You are on page 1of 16
BAB KELIMA KESIMPULAN, SARANAN DAN PENUTUP 5.1 Pendahuluan Konsep dan prinsip asas demokrasi yang menjadi dasar kepada Perlembagaan Persekutuan sebahagian besamya adalah amat sesuai dan mirip dengan prinsip pemerintahan dalam Islam. Ini adalah kerana Islam juga amat menghargai kebebasan, tanggung jawab individu, persamaan, serta mengiktiraf sistem pemilihan dan perwakilan, maupun pemisahan kekuasaan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip Siyasah Syari'yyah dan pentadbiran Islam. Di dalam bab ini, perbincangan akan menyentuh hasil penelitian yang diperolehi oleh penulis dari pengkajian bab yang terdahulu. la merupakan kesimpulan dan juga analisis secara perbandingan dengan melihat kepada hak politik bukan Islam dari sudut prinsip dan perlaksanaannya dalam sistem pemerintahan Islam dan demokrasi (Perlembagaan Persekutuan) di Malaysia. 5.2 Persamaan, Perbezaan Hak Politik Sistem Pemerintahan Islam Dan Perlembagaan Persekutuan (Demokrasi) Dalam rumusan ini, penulis akan menjadikan demokrasi sebagai bandingan dengan sistem pemerintahan Islam kerana Perlembagaan Persekutuan adalah 150 berasaskan kepada sistem demokrasi. Hasil kajian penulis, didapati terdapat persamaan dari sudut konsep umum peruntukan hak politik bukan Islam berasaskan prinsip sistem pemerintahan Islam dan demokrasi. Namun terdapat perbezaan dari sudut falsafah dan perlaksanaan hak tersebut antara sistem pemerintahan Islam dan Demokrasi dalam memberikan hak politik kepada bukan Islam. 5.2.1 Persamaan Pada Prinsip Umum Hak Politik Sistem politik Islam jelas menunjukkan bahawa hak politik bukan Islam sememangnya diberi perlindungan dalam pemerintahan Islam. Perlindungan hak tersebut dapat dilihat pada prinsip-prinsip umum yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam. la menjadi asas kepada perlaksanaan hak politik kepada warganegaranya sama ada muslim atau bukan Islam. Prinsip kedaulatan di sisi Allah (s.w.t.) al-Siyddah Lillah meletakkan kepimpinan di dalam negara Islam hendaklah menjalankan pemerintahan berdasarkan prinsip dan ruh syarak. Konsep khilafah menurut Islam pula bermaksud, kekuasaan dan kedaulatan mutlak (al-Sivadah Lillah) ialah milik Allah (s.w.t) dan manusia merupakan pemegang amanah untuk menentukan serta menguruskan negara menurut prinsip syarak. 151 Namun hak dan kebebasan dalam Islam meletakkan hak kedaulatan bagi melaksanakan tuntutan Allah (s.w.t.) adalah berada di tangan ummah atau rakyat. Ini kerana rakyat berhak menentukan perlantikan dan penurunan pemimpin yang diberikan amanah dalam mentadbir negara. Justeru prinsip kekuasaan dan kedaulatan mutlak (al-Siyddah Lillah) ialah milik Allah (s.w.t.) diaplikasikan dalam bentuk pemilihan Khalifah yang berperanan menjalankan amanah memimpin negara berdasarkan prinsip dan ruh syarak. Prinsip keadilan.juga menjadi asas kepada perlaksanaan hak politik bukan Islam. Lantaran Islam tidak hanya menuntut diberikan hak keadilan kepada umat Islam sahaja bahkan kepada seluruh umat manusia termasuklah golongan bukan Islam di dalam mempraktikkan hak politik mereka. Sejarah toleransi pemerintah Islam zaman lampau menjadi bukti dalam memberikan dan menegakkan keadilan kepada semua manusia tanpa membezakan diantara sahabat dan musuh, waganegara Islam atau bukan Islam. Perlaksanaan hak politik dalam sistem pemerintahan Islam juga dapat dilihat daripada pensyariatan syara. Ummat Islam dituntut melakukan syira atau mesyuarat dalam menyelesaikan segala urusan mereka terutamanya berkaitan masalah pemerintahan dalam sesebuah negara. Sistem pemerintahan Islam menetapkan prinsip syiira dalam kehidupan bernegara bagi menegakkan keadilan dalam masyarakat. la dilihat sebagai asas dan mekanisme kearah perlaksanaan hak memilih pemimpin, menjadi penasihat dan pengkritik kepada kerajaan dan dasar- dasar negara. 