You are on page 1of 2

SHAHRUL EZZATI BINTI SHAHRUL AMIR

36, JALAN KESUMA 5/12A,


BANDAR TASIK KESUMA,
43700 BERANANG,
SELANGOR.
4755050

013-

PROFESSOR IR. DR. MAHYUDDIN RAMLI


DEKAN
PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN, BANGUNAN DAN PERANCANGAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 MINDEN,
PULAU PINANG.

26 JUN 2012

Tuan,
Permohonan Pertukaran Kursus (Teknologi Bioproses Ke Ukur Bahan)
Merujuk kepada perkara di atas, saya Shahrul Ezzati Bt Shahrul Amir dengan no. k/p
921007-02-5726 dan no. kad matrik 111416, pelajar Fakulti Teknologi Industri,
Kursus Sarjana Teknologi Bioproses, ingin membuat permohonan pertukaran kursus
atas sebab-sebab tertentu.
2.
Saya telah diberitahu bahawa Kursus Teknologi Bioproses merupakan
kombinasi tiga bidang asas iaitu fizik,kimia dan biologi daripada prospektus dan
web USM. Atas sebab kombinasi dan prospektifnya, saya telah menerima tawaran
kursus Teknologi Bioproses ini. Namun, setelah mengikuti kusus ini selama setahun
dan merujuk kepada senarai subjek yang bakal diambil, saya mendapati bahawa
kursus ini major pada subjek biologi sedangkan subjek fizik dan kimia menduduki
bahagian yang kecil sahaja di dalam kursus ini.
3.
Saya telah mengikuti kusus ini selama setahun dan menyedari bahawa saya
tidak berminat dalam kursus ini kerana saya lebih berminat dan mahir dalam subjek
fizik berbanding subjek biologi. Unsul Tiada Minat ini telah menyebabkan saya
berasa susah untuk memahami pelajaran baik sewaktu kuliah, membaca sendiri

atau bertanya dan telah menyebabkan keputusan peperiksaan yang kurang


memberangsangkan pada semester pertama.
4.
Saya telah memilih Kursus Ukur Bahan sebagai gantian Kursus Teknologi
Bioproses kerana saya lebih berminat kepada subjek yang mempunyai pengiraan.
Sekiranya saya diberi peluang untuk menukar kepada kursus ini saya pasti akan
menghargainya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dalam kusus ini.
Sekian, diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya dengan
sewajarnya.
Yang Benar,
_______________________
(SHAHRUL EZZATI BT SHAHRUL AMIR)
Pelajar Universiti Sains Malaysia

You might also like