You are on page 1of 8

Cara Tingkatkan Ribuan Facebook Page

Likes Dalam Masa 24 Jam


Kebanyakan daripada kita yang mempunyai blog atau Facebook fan page mahukan pengikut ataupun fan
sebanyak yang mungkin.
Tetapi mendapatkan fan atau likes bukanlah satu perkara yang senang. Kadang-kadang page kita sunyi
sepi tanpa likes daripada sesiapa.
Tahukah anda terdapat satu teknik untuk menaikkan likes Facebook fan page anda secara PERCUMA?
Dengan menggunakan teknik ini anda boleh tingkatkan fan page anda kepada beribu-ribu dalam masa
24 jam.
Selepas belajar teknik ini anda boleh menggunakannya untuk menaikkan likes fan page sendiri, atau
tawarkan servis naikkan likes pada orang lain.
Berminat?
Rahsianya adalah dengan menggunakan servis AddMeFast. Jangan risau, semuanya adalah PERCUMA.
Servis AddMeFast (AMF) adalah satu servis yang amat mudah untuk digunakan. Secara kasarnya, anda
memberi dan orang lain akan memberi. Anda like page orang lain dan orang lain akan like page anda. Ia
adalah satu sistem give and take.
Bagaimana Untuk Menggunakan Servis AddMeFast
Anda hanya perlu daftarkan diri di AddMeFast dan kemudian anda sudah bersedia untuk tingkatkan
Facebook Page likes anda. Layari AddMeFast dan kemudian daftar. Sila rujuk pada gambar di bawah

AddMeFast ialah satu sistem pertukaran point. Selepas anda berjaya mendaftar, anda akan diberi
percuma 50 points. Apa yang perlu anda lakukan selepas ini hanyalah like page orang lain untuk
mendapatkan points. Kemudian anda berikan points itu kepada orang lain apabila orang lain like
page anda.
Selain daripada Facebook Page anda juga boleh tingkatkan fan atau follower di servis-servis
yang lain, sebagai contoh Twitter, Instagram, Pinterest dan lain-lain. Sila rujuk gambar di bawah.

Di sini saya akan berikan contoh menggunakan AddMeFast hanya untuk Facebook Page likes.

Langkah-Langkah Menggunakan Sistem AddMeFast


Langkah Pertama:
Pertama sekali anda perlulah login dalam akaun Facebook anda. Anda bolehlah menggunakan
akaun sendiri ataupun buat satu akaun baru. Saya cadangkan untuk buat satu akaun baru.
Kemudian buka tab baru dan login dalam akaun AddMeFast anda. Kemudian klik Add
Site/Page.

Langkah Kedua:
Masukkan page anda di dalam setting berikut.

Type: pilih Facebook Likes


Countries: pilih Malaysia untuk dapatkan likes daripada orang Malaysia (kalau anda nak
likes daripada seluruh dunia, anda boleh letakkan setting Worldwide)
Title: letakkan tajuk page anda
Site/Page URL: tulis URL Facebook page yang anda hendak naikkan likes, contoh:
https://www.facebook.com/facebook_fan_page_anda
Total Clicks: Letakkan jumlah likes yang anda perlukan untuk page anda, contoh 1000,
10000 atau 20000
Daily Clicks: Jumlah klik untuk sehari, jika sehari anda hendak naikkan sebanyak 100
likes sahaja, letakkan 100. Saya letak 200 sehari
CPC (Cost Per Click): Berapa points yang anda hendak berikan kepada orang lain.
Biasanya saya letak 9 points. (lebih tinggi points lebih kerap anda muncul di dalam
sistem AddMeFast untuk orang lain like page anda)

Apabila sudah selesai, tekan Save Changes. Facebook Page anda akan dimasukkan dalam sistem
AddMeFast dan bersedia untuk di like oleh orang lain. Anda biarkan sahaja begitu dan page anda
akan automatik di like mulai sekarang (selagi anda mempunyai points). Klik My Sites untuk
melihat senarai page yang anda telah masukkan.

Langkah Ketiga:
Anda juga perlu tambahkan points untuk akaun anda. Klik pada Facebook Likes. Rujuk pada
gambar di bawah.

Langkah Keempat:
Apa yang anda perlu buat hanyalah like page orang lain. Apabila anda like page orang lain anda
akan dapat points. Klik pada butang like yang berwarna hijau. Kemudian popup akan muncul.
Klik Like. Kemudian tutup page tersebut. Jika anda lambat tutup, page akan tertutup dengan
sendirinya tetapi anda tidak memperolehi points. Anda perlu tutup popup tersebut segera selepas
like page orang lain.