152 Prinsip Kebebasan dan persamaan pula menjadi asas sistem pemerintahan Islam dalam memberikan ruang yang secukupnya kepada ummah dan warganegara mengamalkan hak politik seperti mengeluarkan pendapat serta pandangan berkaitan pemerintahan negara. Kedua-dua prinsip ini juga menjadi asas dan mekanisme kearah perlaksanaan hak memilih pemimpin dan mengkritik serta menasihati kerajaan yang dimiliki oleh setiap warganegara. Perlembagaan Persekutuan pula adalah dibina dari sistem demokrasi barat yang ditinggalkan oleh penjajah.' Malaysia telah menjadikan demokrasi sebagai dasar pemerintahan negara. Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, maka sudah tentu menggunakan neraca demokrasi sebagai prinsip asas bagi membentuk sebuah masyarakat yang bebas dan adil. Demokrasi yang diamalkan di Malaysia juga secara umumnya memberikan hak politik kepada warganegaranya. Perlaksanaan hak tersebut berasaskan kepada prinsip-prinsip yang menjadi menunjangi sistem tersebut. Secara perbandingannya, sistem pemerintahan demokrasi pula meletakkan prinsip kedaulatan (sovereignity) di tangan rakyat. Ini bererti rakyat mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan melantik pemerintah yang bertindak selaku kuasa rakyat dalam mentadbir dan memerintah negara. Konsep kedaulatan ini menjadikan pemegang kedaulatan atau kuasa (pemerintah) memiliki hak memimpin dan mentadbir negara berasaskan hak yang diberikan oleh rakyat atau warganegara. : Abdul Rahman (1999M), “Kebebasan Bersuara Di Malaysia Dan Dari Perspektif Islam”. (Tesis MA Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia), h. 2. 153 Prinsip hak persamaan dan kebebasan rakyat pula merupakan asas kepada hak berpolitik di kalangan rakyat. Ia memberi persamaan peluang kepada setiap individu untuk sama-sama melibatkan diri dalam kerajaan tanpa dibataskan dengan wara kulit, bangsa dan agama. Di dalam negara demokrasi setiap warganegara berhak mendapat dan melaksanakan hak berpolitik dalam negara berasaskan prinsip hak persamaan individu. Prinsip persamaan rakyat pula menjadi asas ketiga dalam perlaksanaan hak politik kepada setiap rakyat. la bermaksud hak persamaan rakyat melalui parti politik bagi membentuk kerajaan selepas berlangsungnya pilihanraya. Prinsip ini juga bermaksud masyarakat_mempunyai kekuatan dalam politik selaku warganegara, sama ada Islam atau bukan Islam berdasarkan kepada hak kemasyarakatan yang dimiliki oleh mereka. Lantaran itu prinsip persamaan hak rakyat ini adalah merupakan prinsip asas kearah perlaksanaan hak politik warganegara dalam sesebuah negara Kesimpulannya, kedua-dua sistem politik di atas secara umumnya menerima dan mengambil berat perlaksanaan hak politik sama ada untuk warganegara Islam atau bukan Islam berdasarkan kepada prinsip yang terdapat di dalam kedua-dua sistem tersebut. Dalam sistem pemerintahan Islam, rakyat samada Islam atau bukan Islam dibenarkan mengamalkan hak politik mereka. Di bawah sistem pemerintahan Islam, rakyat bukan sahaja dibenarkan mengamalkan hak politik mereka, bahkan dituntut melaksanakan tanggungjawab politik di dalam mengkritik dan menasihati pemimpin dan kerajaan. 