You are on page 1of 24

KAUNSELING KELOMPOK

Disediakan oleh:

Anuar bin Ibrahim


Mohd Norhishamudin bin Mohd Nor
Farahiyah binti Jaafar
 Gaya kepimpinan kelompok banyak
bergantung kepada tujuan dan matlamat
kelompok itu.
 Gaya kepimpinan dalam kaunseling kelompok
adalah sifat dan tingkahlaku kaunselor yang
wujud dan pendekatan yang digunakannya
bila berhubung dengan klien secara individu
atau kumpulan.
 Gaya kepimpinan dibahagikan kepada tiga
iaitu:
 Dikenali juga sebagai autokratik atau
berpusatkan kepada ketua.
 Ketua kelompok percaya bahawa ahli-ahli
kumpulan jika tidak dipimpin dengan cergas
akan terbiar dan kurang mempunyai daya
untuk menilai diri mereka dengan jujur
dengan tujuan mencari ikhtiar supaya dapat
mengubah tingkahlaku kepada yang lebih
normal.
 Melihat diri mereka sebagai pakar.
Perlakuan ketua kelompok autoritarian :
 Menentukan polisi kelompok dan membuat
keputusan perbincangan.
 Selalunya menentukan tugasan kerja.
 Lebih bersifat peribadi apabila memuji dan
mengkritik tugasan ahli.
 Sebagai guru dalam bilik darjah yang
dianggap mempunyai pengetahuan yang lebih
daripada ahli dengan tujuan mengajar
sesuatu supaya ahli faham dan dapat
menyesuaikan diri dengan apa yang diajar
tentang tingkahlaku mereka seharian.
 Lebih berpusat kepada kelompok.
 Ketua kelompok sebagai fasilitator.
 Ketua kelompok berpandangan bahawa
individu berpotensi untuk melaksanakan
tugas dan bekerja kuat jika diberi
kebebasan.
 Ahli-ahli kelompok mengambil bahagian
secara cergas dalam suasana yang
menggalakkan serta peluang yang sama rata
antara ahli-ahli.
Perlakuan ketua kelompok demokratik:
 Membenarkan ahli kelompok menentukan
keperluan serta membuat perancangan
tersendiri.
 Berusaha untuk mengurangkan kekuasaannya
dalam kelompok.
 Cuba untuk mengambil bahagian yang sama
rata dalam proses kelompok.
 Kesemua polisi tentang perbincangan
kelompok dan keputusan adalah dikongsi
bersama dan dibantu oleh kelompok.
 Membimbing bukannya mengarah.
 Bersifat lebih menerima kepada cadangan
ahli kelompok.
 Membiarkan ahli kelompok membuat
keputusan.
 Mungkin memberi cadangan atau alternatif.
 Bersifat rasional apabila memuji atau
mengkritik dan cuba menjadi sebahagian
daripada ahli kelompok.
 Ketua kelompok tidak menyediakan sebarang
struktur atau arahan kelompok.
 Setiap ahli kelompok bertanggungjawab
untuk melaksanakan kaunseling.
 Kelompok akan bergerak perlahan untuk
membentuk agenda dan mencapai matlamat.
 Dipilih sebagai usaha untuk bersifat tidak
mengancam.
Perlakuan ketua kelompok laissez faire:
 Kebebasan diberikan sepenuhnya kepada ahli
kelompok dalam membuat keputusan dengan
seberapa minima penyertaan ketua.
 Tidak mengambil bahagian dalama
perbincangan dan hanya menyampaikan
maklumat apabila ditanya.
 Tidak mengambil sebarang bahagian dalam
menentukan tugasan.
 Jarang membuat kritikan atau cadangan
tentang aktiviti ahli kecuali jika ditanya.
 Kemahiran memimpin kaunseling kelompok
memerlukan kemahiran tertentu supaya
matlamat dan tujuan kumpulan tercapai.
 Kemahiran ini memerlukan latihan dan pratik
yang kerap dan ketua harus selalu menilai
diri untuk memeriksa sama ada peranannya
sebagai ketua berkesan atau tidak.
 Ketua atau kaunselor kaunseling kelompok
harus menguasai kemahiran-kemahiran
seperti :-
 1)Mengenalpasti :- memperjelaskan dan
menerangkan kembali maklumat atau data yang
telah diberi oleh ahli .
2) Mendengar
Ketua kaunseling kelompok memerlukan kemahiran
mendengar yang tinggi kerana ini adalah kemahiran yang
paling asas dan penting.
- Dari proses mendengar dengan teliti ini ketua atau
kaunselor menunjukkan kepada ahli kualiti ketua yang
berkesan seperti berikut :-
- A) penerimaan dengan cara mendengar dengan teliti apa yang
dicakapkan oleh ahli dan tidak menghukum atau mengukur
lebih awal.
- B) rasa hormat dengan cara memberi peluang kepada ahli
menceritakan pandangan mereka tanpa memperkecilkan atau
mempermainkan mereka.
- C) rasa memahami dan empati dengan menyatakan semua
perasaan ahli seperti yang dia faham.
- D) mengambil berat dengan cara menunjukkan minat
terhadap pendapat dan pandangan ahli.
 Beberapa teknik boleh digunakan untuk
menunjukkan bahawa ketua mendengar dengan
aktif seperti:-
a)Menyatakan semula

b)Menggambarkan kembali.

c)Menjelaskan

d)Bertanya

e)Membuat rumusan.
 3) Mententeramkan suasana
Kemahiran ini penting terutamanya jika dalam masa
perbincangan didapati berlaku percanggahan pendapat yang
dikeluarkan secara agresif.

