You are on page 1of 3

RINGKASAN EKSEKUTIF

TAJUK
PERANAN KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM DALAM MELAHIRKAN MODAL
INSAN YANG BERKEPIMPINAN.

PENGENALAN/ LATAR BELAKANG/TUJUAN


Secara konvensionalnya, tugas untuk membangunkan modal insan yang bermutu,
bertanggungjawab
kepada

institusi

dan kondusif untuk keperluan sesuatu masyarakat diletakkan


pengajian

tinggi.

Hal

ini telah menjadi amalan di kebanyakan

Negara, termasuklah Malaysia. Dalam menghadapi dunia


Pengajian Tinggi

Islam di Malaysia

global

semasa, Institut

telah berusaha untuk menjalankan tugas

pembentukan modal insan ini mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian

Pendidikan

Tinggi. Pendidikan penting dalam menyediakan negara

dengan modal insan berkualiti yang memiliki sahsiah, berkemahiran tinggi serta mampu
berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi ruang pemodenan menuju
wawasan 2020. Antara tugas penting warga pendidik dalam membangun modal insan
ialah membentuk personaliti unggul dalam membina kepemimpinan mantap. Personaliti
unggul bakal diterjemahkan melalui peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan
kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan. Cabaran warga pendidik
pastinya pada menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul itu.
Perancangan rapi harus direncana bagi merealisasikan impian itu.

RASIONAL PENYEDIAAN/METODOLOGI/KAEDAH PERLAKSANAAN


Rasional penulisan ini ialah mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti di
luar bilik kuliah dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan (keyakinan
diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan
menyelesaikan masalah dan kepuasan menjalankan tugas. Penulis ingin melihat
bagaimana sumbangan yang dapat dihasilkan melalui aktiviti di luar bilik kuliah
membantu pembentukan daya kepimpinan pelajar.

PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN


Penulis

IMPAK / KEBERKESANAN
1. Sumbangan / manfaat teorikal penulisan
Intipati penulisan ini melihat hubungan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti di luar
bilik kuliah dan hubungan dengan pembentukan daya kepimpinan. Hasil penulisan
menunjukkan memang terdapat kesan positif di antara tahap penglibatan pelajar Kolej
Komuniti Sabak Bernam dalam aktiviti di luar bilik kuliah dengan pembentukan daya
kepimpinan.

2. Kepentingan kepada organisasi (bahagian hal ehwal pelajar)


Membantu pihak yang berkenaan untuk merancang aktiviti yang bersesuaian bagi
membentuk kepimpinan di dalam diri pelajar.

PENGESAHAN KETUA JABATAN


Adalah dimaklumkan bahawa penulisan yang dihasilkan oleh calon ini adalah hasil kerja
asli beliau.

Disediakan oleh :

(MUHAMAD BUKHARI BIN OTHMAN)


Pensyarah
Kolej Komuniti Sabak Bernam
Kementerian Pendidikan Tinggi

Disahkan oleh :

(MOHD AZLI BIN ADNAN)

Pengarah
Kolej Komuniti Sabak Bernam
Kementerian Pendidikan Tinggi

You might also like