154 Prinsip-prinsip al-Siyadah Lillah, keadilan, syiara, persamaan dan kebebasan menjadi dasar utama kearah perlaksanaan hak politik dalam kehidupan bernegara khususnya dan bermasyarakat umumnya. Sistem demokrasi juga membenarkan hak politik di amalkan bahkan Perlembagaan Pesekutuan secara jelas memperuntukkan hak berpolitik kepada waganegaranya. Hak menjadi calon, menjawat jawatan kepimpinan negara dan menyertai pilihanraya, mengkritik dasar kerajaan adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.” Di bawah sistem demokrasi, rakyat samada Islam atau bukan Islam dibenarkan mengamalkan hak politik mereka sejajar dengan prinsip demokrasi. Berasaskan prinsip tersebut elemen-elemen _kearah melaksanakan hak politik seperti pilihanraya dan hak mengkritik kerajaan adalah dibenar oleh sistem demokrasi. Daripada perbandingan ringkas ini, penulis mendapati sememangnya terdapat persamaan dari sudut prinsip kedua-dua sistem di atas. Persamaan yang wujud ialah pada asas atau prinsip yang meletakkan hak politik adalah antara hak yang diterima dan dibenarkan oleh kedua-dua sistem. Namun terdapat perbezaan dari sudut falsafah dan konsep perlaksanaan hak tersebut sejajar dengan falsafah sistem politik Islam dan Demokrasi. ? Lihat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10 (hak kebebasan bercakap), Perkara 119 (Hak menjadi pemilih). Untuk ulasan lanjut sila lihat bab sebelumnya. 155 5.2.2 Perbezaan Hak Politik Antara Sistem Pemerintahan Islam Dan Demokrasi Secara umumnya jika dilihat dari konsep umumnya, hak politik yang dibenarkan oleh sistem pemerintahan Islam dan Demokrasi adalah sama. Namun begitu, jika dikaji secara lebih ‘erperinci dan mendalam, sebenarnya bentuk dan falsafah serta konsep perlaksanaan hak politik antara kedua sistem di atas adalah berbeza. Perkara ini berlaku adalah kerana prinsip utama yang mendasari sistem pemerintahan Islam adalah njlai agama dan ruh syarak. Manakala demokrasi barat pula menjadikan dasar kebebasan sebagai landasan didalam melaksanakan hak politik. Hak politik manusia menurut perspektif Islam adalah berlandaskan syarak dan keadilan berlandaskan’ prinsip-prinsip yang diterjemahkan oleh para ulama [slam samada dari nas Al-Qur'an atau al-Sunnah mahupun jjtihad mereka. Manakala prinsip hak politik menurut barat adalah hasil pencernaan fikiran dan olahan pemikiran mereka’ yang dirumuskan dalam persidangan seperti cadangan deklarsi perlembagaan oleh Suruhanjaya Lord Ried, sebagaimana yang terdapat pada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Politik Islam ialah satu sistem politik yang berteraskan kedaulatan rabbani (divine sovereignty) dan bukan kepada kedaulatan rakyat (people's sovereignty) atau manusia sebagaimana yang dipelopori oleh sistem politik > Rhoda E. Howard (1415H/1995M), Human Rights and the Serch for Community. United Kingdom: Westview Press, h. 93 * Ibid., 10. 156 demokrasi barat.’ Prinsip al-Siyadah dan kedaulatan di dalam Islam adalah berasaskan konsep khildfah. Yang mendasari sistem pemerintahan Islam (Khildfah Islam) ini adalah akidah Islam, dimana segala sesuatu yang berkaitan dengan masalah struktur, sistem, dan pertanggungjawaban masalah kenegaraan bersumber dari aqidah Islam dan ruh syarak, Pemikir Islam Mubammad Iqbal dalam membezakan sistem Islam dengan sistem demokrasi berkata:° “ Islam is not a democracy ~ A government ‘of ' the people, ‘for’ the people, and ‘by’ people — it is the rule of God for the prefaction of humanity and by the deputies of God.” Konsep al-siyadah dalam perundangan Islam dalam menggubal dan perundangan negara ialah, hak perundangan merupakan ketentuan daripada Allah Khalifah, Ketua Negara atau Hakim tidak dibenarkan untuk menetapkan (s.w. undang-undang yang berlawanan dengan kehendak Allah (s.w.t.) bahkan mereka hendaklah menafsirkan undang-undang yang diperundangkan itu agar sentiasa selari dengan kehendak Allah (s.w.t) dan ruh syarak. Manakala badan perundangan moden bersifat bebas dan mengamalkan sistem demokrasi yang menggunakan suara majoriti.’ lanya tidak mengambil kira persoalan hukum dan nilai agama di dalam menggubal dan merangka undang-undang negara. * Wan Abd. Rahman Bin Wan Abd. Latif, Politik Islam Dan Penggaparan Isu Semasa, Mimbar Ulamak, Dewan Ulamak PAS Pusat, Kuala Lumpur (Edesi Khas Muktamar Sanawi 1241H., Parti Islam se-Malaysia), h. 95. © Muhamad Aziz Ahmad, (1965M), /qbal and The Recent Exposition of Islamic Politican Thought, Lahore : SH Muhammad Asraf Kashmir Bazar, Him. 64. - 7 Al-Wasfi, Mustafa Kamal (1977M), Musanafah an-Nuzum al-Islamiyyah al- Dustitriyyah wa al-Dawliyyah wa al-Iddriyyah wa al-Iqtisddiyyah wa al-ljtimdiyyah. Al-Qaherah: Maktabah Wahbah, h. 175. 157 Pemerintah di dalam sistem pemerintahan Islam ialah peribadi yang bekerja untuk kebaikan ummah berasaskan bai’ah yang diberikan oleh rakyat. Sementara hak perundangan atau sultah al-Tasyri di dalam Islam adalah berada di tangan dan kekuasan Allah (s.w.t.) semata-mata. Manusia adalah Khalifah dan wakil Allah (s.w.t.) dalam melaksanakan kehendak dan hukum Allah (s.w.t.). Prinsip syiira, kebebasan dan persamaan pula adalah merupakan asas kepada perlaksanaan hak politik sama ada menurut sistem Islam atau Demokrasi. Lantaran itu sebahagian pihak menyatakan demokrasi syiira adalah sama dengan syiira kerana konsep permesyuaratan dan perbincangan yang menepati semangat syiira. Demokrasi pada asasnya mempunyai prinsip yang hampir dengan sistem politik Islam yang berpaksikan kepada syiira dan 1a’dwun.* Walaupun sistem demokrasi meletakkan mesyuarat sebagai wadah utama dalam menentukan sesuatu perkara,’ namun intipati kepada demokrasi ialah suara majoriti yang diamalkan oleh kerajaan demokrasi moden. Ini bermakna segala yang haram menurut pandangan syarak boleh dihalalkan dan begitu juga segala yang halal boleh menjadi haram dalam proses demokrasi hari ini. Sistem pemerintahan Islam pula mengabungkan antara kedua-dua asas dalam sistem tersebut; mempraktikkan sy#ra dan semangat bantu membantu diantara rakyat dan pemerintah. Prinsip pemerintahan dibina atas dasar permesyuaratan, dan mempraktikkan dasar ketaatan dan kepercayaan antara * Semangat bantu membantu antara rakyat dan pemerintah dalam mentadbir urusan ~ negara berdasarkan kehendak syara’ ° Ibrahim Dasiigi Abazah & “Abd. ‘Aziz al-Ghannam (1973M), Tarikh al-Fikr al-Siyasi. Beirdt: Dar al-Najab, h. 250. 