You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN HARI KEMUNCAK KO-KURIKULUM

Terima kasih Pengerusi Majlis,


Yang Berusaha Pn. Noorizan Binti Ghazali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit
Gelugor. En. Syed Ibramsa Bin Omar Khan, selaku pengerusi Hari Kemuncak KoKurikulum SKBG 2012, merangkap Penolong Kanan Ko-Kurikulum SKBG. Pn.
Sharom Bee Binti Kader Mydin, Penolong Kanan Pentadbiran SKBG. Penolong
Kanan

Hal

Ehwal

Murid

SKBG,

Pn.

Nariza

Binti

Abdullah.

_____________________________________________________ PIBG. Barisan


Penolong Kanan. Barisan Guru-guru. Para ibu bapa,dan pelajar-pelajar yang
dikasihi sekalian. Salam Sejahtera, Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia.

1) Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita
bersama-sama menghadiri Majlis Anugerah Kokurikulum, S.K Bukit Gelugor
bagi tahun 2012. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas
kesudian pihak sekolah menjemput saya menghadiri majlis yang gilang-gemilang
ini. Majlis seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya
memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang
cemerlang dalam bidang kokurikulum. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini
juga turut akan menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk
meningkatkan

pencapaian

masing-masing.

2) Saya sungguh gembira dan berbesar hati dengan usaha yang ditunjukkan oleh
warga sekolah yang telah bersungguh-sungguh menjayakan majlis anugerah ini.

Sesungguhnya anugerah seumpama ini telah memberi peluang terbaik kepada


pelajar-pelajar, guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk mempamerkan
keupayaan dan kemampuan sebenar pelajar-pelajar kita untuk meraih gelaran di
peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. Mencari dan memberi anugerah kepada
Best of the best sudah pastinya sukar bagi jawatankuasa penilaian. Hanya orang
yang benar-benar layak sahaja akan menerima ganjarannya.
Hadirin dan hadirat sekalian,
3) Gagasan 1 Malaysia berteraskan Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan
merupakan wadah terbaik untuk memperkasa integrasi kaum, etnik dan ras dalam
negara. Kita perlu merealisasikan inspirasi negara melalui dasar 1 Murid 1 Sukan
bagi memacu kecemerlangan pelajar secara holistik berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (JERI) iaitu kekuatan jasmani, kestabilan emosi, keutuhan
rohani dan kematangan intelektual.
4) Dalam konteks sekolah, pencapaian pelajar mesti di utamakan kerana mereka
merupakan aset dan modal insan negara. Pembangunan modal insan (human
capital) tidak akan terlaksana sekiranya budaya dan sikap pelajar tidak dibentuk
dan diperkasa melalui penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka
perlukan kerana sebagai penjawat awam para pendidik memegang amanah yang
sangat besar untuk memastikan kelestarian sistem pendidikan negara tetap unggul
dan cemerlang.
5) Peranan guru bukan sekadar memindahkan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi
sebagai obor membentuk minda pelajar menjadi insan berkualiti mempunyai jati
diri sebagai warga negara sejati yang bermaruah dan berintegriti.
6) Selaras dengan hasrat KPM untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan, peranan warga guru dalam membangunkan potensi

pelajar secara seimbang merupakan tonggak kekuatan negara kerana kemajuan


sesebuah negara bergantung kepada bilangan rakyatnya yang mendapat pendidikan
secara menyeluruh sesuai dengan matlamat pendidikan Education For All.
7) Dalam era globalisasi yang begitu mencabar, peranan pendidik menjadi semakin
teruji dengan ledakan pelbagai maklumat dan informasi yang terlalu mudah untuk
dicapai. As a teacher you should prepare yourself with frontier of knowledge
especially in ICT to enhance your teaching learning process. Justeru, saya
menyeru semua guru sentiasa peka dan mengikuti perkembangan dunia ICT bagi
memperkasa dan meningkatkan kecekapan dalam proses mentransformasikan
pendidikan negara menuju wawasan 2020.
8) Akhir sekali, saya berharap anugerah yang diterima akan menjadi pendorong dan
perangsang kepada murid-murid manakala guru guru pula perlu terus berusaha
untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui kerjasama padu berteraskan
semangat espirit de corps sebagai tonggak kejayaan organisasi.

Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim, saya merasmikan Majlis Anugerah


Kokurikulum S.K Bukit Gelugor, bagi tahun2012.
Sekian

Wabillahitaufik

Warahmatullahiwabaraktuh.

Walhidayah

Wassalamualaikum

You might also like