You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNDOR

71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN


______________________________________________________________________________
Minit Mesyuarat PanitiA BAHASA INGGERIS Bil. 2 2015
Tarikh : 11 Mei 2015 ( Monday )
Masa : 2.30 pm 4.30 pm
Tempat :Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Kundor

Kehadiran
1. Tn Hj Nordin b Bharom - Guru Besar
2. Pn Hjh Sarimah bt Daud Penolong Kanan Kurikulum
3. Pn Syarilah bt Mohd Sidek
4. Pn Hasniza bt Zakaria
5. Pn Tn Mariana bt Tn Ismail
6. Cik Siti Norazlina bt Nordin
7. Cik Nor Fadhlina bt Zamani
BIL AGENDA / PERKARA TINDAKAN
1 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat. Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas
kesudian guru menghadirkan diri ke mesyuarat ini.
2 Ucapan Penasihat (Tn Hj Nordin B. Hj Bharom)
2.1 Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi hadir ke
mesyuarat ini.
2.2 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat memberi komitmen maksimum dalam
menjayakan segala aktiviti Panitia.
2.3 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat mempertingkatkan peratus kelulusan BI.
3 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.
3.1 Cik Siti Norazlina bt Nordin mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3.2 Cik Nor Fadhlina bt Zamani menyokong agar minit mesyuarat tersebut disahkan.

4 Analisi Keputusan Ujian Sumatif 1


4.1 Keputusan seperti dilampirkan. Pengerusi berharap kasualti dapat dikurangkan.
4.2 Keputusan kelas UPSR menampakkan penurunan mengikut skala TOV yang diberikan oleh
Setiausaha Peperiksaan.
4.3 Analisis keseluruhan ujian dilampirkan bersama.
5 Karnival Bahasa Inggeris dan Bulan Bahasa Inggeris
5.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kerjasama dan usaha masing
masing dalam menjayakan Karnival Bahasa Inggeris di SK Sepri pada bulan April yang lepas.
5.2 Keputusan Karnival Bahasa Inggeris
a) Choral Speaking Tempat ke 3 dan Konduktor Terbaik
b ) Action Song, Public Speaking mendapat saguhati.
5.3 Sepanjang bulan April telah diadakan Bulan Bahasa Inggeris. Pengerusi mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang telah menjayakan program bagi bulan Bahasa Inggeris.
6 Hal-hal lain
6.1 Penasihat meminta guru memastikan murid berdisiplin ketika bergerak ke makmal komputer
kerana laluan sempit.
6.2 Pengerusi menyatakan bahawa program kecemerlangan tahun 6 telah bermula dan berharap
agar dapat berjalan sepenuhnya dalam membantu menaikkan peratus lulus dan cemerlang murid
dalam subjek bahasa inggeris.
6.3 Pengerusi turut menyatakan bahawa beliau telah mengemaskini papan kenyataan bahasa
inggeris dan memperbanyakkan kata-kata mutiara di dalam bahasa inggeris.
6.4 Beliau turut mencadangkan agar Panitia Bahasa Inggeris supaya mendapat sebuah almari
berkunci supaya dapat menyimpan barangan panitia yang telah dibeli pada awal tahun ini. Ini
kerana barang-barang BBM yang lama telah hilang dan digunakan tanpa pengetahuan oleh
Panitia-Panita yang lain.
7 Penangguhan Mesyuarat
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.
Disediakan oleh:

........................................................
( PN HASNIZA BT ZAKARIA )
DAUD)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

Disahkan oleh :

( PN HJH SARIMAH BT
GPK KURIKULUM

SK KUNDOR

SK KUNDOR

You might also like