158 rakyat dan pemerintah dalam proses perlaksanaan'” bersesuaian dengan kehendak syarak dan prinsip-prinsip Islam. Perbezaannya ialah, dalam sistem politik Islam Khalifah mesti membuat keputusan dan tunduk kepada suara majoriti selagi mana ianya tidak bercanggah ae kehendak syarak. Namun dalam sistem demokrasi pemerintah hendaklah berpegang dan akur terhadap suara majoriti'' dan perlembagaan walaupun ianya adalah bertentangan dengan kehendak syarak Prinsip kebebasan dan persamaan hak politik menurut sistem pemerintahan Islam juga tidak mutlak. Kebebasan dan hak bukan Islam menjadi calon dan menjawat jawatan Kepimpinan di dalam kerajaan Islam adalah dibataskan dengan wildyah al-‘Ammah dan mandsib al-Diniyyah. 1a berasaskan konsep khilafah dan ruh syarak yang mendasari sistem pemerintahan Islam. Namun selain dari itu semua jawatan kerajaan yang tidak termasuk dalam jawatan wilayah al-"Ammah dan mandsib al-Diniyyah atau berkaitan dengan keselamatan dan kepentingan ummah boleh diserah dan disandang oleh ah! al-Dhimmah. Prinsip sistem pemerintahan Islam dalam memberikan hak kebebasan mengkritik kepada bukan Islam juga tidak mutlak. Islam membataskan sesetengah bentuk kebebasan yang diberikan kepada warganegaranya. Rakyat sama ada Islam atau bukan Islam hendaklah mengamalkan hak kebebasan tersebut sesuai dengan kehendak magasid syar‘iyyah dan maslahah ummah. Kebebasan bercakap dan 10 «bd al-Qader ‘Audah (1414H/1994M), al-Tashri” al-Jind’7 al- Islami. j. 1. Bi Muassasah al-RisSlah, h. 28. "" Abi al-Ma’afi Abi al-Futah (190M), /s/am, Politik dan Pemerintahan. Mohd Akhir Yaacob (Pentj.) Shah Alam: HIZBI, h. 73. 159 memberi pendapat yang diberikan kepada bukan Islam khususnya hendaklah dalam ruang yang tidak mencabuli kepentingan undang-undang syarak dan ketenteraman kehidupan masyarakat. Sementara hak politik bukan Islam khususnya dalam mengamalkan hak pencalonan dan menjawat jawatan kepimpinan negara menurut Perlembagaan Persekutuan pula tidak dibataskan dengan nilai-nilai agama. lanya hanya dibataskan oleh hak kewarganegaraan, umur dan kesalahan jenayah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.'* Perlembagaan Persekutuan juga mengamalkan hak politik dan kebebasan yang tidak mutlak. Hak berpolitik seperti kebebasan berpendapat dan berhimpun antaranya di hadkan dengan akta- akta tertentu berdasarkan matlamat menjaga ketenteraman negara melalui peruntukan subversif'® dan darurat.'* Walaupun terdapat persamaan dari sudut prinsip kebebasan antara sistem pemerintahan Islam dan demokrasi, namun ianya mempunyai falsafah dan konsep yang berbeza. Ini dapat dilihat pada bentuk perlaksanaan hak politik terhadap bukan Islam dalam bentuk pendekatan yang berbeza. Contoh yang paling jelas dalam meyerlahkan perbezaan tersebut ialah konsep kebebasan. Kebebasan sistem Islam lahir daripada pengabdian diri kepada Allah (s.w.t) semata-mata dan pada masa yang sama kebebasan dalam sistem demokrasi lahir bukan daripada pengabadian diri kepada Allah (s.w.t). Asas kebebasan di dalam sistem demokrasi ialah manusia adalah tuan kepada alam ini (man born to be free). Manusia adalah 3 Lihat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 47 dan 48. pencipta kepada seluruh sistem pengurusan, politik dan lain-lain serta agama tidak mempunyai hubungan dengan dunia. Sebagai kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa ciri persamaan