You are on page 1of 2

BAHAGIAN MATRIKULASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 6 & 7, BLOK E 15, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-88844028
24 APRIL 2015
TUAN,

RAYUAN UNTUK MEMASUKI KOLEJ MATRIKULASI SESI 2015/ 2016


Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya Lagindran
A/L Anandarajah (NO K.P: 970728-07-5599) ingin membuat rayuan sekali lagi untuk memasuki
Kolej Matrikulasi bagi sesi pengajian 2015/2016. Jurusan yang saya memohon ialah Jurusan
Sains.

2. Saya telah memperoleh 5A, 3B dan 1C dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), dengan A
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Selain itu, saya juga
memperolehi keputusan A- dalam mata pelajaran Biologi serta B dalam Matematik Tambahan.

3. Di samping itu, saya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh
pihak-pihak tertentu. Saya pernah menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri
(Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia). Saya juga pernah menyertai Perkhemahan Bersepadu
Pasukan Badan Beruniform (Badan Bukan Kerajaan) Peringkat Negeri. Pada tahun 2013, saya
mencapai kejayaan johan dalam Perbarisan Tahunan Peringkat Negeri dan Kempen Melawan
Aedes Renjer Ridsect Peringkat Zon.

4. Bersama-sama surat rayuan ini disertakan satu salinan kad pengenalan beserta satu salinan
keputusan peperiksaan SPM yang telah disahkan untuk rujukan Tuan.

5. Pertimbangan pihak tuan amat dihargai. Dengan tulus ikhlasnya saya memohon kepada jasa
baik. Tuan supaya memberi peluang kepada saya untuk meneruskan pelajaran saya di manamana Kolej Matrikulasi.
Sekian dimaklumkan atas jasa baik Tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

.
LAGINDRAN A/L ANANDARAJAH
NO.KP: 970728-07-5599
NO.3, Lorong Simpang Empat 6A,
Taman Simpang Empat,
14100 Simpang Ampat,
Pulau Pinang, Malaysia.

You might also like