You are on page 1of 11

THINKING MAPS

Apakah ia Thinking Maps??


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) telah
bersama-sama
memperkenalkan projek i-THINK untuk
mencapai matlamat mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia
perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang
dipacu oleh inovasi.
Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir;
menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam
menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian
secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator
generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir
secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani
cabaran pada masa akan datang.
Di sini kami sertakan antara CONTOH-CONTOH THINKING MAPS yang
boleh diaplikasikan dalam matapelajaran Sains Pendidikan Khas
Sekolah Rendah

CIRCLE MAP (Peta Bulatan)


Mendefinisikan mengikut konteks
Peta Bulatan membantu aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan
semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya
perkara tersebut boleh diteroka.

BUBBLE MAP (Peta Buih)


Menerangkan
Peta Buih membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea
dengan menyenaraikan kata adjektif (kualiti, sifat atau ciri)
supaya boleh menerang dan memahami sesuatu dengan lebih baik
Contoh 1

Contoh 2

DOUBLE-BUBBLE MAP (Peta Buih Berganda)


Membanding Beza
Peta Buih menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua
perkara atau
idea
supaya
dapat
membezakan
kedua-duanya
dengan
membanding dan
membeza
Contoh 1

Contoh 2

TREE MAP (Peta Pokok)

Membuat pengelasan
Peta Pokok membantu menyusun maklumat supaya berada dalam
kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut
dalam gambaran besar secara menyeluruh.
Contoh 1

Contoh 2

FLOW MAP (Peta Alir)


Urutan
Peta Alir membantu menyenaraikan langkah-langkah yang terlibat
dalam sesuatu proses supaya dapat memahami apa yang perlu
dilakukan untuk mencapai sesuatu.
Contoh 1
Contoh 2

BRACE MAP (Peta Dakap)


Hubungan seluruh-bahagian
Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri selanjutnya
supaya dapat memahami cara sesuatu benda berfungsi.
Contoh 1

Contoh 2

MULTI-FLOW MAP (Peta Pelbagai Alih)


Sebab dan Akibat
Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu
peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang
diambil dan cara untuk mengubahnya.
Contoh 1

Contoh 2

BRIDGE MAP (Peta Titi)


Analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan)
Peta Titi membantu menyeraikan beberapa pasangan butiran yang
berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkaraperkara di dunia yang mempunyai hubungan yang serupa (analogi).
Contoh 1

Contoh 2

You might also like