Ulangilah like page orang lain sehingga anda mendapat points yang tinggi. Di bawah adalah
points yang saya dapat setelah like banyak kali.

Pastikan anda sentiasa mempunyai 2000 points ke atas supaya page anda sentiasa boleh di like
oleh orang lain. Setiap kali orang lain like page anda, anda akan memberi points kepada orang
tersebut. Jika anda kehabisan points, page anda akan dikeluarkan daripada sistem AddMeFast
untuk sementara waktu sehingga anda perolehi points.
Secara rumusannya, ikuti langkah-langkah ini untuk menggunakan sistem ini.
1.
2.
3.
4.

Login akaun Facebook anda. Buka tab baru dan kemudian login akaun AddMeFast anda.
Masukkan page dalam setting
Klik Facebook Likes
Like page orang lain

Itu sahaja!

Bagaimana Jika Anda Malas Nak Like Berkali-Kali Untuk


Mendapatkan Points?
Pastikan anda mencuba dahulu sistem ini. Barulah anda akan faham konsepnya. Selepas itu
bolehlah anda rujuk pada topik ini untuk cara mendapatkan points secara percuma.
Terdapat empat cara yang boleh anda buat jika anda tidak rajin atau dalam erti kata lain malas
nak like banyak kali.
Pertama, anda boleh dapatkan 150 points setiap hari dengan Daily Bonus.

Tetapi terdapat satu syarat: anda perlulah like page orang lain sebanyak 20 kali. Setelah anda
like page orang lain sebanyak 20 kali, klik pada Daily Bonus dan dapatkan 150 points secara
percuma. Anda boleh lakukan ini hanya sehari sekali.
Kedua, anda bolehlah membeli points tersebut dengan wang ringgit. Tetapi, cara ini amatlah
tidak digalakkan oleh saya. Simpan duit anda itu dan belanjakan pada tempat yang lebih
berbaloi!

Ketiga, dengan memperkenalkan sistem ini kepada orang lain. Anda boleh memperolehi 300
points setiap kali orang lain daftar menggunakan sistem AddMeFast melalui anda. Lihat pada
sudut kiri bawah anda akan dapat melihat link referrals anda. Copy link ini dan kemudian paste

di mana-mana forum atau mana-mana yang anda hendak promosikan sistem AddMeFast.
Apabila orang daftar melalui link ini anda akan perolehi 300 points.

Keempat, dengan menggunakan auto skrip. Cara ini adalah rahsia saya. Saya menggunakan auto
skrip untuk like page orang lain berkali-kali secara automatik di AddMeFast. Ia amat mudah
untuk digunakan. Dengan menggunakan cara ini saya hanya perlu set dan tinggal.
Untuk menggunakan cara ini anda hendaklah menggunakan Mozilla Firefox. Anda juga perlukan
internet yang pantas. Bagi pendapat saya, anda cuba dulu cara di atas, jika anda nak lebih
SENANG atau anda SERIUS untuk menaikkan LIKES anda secara banyak barulah anda
UPGRADE dan dapatkan SKRIP INI SEKARANG !!!

Kesimpulan
Kesimpulannya, ini adalah cara paling mudah untuk naikkan likes page anda. Tetapi harus saya
ingatkan bahawa kualiti fans dan likes anda tidaklah begitu bagus. Ini kerana kebanyakan mereka
yang like page anda adalah orang yang menggunakan sistem AddMeFast seperti anda juga.
Walaupun anda memperoleh 10000 likes, tetapi fans anda tidak akan berinteraksi di page anda.
Saya tahu kebanyakan servis naikkan likes mempromosi dengan mengatakan bahawa orang yang
like page anda adalah orang yang sebenar, bukan bots, target market dan dari Malaysia,
sebenarnya tidaklah begitu tepat.
Kepentingan untuk mendapatkan likes adalah supaya page anda nampah gah kerana mempunyai
beribu likes, sekaligus memberi persepsi bahawa produk atau servis anda amat popular dan
sedang digunakan oleh orang ramai.
Ini akan memberi keyakinan orang ramai supaya like page anda dan seterusnya akan membeli
produk atau servis anda. Itulah tujuan sebenar untuk tingkatkan likes di Facebook page.

Terpulang kepada cara penggunaan anda. Adakah anda akan menggunakan servis ini?

You might also like