di antara sistem politik Islam dan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita atau Perlembagaan Persekutuan, seperti dalam persoalan pencalonan dan pilihanraya, keadilan, kebebasan dan persamaan hak, namun kedua-dua sistem tersebut amat berbeza dari sudut-sudut tertentu; A) Dari sudut perlantikan dalam penjawatan dalam sistem politik Islam dibatasi dengan wilayah kekuasaan Allah (s.w.t.) (al-Siyadah Lillah) dan kebebasan sera persamaan rakyat tidak boleh membatasi hak keistimewaan Ummat Islam dan melangkaui batasan kehendak syarak kerana wilayah kekuasaan Allah (s.w.t.) adalah merupakan kesinambungan risalah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah (s.a.w.) ke atas ummatnya. B) Prinsip sistem pemerintahan Islam adalah menifestasi daripada hak yang mempunyai kerterikatan yang amat rapat dengan hak manusia dan hak Allah (s.w.t.). Keadilan dalam Islam adalah subjektif dan ianya bersandar kepada neraca timbangan Allah (s.w.t.). Selagimana keadilan itu bermatlamatkan ‘ubiidiyyah dan penerusan kepada menegakkan syiar Islam dan menjaga maslahah ‘“ammah, maka itulah keadilan yang hakiki. 161 C) Syiira dalam Islam adalah permesyuaratan yang masih bernaung di bawah had dan sempadan hukum Allah (s.w.t.). Segala mekanisme yang dibentuk hendaklah bermatlamatkan kearah penerusan kepada syiar syiira yang dikehendaki oleh syarak. D) Prinsip persamaan dan kebebasan walaupun merupakan dasar sistem politik Islam, namun Islam telah menetapkan garis panduan yang jelas iaitu ianya hendaklah menepati kehendak syarak. Batas pengecualian atau istithna” yang digariskan oleh para ulama adalah menisfestasi daripada pemahaman mereka terhadap hak politik yang dibenarkan oleh syarak terhadap bukan Islam sesuai dengan ruh syariat. Justeru dapatlah dirumuskan bahawa hak berpolitik dan kebebasan manusia bukanlah merupakan sesuatu yang mutlak menurut pandangan Islam. Hak tersebut menurut Islam adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem tertentu yang merupakan sempadan yang tidak harus dilampaui, Walaupun hak politik yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan juga tidak mutlak, namun ianya dihadkan oleh batasan keselamatan, ketenteraman dan akhlak semata-mata. Nilai agama tidak dijadikan asas kepada hak pencalonan, penjawatan dan mengkritik kerajaan dan pemerintah. Kesimpulannya penulis mendapati jangkaan pengkajian adalah tepat iaitu terdapatnya persamaan dan perbezaan perlaksanaan hak politik kepada bukan Islam dalam kedua-dua sistem adalah merujuk kepada falsafah yang berbeza yang terdapat pada kedua-dua sistem iaitu sistem pemerintahan Islam dan demokrasi. 162 53 Penutup Asasnya negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan politik semasa rakyat Malaysia tidak mungkin dapat dipisahkan darpada sistem demokrasi. Ini kerana demokrasi sahaja setakat hari ini dianggap sesuatu sistem yang paling adil dan saksama dalam memberikan hak kebebasan bersuara po dan berpolitik jika hendak dibandingkan dengan politik aliran komunis dan sebagainya. Ini kerana dalam sistem demokrasi rakyat mempunyai hak dan kewajipan untuk memetukan halatuju kepimpinan negara. Demokrasi dilihat satu-satunya pada masa ini merupakan mekanisme yang terbaik kearah mendokong dan merealisasikan hak asasi manusia termasuk hak politik yang juga merupakan matlamat kepada sistem politik dalam pemerintahan Islam.'