 4) Menghadapi kesenyapan
sebagai seorang ketua, dia tidak harus berasa gentar
apabila menghadapi kesenyapan.

 5) Kemahiran berkomunikasi dengan jelas


Elakkan dari menggunakan perkataan dan ayat yang sukar
difahami oleh orang biasa.
 6) Konfrontasi/menemuhadap
-kemahiran ini memerlukan ahli-ahli
menghadapi persoalan diri sendiri
yang mereka sedar mengelakkan diri
dari menerimanya.

7) Campurtangan
ketua harus sedar perkembangan proses
kaunseling dalam kumpulan supaya
bergerak menuju matlamat kumpulan
seluruhnya.
 8) Mencungkil
Perlu digunakan dengan diplomasi supaya ahli
tidak menganggap ketua sebagai busy body.
Tujuan ialah mendapatkan maklumat yang
sebenar dan terperinci tentang sesuatu isu atau
masalah yang dikemukakan.
 Kajian Liberman,Yalom dan Miles (1973) telah
mengenalpasti fungsi ketua yang asas iaitu :-
 A) merangsang emosi
 B) mengambil berat
 C) memberi makna
 D) pelaksanaan tugas
Liberman(1973) telah membuat kajian penilaian
tentang hubungan empat fungsi ketua dengan
pencapaian kumpulan. Kesimpulan dibuat bahawa
sifat ketua yang berkesan menunjukkan sifat yang
sangat tinggi atau rendah mendorong emosi,
mengambil berat, sangat rendah atau tinggi dalam
perlaksanaan tugas serta sedikit sangat menggunakan
fungsi yang memberi makna.
1. PAKAR
 Ketua perlu memerhati dengan teliti perubahan
tingkah laku, cadangan dan hajat ahli dengan dunia
luar.
 Ketua perlu bijak menggunakan teknik dan
kemahiran dlm memberi panduan kepada ahli untuk
memahami diri dan tingkah laku mereka serta
implikasi perubahan tingkah laku tersebut kepada
org lain serta dapat mempengaruhi pandangan dan
personaliti mereka.
2. MENGEMBANGKAN
INTERAKSI
 Ketua perlu memberi dorongan kpd semua ahli
supaya mengambil bahagian dalam perbincangan –
membina suasana kelompok yg sihat dan
mempercepatkan proses interaksi positif.

 Ketua perlu memastikan suasana bilik adalah


kondusif dan susun atur kedudukan ahli adalah
dalam bulatan bagi memudahkan proses interaksi
dan eye contact.
 Ketua boleh menggunakan teknik berkongsi
pengalaman dgn ketua memulakan sesi dan
berkongsi pengalaman & persepsi (pendedahan
kendiri ) menggalakkan ahli berinteraksi satu
sama lain dan menerima suasana yg penuh dgn
kejujuran, sifat memberi dan menerima dlm
perbincangan terbuka sesama ahli.

 Ketua perlu menstruktur interaksi dlm kelompok


utk mengurangkan rasa syak wasangka ahli kerana
mereka faham apa yg dikehendaki dari peranan
mereka sbg ahli.
3. KATALIS ( CATALYST)
 Ketua menggunakan kemahirannya untuk mengajar
ahli supaya memerhati dgn teliti, menyedari dan
memahami ciri-ciri yg berlaku dlm kumpulan.

Cth : ketua perlu menunjukkan ketulenan perasaan,


kemesraan, empati, memberi maklum balas yg
jujur dan kebolehan memfokuskan kpd perjalanan
sesi.

(Rudestam 1982)
4. MENGHALANG / CAMPURTANGAN (INTERVENE)
 Ketua perlu bijak dan peka bila keadaan yang
memaksa beliau untuk campurtangan dalam
perbincangan kelompok bg memupuk kemajuan
dan perkembangan psikologi setiap ahli kumpulan
kelompoknya .
 Campurtangan bermaksud memastikan masa dan
arah perbincangan yg ditetapkan dipatuhi dan
membantu perbincangan agar mencapai matlamat
& tidak menyeleweng.
 Ketua perlu memastikan ahli mematuhi peraturan
kelompok yg telah dipersetujui semasa sesi
penstrukturan sebelum memulakan sesi kelompok.
 Ketua perlu peka terhadap keperluan ahli
kelompoknya.
SITUASI YG MEMERLUKAN CAMPURTANGAN
KETUA.
1. Apabila kelompok menggunakan seorang ahli
sebagai sasarannya.
2. Apabila kumpulan mendesak kuat supaya seseorang
itu patuh atau ahli kumpulan menimbulkan suasana
kebimbangan yang mendesak.
3. Apabila rasa permusuhanditujukan kepada salah
seorang ahli atau sesuatu situasi.
4. Apabila pendapat seluruh kelompoknya tidak tepat
dan benar.
5. Apabila ahli dipaksa mematuhi keputusan
kelompok.
6. Apabila kumpulan berasa terlalu selesa hingga
mereka tidak berusaha untuk mencuba mengatasi
masalah.
5. MENYELESAIKAN PERSELISIHAN
FAHAM
 Sekiranya berlaku perselisihan faham, ketua perlu
berusaha mencari punca masalah dan
menggunakannya untuk menyedarkan semua ahli
tentang sengketa yang timbul dan menggalakkan
semangat memberi dan menerima serta saling
menghargai di antara satu sama lain.
 Ketua perlu tahu menggunakan strategi, memilih
masa yg sesuai utk campur tangan atau membiarkan
ahli mencari jalan penyelesaian sendiri
matlamat utama ialah persengketaan dpt
diselesaikan dgn tenteram & tenang.
Sekian terima
kasih…

You might also like