ingin dicadangkan di dalam teks proposal ini, yang dijangka dapat
memenuhi
selera
pelajar-pelajar
mahir,
iaitu:
Rekaan & Pembinaan Robot Berautonomi
Robot Berbilang Agen
Robot SLAM (Simultaneous Localization & Mapping)
Robot Perang Automatik
Robot Humanoid
KELENGKAPAN KIT ROBOT LEGO
Kit robot keluaran Lego telah dipilih sebagai material utama aktiviti kelab ini kerana pakej
produk yang ditawarkan adalah sangat lengkap, dijual pada harga berpatutan dan sesuai untuk
pelajar sekolah menengah. Pada ketika ini, berpuluh ribu sekolah & institusi pengajian tinggi
di seluruh dunia menggunakan kit robot Lego sebagai asas kepada aktiviti-aktiviti makmal
mereka. Apabila ditanyakan pendapat berkenaan kit robot Lego kepada seseorang yang telah
merasai sendiri pengalaman mempelajari asas robotik dengan kit tersebut, kita boleh jangka 3
perkataan yang pastinya akan diperkatakan olehnya: mencabar, menyeronokkan &
merangsang kreativiti.

You might also like