° Namun prinsip siyasah syar ‘iyyah perlu dijadikan landasan di dalam mengurus sistem pentabiran negara Islam khususnya dalam persoalan yang menyentuh hak penjawatan kepimpinan negara. Pihak yang berwajib di Malaysia perlu memainkan peranan supaya sistem kenegaraan dan pemerintahan negara bertukar menjadi lebih demokratik dengan menggunakan instrumen syiira berdasarkan prinsip sistem pemrintahan Islam, Walaupun sejak merdeka hingga kini sebahagian besar daripada jawataan dan kepimpinan utama negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim,'° namun suasana tersebut tidak semestinya akan terus berkekalan. Perlembagaan 'S Nurcholis Madjid (1420H/2000M), Masyarakat Religus. c. 2. Jakarta: Penerbit PARAMADINA, h. 50-51. '© Mahmud Zuhdi Abdul Majid (201M), “Kepimpinan Islam di Malaysia,” Jurnal YADIM, Edit. 2, November 2001M, h. 184. 163 menjawat jawatan kepimpinan utama negara seperti jawatan Perdana Menteri. Realiti bilangan ahli Dewan Rakyat (DR) semasa memperlihatkan bilangan bukan Islam melebihi dua pertiga'” adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian. Beberapa asas penjawatan utama negara berdasarkan prinsip sistem pemerintahan Islam mestilah dijadikan garis panduan dan pedoman kepada genarasi yang akan datang bagi memastikan keamanan dan kemakmuran negara akan berpanjangan. la juga merupakan suatu tuntutan bagi mempastikan kelangsungan konsep Khildfah akan terus terpelihara dan dijaga pada masa akan datang. Dalam mempraktikkan amalan hak politik kepada bukan Islam di Malaysia, Perlembagaan Madinah yang dirangka oleh Rasulullah (s.aw.) pula wajar dijadikan contoh didalam membina, memertabatkan tamadun dan keadilan ummah. la merupakan butir-butir perjanjian yang diwujudkan atas dasar wawasan kebebasan beragama, toleransi, kebeasan, persamaan, keadilan dan persaudaraan di antara penduduk Madinah yang terdiri daripada berbagai suku dan agama. Kewujudannya telah mengikat masyarakat yang majmuk dalam satu ikatan yang utuh di bawah lembayung kemurnian ajaran Islam. Model masyarakat seperti inilah yang kemudiannya digelar sebagai masyarakat madani, yang kemudian diterjemahkan sebagai masyarakat warga (civil society). Di samping itu, prinsip-prinsip yang berkaitan hak asasi seperti hak politik bukan Islam berkait rapat dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri dan tidak boleh dipisahkan dengan nilai-nilai muri yang ditetapkan oleh Al- Quran dan Al-Sunnah. "” Bilangan bukan Islam sebagai ahli Dewan Rakyat ialah 82 daripada 191. Lihat Lampiran C. Harapan penulis agar kajian ini memberikan impak yang positif kepada masyarakat dalam membina persefahaman yang lebih jitu di kalangan masyarakat berbilang bangsa. Pihak kerajaan diharap akan mendapat beberapa ilham kearah merealisasikan hak politik bukan Islam sesuai dengan prinsip sistem politik Islam dengan menggambilkira peruntukan perlembagaan dan kontrak sosial dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kemajmukan masyarakat di Malaysia perlu dijadikan sandaran kepada perlaksanaan hak politik kepada bukan Islam berdasarkan semangat toleransi (tasdmuh) dan pengawasan Islam serta memenuhi konsep siydsah syar iyyah. la juga hendaklah bermatlamatkan mencapai maksud menjaga kebajikan semua rakyat yang bernaung di bawah naungan kerajaan Islam. 165

You might also like