You are on page 1of 2

BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB SUCI

MAKSUD BERIMAN
KPD KITAB SUCI

Ialah : mempercayai tanpa sebarang keraguan bahawa kitab suci


diturunkah oleh Allah S.W.T. melalui nabi & rasul untuk dijadikan pedoman
/ panduan hidup kepada manusia
Setiap muslim WAJIB beriman dengan kitab-kitab suci sepenuh hati.
Mengingkari salah satu daripada kitab-kitab suci akan merosakkan akidah
Wahyu Allah dikenali dengan
nama " KITAB " & " SUHUF "

KITAB-KITAB SUCI & PENERIMANYA

SUHUF

KITAB
PENERIMA
BAHASA
UMAT/ZAMAN

ZABUR
Nabi Daud
Siryani
Yahudi / Bani Israel

TAURAT
Nabi Musa
Ibrani / Hebrew
Yahudi / Bani Israel

INJIL
Nabi Isa
Ibrani / Hebrew
Yahudi / Bani Israel

KANDUNGAN

Kata-kata hikmah &


Nasihat

Pengajaran &
Bimbingan

Hukum-hukum khusus
& terbatas kepada
bani israel

AL-QURAN
Nabi Muhammad
Arab
Bangsa Arab & seluruh
manusia sehingga kiamat
Syariat untuk seluruh
manusia

Suhuf ialah : Kalam Allah yang diwahyukan kepada nabi-nabi & rasul-rasul yang
mengandungi hukum-hukum dasar.
Ia berbentuk lembaran-lembaran sahaja.
Jumlah suhuf yang diwahyukan Allah kepada para rasul 100 :
50 suhuf diturunkan kepada Nabi Sith
30 suhuf diturunkan kepada Nabi Idris
10 suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim
10 suhuf diturunkan kepada Nabi Musa
CARA KITAB SUCI DITURUNKAN
CARA PENURUNAN WAHYU
( Melalui 3 cara )

CARA KITAB SUCI DITURUNKAN

SEKALIGUS

Injil
Zabur
Taurat

BERANSUR-ANSUR

b.

Allah memberitahu terus kepada rasul ( tanpa


sebarang perantaraan) melalui ilham atau dalam
mimpi

2.

Di sebalik hijab - dengan cara mendengar kalam


Allah tetapi tidak dapat melihat zat-ya.
Seperti : yang terjadi kpd Nabi Musa a.s

3.

Melalui perantaraan malaika Jibril .

Al-Quran

( selama 23 tahun )

HIKMAH AL-QURAN
DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR
a.

1.

Memudahkan umat Islam memahami,


menghafaz & mengamalkan ayat-ayat alQuran
Memudahkan Rasulullah untuk
menyampaikan ajaran al-Quran dengan
berkesan kerana ayat diturunkan bertepatan
dengan peristiwa yang berlaku pada masamasa tersebut

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN


( 3 peringkat )
Peringkat 1 : Daripada Allah ke Luh Mahfuz
Peringkat 2 : Dari Luh Mahfuz ke langit dunia( Baitul 'Izzah )
Peringkat 3 : Dari langit dunia kepada Nabi Muhammad saw

KANDUNGAN AL-QURAN

Al-Quran mengandungi : 30 juzuk , 114 surah & 6236 ayat


Kandunga al-Quran lengkap & menyeluruh merangkumi semua
aspek kehidupan manusia di dunia & di akhirat
Antara kandungan al-Quran :

BAHAGIAN
1. Akidah
2. Ibadat
3. Akhlak
4. Muamalat
5. Munakahat
6. Jenayah
7. Siasah
8. Sejarah
9. Perkara Ghaib
10. Perubatan

CONTOH
Beriman kpd Allah , rasul , malaikat , kitab kiamat , qada' & qadar
Solat , puasa , zakat , haji
Berbuat baik kepada ibubapa
Jualbeli , pusaka , gadaian , sewa-menyewa, syarikat & lain-lain
Perkahwinan & perceraian serta yg berkaitan dengan hubungan suami isteri
Hukum hudud , qisas , diat
Syura , pemilihan pemimpin & hubungan luar
Kisah umat terdahulu
Syurga & neraka
Keistimewaan madu lebah
KESAN BERIMAN DENGAN AL-QURAN

TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN

Sebagai mukjizat yang menunjukkan


kebenaran Rasulullah s.a.w.
Sebagai petunjuk & panduan serta
peraturan dalam seluruh kehidupan manusia
Untuk diamalkan ( dibaca & dihafaz) yang
diberi ganjaran pahala oleh Allah

Mendapat hidayah ( petunjuk ) dari Allah


Mendapar rahmat & keredaaan Allah
Mendapat ketenangan jiwa
Melahirkan masyarakat berilmu yang mampu
membangunkan diri, masyarakat & Negara
Menjamin keamanan & kesejahteraan
manusia sejagat

MUKJIZAT AL-QURAN
Al-Quran ialah Mukjizat yang terulung nabi kita Muhamaad s.a.w. yang kekal
abdi hingga hari kiamat.
Antara tanda al-Quran itu mukjizat :
a. Tiada siapapun mampu membuat & menandingi al-Quran
( Surah al-Isra' : ayat 88 )
b. Isi kandungan al-Quran terjamin kebenaran & keasliannya sepanjang
masa & tidak mengalami perubahan.
( Surah al-Hajar : 9 )

LATIHAN PENGUKUHAN
1.
2.
3.
4.
5.

Nyatakan maksud beriman dengan kitab-kitab Allah.


Terangkan cara kitab-kitab suci diturunkan.
Terangkan 3 tujuan mengapa al-Quran diturunkan
Nyatakan kehebatan atau keistimewaan al-Quran dari segi kandungan & bahasa.
Al-Quran diturunkan untuk panduan hidup manusia. Jelaskan 2 faedah mentaati ajaran al-Quran &
2 akibat mengenepikan ajarannya.

You might also like