You are on page 1of 6

BAB1:KEDUDUKAN

Mengenal Latitud / Garis Lintang


Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob.
Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang
semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan. Garis lintang diberi nilai darjah ( )
Utara atau Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1U hingga 90U manakala
di Hemisfera Selatan diberi nilai 1S hingga 90S

Garis-garis lintang yang utama ialah:

GarisanKhatulistiwa ( 0 )
Garisan Sartan ( 23U )
Garisan Artik ( 66U )
Garisan Jadi ( 23S )
Garisan Antartik ( 66S )
Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan
bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.
Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian

Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan. Di atas
peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan. Di atas glob, garis
longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi.
Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London
diberi nilai 0. Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian
Pangkal. Terdapat sebanyak 360 garis longitud.
Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1T hingga 180T,
manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1B hingga 180B.
Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180T dan 180B adalah garisan yang
sama. Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).
Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud Dan
Longitud

Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu
tempat. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti
nilai garis longitud. Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah ()
dibahagikan kepada 60 minit ( ).
Nama Tempat
Kudat
Tuaran
Kota Belud
Ranau
Kota Kinabalu
Beufort
Tenom
Tawau
Semporna
Lahad Datu

Garis Latitud
6 54U
6 10U
6 22U
5 58U
5 40U
5 20U
5 2U
4 16U
4 29U
5 6U

Sandakan

5 45U

Garis Longitud
116 51T
116 14T
116 26T
116 43T
116T
115 46T
115 57T
117 53T
118 36T
118 20T
118T

Mengira Waktu Tempatan


Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk
kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0 ). Oleh kerana bumi
berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari
lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.

Formula
Satu putaran bumi (360) mengambil masa 24 jam.
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15 garis longitud.
Dalam 1 garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.
Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu
tempatan di:
Bombay ( 73T )
Buenos Aires ( 58B)
Waktu di Bombay ( 73T )
Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud
73- 0 = 73
Cari perbezaan masa
73 15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
Waktu di Buenos Aires ( 58B ) Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud
58 - 0 = 58
Cari perbezaan masa
58 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam

Waktu Piawai

-Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu
kawasan yang kecil. Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai. Di
Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis
bujur yang melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai
dengan setiap zon waktu meliputi 15 garis longitud.
-Garisan Tarikh Antarabangsa GTA) ialah garis bujur 180 B/ 180T.Garisan ini menjadi
pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180 mengalami keadaan tengah
malam.Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand,
GTA dilukis secara bengkang-bengkok.
-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua
Amerika Selatan, dia akan untung sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari
kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan rugi sehari.

BAB 2:ARAH

Pengenalan
Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah. Ia diukur dengan kiraan darjah (). Terdapat dua
cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu:
Bearing Bulatan Penuh / Bearing, Azimut / Bearing, Tentera / Bearing Bearing bulatan penuh adalah arah
yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0 hingga 360.

Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa menjalankan kerja luar. Jangka
sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam peta. Semua ukuran sudut ikut arah pusingan
jam bermula 0 hingga 360 .
Cara mengukur bearing azimut dapat ditunjukkan melalui rajah di bawah.
Contoh pengiraan bearing sudutan :

Cari bearing puncak berketinggian 175 dari puncak

berketinggian 254

You might also like